ads

Monday, August 29, 2016

Kisah sebuku roti menjadi taman...






Diriwayatkan, di zaman Nabi Musa as, seorang lelaki tua gundah gulana pasal rezeki yang dikurniakan. Ibadatnya terganggu dek kerana rezeki yang ditakdirkan hanya sebuku roti sahaja setiap hari.

Disurahkan, Nabi Musa AS melalui tempat orang tua ini berteduh. Inilah peluang yang terbaik untuk menyuruh Nabi Musa AS bertanya dengan Allah SWT tentang rezekinya.

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya. Dari dulu sampai sekarang, saya hanya mendapat sebuku roti setiap hari. Bolehkah saya dapat lebih daripada itu?. Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan berganda"

Nabi Musa AS bersetuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayatnya. Nabi Musa AS pun menyampaikan pesanan apa yang dia diberitahuNya. 

Sebaliknya, orang tua itu merasa sungguh gembira sambil menepuk-nepuk tangannya. Terkejut dengan tindak tanduk ini Sayyidina Musa AS bertanya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan berlapang dada dia kembali ke atas sejadah. 

Setelah beberapa bulan berlalu seperti disurahkan, ketenangan lelaki itu meningkat dan tidak perlu bimbang tentang rezekinya lagi. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan kepada ibadatnya menyebabkan lupa kepada makanan. Dipendekkan cerita kurang makan lebih beribadah!.

Disurahkan, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Hari berganti, longgokan roti di sudut itu mula meningkat dan bertimbun.

Suatu pagi yang damai, seorang penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut lalu berhenti untuk mengadu hal dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakannya tetapi tidak berjaya. 

Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan Tuan!". Pengembala itu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan dan haiwan ternakan makan semua roti itu.

Bebagai tanda berterima kasih kepada orang tua itu, pengembala itu menghadiahkan seekor kambing ternakan dan langsung saja meneruskan perjalanan bersama ternakkannya.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun, Nabi Musa AS melalui lagi kawasan orang tua itu. Dengan kagum baginda Nabi mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman hijau.

Ada pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut rumput tidak jauh dari situ dan terdapat sebuah ladang gandum. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia mengetahui apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi mendapatkan orang tua itu untuk mengetahui apa yang terjadi. 

"Bagaimana ini boleh berlaku?. Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis?. Namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu. 

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua itu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT. 

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia miliki.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi .. 

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah dan Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah dan besar hati. 

Moral dari kisah ini

-  Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang. 
-   Bersyukur walaupun sedikit. 
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar      memerlukan. 
-  Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan. 
-  Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang. 
-  Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum.
-  Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.


whatsapp : Rodongan





Jangan Khawatir bab Rezeki!


Kisah menarik di zaman selepas sahabat, disurahkan di masa mudanya Ibrahim bin Adham minat berburu. Suatu hari, setelah penat berburu beliau istirahat dan bersiap menyantap makanan.

Tiba-tiba muncul seekor burung gagak. Belum lagi Ibrahim sempat memanahnya, gagak itu dengan tangkas menyambar dan menerbangkan sepotong roti miliknya.

Karena kelaparan dan marah, Ibrahim mengejar burung itu sampai ke lereng bukit yang sepi. Betapa terkejutnya dia ketika di sana dilihatnya ada seorang lelaki dengan kaki dan tangan terikat. Tanpa pikir panjang, dibukanya tali ikatan itu.

Ketika ditanya, lelaki malang itu menjawab "Aku pedagang yang dirompak dan sudah tujuh hari diikat di sini.” 

"Lalu siapa yang memberi kamu makan dan minum?” tanya Ibrahim lagi. 
"Masya Allah. Ada saja rezeki yang di antarkan padaku lewat hambaNya. Misalnya gagak itu. Rezeki yang Allah kirimkan hari ini adalah sepotong roti yang diantarkan oleh gagak,” terangnya. 

"Subhanallah. Bila binatang saja bisa menolong manusia, mengapa aku tidak?” bisik hatinya.

Disurahkan susulan dari peristiwa itu, Ibrahim pulang ke istana dan menyedekahkan kekayaannya, kemudian ia berpergian ke Mekah untuk menuntut ilmu. Setelah bertahun-tahun di sana sekembalinya menjadi sufi besar tersohor. Namanya tertinta dibuku amalan... 




- Pengajaran dari kisah ini yang menggalakkan kita bersedekah jariah dan imbalan pahalanya yang amat berganda besar walaupun kesahihanhya cerita ini belum pasti kerana di angkat dari whattsap dan blog. 

No comments: