ads

Monday, September 26, 2016

Suka duka tinggal di asrama...



Setiap pelajar berlumba untuk tinggal di asrama. Terdapat beberapa kebaikan pelajar tinggal di asrama. Antaranya, pelajar akan mempunyai banyak masa untuk belajar.

Pelajar yang tinggal di asrama mempunyai jadual belajar, aktiviti riadah, solat dan tidur yang teratur. Semua pelajar mesti mematuhi peraturan asrama yang telah ditetapkan. 

Pelajar akan ditegur dan didenda jika tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pelajar yang tinggal di asrama juga akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. 

Nilai-nilai murni ini dapat diterapkan dalam diri pelajar sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai bertolak ansur, bekerjasama dan berdikari. Amalan nilai-nilai murni ini dapat menjadikan pelajar berakhlak mulia dan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik untuk masa depan.. 


Cikgu Nuar yang versatile kena 'out you go' dari hostel kerana tidak mengembalakan kebajikkan murid-murid di asrama. Kebanyakkan kami menyayangi cikgu ini kerana tidak mencampuri urusan kami dan tiada surat pekeliling mengatakan cikgu ini mempunyai tugas di hostel dan kalau ada kami akur.

Cikgu Nuar, orang Perak sentiasa smart dengan seluar baggy dengan skuter putihnya.

Gambar dirakam tahun 1977 - Kelab Nasyid



Berbalik ke era 70an, tinggal di asrama@hostel menjadi mimpi ngeri bagi kami yang dibuka tahun 1965 ini. PIBG tidak berfungsi mengakibatkan kebajikan kami cukup terabai. Sepatutnya tubuhkan jawatankuasa di peringkat asrama melibatkan murid-murid dan pengurusan atau sebagainya.

Masaalah permakanan kurang berkhasiat, masalah air terputus setiap penggal dan tahun terpaksa mandi di perigi dan perigi kering kami ke sungai. Sepatutnya sudah tersedia Plan B bagi menangani permasalahan ini. Menyewa lori untuk menghantar air atau membeli tangki air untuk simpanan. Membina perigi dua atau tiga biji lagi di sekitar lopak di tepi padang asrama, misalnya. 

Masalah bersembahyang terawih terpaksa melintasi jalan keretapi ke pekan sekitar 8 batu setiap malam di bulan Ramadan. Kalau mengikut keadaah sekarang amatlah merbahaya kepada pelajar. Ini juga dapat mengelakkan murid-murid penat dan tumpuan kepada pelajaran lebih fokus. (sepatutnya boleh diselesaikan secara mudah)

Masaalah letrik yang sering tergendala dan yang lebih parah masalah pembentungan. Pembentung pecah mengakibatan najis bertakung di belakang asrama memakan tahun. Tidak dibaik pulih dan mengundang pencemaran yang berterusan. Kami dah lali dengan aroma ini... dan pelbagai masaalah sepele lainnya. Kita pun menjadi hairan, adakah warden asrama ketika itu tidak pernah berkhusus cara pengurusan asrama dan memahami S.O.Pnya?. Entahlah... Pengurusan asrama@Sekolah hanya menunggu sesuatu jatuh dari langit!.

Lebih mendukacitakan, pengurusan asrama bersikap 'tidak sensitif'. Hampuras lalu dema ni... Menjadi seperti Rodrigo Duterte - Presiden Filipina kata vireley, menghukum tanpa menubuhkan jemaah pengadilan yang transparence. Selain kes di asrama kes di sekolah pun sama rungut bekas pelajar. 

Tujuan entry ini bukanlah mencari 'kambing hitam di atas kambing putih' dan menunding jari atas kesalahan atau kekilafan yang telah berlaku kerana kata orang kesilapan atau kelemahan adalah proses kematangan. Inilah deja vu di Sekolah!. Jadi berlapang dadalah semua membaca kisah menjentik hati ini...



Kes 1

Budak dibelasah, dihalau malam kerana merokok


Riwayat tinggal di Hostel ini banyak kerana kamilah pioneernya. Awokme ada pelbagai nostalgia kalau ditanya. Kalau nak disurahkan kena ada kenkawan membuka cerita sebab kes mencuit rasa sudah dimamah usia. Banyak terpadam!.

Kami tinggal 3 tahun di hostel SMK tahun 1997 - 1979. Satu yang tidak boleh dilupa ialah pengalaman satu malam ketika sedang study. Warden asrama ketika itu orang Selatan dan Warden untuk asrama lelaki orang Pantai Timor dan seoarang lagi hanya menjadi permerhati ketika kejadian itu. Mereka telah menangkap 2 orang rodong yang tidak hadir study malam kerana menghisap rokok di bilik. Apa lagi kedua budak itu namanya Abdulla dan Hanin (bukan nama sebenar) telah di arahkan ke depan kantin dan disaksikan budak-budak lain dibelasah oleh kedua cikgu ini. Ditumbuk, ditampar dan diterajang. Membantai budak yang tak membela diri. Cikgu ini semacam polis Filipina ala Rodrigo Duterte...

Setelah puas membelasah sampai berdarah mulut keduanya dihalau dari asrama malam itu juga tanpa diberikan peluang. Beg pakaian mereka dilempar ke luar bilik. Sepatutnya bagilah tempoh ke esok harinya. Kalau apa-apa berlaku, contohnya di makan serigala, kan susah!. Sedih bebenor kami melihatnya terhoyong-hayang menahan sakit. Bagi kami cikgu ini bukanlah pendidik sebenarnya hanyalah mengikut undang-undang nalurinya marahnya semata-mata. Kes merokok besar sangat ke dosa?.

Sayang, kalau kes ini berlaku dewasa ini siaplah cikgu ini disaman oleh emak bapak bebudak itu. Senang aja nak memerangkap cikgu unapologetic itu . Emak bapak hanya perlu membuat laporan polis kononnya anak hilang atau dibelasah cikgu atau sebagainya jadilah kes berprofail tinggi.


Kes 2

Pengsan kata pura-pura

Cerita yang paling melucukan terjadi di dalam bilik tingkat bawah bila mana seorang budak kononnya ada ilmu persilatan tiba-tiba pengsan. (bagi memantapkan seni persilatan budak ini belajar lagi di asrama yang di dirikan pondok persilatan di sebelah kantin mengadap ke hutan). Tujuan warden adalah untuk kebaikan pelajar di kemudian hari cara mempertahankan diri. 

Suatu pagi hari ahad tiba-tiba budak tidak sedarkan diri. Kenkawan mengatakan dia ini pura-pura berlakun kerana nak menarik perhatian senior tentang ilmunya. Kami cuba mengejutkan tetapi tidak juga sedar. Ada yang mencubit pipinya dan menjerit namanya tetapi tidak berkesan.

Lalu si senior menampar mukanya, di renjis air pun tak sedar. Setelah pelbagai cara dilakukan lalu memanggil warden asrama untuk menyelesaikan masalah yang kelam wal kelibut.



Nasir semasa remaja sering sakit dan jarang ke sekolah, mempunyai cerita 'sakit dalam perut' nak kisahkan kepada rodongan. Walaupun kedatangan ke sekolah 'on off', ingatan kepada nostalgia di asrama masih walah!.

Kes 3

Kawan dan Nasir Itik kena jemor

Seingat kawan, semasa tinggal di asrama di tingkatan 1 kisah pilu berlaku. Kisah ini sedikit sebanyak merencatkan penghormatan kepada orang bernama cikgu.

Ketika usai makan tengahari tak tau nak buat apa-apa, kawan bersama Nasir Itik (Sabri Paya Luas memberi nama itik kerana gaya berjalan Nasir macam itik. kononnya) bermain ping pong di dewan study. Kebetulan papan ping pong sudah tersedia.

Keadaan menjadi agak bising dan ini membuatkan Cikgu hitam manis ini lagak apparatchik lantang memanggil kami turun. Cikgu memarahi kerana menganggu anak kecilnya beradu.

Kemarahannya maksimum lalu memberi sebiji bola menghukum kami bermain di panas buta di padang berpasir di sebelah jalan. Dalam cuaca panas sekitar jam 2 petang kami dipaksa bermain tak tentu arah. Nasib baiklah kami tidak terkena demam atau wabak lain.

Kisah panas hati kepada cikgu ini berlarutan dan sukar nak dierasablekan. Semasa itu, kawan terfikir kalaulah cikgu menasihati kami secara insianiah alangkan baiknya, mboh tak buat lagi...




Kes 4

Padan muka cikgu kena main...

Kes ini berlaku sekitar '79 ketika itu kami di tingkatan 3 ketika menghadapi SRP.

Kami marah sangat-sangat kepada cikgu hitam manis (warden ketika itu) kerana pilih kasih dan berbulu mata menengoknya memakai seluar baggy menyapu sampah dijalan. Dan ada dua orang murid yang disayangi dan boleh study dalam bilik di rumahnya tingkat bawah. Di atasnya bilik study kami yang besar boleh memuatkan 2 kelas sekaligus. Keadaan bising dan tidak boleh fokus, komen pelajar ini.

Cikgu ini mempunyai isteri seksi dan sering memakai skirt ketika mengajar sisi petang, baru melahirkan anak kira-kira 2 bulan dan anak kecilnya sering menangis waktu malam.

Apa kami buat?
Kami telah merancang sesuatu nak memberi 'padan muka'. Lalu kami memasang tali panjang mengikat meja dan kerusi besi lalu mendirikan setinggi-tinggi hingga ke siling. Tali itu terus ke bilik kami melalui tingkap belakang dan tepat jam 1 pagi kami menariknya serentak dari bilik 10 dan bilik 12. Bilik cikgu yang terletak di tingkat bawah dewan meranum bunyinya bila meja itu jatuh. Kebisingannya memecahkan kesungian malam. Macam bom di hirosima layaknya.

Apa lagi?, kedaaan menjadi kacau-bilau kerana kebisingan meja kerusi besi jatuh ke atas simen lantai. Anak cikgu menagis, budak menjerit dan kami menjerit sama menambahkan keseronokan malam syahdu itu.

Cikgu hitam manis bingkas naik ke atas, tak tentu arah lalu membuka pintu. Tapi kami telah mengikat getah dan pintu itu melenting lalu kena ke dahinya... aduh!...

Apa lagi kerana marah dia langsung merotan bebudak yang sedang lena tidur berdekatan pintu itu (budak-budak junior ditempatkankan di katil berdekatan dengan pintu). Kami yang belakang tidak dilawatinya dan berselubung pura-pura tidur tetapi mengetahui segala-galanya yang berlaku...

Besoknya ketika sedang mengambil makanan pagi di kantin dua tiga budak masih menagis, sebak dan merah mata. "Aku kena rotan oleh cikgu, kenapa Ya?...", kata Borhan iman muda kami...


Kes ke 5

Mengajor cikgu menghukum tanpa usul periksa


Cikgu Ikang punya cerita... Cikgu putih kuning agak rendah yang spotif. Aku ada menyimpan 'panas hati' dengan cikgu Ikang ini kerana merotan kami tanpa usul perisa dan tidak menghormati kami (lihat Berita Harian helaian 30 rabu 30 ogos 2010 atau Youtube - Murid kurang ajar).

Apa aku buat?
Aku tahu cikgu Ikang ni setiap petang bermain bola dengan kami kerana memang sukan kesukaannya. Aku juga bermain bola ketika itu dan mencari peluang untuk mencederakannya. Peluang yang ditunggu tiba, Apa lagi ketika menanduk bola tinggi aku menyanga dagunya sekuat hati. Bola ke mana yang jatuh Cikgu Ikang... mulut berdarah dan terus keluar padang mencari ubatan. Aku pura-pura sakit dan puas hati, lies dan distortions kawan menjadi.

'Kes padan muka' cikgu menghukum tanpa usul perisa...


Gambar hiasan

Kes 6

Mari mandi Tarzan!

Saat yang paling seronok ketika air tiada/terputus di asrama. Kami dibolehkan mandi di sungai Terengin dari jam 2 petang hingga 5 petang. Masing-masing berjalan beramai-ramai sambil menyanyi lagi Allycat... Hingga akhir nanti... Carefree... rindu bayangan... dan Othman Hamzah ... musliha... oo... musliha.... sambil membawa baldi. Mustafa Sintol mempunyai suara yang 'wow' dan kami mengikutnya lagu itu sipi-sipi mengharapkan Pho meneruskan nyanyiannya.

Sesampai ke sungai maka acara bermula. Mandi Tarzan dari jambatan beramai-ramai. Ruslan Aksah (seorang rodong yang realistic yang agak popular dan kenakalannya dapat disembunyikan gara-gara sikap selambanya) mengayakan cara Tarzan terjun. Dan kami cuak jugak menengok stail Lan terjun kepala dulu ke sungai, risaukan batu tajam ternganga dan membaham kepalanya.

Melalui kampung ke Sungai Terengin itu banyak mengimbas nostalgia. Masih dalam ingatan, sebuah rumah papan berlangsir bunga dan di tepi lamannya banyak tertanam bunga kertas berwarna-warni. Aku menjadi teruja melihat bentuk rumah dan laman bunga-bungaan...


Pho sebiji suara Sam - Dlloyd, gambar di ambil dari FBes 7

Penasaran di malam perpisahan


Tinggal di asrama banyak kenangan dan keseronokan. Zaman kanak-kanak mana ada cerita duka lara. semuanya indah belaka. Pelajaran merosot pun tak ambil pot...

Teringat akhir tahun sekitar '78, Kami ketika itu Tingkatan 2, diadakan Malam Perpisahan dan menjemput pancaragam yang power di sekitar pekan KK. (bermakna kami ke tingkatan 3 dan kawan-kawan tingkatan 3 akan meninggalkan sekolah).

Sebelum acara kemuncak, sesiapa yang menyertai giat berlatih. Ada yang berlakon di bawah pimpinan Cikgu Shafie. Lawaknya yang masih diingati tentang budak dengan pen yang besar terjatuh menimpanya. Mula-mula aku ingin menyertai lawak jenaka itu tetapi membatalkan niat kerana terasa lawak itu 'joke murahan'.

Saat yang ditunggu tiba. Malam itu terasa cukup indah dengan memperagakan pelbagai pakaian baru (golongan pelajar wanita). Aku dan kawan-kawan berdiri di tepi jaring berdekatan kugiran di kantin asrama itu. Satu demi satu persembahan dari kawan-kawan berlangsung. Melihat kugiran dan pemain gitar solonya, aku memasang angan-angan suatu hari nanti menjadi pemetik gitar seperti Steve Vai atau Jeff Beck...

Mustafa Sintol dari Kampung Sintok Gunung Senyum kebanggaan kami menyumbangkan lagu Dlloyd bertajuk Mengapa harus Jumpa. Phor memenangi pertandingan itu dan hadiahnya tidaklah dapat diingati lagi mungkin duit RM1000. Tetapi ramai penyanyi dari kalangan wanita. Rosmawati dari Kampung Bengik juga tidak kurang hingga bertukar suara mengulangi korus beberapa kali. Wan Mazmah membawa lagu Sudir... Hujan yang turun...

Tidak disangka-sangka, Rahmah Adam si gadis Tingkatan 3, cinta monyet aku menyumbangkan sebuah lagu bertajuk: PENASARAN nyanyian Emila Contessa. Lihat: PESAN RAHMAH dalam http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/pesan-rahmah.html. 

Ketika itu aku sudah berada di dalam dewan dan melihat persembahannya, berdebar dan bedeguk-degok jantung. 'Kalau belum bisa aku mendapatkan, sungguh mati aku jadi penasaran...' Aku bersedih kerana sudah memutuskan hubungan angkara nasihat Budin yang bodoh itu.

Malam itu, sesudah show usai, mata aku terbelalak sampai dinihari. Ngap dapat tidur. Apalah nasib badan... orang nak berbaik-baik dengan kita, awok menolak...


Kes 8

Komen Wan tentang penasaran


Sheikh..u recall my memori ler... mlm tu saya masuk pertandingn nyanyi tu... mustafa sintol, no 1 dan saya dapat no 2.. nyanyi lagu 'hujan yg turun..bla..bla... mmang band handalan yang mengiring... dan masih ingat persembahan penasaran tu... kah... kah... - wan mazmah.


Wan, saya cukup syahdu ketika Rahmah menyampaikan lagu itu lewat persembahannya. Si Rahmah menyampaikan lagu itu semacam saja dan saya rasa dia dapat melihat saya yang berada di tengah dewan. Sebenarnya saya rasa menyesai kerana mengikut nasihat kawan upaya memutuskan hubungan itu tanpa usul perisa.

Selang setahun kemudian suratnya menyusul, menasihatkan saya supaya jangan tinggal solat (lihat: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/pesan-rahmah.html) dan saya menggangap nasihat keramat sampai kini. Saya fikir inilah nasihat seorang kawan sejati...


Kes 9

Kisah puasa geng senior



Satu kes yang masih segar diingatan ketika bulan puasa. Kami semua berpuasa, ingin menunaikan fardu yang satu inilah katakan....

Ketika waktu nak berbuka puasa kami berbaris beramai-ramai mengambil makanan di kantin dengan membawa tray. Cukup seronok, pelajar perempuan tersenyum-senyum melihat kami yang berpuasalah katakan... Sebenarnya ramai yang tak berpuasa tapi berpura-pura nampak penat dan letih.

Bila waktu bersahur, saat paling menyeksakan. Semua lampu dipasang, menyilaukan mata. Kami dikejut ketika enak dibuai mimpi. Alangkah sedihnya hendak bangun bersahor.

Tetapi ada cerita bagi pelajar senior, kerana terlalu kreatif geng senior tingkat 3, bilik 17 menyemarakkan api menggunakan kertas buku untuk memasak air. Seorang mengipas bara api dan seorang mengipas asap takut ternampak oleh warden asrama. Bila air suam-suam kuku mereka memasukkan maggie. Lalu membahamnya terbahak-bahak. Satu nama yang masih diingati Azmi Buntal, Black dan Lan Akasah yang mendalangi fenomena ini...

Kalau warden datang untuk membuat 'sport-check' mereka sudah menyiapkan diri. Mereka telah membuka siling bilik itu dan boleh menyembunyikan diri serta-merta tanpa dikesan.

Cerita ini merebak hingga ke tingkat bawah, bilik 5 tempat aku menginap ketika tingkatan 3. Aku dan Cher@Nasa (ketua Murid) hanya tersenyum dan mendiamkan diri saja tidak mahu menjadi nasi tambah...




Bada bersama Hsan, pelbagai cerita untuk 2 kareater ini. Hsan disenangi oleh Cikgu  kerana lawak 
selambanya dan cikgu tidak boleh berbuat apa-apa dengannya. Seakan-akan ada emulate la pulak...

Kes 10

Sembahyang Tarawih bersama Badar


Ketika di bulan Ramadan dan sembahyang tarawih, warden mengizinkan kami sembahyang di Masjid Pekan Sari KK. 

Dengan bersenandungkan lagu Ramli Sarip "Camelia' berduyung-duyunglah bebudak berjalan melalui railway station yang bersejarah itu... Gugusan hari-hari indah bersamamu Camelia.... terjerit-jerit Mustafa Sintol menyanyi dan Borhan cuba-cuba memasukkan lagu nasyid Al Jawahir...

Sewaktu sembahyang saat yang cukup mencabar kalau bersebelahan dengan Badaruddin Mat Sham dari Dingkir. Dia akan menjadi DJ mengubah pelbagai rentak suara tokoh popular. Kami tidak dapat menghabiskan 20 rakaat lalu balik awal/nongol ke asrama terbahak-bahak dan terkentut-kentut menahan ketawa...

Pulanglah kawan dengan Badar ke asrama meninggalkan kenkawan menghabiskan sembahyang Tarawih berjemaah.

Orang tua berpesan berkawan dengan orang begini, beginilah jadinya...



Cikgu Ng - kelas 1 Unggu. Kena main oleh Bada. Cikgu ini mengajar subjet Sains dan Bada meniru tandatangannya di buku latihan tanpa disedari langsung olehnya. Itulah keistimewaan Bada yang jarang ada pada insan lain. Sifat badar yang bersungguh-sunguh memperbaiki bentuk tulisannya membuatkan kawan-kawan irihati dan kesudahan, bentuk tulisannya lebih comel dari kesemua bebudak di asrama itu.

Gambar kelas tahun 1977


Kes 11

Bada study dalam locker...


Ketika hampir menghadapi SRP kami study lintang-pukang. Kami tidak memperdulikan sesiapa lagi. Rasidah Mohd. Said lalu pun kami tidak berahi... Cikgu Rosnaha si putih kuning melintas depan padang kami tidak menjeling langsung...

Ketika itu di asrama study dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Itu compulsory!.

Ada satu cerita dengan kawan aku bernama Badaruddin Mat Sam. Dia ini teman sebilik, tingkat 1 bilik 10. Dia dipanggil Burung Hantu kerana jarang tidur waktu malam. 

Dengan menggunakan cahaya lilin dia akan membuat pelbagai kerja, mengemaskan locker, melipat kain dan sebagainya. Sok-sek bunyi kerenahnya. Terkadang menganggu rakan-rakan tidur.

Ada ketikanya dia akan menjadi DJ atau pengulas sukan. Kerana perbuatannya kami tidak dapat meneruskan tidur dan menyertai sama. Maka riuh-rendahlah dengan gelak-ketawa hingga larut malam. Warden, meniup wisel dan menjerit dari bawah memberi amaran.

Satu yang meninggalkan kesan kepada aku ialah tabiatnya ketika hendak menghadapi SRP. Dia akan membuat jadualnya sendiri ketika orang lain sudah tidur.... Apa dia?

Dengan bersumberkan sebatang lilin Bada akan meneruskan study di dalam locker yang semuat badannya itu. Dia tekun study dan kira-kira 10 minit dia akan membuka locker untuk mengeluarkan asap-asap yang terkandung di dalam locker itu. Dan meneruskan study 1 atau 2 jam...

Ketika itu undang-undang asrama melarang budak-budak study lewat malam takut terganggu atau tidak fokus semasa di sekolah.

Itulah kisah Badar, teman sekampung kawan yang kreatif dan inovatif...



... Idoklah kena flying kick, tetapi pelempam kedua-belah pipi. 

Gambar Hiasan


Kes 12 (Sekolah)

Apa nak dikato? Bila cikgu meradang...


Cikgu S***n membantai seorang murid bernama Redzuan budak Terengin masih segar diingatan. Tragedi berlaku ketika kami di tingkatan 1 Unggu tahun 1977. Kes kesalahan tidaklah seserious kes sekarang tetapi tidak diingati lagi. 

Cikgu perokok tegar ini naik angin (saja nak menunjuk kehebatannya) bersuara tinggi memarahi Si Mamat berkulit gelap ini. Suara cikgu kedengaran jelas (kerana bilik darjah kami dan bilik-bilik lain bersebelahan dengan bilik guru di tingkat atas). 

Orangnya kurus tinggi, senjata berasapnya tak lekang di tangan dan puntung itu dijentik bersahaja. Ini mengingatkan aku pada sebuah filem romantik klasik - Casablanca tahun 1942 lakonan Humnhrey Bogart dan Ingrid Bregman. Hero filem, Bogart cukup berstyle bila merokok. (Layari: https://www.youtube.com/watch?v=w7IWLZcVU64 ) https://www.youtube.com/watch?v=IBJGHvt7I3c




Cikgu garang ini kalau menggantikan guru lain masuk ke kelas, kami semua gementar dan kecut perut (tolonglah, janganlah masuk kelas kami). Cara mengajar memang tidak menyeronokkan langsung kerana perasaan takut kami mengatasi cara berfikir yang rasional, kreatif dan inovatif. 

Sebagai contoh yang masih diingati... "Kalau kamu melihat seseorang itu cantik, di mana kecantikkannya?, di badannya ka? matanya ka? atau di mana?, tanya cikgu ini mengendurkan suara tetapi tetap garang imejnya. Budak-budak takut nak mengeluarkan suara dan menjawab takut dibentak. Kami tidak dapat berfikir secara normal lagi. 

Akhirnya cikgu ini menjawab sendiri dan menganggap jawapannya betul, 'dimukanyalah'. "Kalau mukanya comot atau tak cantik, semua hilang kecantikkannya". Kami diam, tidak lawak dan tidak tuntas langsung jawapannya. 3 x ... Ha Ha Ha...

Berbalik kepada kes Ridzuan, Cikgu ini cukup marah dan kemarahannya tidaklah dapat dikekang atau dibendung lagi, mentang-mentanglah guru displin (seperti Raninikanth dalam filem Kabali). Sepantas kilat bertubi-tubi membantai dan melempam kedua-belah pipi murid ini. Maka berpinorlah murid ini kesakitan dan menahan malu. Redzuan tertunduk, rambut terkucai tidak terurus lagi. Terus turun tangga dan menghilangkan diri...

Apa nak dikato, mungkin cara terbaik dilakukan diwaktu itu atau itulah guideline guru-guru, Wallah hu akhllam...




# Selang seminggu, kelihatan seorang tua cukup bersopan meninggalkan capal getahnya di bawah lalu menaiki tangga ke pejabat untuk sesuatu urusan. (Naluri ku kuat mengatakan itulah ayah Si Redzuan berurusan tentang anaknya).

.............................





Al Fatihah buat cikgu yang diingati dan teman-teman yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. 

Ya Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka , maafkan kekilafan mereka, Amin

......................................



déjà vu | DA zh ä Voo |
kata
perasaan setelah sudah mengalami keadaan ini.
• kebiasaan membosankan: untuk menyenaraikan penentang dasar-dasar beliau adalah untuk menjemput kebosanan dan rasa déjà vu.
ASAL awal peratus-20 .: Perancis, secara literal 'sudah dilihat.'





No comments: