ads

Saturday, November 14, 2015

Kamus Loghat Pahang A - Z


Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah" yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah. 

Di sini saya ini mengajak majlis memahami loghat Pahang yang unik dan antik...

Mari Belajar Asas Loghat Pahang

Pengenalan
Bahasa Melayu Pahang merupakan bahasa/loghat/dialek yang berasal daripada negeri Pahang, dan ditutur oleh lebih kurang 1.01 juta orang Melayu di Pahang. Loghat Pahang ini merupakan dialek yang menguasai nageri Pahang di samping ada dialek-dialek lain yang lebih kurang sama dengan dialek umum ini. Sepanjang pesisir pantai Pahang, loghat Terengganu digunakan oleh sebahagian besar penduduk yang berasal dari golongan nelayan di kampung dan bandar. Selain itu, dialek yang digunakan di Pulau Tioman merupakan dialek yang jauh daripada bahasa biasa Melayu, dan sangat hampir dengan loghat Sarawak.

Loghat Pahang, Terengganu dan Kelantan mempunyai kelainan yang besar daripada segi sebutan, namun perkataan asasnya kebanyakannya masih sama. Ketiga-tiga loghat ini boleh dikategorikan sebagai loghat Pantai Timur walaupun mempunyai perbezaan yang agak ketara.

Loghat Pahang terkenal dengan nadanya yang boleh berubah daripada rendah ke tinggi, dan juga dialeknya yang pantas. Loghat Pahang berbeza dengan Bahasa Melayu standard daripada segi cara sebutan perkataan (fonologi) dan tatabahasa. Loghat Pahang yang paling tulen, yang terdapat di kampung-kampung biasanya tidak boleh difahami oleh orang yang bertutur dengan dialek lain. Malah, cara cakap yang laju oleh sebahagian penutur dialek Pahang juga susah untuk difahami oleh orang luar.

Demografi

Bahasa Melayu Pahang dalam loghat Pahang disebut Base Paha (basɘ pahãŋ) atau Caka Pahang (Cakap Pahang / tʃakaʔ pahãŋ). Loghat Pahang secara umumnya berbeza daripada hulu sungai sehinggalah ke hilir sungai Pahang. Asal loghat Pahang dikatakan daripada hilir sungai Pahang di mana penempatan penduduk pertama di Pahang, kemudiannya mula bertebaran di seluruh Pahang mengikut aliran-aliran sungai. Ada juga teori yang menyatakan bahawa loghat Pahang berasal daripada Ulu Tembeling dan Ulu Jelai, sebelum bertebaran mengikut arus sungai. Loghat Pahang biasanya hanya dituturkan di negeri Pahang, namun ada sebahagian penduduk Pahang yang berhijrah ke tempat lain membawa loghat ini bersama mereka.

Klasifikasi

Loghat-loghat dalam Pahang terdapat banyak jenis. Cubaan untuk mengklasifikasikan loghat Pahang ini kepada beberapa sub-dialek ternyata susah, namun seorang sarjana bahasa, Asmah Omar menyenaraikan terdapat 8 jenis loghat Pahang iaitu Pekan, Benta, Raub, Ulu Tembeling, Rompin, Temerloh, Kuala Lipis dan Bentong. Loghat yang dituturkan di Kuantan, Jerantut dan beberapa bahagian di Pekan juga berbeza daripada beberapa aspek.

Ada juga yang mengklasifikasikan loghat Pahang berdasarkan sungai Pahang, Mereka membahagikan loghat Pahang kepada tiga kumpulan berdasarkan Sungai Jelai, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bertemu di Kuala Tembeling membentuk Sungai Pahang yang seterusnya mengalir ke Laut China Selatan.




Cara Sebut
Dikatakan bahawa kelajuan percakapan dalam loghat Pahang ditentukan dengan kederasan air sungai Pahang. Di hulu sungai yang biasanya jeram dan airnya laju (Ulu Tembeling, Lipis dan Raub), mereka bertutur dengan laju dan pantas manakala di hilir sungai Pahang (Kuantan dan Pekan), mereka bertutur dengan kelajuan yang perlahan, seperti aliran air sungai yang tenang apabila menghampiri muara.

Cara sebutan perkataan loghat Pahang berbeza dengan bahasa Melayu standard dalam beberapa perkara antaranya cara sebutan di akhir perkataan. Seperti kebanyakan loghat-loghat lain dalam bahasa Melayu, akhiran ~r biasanya digantikan dengan sebutan vokal. 'Besar' sebagai contoh disebut ''beso' atau 'besa', dan; 'tidur' disebut 'tido'. Contoh lain sebutan seperti dalam jadual di bawah.


Aabila sesuatu perkataan berakhir dengan konsonan seperti ~n, ~t, atau ~l, konsonan itu sama ada digantikan dengan sebutan vokal seperti 'tangan' kepada 'tangae'; atau disebut dengan sebutan konsonan yang sama, tetapi lebih lembut (tanpa ditekankan) seperti 'sakit' kepada 'sakek' atau 'sake''.

Bagi perkataan yang berakhir dengan ~ng, ~m atau ~p, biasanya ~ng itu tidak disebut dan dihilangkan atau digantikan dengan ~ng yang teramat sangat lembut ala-ala keluar ikut hidung.. Sebagai contoh 'jantung' disebut 'janto' atau 'jantow' atau 'jantonc'; 'tiup' disebut 'tiyok' atau tiyo'. Hendaklah ditekankan di sini bahawa sebutan sesuatu perkataan bergantung kepada daerah dan kawasan.


Manakala perkataan yang berakhir dengan dua vokal ~ai, ~au dijadikan sebutannya kepada satu vokal. Petai disebut 'pete', pisau disebut 'piso', kerbau disebut 'kebo' atau 'keba' dan sebagainya bergantung kepada kawasan.


Loghat Pahang juga mempunyai perkataan-perkataannya yang tersendiri. Sebagai contoh di Pahang, kata ganti diri pertama (saya/aku) disebut dengan kas/keh/kweh/koi/kome/kawan dan kata ganti diri kedua (awak/anda) menggunakan aok/awok (Temerloh), om (Ulu Tembeling), demeh (K. Lipis), ka (Kuantan) dan sebagainya. Kekadang dalam satu daerah, terdapat cara ganti nama yang berbeza dan boleh bercampur aduk. Harus diingatkan bahawa banyak lagi kata ganti nama yang digunakan seperti 'di', 'mat' dan sebagainya namun tidak disebut kerana tak reti nak eja.

Sebahagian perkataan yang digunakan dalam loghat Pahang seperti ditunjukkan di bawah.

Loghat Pahang mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu biasa. Jadi, tidak hairanlah kekadang orang luar Pahang susah untuk mengetahui atau membezakan loghat Pahang melainkan jika benar-benar memerhati dan mendengar. Penutur loghat Pahang biasanya mudah untuk menukar loghat Pahang kepada dialek bahasa Melayu biasa kerana perbezaannya yang tidak ketara.

Tapi, kalo hok drulu te payoh le sikek nok nuko sebak lidoh dok kegheh. Jeneh dok drulu sumo idok mapeh nok cakak luo. Base cakak luo, ade le lekek skek loghatnye. Mengkale ogha Paha dengo, tao doh beloh mane asaenye. Mujo keh loghat bando Jantet, tokde le susoh nok nuko. Cumenye beloh hok laju cakak te mema' tokleh ngelok la. Te sebak sokmo ogha luo tok paha' keh cakak mende. Keh cakak laju walo dala' loghat standek.



Dari: http://betheredz.blogspot.my/2014/11/mari-belajar-asas-loghat-pahang-ii.html


A

Ace - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ace cuba dulu/sama dgn ce
Aok - awak
Aokme/Awokme - kalian, anda semua
Ampuh - tenggelam

Berambi - berhati-hati, berwaspada
"Awok tolong berambi masuk rumah besar ni, pintunya pun tinggi..."

B
Babir - degil
Baler - gila, bala?
Beter - betul (Lipis/Raub)
Berderau - gotong royong
Bederun - pergi beramai-ramai
Bejehek - macam tak habis, tak selesai
Bejejet - peluh yang mencurah-curah
Bahan - pukul (Contoh: bahan kuat sket..bior mampuih.)
Berlengging - tak pakai baju, pakai seluar sahaja
Berlemin - berminyak
Berlimbor - berjalan bergandingan, berdua-duaan, jalan bersebelahan
Biroh - gatal, miang, gedik
Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Bobok - tipu, bohong (pedo'oh)
Bopeng - pokai, tak ada duit
Boleng/bole/boleir - telanjang bulat
Berte’eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa (Contoh: mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya)
Bela - repair (Contoh: Bila aok nok bela TV tu?)
Berjelobei - koyak rabak, serabai
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org…kekkeke…disebut)
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut
Bercemperidei - berlari dengan cepat, berterabur
Bersempudei - berserabai, terbarai, bertepek dgn kotoran
Bekeroh - berdengkur

Cuok (cuak) - takut
"Koi cuok tengok dara comel ni..."

C
Ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
Caiyor - melilau, tercari-cari
Cegeng - capang (telinga)
Cemuih - bosan
Cenekang - cekam, cagu
Cekut - cakap/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
Cengkelik - hampir-hampir lemas, tersedak, tak boleh bernafas
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cipot (mencipot) - lari lintang-pukang (Cth : mencipot lari kejor de anjing)
Cokei - cukai
Cokeng - tegak
Congkeh - cungkil (Cth : Habat het aok ni.. congkeh gigi ngan jari...)
Cuok (cuak) - takut
Cakner (cakna) -tak amek peduli, tak kisah. (Contoh: sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung)
Copeir - hampir-hampir jatuh
Condeir - duduk di hujung birai (hampir sama dgn copeir)

Dema - awak,biasanya utk ramai (Contoh: dema ni takde keja lain ke)
"Dema dah hantor poskad ni, ya tak ya kita kena ge jugak..."

D
Dan - sempat (Contoh: la napenye tok makan lagi? Tok dan ker?)
Di - Awak (Kata gantinama kedua) biasa digunakan di Pulau Tawar, Jerantut.
Doh - sudah (Contoh : awok doh makan ker?)
Dema - awak,biasanya utk ramai (Contoh: dema ni takde keja lain ke)
Dimeh - sama macam Dema - biasa digunakan di belah Raub.
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Dedor - suam-suam kuku
Dedeh - hiris, potong


G
Gon - awak semua (Cth : Mana gon nok pegi ni?) (biasa diguna di Ulu Tembeling)
Gohek - kayuh
Goner - macamana, bagaimana, guane(Kltn/Trg)
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Genyot - lembek (Cth : Aok rebus ubi tu sampei genyot)
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Garaih/garas - gosok dengan kasar, cuci dengan berus
Gampang - kata cacian, makian (nada gurauan)
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
Ghober - terlalu teruk

Hampuras - paling tak berguna, teruk, hampeh (maki hamun)
"Awok me hampuras, tak boleh harap lalu, orang baik macam koi pun dikata jahat!".

H
Habat/habad - pengotor
Hamlor/Hamlau - riang
Halkoh - kain baju, pakaian, barang2 peribadi
Hantoi - lembap,slow pergerakan
Hampuras - paling tak berguna, teruk, hampeh (maki hamun)
Hamun - bosan, benci

J
Jabir - beg plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas (Contoh: ntoh ler..jenuh dah koi nunggu)
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai
Julat - tolak
Juring - potong, hiris (Cth : Aok mkn buoh mangga ke ter? Bok keh sejuring...)
Jelun/Jelong - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun kepala



 Kisok - kelam-kabut
"Kisok betuk awok sejak berganding dengan gadis comel ni, setahu koi program ni lambat lagi..."



K
Kwei(Kawan) - saya, aku (biasa digunakan di Pekan)
Kaih/Kah/Kash/Kaweh - saya, aku (biasa digunakan di Jerantut)
Keh -saya,aku (biasa digunakan di Lipis/Raub)
Koi - saya,aku (biasa d [truncated by WhatsApp]
Kwei(Kawan) - saya, aku (biasa digunakan di Pekan)
Kaih/Kah/Kash/Kaweh - saya, aku (biasa digunakan di Jerantut)
Keh -saya,aku (biasa digunakan di Lipis/Raub)
Koi - saya,aku (biasa digunakan di Temerloh)
Kantup - tutup
Kancut - pakaian
Karok - jamung, obor yg dibuat drp pelepah kelapa kering
Kair - ke air (maksudnya - pergi ke sungai; mengail, menjala dsb)
Kabir - panggil, lambai, juga salah satu cara untuk mendayung perahu
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjing
Kupi - Tin
Kohoit - letih, lenguh, sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati, ketawa hingga tak boleh bernafas
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling/gembira tak terperi
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah (Contoh: Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek)
Kecah - Lecak, becak
Karang - nanti,sebentar lagi (Contoh: karang lah mok koi kupas nyour tu)
Kelat - tipu bukan kelat buah (Contoh: tak aci sungguh main kelat) bunyi 'e' spt cerek
Kememe - sama cam tembe gak
Kekalu - emping dibuat dari padi pulut
Komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol. (Contoh: Jgn le komoih budak tu nak tido weh)
Kobek/kerobek - membelek-belek, menyiasat
Kepok - tempat simpan padi
Kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
Kodi/kudi? - ketinggalan zaman
Kode - kacau (air)
Kipong/kepong - Makan buah spt jambu, mempelam tanpa menghiris, kekah
Keknya - tetapi
Ketnyer - walaubagaimanapun
Kipai - letih /lenguh tangan
Kisok - kelam-kabut
Kenit - kecil
Kederat - upaya
Kerayan - takut, cemas, bimbang (biasa digunakan di Jerantut)
Kanyo/konyo - riak wajah, bera, muka tebal


L
Lat - tenggang/jarak masa
Latur - pijak, lanyak, kerap dilalui (Cth : Habih belubang jalan ni latur de lori...)
Lagung - langgar, hantuk kepala ke dinding
Lantak - suka hati awak
Lambo - beranda rumah
Lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
Lehet - dipakai bagi bagi buah labu, melekit
Lece - Tilam
Lengit - kalah teruk
Linyo - licin, bersih (Cth : Weh, pasei linyo je muke aok? Pakei susuk ke botox?)
Ledot/ledoit - pekat
Lede - cuai/tidak berhati-hati/sambil lewa
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
Lecoh - becak
Leweh - lemah longlai (cakap atau utk perbuatan)
Lawas - lapang, kawasan yang luas
Lembang (berlembang) - sepah, berterabur
Loghat (lorat) - kalut, nak cepat
Lodek - lumpur
Lopok - bekas untuk menyimpan sesuatu (Cth : lopok pensel)
Lempoy (belempoy) - perihal kain yang bergumpal, berperenyuk
Lempat - perihal kain yang terbiar di atas lantai, biasanya kain basahan

Moh - jom, mari - Contoh: Moh kita solat berjemaah

M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Muyaih - kotor, serabut
Mengelice - mengelupur
Mantul - pening-pening
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Meling - lalai, cuai
Mereloh - tidur (Temerloh, Jerantut, Raub, Lipis)
Meghetoh - tidur - sda-
Mengedam - tido (Pekan)
Meronoh - buang air besar
Meghuoh (meruah) - kentut dengan aroma paling hampuras sekali
Membeser - buang air kecil
Membute - tido
Mencayak - laju sangat (biasanya merempit)
Mengelentat - mengada2 seksi
Mengelatat - mengelicai
Memetat - terkena kpd diri sendiri
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening - benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala, merepek, melalut
Menginding - mengecek makanan, kita dekati pihak lain secara diam-diam, juga bermaksud berdampingan
Mengkelan - tercekik (berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - aktiviti berkatan menangkap ikan
Menggeledeng - perihal pergerakan badan.(Cth : Bakper menggeledeng ngat ni?)
Menglekek - ketawa beria-ia, terkekeh-kekeh
Masam menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tangan tak dok diam
Melukah - kain yang dipakai terbuka
Menganjing - mengada
Motong - menoreh getah
Mamai - mimpi di siang hari, fikiran tidak stabil
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam0 gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail, untuk pemberatnya diikat batu atau botol.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepang - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Megok-megok - tiba-tiba, sekonyong-konyong
Malaih - malas
Mombong - penuh
Meningkoh/tingkoh - membalas percakapan, menjawab, berdebat
Mengkane - telekung sembahyang
Mentekedaghoh (mentekedarah) - mentadarah, makan
Melantok - makan juga
Merungkeh/merungkaih - memanjat (terkial-kial)
Merukeh/merukaih - tercari-cari, mengagau
Molor - bekas, balang (biasanya diisi tempoyak/bekas gula2 di kedai runcit)


N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngercuk - ramai sangat (orang), penuh sesak
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyeraya - suruh
Nyonyeh - basah lejut

Ogek - bergoyang, tidak kuat (Cth : Pasei kaki kerusi ni ogek? Taket keh nok duduk)
"Rumah kawe dah agek lalu, bila-bila boleh runtuh."

O
Oteing - pening lalat
Ong - awak (biasa digunakan di jaluran Sungai Tembeling)
Ogek - bergoyang, tidak kuat (Cth : Pasei kaki kerusi ni ogek? Taket keh nok duduk)

P
Pedo'oh - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir (air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
Pepalih - terlebih, over (Cth : Pepalih awok ngape buat gitu..)
Podot/podok - sumbat (Cth: Usin, kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni)
Perintan/perentan - keadaan, masa (Pktn asal Ing - 'Prime Time')
Pelangkor - petir, guruh, kilat
Polok - gelojoh
Palor - Biar
Pungkor - Bohong, tipu, pedo'oh
Pepoh - pukul, hentam
Pesuk - bocor, tembus

Rodong/ghodong - kengkawan, member, sahabat

R
Rodong/ghodong - kengkawan, member, sahabat
Racik - jerat ayam hutan
Rhebas - hujan dah mula turun renyai2..
Ralit - kusyuk, leka
Rege - harga
Reba - semak samun
Rompong - kemek, berlubang (Cth : Rompong kete tu kang aok lagung ke tiang)
Rengcek (ghengchek) - perihal bersembang, bising, hiruk pikuk
Rengkok (ghengkok) - perihal ketawa beramai-ramai, riuh rendah

Sokmo - selalu (Cth:Sokmo nye aku yang kena buat..aok bila?) 
Sebagai orang Ialam solat kena buat sokmo, 5 waktu jangan tinggal!

S
Sapan/sapai - habih sut/habih reng/selesai
Sepan - tak berguna (macam hampuras)
Sede - mudah, senang (Cth : Sede sgt soalan aok ni.. bagi la yg payoh sikik...)
Sesemut - kebas kaki
Sebobot - serabut
Senyour - kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
Setotok - sama, sejenis (biasa digunakan di Daerah Pekan)
Sangei - tudung saji
Sengkelen - duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se’eh - Kenyang yg teramat sgt. (Cth : Se’ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!)
Sokmo - selalu (Cth:Sokmo nye aku yang kena buat..aok bila?)
Setoho - di sana, situ ha..
Seman - terkena badi/kenan (huruf 'e' disebut spt cerek)
Sepolit - tinggal sedikit, secubit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sokmo - selalu
Sakat - kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir, juga bermaksud mengacau, menganggu, mengusik..
Sontok - habis had, suntuk
Sigung - menyiku, belasah


T
Tatin - angkat jemuran
Taki/bertaki - gaduh, berkelahi
Timbuk - kacau (gulai)
Taruk - letak
Tutuh - mencantas dahan
Tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek (Contoh: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie)
Tertomos/tetomoih - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tok - tidak (Contoh: tok makan lagi la..kawan lapo nie)
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)

W
Waber/baler/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.
Wokme - kalian, anda semua (aokme)
Woreh - waris, kaum kerabat


Z
Zaman Tori - zaman dulu kala/ disebut zaman Tuk Adam


Dari Whatsapps Group Rodong 7779SMR3K



.......................................................................



TAU DOK AOK ME? 
Daileg Pahang Darul Makmur.

1. Sebenarnya tidak ramai orang dari pantai barat yang tahu bagaimanakah bunyinya dialek atau loghat Pahang. Ini dibuktikan dengan pengalaman saya sendiri menanya rakan-rakan se universiti yang bukan dari pantai timur. Hampir 70% daripada mereka tidak tahu bagaimana bunyinya longhat Pahang malah ada yang menganggap yang orang Pahang tiada dialek atau hanya bercakap seperti orang Johor, Terengganu atau Kelantan.

2. Dialek pahang berbeza-beza dan diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Pahang Hilir yang meliputi kawasan Pekan dan Rompin. Pahang Tengah meliputi kawasan Maran, Bera, Temerloh dan Chenor. Serta Pahang Hulu iaitu Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Cameron Highland.

3. Berbanding dengan orang Terengganu dan Kelantan, orang Pahang yang berada di luar Pahang samaada menetap, bekerja atau belajar sangat jarang menggunakan dialek mereka kerana khuatir tidak difahami oleh orang luar atau disebabkan inferiority complex. Malah ada di antara mereka seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan dialek tersebut dan matlamat mereka selalunya berjaya kerana tiada siapa yang tahu dialek sebenar mereka. Namun mereka akan terkantoi jika ada diantara orang luar tersebut adalah juga orang Pahang! pendek kata biasanya hanya orang Pahang yang dapat kesan bahawa seseorang itu orang Pahang atau tidak melalui cara percakapan mereka. selain itu, jika anda orang Kelantan dan Terengganu, dan anda ingin menyembunyikan dialek anda, anda biasanya kurang berjaya sebab bunyi dan lenggoknya tetap tertonjol. Hal ini berbeza dgn orang Pahang yang lebih mudah menyembunyikan dialek mereka.

4. Dialek Pahang juga sering disalah ertikan sama dengan dialek perak! Walaupun ada diantara intonasinya yang seakan-akan sama namun ia tidak serupa. Sebab itu banyak para pelakon yang berasal dari Pahang kadang-kadang diambil berlakon watak sebagai orang Perak. Tidak seperti dialek-dialek lain contohnya Kedah, Perak, dan sekarang Terengganu dan Kelantan, dialek Pahang amat jarang digunakan dalam filem-filem mahupun drama. Kalau adapun biasanya tidak tepat dan menyerupai dialek Perak.

5. Dialek Pahang juga mengikut pergerakan arus sungai Pahang. Hulu sungai biasanya air deras atau laju maka penduduk hulu Pahang banyak bercakap dalam dialek yang agak laju dan deras. Manakala di Pahang tengah aliran sungainya semakin sederhana jadi begitulah juga dialek yang dituturkan. Di hilir pula dialeknya menjadi lebih perlahan atau dalam bahasa Pahang dipanggil leweh maka begitulah juga dialek mereka.( mengikut kajian seseorang).

6. Dibawah saya lampirkan sebahagian daripada loghat atau dialek Pahang secara umum untuk pengetahuan kawan-kawan yang tidak tahu atau bukan orang Pahang. Ada diantara perkataan di bawah sama penggunaannya di negeri pantai timur lain seperti di Kelantan dan Terengganu namun cara sebutannya adalah berbeza:

Bahasa Melayu Piawai / Bahasa Melayu Pahang:


saya- kawan (kawan), koi, kas, keh, kaweh, kome
awak- awok (awak), aok, ork, ka
mereka- demeh
yang itu- hok tu
yang ini -hok ni
beritahu -royek, kabo (khabar)
rambutan -muktan
keluar -keluor (keluar)
orang -ora (orang)
tidur- reloh
buang air besar- ronoh, perot (perut)
kenapa ngaper -(mengapa), matnyer
plastik- jabir
bekas plastik -molor
selimut -gebor
selalu -senalo, sokmo
jenis- jenih (jenis)
malas -maleh (malas)
letih- kehut, kohot, tok rot
gelojoh- polok
baiki- bele
tilam -lece
penuh- mombong
di sana -setoho
suruh- nyeraya
kebas kaki- sesemut, senyor
budu- pede
tercekik -mengkelan
selirat- sengkelik
leka -ralik
tangis -rahang, lalok
pening- oteng
bengkak- merenin
telekung- mahane

Kata Penguat Maksud:
manis meletiang- sangat manis
pahit lepang- sangat pahit
tawor heber -sangat tawar
itang legang -sangat hitam
lawo mat -sangat cantik
busuk melantong- sangat busuk
ngerlang- sangat cerah
wangi merohong- sangat wangi
tebal bakut -sangat tebal
masang menaung -sangat masam

- Al Semantani-




No comments: