ads

Thursday, November 23, 2017

Mereloh = TEMERLOH


Sejarah awal Pekan Sehari 
di Temerloh


Pekan Sari Tradisional 
Gambar dibawah diambil sekitar tahun 1942.
Matawang sendiri dinamakan Nukud Semantan telah digunakan


Boat penumpang menjadi pengangkutan utama sekitar 1942 hingga awal 1970an.




Setelah penempatan baru dibuka seberang Kuala Sungai Semantan oleh Panglima Bagus dari Perak yang berkahwin dengan anak perempuan keturunan Tuk Suji Bilang, dari semasa kesemasa semakin ramai peniaga sama ada penduduk tempatan atau peniaga luar yang menggunakan Sungai Pahang. Ini menjadikan tebing Sungai Semantan (Temerloh Explande) sebagai tempat pertukaran barangan (berniaga). 

Dipercayai aktiviti ini bermula sekitar awal tahun 1800an dengan ketibaan Orang Kampar yang terkenal sebagai peniaga yang gigih. Kemajuan perniagaan dan sambutan penduduk di sekitarnya menjadikan Pekan Sari di Temerloh semakin maju dan terkenal. Matawang sendiri dinamakan Nukud Semantan telah digunakan dan dikuatkuasakan. 

Begitulah sejarah awal pekan sehari Temerloh yg kini dipercayai telah berusia lebih 250 tahun. 


Kredit gambar: Izmal Karim
Kredit info: Temerloh koi
#ciksuekoreagojes


............................................

Mereloh sekarang...


Gambar ketika banjir tahun 2016.



Suasana Pekan Sari ketika ini...





SEJARAH TEMERLOH

Daerah Temerloh, sebelum ketibaan peneroka dari luar merupakan kawasan yang di diami oleh kelompok- kelompok Orang Asli dengan beberapa penempatan kaum asal ini masih wujud sehingga kini. Sekitar tahun 1620an, adalah dipercayai kumpulan keluarga bangsawan dan penduduk dari Kerajaan Acheh yang sedang menakluk Negeri Pahang telah meneroka kawasan di pinggir Hulu Sungai Pahang. Beberapa penempatan baru telah dibuka oleh kumpulan masyarakat Minangkabau ini seperti Chenor, Kuala Bera, Kuala Triang, Kg Mengkarak dan Lebak. 
     Apabila kelompok pendakwah dan peneroka ini tiba di sebatang muara anak sungai yang didiamai oleh Orang Asli, mereka telah melihat terdapat kumpulan Orang Asli yang leka tidur di tebing muara anak sungai tersebut. Tidur dalam istilah tempatan di sebut 'MERELOH'  dan mengambil kejadian tersebut, kumpulan peneroka berkenaan menamakan anak sungai tersebut dan kawasan penempatan baru di sekitarnya sebagai MERELOH. Kumpulan peneroka ini seterusnya membuka penempatan baru di sekitar Kuala Sungai Semantan sekarang.
        Peneroka dan pembukaan penempatan di Kuala Sungai Semantan oleh masyarakat Minangkabau ini telah menarik minat lebih ramai masyarakat lain datang. Selain bermastautin, masyarakat juga telah membuka pusat pengajian Agama Islam dan pusat peniagaan yang penting di Kuala Sungai Semantan. Adalah dipercayai, selain dari penduduk sekitar, peniaga dari Ulu Pahang, Kelantan, Raub, Bentong serta dari penempatan- penempatan hilir Sungai pahang telah menjadikan Kuala Sungai Semantan sebagai pusat perniagaan yang penting. Rentetan dari itu, adalah dipercayai sebutan TEMERLOH mula digunakan oleh peniaga dan penduduk yang merujuk kepada sebutan MERELOH.
                 Perkembangan penempatan dan pusat perniagaan di TEMERLOH semakin berkembang dengan ketibaan lebih ramai penduduk di sekitar Nusantara. Adalah dipercayai urusan perniagaan ketika itu telah menggunakan matawang tempatan sendiri yang di beri nama NUKUD SEMANTAN. Kemajuan penempatan ini juga dipengaruhi oleh kemakmuran dan struktur pemerintahan beraja yang diamalkan di Negeri Pahang. Jawatan-jawatan pemimpin masyarakat seperti Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya Berlapan, Orang Kaya Enam Belas dan Penghulu adalah wakil kepada institusi pemerintahan Beraja di sekitar Temerloh. Peneroka penempatan telah dilakukan oleh penduduk dengan membuka penempatan baru di sepanjang Sungai Semantan seperti di Songsang, Pasir Rawa, Lubuk Terua sehingga ke sempadan Bentong. Manakala penempatan baru di Sepanjang Sungai Pahang seperti Kg Bangau, Kg Sanggang, Kg Berhala Gantang, Kg Gunung Senyum, Kuala Krau sehingga ke Lubuk Perlang.
                   Ketibaan Inggeris di Negeri Pahang telah mengubah lanskap penempatan dan kemajuan Daerah Temerloh. Melalui sistem pentadbiran Residen Inggeris dan penggunaan Sistem Torrens dalam pentadbiran tanah, daerah Temerloh telah diwartakan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah dipecah mengikut Mukim-Mukim. Walaupun pihak Inggeris mendapat tentangan dari masyarakat tempatan namun Sistem Pentadbiran yang diperkenalkan oleh mereka bertambah dan terus digunakan sehingga sekarang.

https://akuanakpahang.blogspot.my/2015/02/senarai-pasar-malam-pekan-sehari-dan.html

.............................

Sejarah Temerloh dan Kuala Semantan sejak awal abad ke-15


Mengikut kajian sejarah; sejarah politik Pahang bermula sejak 1880-1935 iaitu perkembangan politik utama di Pahang sejak pemerintahan salah seorang pemerintahnya yang terkenal iaitu Wan Ahmad. Menurut Prof Dr Aruna Gopinath dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur pengkajian ini penting.

Dahulu, negeri Pahang adalaha sebahagian daripada Empayar Johor-Riau-Lingga yang kemudiannya secara beransur-ansur telah membabaskan diri dan membentuk sebuah kuasa politik yang bebas di bawah pemerintahan Bendahara.

Menurut kajian, seperti negeri-negeri yang lain di Semenanjung Tanah Melayu, sejarah Pahang telah dirumitkan dengan kelemahan dalaman yang membuka jalan kepada penyusupan masuk kuasa-kuasa luar.

Pahang sebenarnya telah wujud sebelum atau sama Kerajaan Awal di Asia Tenggara iaitu sama dengan Kerajaan Champa, Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun, tiada penulisan sejarah hanya buktinya sahaja yang terdapat di Tasik Cini yang belum dibongkarkan.

Sungai Pahang telah wujud lama dan menjadi perhubungan utama penduduk di persisirnya. Kegiatan ekonomi dan pertanian dijalankan terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.

Sejak dahulu, rotan, kayu gaharu, damar, dan hasil-hasil pertanian menjadi sumber ekonomi Pahang. Dari Hulu Tembeling, ke Jerantut dan singgah di Kuala Semantan merupakan kawasan perdagangan yang utama sejak abad ke-15 lagi. Buktinya Perahu Kajang iaitu perahu yang beratapkan kajang menjadi pengangkutan utama ke Kuala Semantan.

Kuala Semantan mendapat nama daripada “Seman” dan “Tan” dua sahabat yang tinggal di tebing Sungai Pahang iaitu di Kuala Semantan yang  sering membawa hasil hutan seperti buah-buahan, damar, kayu gaharu, rotan dan hasil getah.

Nama Kuala Semantan diambil sempena nama Seman dan Tan dan dikenali ramai oleh penduduk sekitar seperti dari Kampung Songsang, Kampung Mambang Berulang, dan Pasir Rawa (kini Mentakab). Mereka ini mungkin orang Rawo atau Rawa yang berdagang di Kuala Semantan.

Sementara nama Temerloh pula diambil sempena peristiwa seorang pengayuh perahu kajang yang tertidur apabila tuannya singgah di Kuala Semantan untuk menjual hasil-hasil pertanian dan hasil hutan di Kuala Semantan. Disebabkan terlalu letih dia “temerloh” yang bermaksud tertidur sebentar. Begitulah seperti yang diceritakan oleh para pencerita dan sejarawan seperti Allahyarham Datuk Zakaria Hitam.

Diceritakan juga sebelum dan selepas 1885, Orang Kaya Indera Segara dari Temerloh berkuasa dari Sungai Triang sehingga sempadan Rembau dan Selangor. Di daerah Hulu Pahang iaitu Orang Kaya Semantan amat dihormati oleh orang Melayu di situ dan mendapat layanan yang sesuai dan berpatutan sebagai seorang bangsawan.

Orang Kaya Semantan dikatakan pernah ditawarkan untuk menerima wang sebanyak $840 setahun dan elaun dalam lingkungan $120 hingga $240 kepada penghulu-penghulu. Usaha jahat pihak penjajah Inggeris ini mendapat tentangan daripada Orang Kaya Semantan itu Datuk Bahaman yang mengetahui muslihat untuk menjajah Pahang.

Penjajah Inggeris melihat Pahang banyak mempunyai hasil hutan dan hasil-hasil lain yang boleh mengayakan mereka. Di Pahang juga pada masa itu terdapat 24 buah lombong emas dan timah yang menjadi idaman pihak British.

Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 1892 di Temerloh sahaja terdapat 14,592 kaum terdiri daripada Melayu, 7 Eropah, 13 India, 7 Jawa, 80 Arab, 256 Bugis,  1 Singhala, 36 Bangali, 256 Cina berjumlah 15, 247 orang yang membuktikan bahawa kawasan Kuala Semantan dan Temerloh menjadi pusat perdagangan penting khususnya di kawasan Pekan Sehari Temerloh sekarang.

Bagi melengkapkan kajian dan sejarah tentang Kuala Semantan dan Temerloh ini suatu kajian ilmiah berdasarkan sejarah haruslah dilakukan bagi tatapan generasi akan datang. Semoga tulisan dan kajian ringkas ini membuka pandangan Persatuan Sejarah Pahang untuk mengkaji tentang penulisan semula berdasarkan sumber pertama, sumber lisan dan sumber bertulis bagi Sejarah Pahang.


Sejarah Temerloh dan Kuala Semantan sejak awal abad ke-15.
OLEH DR AMINUDIN MANSOR

Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu, UKM.




Thursday, October 26, 2017

Prihal burung mati..



SAKARATUL MAUT SEEKOR BURUNG YANG BERZIKIR


Seorang Guru memiliki seekor burung yang cukup terlatih mengucapkan kalimah zikir seperti:

"Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar" dan sebagainya


Suatu hari, pintu sangkar terbuka dan burung itu terbang bebas.

Si burung terbang tidak keharuan lalu dirempuh kenderaan yang melintas dengan laju sehingga burung itu terkapar, menggelupur sakarat lalu mati.

Tuan Guru tampak berbeza setelah burungnya mati, nampak sekali sedih hingga seminggu lamanya.

Para murid yang melihatnya pun menyangka Syaikh mereka bersedih kerana burungnya mati.

Mereka berkata: "Tuan Guru, jika hanya burung yang membuat Tuan bersedih, kami sanggup menggantinya dengan yang dapat berzikir seperti burung yang telah mati itu. Tak perlu Tuan bermurung hingga sedemikian lamanya!"

Tok Guru menjawab: "Aku bukan bersedih kerana burung itu."....,

Para murid bertanya: "Jadi, apa yang buat Tuan Guru bersedih hati sangat?"

Tuan Guru: "Kalian melihat bagaimana burung itu sakarat setelah dirempuh?",,,

Para murid: "Ya, kami melihatnya, wahai Syaikh"

Tuan Guru: "Burung itu hanya bersuara KKKKAAKK, KKKKHHEEK, KKKKAAKK, KKKKHHEEK......padahal sudah terlatih berzikir sedemikian rupa, namun saat merasakan PERIHNYA sakaratul maut datang menjemput, hanya perih yang terasa.

Lalu aku teringat diriku, yang setiap hari terbiasa berzikir...

"JANGAN-JANGAN NASIBKU SAMA SEPERTI BURUNG ITU, TAK KUAT MENAHAN SAKARAT LALU BUKAN ZIKIR YANG KU UCAPKAN..!!".

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan ucapan ZIKIR kepadamu dan kalimah "Laa ilaha illa Llah...akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah”.




Aamiin....

Sunday, September 24, 2017

Teruslah melangkah selama engkau di jalan yang benar


TARBIAH GURU SUFI

Seorang murid berbincang dengan seorang Guru Sufinya:
"Guru, saya tidak mahu lagi mengikuti pengajian ini"

"Tapi kenapa wahai anakku?", tanya Sang Guru Sufi.

"Saya perhatikan di dalam  pengajian ini perempuannya suka bergosip, laki-lakinya munafik, pengurusnya cara hidupnya tidak benar, jama'ahnya sibuk dengan dunianya, dsb"

"Baiklah. Tapi sebelum kamu pergi, tolong lakukan sesuatu untukku. Ambil segelas penuh air dan berjalanlah mengelilingi dalam masjid ini tanpa menumpahkan setitik air sekalipun ke lantai. Setelah itu engkau bolehlah meninggalkan masjid ini."

"Itu amat mudah!"

Diapun melakukan apa yang diminta oleh Sang Guru Sufi, sementara pengajian sedang berlangsung.

Setelah selesai, dia berkata kepada Sang Guru Sufi bahwa dia telah bersedia untuk pergi.

"Sebelum kamu pergi, ada satu pertanyaan. Ketika kamu berjalan keliling di dalam masjid tadi, adakah kamu mendengar orang bergosip, melihat orang munafik, melihat orang sibuk dengan dunianya ?"

"Tidak."

"Engkau tahu mengapa?"

"Tidak."

"Kerana engkau fokus pada gelas yang kamu bawa, untuk memastikan kakimu tidak tersandung dan tidak ada air yang tumpah."

Begitu jugalah dengan kehidupan kita. Ketika kita mengarahkan pandangan kita kepada Nur Allah yang kita imani, maka :


• Kita tidak akan punya waktu untuk melihat kesalahan orang lain.

• Kita tidak akan punya waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.

• Kita tidak akan punya waktu untuk bergosip ria dengan orang lain.

• Kita akan menolong orang lain dan fokus pada langkah kita menggapai Nur-Nya.


Direndahkan tidak mungkin jadi sampah, disanjung tidak mungkin jadi rembulan.

Maka jangan risaukan omongan dan kritikan orang lain, atau senantiada bertanya "apa orang akan kata", sebab setiap orang membacamu dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza, dan mereka tidak tahu apa isi hatimu melainkan hanya menilaimu berdasarkan keadaan fizikal dan luaranmu.

Teruslah melangkah selama engkau di jalan yang benar, meskipun terkadang kebaikan tidak selalu dihargai.

Tidak usah sibuk menjelaskan tentang dirimu, sebab yang menyukaimu tidak perlu itu dan yang membencimu tidak percaya itu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik.

Jika dizalimi orang jangan berpikir untuk membalas dendam, tapi berpikirlah cara membalas dengan kebaikan.

Jangan mengeluh, teruslah berdoa dan ikhtiar. Sibukkan diri dalam kebaikan hingga keburukan lelah mengikutimu.

Semoga menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.






Tunggu... Enemy!


Menyusul...

Friday, August 18, 2017


Nostalgia Aqiqah sempena Hari Raya Korban 1438




Bila Kambing Jantan naik perahu...


Arus sungai Pahang mengalir lesu walaupun hujan ketika ini tetapi kenangan karam bersama kambing tetap bersemadi di dasarnya.

Tahun 1964, airnya mengalir deras, dasarnya masih dalam dan terdapat banyak lubuk yang dikhabarkan berpuaka.



Sungai Pahang yang menyimpan seribu rahsia kehidupan



Pasir timbul di musim panas

Di tahun itu, ketika Jab berusia 4 tahun dan kini berusia sudah lebih separuh abad. Kenangan bersama arwah ayah dan arwah ibu berserta kambing jantan di Sungai Pahang tetap everlasting.


Reban kambing

Kambing jantan berjanggut putih adalah rodong Jab ketika itu. Setiap petang sebelum memasuki reban diberinya semua kambing-kambing itu memakan rumput. Jab juga membantu ayahendanya mencari ranting kayu untuk membuat unggun api. Ini pekerjaan rutin dilakukan oleh kebanyakkan gembala kambing atau lembu.

Satu kenangan bersama kambing jantan yang menjadi ingatannya. Dikhabarkan kambing ini bakal dikorbankan untuk aqiqahnya sedikit masa lagi. 

Tidak semena-mena kambing itu naik minyak dan mengejarnya hinggakan lintang pukang menyelamatkan diri. Segala cerok belukar dan pokok kelapa dikelilinginya. Kambing jantan berjanggut putih tetap mengejarnya. 

Akhirnya Jab berlari sambil menangis menaiki tangga rumah tetapi terjatuh dan terus meraung sekuat-kuatnya. Rasa kesakitan dan ketakutan memecahkan kesunyian petang itu. Entah kenapa, kambing itu tidak menanduknya dan hanya berdiri mengangguk-anggukkan kepala sambil 'senyum kambing'.

Kenangan tidak pernah luput, terang Jab. Suatu petang yang damai Jab bersama arwah ayah dan arwah ibu menaiki perahu ke seberang dengan mengangkut kambing jantan, beras seguni baja dan barangan lainnya. 

Tujuannya ke seberang adalah untuk mengadakan majlis kenduri aqiqah untuk Jab si anak sulungnya dan doa selamat. Di rumah kakak iparnya di hulu di seberang sungai sekitar kira-kira 8 km. Di sini ramai penduduk yang merupakan jirannya juga berbanding seberang sungai itu.

Masih dalam ingatannya, perjalanan sejauh 8 kilometer menaiki perahu panjang dalam arus yang deras dan sedikit bergelora. Arwah ayahnya  menjadi jurumudi duduk di belakang, Jab di tempatkan di tengah-tengah berdekatan dengan kambing jantan itu manakala arwah ibu di depan juga sebagai pendayung.

Kambing jantan agak terkejut bila ditarik ke dalam perahu. Bila berada di tengah- tengah sungai kambing semakin huru-hara, walaupun kakinya tidak diikat kambing itu berpusing-pusing dan mengembik kuat. 

Haiwan ini semakin kelakar terang Jab lagi mengenang. Ini kerana kambing adalah haiwan yang takut air atau hujan. Apabila terpericik air mulalah kambing ini berkerenah.

Kambing itu kelihatan gelabah dan hilang punca bergerak-gerak dan meakibatkan air memasuki ke dalam perahu. Keadaan semakin tidak terkawal kerana arus semakin deras dan akhirnya perahu ini karam. 

Alamak, kambing terjatuh...


Contoh : Bentuk jamban yang berada di Sungai Pahang

Jab menceritakan, arwah ayahnya menjerit meminta tolong sambil berenang menyelamatkannya. Setelah membetulkan kedudukan perahu dan membuang air bertakung ayahnya meletakkan Jab di dalam perahu.

Perkara kedua diselamatkan ialah beras seguni baja yang timbul dan barangan lainnya. Ibunya pandai berenang manakala kambing tercungap-cungap muncul mengikut perahu di permulaan air. 

Alhamdulillah semua selamat, terang Jab lagi.  Tragedi yang nyaris meragut nyawa di Sungai Pahang ini tetap diingatannya. 

Majlis malam itu berjalan dengan lancarnya. Semasa pekena kari kambing, arwah ayahendanya membuka cerita kambing jantannya. Ada yang terkejut, ada yang sedih dan ada yang ketawa mendengar cerita kontot semasa menyeberang Sungai Pahang itu, terang Jab lagi. 'Nak buat gona???...

"Awok selamat kawan selamat, alhamdulillah...", sampuk arwah Tok Wah kepada cucunya bila mendengar cerita tragic ini.



.....................................



Pemandangan khas di barat daya Maghribi, kambing memanjat pokok. Kambing ini memanjat pokok Argan untuk memakan buahnya - yang kelihatan seperti buah zaitun.




Tahun 70an, perkhidmatan boat mengambil penumpang masih wujud lagi. Selalunya kebanyakkan penumpang akan membawa hasil pertanian untuk dipasarkan sama ada di pasar minggu di Bandar Temerloh, di Kuala Krau atau di Jerantut. Boat itu akan tiba di tempat kami sekitar jam 4.30 pagi. Enjin boat itu sangat nyaring/kuat dan boleh kedengaran 2 atau 3 km jaraknya. Boat akan membawa penumpang itu pulang sekitar jam 5 petang. Perkhidmatan boat sehari sekali saja. Pendek cerita kalau lambat terlepaslah alamat tak merasa la ke pasar minggu.

Boat ini digunakan sebagai penambang membawa penumpang-penumpang dari tebing Sungai Semantan di sebelah Bandar Temerloh ke Tg Keramat di seberang sana Sg Semantan untuk membawa penumpang-penumpang dari Kg Bangau, Kg Lubok Kawah, Kg Paya Banir, Kg Paya Jejawi, Kg Tebing Tinggi, Kg Kuala Sanggang, Kg Sanggang dll yang berurusan di Bandar Temerloh, semasa itu tidak ada jalan raya dari kampong-kampong itu untuk ke Bandar Temerloh dan juga tidak ada Jambatan. Sekarang ini sudah ada Jambatan merentangi Sungai Semantan dari kampong-kampong itu ke Bandar Temerloh. Lagipun ada lagi jalan dari kampong-kampong itu ke Bandar Temerloh dan Bandar Mentakab melalui Jambatan Sg Semantan di Kg Raja, Songsang.

Inilah teksi air yang membawa penumpang hilir-mudik 2 kali sehari ke Bandar Temerloh, dan teksi air ini juga digunakan oleh kami kanak-kanak sekolah yang pada waktu itu bersekolah di Abu Bakar School; jam 5.00 pagi kami sudah berada didalam teksi air ini untuk pergi ke sekolah.




..............

#Tragedi bro Jabar di sungai pahang.

#lokasi: kg dingkir dan kg benom (rumah arwah mak long).


Thursday, July 13, 2017

Puisi terakhir WS Rendra





Puisi terakhir WS Rendra 
 Di buat sesaat sebelum dia kembali kepangkuan Ilahi

                                
Hidup itu saperti WAP*,  yang sebentar saja kelihatan, lalu lenyap!! 
Ketika Orang memuji *MILIKKU*,
aku berkata bahwa ini *HANYA pinjaman* saja.

Bahwa kenderaanku adalah pinjaman-NYA,
Bahwa rumahku adalah pinjaman-NYA,
Bahwa hartaku adalah pinjaman-NYA,
Bahwa putra-putriku hanyalah pinjaman-NYA ...

Tapi mengapa aku tidak pernah bertanya,
*MENGAPA DIA* meminjamkan kepadaku?
*UNTUK APA DIA* meminjamkan semuanya kepadaku.

Dan kalau bukan milikku, 
apa yang seharusnya aku lakukan untuk pemilik-NYA ini?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika pinjaman itu diminta kembali oleh-NYA?

Malahan ketika diminta kembali,
_kusebut itu_ *MUSIBAH,*
_kusebut itu_ *UJIAN*,
_kusebut itu_ *PETAKA*,
_kusebut itu apa saja ..._
Untuk melukiskan, bahwa semua itu adalah *DERITA*....

Ketika aku berdoa, 
kuminta pinjaman yang sesuai dengan
*KEPERLUAN DUNIAWI*,
_Aku ingin lebih banyak_ *HARTA*,
_Aku ingin lebih banyak_ *KENDERAAN*,
_Aku ingin lebih banyak_ *RUMAH*,
_Aku ingin lebih banyak_ *POPULARITI*,

_Dan kutolak_ *SAKIT*,
_Kutolak *KEMISKINAN*,_
Seolah semua *DERITA* adalah hukuman bagiku.

Seolah *KEADILAN* dan *KASIH-NYA*,  
harus berjalan seperti penyelesaian matematika 
dan sesuai dengan kehendakku. 

Aku rajin beribadah, 
maka selayaknyalah derita itu menjauh dariku,
Dan nikmat dunia seharusnya kerap menghampiriku...

Betapa curangnya aku,
Kuperlakukan *DIA* seolah _Alat   Dagang_ ku 
dan bukan sebagai *Kekasih!*

Kuminta *DIA* membalas _perlakuan baikku_ 
dan menolak keputusan-NYA yang tidak sesuai dengan keinginanku...

Padahal setiap hari kuucapkan,
*_Hidup dan Matiku, Hanyalah untuk-MU

Mulai hari ini, 
ajari aku agar menjadi pribadi yang selalu bersyukur 
dalam setiap keadaan 
dan menjadi bijaksana, 
mau menuruti kehendakMU saja ya *ALLAH*...

Sebab aku yakin....
*ENGKAU* akan memberikan anugerah dalam hidupku ...
*KEHENDAKMU*  adalah yang ter *BAIK* bagiku ..

Ketika aku ingin hidup *KAYA*, 
aku lupa, 
bahwa *HIDUP* itu sendiri 
adalah sebuah *KEKAYAAN*.

Ketika aku berat utk *MEMBERI*,
aku lupa, 
bahwa *SEMUA* yang aku miliki
juga adalah *PEMBERIAN*.

Ketika aku ingin jadi yang *TERKUAT*, 
....aku lupa, 
bahwa dalam *KELEMAHAN*,
Tuhan memberikan aku *KEKUATAN*.

Ketika aku takut *Rugi*, 
Aku lupa,
bahwa *HIDUPKU* adalah 
sebuah *KEBERUNTUNGAN*,
kerana *AnugerahNYA.*

Ternyata hidup ini sangat indah, ketika kita selalu *BERSYUKUR* kepada *NYA*



Bukan karena hari ini *INDAH* kita *BAHAGIA*. 
Tetapi karena kita *BAHAGIA*,
maka hari ini menjadi *INDAH*.

Bukan karena tak ada *RINTANGAN* kita menjadi *OPTIMIS*. 
Tetapi karena kita optimis, *RINTANGAN* akan menjadi tak terasa.

Bukan karena *MUDAH* kita *YAKIN BOLEH *. 
Tetapi karena kita *YAKIN BOLEH *.!
semuanya menjadi *MUDAH*.

Bukan karena semua *BAIK* kita *TERSENYUM*. 
Tetapi karena kita *TERSENYUM*, maka semua menjadi *BAIK*,

Tak ada hari yang *MENYULITKAN* kita, kecuali kita *SENDIRI* yang membuat *SULIT*.

Bila kita tidak dapat menjadi jalan besar, 
cukuplah menjadi *JALAN SETAPAK* 
yang dapat dilalui orang,

Bila kita tidak dapat menjadi matahari, 
cukuplah menjadi *LILIN* 
yang dapat menerangi sekitar kita,

Bila kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang, 
maka *BERDOALAH* untuk
kebaikan.


WS RENDRA. 
KELAHIRAN SURAKARTA   1935
MENINGGAL  DI DEPOK.      2009     




Biografi W.S Rendra - Penyair Indonesia

Biografi W.S Rendra. Bernama lengkap Willibrordus Surendra Broto Rendra, beliau lahir di Solo tanggal 7 November 1935. Beliau adalah penyair ternama yang kerap dijuluki sebagai "Burung Merak". Ia mendirikan Bengkel Teater di Yogyakarta pada tahun 1967 dan juga Bengkel Teater Rendra di Depok. Semenjak masa kuliah beliau sudah aktif menulis cerpen dan esai di berbagai majalah. Rendra adalah anak dari pasangan R. Cyprianus Sugeng Brotoatmodjo dan Raden Ayu Catharina Ismadillah. Ayahnya adalah seorang guru Bahasa Indonesia dan Bahasa Jawa pada sekolah Katolik, Solo, di samping sebagai dramawan tradisional; sedangkan ibunya adalah penari serimpi di keraton Surakarta.

Masa Kecil WS Rendra
Masa kecil hingga remaja Rendra dihabiskannya di kota kelahirannya itu. Ia memulai pendidikannya dari TK (1942) hingga menyelesaikan sekolah menengah atasnya, SMA (1952), di sekolah Katolik, St. Yosef di kota Solo. Setamat SMA Rendra pergi ke Jakarta dengan maksud bersekolah di Akademi Luar Negeri. Ternyata akademi tersebut telah ditutup. Lalu ia pergi ke Yogyakarta dan masuk ke Fakultas Sastra, Universitas Gajah Mada. Walaupun tidak menyelesaikan kuliahnya , tidak berarti ia berhenti untuk belajar. Pada tahun 1954 ia memperdalam pengetahuannya dalam bidang drama dan tari di Amerika, ia mendapat beasiswa dari American Academy of Dramatical Art (AADA). Ia juga mengikuti seminar tentang kesusastraan di Universitas Harvard atas undangan pemerintah setempat.

Bakat sastra Rendra sudah mulai terlihat ketika ia duduk di bangku SMP. Saat itu ia sudah mulai menunjukkan kemampuannya dengan menulis puisi, cerita pendek dan drama untuk berbagai kegiatan sekolahnya. Bukan hanya menulis, ternyata ia juga piawai di atas panggung. Ia mementaskan beberapa dramanya, dan terutama tampil sebagai pembaca puisi yang sangat berbakat. Ia petama kali mempublikasikan puisinya di media massa pada tahun 1952 melalui majalah Siasat. Setelah itu, puisi-puisinya pun lancar mengalir menghiasi berbagai majalah pada saat itu, seperti Kisah, Seni, Basis, Konfrontasi, dan Siasat Baru. Hal itu terus berlanjut seperti terlihat dalam majalah-majalah pada dekade selanjutnya, terutama majalah tahun 60-an dan tahun 70-an.

“Kaki Palsu” adalah drama pertamanya, dipentaskan ketika ia di SMP, dan “Orang-Orang di Tikungan Jalan” adalah drama pertamanya yang mendapat penghargaan dan hadiah pertama dari Kantor Wilayah Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta. Pada saat itu ia sudah duduk di SMA. Penghargaan itu membuatnya sangat bergairah untuk berkarya. Prof. A. Teeuw, di dalam bukunya Sastra Indonesia Modern II (1989), berpendapat bahwa dalam sejarah kesusastraan Indonesia modern Rendra tidak termasuk ke dalam salah satu angkatan atau kelompok seperti Angkatan 45, Angkatan 60-an, atau Angkatan 70-an. Dari karya-karyanya terlihat bahwa ia mempunyai kepribadian dan kebebasan sendiri.


Penghargaan WS Rendra
Karya-karya Rendra tidak hanya terkenal di dalam negeri, tetapi juga di luar negeri. Banyak karyanya yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa asing, di antaranya bahasa Inggris, Belanda, Jerman, Jepang dan India. Ia juga aktif mengikuti festival-festival di luar negeri, di antaranya The Rotterdam International Poetry Festival (1971 dan 1979), The Valmiki International Poetry Festival, New Delhi (1985), Berliner Horizonte Festival, Berlin (1985), The First New York Festival Of the Arts (1988), Spoleto Festival, Melbourne, Vagarth World Poetry Festival, Bhopal (1989), World Poetry Festival, Kuala Lumpur (1992), dan Tokyo Festival
Advertisement

(1995). Untuk kegiatan seninya Rendra telah menerima banyak penghargaan, antara lain Hadiah Pertama Sayembara Penulisan Drama dari Bagian Kesenian Departemen Pendidikan dan Kebudayaan , Yogyakarta (1954) Hadiah Sastra Nasional BMKN (1956); Anugerah Seni dari Pemerintah Republik Indonesia (1970); Hadiah Akademi Jakarta (1975); Hadiah Yayasan Buku Utama, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan (1976) ; Penghargaan Adam Malik (1989); The S.E.A. Write Award (1996) dan Penghargaan Achmad Bakri (2006).

Baru pada usia 24 tahun, ia menemukan cinta pertama pada diri Sunarti Suwandi. Dari wanita yang dinikahinya pada 31 Maret 1959 itu, Rendra mendapat lima anak: Teddy Satya Nugraha, Andreas Wahyu Wahyana, Daniel Seta, Samuel Musa, dan Klara Sinta. Satu di antara muridnya adalah Bendoro Raden Ayu Sitoresmi Prabuningrat, putri darah biru Keraton Yogyakarta, yang bersedia lebur dalam kehidupan spontan dan urakan di Bengkel Teater. Tugas Jeng Sito, begitu panggilan Rendra kepadanya, antara lain menyuapi dan memandikan keempat anak Rendra-Sunarti.

Ujung-ujungnya, ditemani Sunarti, Rendra melamar Sito untuk menjadi istri kedua, dan Sito menerimanya. Dia dinamis, aktif, dan punya kesehatan yang terjaga, tutur Sito tentang Rendra, kepada Kastoyo Ramelan dari Gatra. Satu-satunya kendala datang dari ayah Sito yang tidak mengizinkan putrinya, yang beragama Islam, dinikahi seorang pemuda Katolik. Tapi hal itu bukan halangan besar bagi Rendra. Ia yang pernah menulis litani dan mazmur, serta memerankan Yesus Kristus dalam lakon drama penyaliban Cinta dalam Luka, memilih untuk mengucapkan dua kalimat syahadat pada hari perkawinannya dengan Sito, 12 Agustus 1970, dengan saksi Taufiq Ismail dan Ajip Rosidi.

Peristiwa itu, tak pelak lagi, mengundang berbagai komentar sinis seperti Rendra masuk Islam hanya untuk poligami. Terhadap tudingan tersebut, Rendra memberi alasan bahwa ketertarikannya pada Islam sesungguhnya sudah berlangsung lama. Terutama sejak persiapan pementasan Kasidah Barzanji, beberapa bulan sebelum pernikahannya dengan Sito. Tapi alasan yang lebih prinsipil bagi Rendra, karena Islam bisa menjawab persoalan pokok yang terus menghantuinya selama ini: kemerdekaan individual sepenuhnya. Saya bisa langsung beribadah kepada Allah tanpa memerlukan pertolongan orang lain. Sehingga saya merasa hak individu saya dihargai, katanya sambil mengutip ayat Quran, yang menyatakan bahwa Allah lebih dekat dari urat leher seseorang. Toh kehidupannya dalam satu atap dengan dua istri menyebabkan Rendra dituding sebagai haus publisitas dan gemar popularitas. Tapi ia menanggapinya dengan ringan saja.

Seperti saat ia menjamu seorang rekannya dari Australia di Kebun Binatang Gembira Loka, Yogyakarta. Ketika melihat seekor burung merak berjalan bersama dua betinanya, Rendra berseru sambil tertawa terbahak-bahak, Itu Rendra! Itu Rendra!. Sejak itu, julukan Burung Merak melekat padanya hingga kini. Dari Sitoresmi, ia mendapatkan empat anak: Yonas Salya, Sarah Drupadi, Naomi Srikandi, dan Rachel Saraswati. Sang Burung Merak kembali mengibaskan keindahan sayapnya dengan mempersunting Ken Zuraida, istri ketiga yang memberinya dua anak: Isaias Sadewa dan Maryam Supraba. Tapi pernikahan itu harus dibayar mahal karena tak lama sesudah kelahiran Maryam, Rendra menceraikan Sitoresmi pada 1979, dan Sunarti tak lama kemudian.



Karya Sajak/Puisi W.S. Rendra
  • Jangan Takut Ibu
  • Balada Orang-Orang Tercinta (Kumpulan sajak)
  • Empat Kumpulan Sajak
  • Rick dari Corona
  • Potret Pembangunan Dalam Puisi
  • Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta!
  • Nyanyian Angsa
  • Pesan Pencopet kepada Pacarnya
  • Rendra: Ballads and Blues Poem (terjemahan)
  • Perjuangan Suku Naga
  • Blues untuk Bonnie
  • Pamphleten van een Dichter
  • State of Emergency
  • Sajak Seorang Tua tentang Bandung Lautan Api
  • Mencari Bapak
  • Rumpun Alang-alang
  • Surat Cinta
  • Sajak Rajawali
  • Sajak Seonggok Jagung


Apa tanda matang dalam hidup?


SEMBILAN TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN ISLAM



*1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.*

*2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.*

*3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.*

*4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.*


*5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.*

*6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.*

*7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasibdiri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati dengan kelebihan orang lain.*

*8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan  dari kehendak .*

*9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".*



Kita Pendakwah Bukan Penghukum...

Cerita contot ini boleh buat kita semua sentap,
Moga kisah ni mampu menyedarkan kita...




Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar, kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

“He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!.

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…

Assalamu’alaikum… Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan?. betul tak?. Memanglah… Kenapa kau tanya macam itu?.

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?.

Sorry Lim. Aku tak faham… diseksa? What do you mean?.

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?.


Jangan berhenti jadi pendakwah


Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal… sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.


Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?.


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Ini mesej Cantik, yang membuat saya malu pada diri saya.
Adakah anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika kita membawa al-Quran seperti cara kita membawa telefon bimbit?.
Bagaimana jika kita boleh membawanya di mana sahaja kita pergi,
Di Dalam beg kita atau Poket kita?.
Bagaimana jika kita melihat halaman beberapa kali sehari?.
Bagaimana jika kita kembali untuk memuat jika dilupakan?. 
Bagaimana jika kita dianggap seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa ia?.
- Dan benar-benar, kita tidak boleh hidup tanpanya!.
bagaimana jika kita memberikannya kepada anak-anak kita sebagai hadiah?.
Bagaimana jika kita membacanya semasa dalam perjalanan?.
Bagaimana jika kita menjadikan ia satu keutamaan setiap hari?.
Mari kita menjadikan, "Al-Quran adalah kawan kita yg terbaik."



Hussain Yee antara pendakwah yang popular ketika ini.