ads

Thursday, December 17, 2015

Kembali berkerja setelah hampir setahun kerja main-main!


Menganggur, apa lagi selama berbulan tentu menyesakkan dada walaupun mempunyai peruntukkan perbelanjaan.


Seingat Mfers, 15 Disembar 2014 hari terakhirnya di tempat kerja terasa suasana kesuraman malah lampu yang terang terasa kemalapannya. Mfers meninggalkan pejabat yang kurang setahun ke 25 tahun perkhidmatannya. Digit yang cukup matang dalam kerjaya seseorang. Mfers memohon berhenti melalui MSS - Mutual seperation schame.

VSS@MSS, kali ketiga dilancarkan oleh majikan kerana menstrukturkan semula syarikat penerbitan akhbar sesuai dengan cabaran semasa. VSS kali kedua tahun 2004 'Pemohonan anda gagal'. Ketika itu Mfers sudah mendapat tawaran dan hanya menunggu VSSnya saja. Manakala rakan rapatnya seronok dapat 'chow'.

Ditanya, apa kenangan manis?. "Manis?, biasa biasa saja", ujarnya. "Yang aku ingat, aku menang kereta berharga 50k", shell contest yang mencabar disertainya tahun 1999, tapi itu tidak melibatkan syarikat tempat kerjanya. Begitu juga sedosen peraduan 'wow' lainnya. "Rewarding ini adalah tiket untuk aku setanding dengan Senior Creative designer lainnya", terang Fers dan memberitahu majikan secara tidak langsung bahawa beliau setanding atau berada di atas dengan perkerja lainnya.

Khusus Bina Insan tahun 1996 anjuran syarikatnya banyak mengajar tentang prinsip amanah, mengikut arahan dan berkerja secara berpasukan.

Semasa berkhidmat di syarikat berkenaan banyak tempat dilawatinya sebagai 'token' atas kejayaan berkumpulan mencapai 'target' sasaran. Bandaraya seperti Sydney, Colombo, Negambo, Phuket, Patayya, Bandung, Bali, Bangkok dijejakinya. Tetapi Gold-Coast di Melbourne, Hong Kong atau Milan telah dijanjikan tetapi majikan gagal menunaikannya dan langsung saja memberi RM!.


Seingat Mfers, tahun 1996, pernah mendapat tawaran menunaikan haji tetapi menolak lantaran tidak cukup persediaan. "Itu banyak meninggalkan kesan kerugian hingga kini", terang Mfers sesal.


Tahun 2012, hadiah hari jadinya, tawaran untuk mengerjakan Umrah bersama isteri disambut dengan persedian rapi. Menginap Dar Al Eiman Royal Hotel, Mekah di bangunan Clock Tower atau Zam Zam Tower sekitar 100 meter dari pintu besar tidak dapat diucapkan. "Entalah bila ada rezeki lagi... Inilah reward yang terbesar dalam hidupnya, terang Mfers puas.


Di Madinah pula, Hotel Radisson Blu - Al Muna Karrem Hotel yang berhampairan dan mudah mengerjakan ibadat. "Hadiah terbaik sepanjang aku berkhidmat di syarikat ini dan kenangan sepanjang hayat", cerita Mfers dengan penuh kesyukuran.

Tetapi tahun 2014, tahun kemalapan dan kesuraman syarikat penerbitan akhbar di Malaysia dan di dunia. Pembaca mula beralih arah kepada 'touch-screen, lebih-lebih lagi generasi Y.

Ancaman media baharu dan masa depan media tradisional di seluruh dunia sudah seperti sampan di lautan. Jika media di Amerika Syarikat tidak dapat menahan kemaraan media baharu, bermakna negara kita juga menghadapi risiko dan tempiasnya, malah kemungkinan menerima kesan lebih buruk. Akhbar dan televisyen juga sudah hilang sifat kesemasaannya kerana sering ketinggalan sedangkan media baharu memberi maklumat paling pantas, malah laporan on-line ketika peristiwa berlangsung. Nak kato apo?

Sebagai 'orang lama' Mfers sedar hakikat duduknya perkara. Ini kerana Mfers sudah berpengalaman semasa bertugas di pernerbitan majalah sekitar 80an. Dia tidak mahu menunggu batu besar itu runtuh. "Bagi orang mudalah... ramai lulusan di luar sana tiada perkerjaan..., bersara awal dan berpampasan, itu jawapannya!".

Pengalaman semasa bekerja di syarikat penerbitan di tahun 80an tetap diingati. Dalam 2 atau 3 bulan sebelum syarikat 'gulung tikar' akibat ekonomic downturn, majikan sudah memberi 'kelu' dan ini adalah satu pukulan TKO. Bagi mengambil hati, majikan menawarkan Mfers berkerja dengan rakannya di Akhbar Tabloid Mingguan Tanahair sebagai Freelancer. Maklumlah akhbar nyamuk, hidup segan mati tak mau...

Ketika itu, dengan berbekalkan folio Mfers meredah KL. Dari Majalah Gila Gila ke Daya Bumi, Kementerian Pelajaran dan terus ke Bank Pertanian@Agro Bank. Teknik redah dan pintas berserta tawakal ini banyak membantu kerjaya Mfers. Sekitar 2 minggu selepas di interview beliau mendapat tawaran berkerja di Bahagian Perhubungan Awan BPM dan bertahan lebih dari setahun dan kemudiannya ditawarkan bekerja di Syarikat Akhbar. Pengalaman 'tukar-kerja' memberi pengajaran - lebih baik 'Angkat Kaki'... Gelora tsumani kegawatan berlegar kembali tetapi berbeza dari dulu. Pokoknya 'orang semakin kurang membeli surat khabar! . Mfers bersikap apologetik tidak berminat menjadi "passanger" semata... 

Kini, selang sebulan selepas berihat, Mfers mendapatkan beberapa kenalannya yang berkaitan dengan radar DNA kerjayanya. Dengan frequency yang wattage rendahnya, kenalan takut menawarkan perkerjaan kerana kegawatan. Langsung saja menunjukkan dalam face book pameran buku anjurannya yang banyak buku pada pengunjung. 'Apa dah jadi?. Jualan buku dan seangkatan dengannya sudah merundum teruk!.

Kerja dengan NGO

Mfers mendapatkan kerjaya baru. Tidak terikat dengan waktu pejabat yang menjerutnya. Bebas, tetapi ada commitment.

Ada juga kenalan mengajaknya menyertai syarikat pengiklanan. Tetapi jiwanya tidak ke situ. Mfers telah menutup pintu kepada pekerjaan 'workaholic', stayback yang 'gila', clubbing atau sosial function. Balik pagi, keluar tengahhari dan tidur di pejabat. "Usia udah senja", jelasnya.

Akhirnya Mfers menemukan kerjaya yang ingin diceburinya sebagai Marketing & Fundraising di syarikat NGO milik kenalannya sekitar tahun 1997 itu. Sebelum VSS lagi ketika bertemu dengan temannya itu Mfers sudah memberi bayangan ingin berkerja dengannya.

Hari pertama ditugaskan berjumpa kenalannya di Tenaga Nasional meminta menyumbangkan dana untuk program Fast 2 Food sempena bulan Ramadan bulan Jun 2015 yang akan menjelang sebulan lagi. Perancangan sudah diatur sebelum bulan puasa tentu membuahkan hasil.

Cabaran di sambut dengan dada yang lapang...

Tunggu, bersambung

Saturday, November 14, 2015

Kamus Loghat Pahang A - Z


Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah" yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah. 

Di sini saya ini mengajak majlis memahami loghat Pahang yang unik dan antik...

Mari Belajar Asas Loghat Pahang

Pengenalan
Bahasa Melayu Pahang merupakan bahasa/loghat/dialek yang berasal daripada negeri Pahang, dan ditutur oleh lebih kurang 1.01 juta orang Melayu di Pahang. Loghat Pahang ini merupakan dialek yang menguasai nageri Pahang di samping ada dialek-dialek lain yang lebih kurang sama dengan dialek umum ini. Sepanjang pesisir pantai Pahang, loghat Terengganu digunakan oleh sebahagian besar penduduk yang berasal dari golongan nelayan di kampung dan bandar. Selain itu, dialek yang digunakan di Pulau Tioman merupakan dialek yang jauh daripada bahasa biasa Melayu, dan sangat hampir dengan loghat Sarawak.

Loghat Pahang, Terengganu dan Kelantan mempunyai kelainan yang besar daripada segi sebutan, namun perkataan asasnya kebanyakannya masih sama. Ketiga-tiga loghat ini boleh dikategorikan sebagai loghat Pantai Timur walaupun mempunyai perbezaan yang agak ketara.

Loghat Pahang terkenal dengan nadanya yang boleh berubah daripada rendah ke tinggi, dan juga dialeknya yang pantas. Loghat Pahang berbeza dengan Bahasa Melayu standard daripada segi cara sebutan perkataan (fonologi) dan tatabahasa. Loghat Pahang yang paling tulen, yang terdapat di kampung-kampung biasanya tidak boleh difahami oleh orang yang bertutur dengan dialek lain. Malah, cara cakap yang laju oleh sebahagian penutur dialek Pahang juga susah untuk difahami oleh orang luar.

Demografi

Bahasa Melayu Pahang dalam loghat Pahang disebut Base Paha (basɘ pahãŋ) atau Caka Pahang (Cakap Pahang / tʃakaʔ pahãŋ). Loghat Pahang secara umumnya berbeza daripada hulu sungai sehinggalah ke hilir sungai Pahang. Asal loghat Pahang dikatakan daripada hilir sungai Pahang di mana penempatan penduduk pertama di Pahang, kemudiannya mula bertebaran di seluruh Pahang mengikut aliran-aliran sungai. Ada juga teori yang menyatakan bahawa loghat Pahang berasal daripada Ulu Tembeling dan Ulu Jelai, sebelum bertebaran mengikut arus sungai. Loghat Pahang biasanya hanya dituturkan di negeri Pahang, namun ada sebahagian penduduk Pahang yang berhijrah ke tempat lain membawa loghat ini bersama mereka.

Klasifikasi

Loghat-loghat dalam Pahang terdapat banyak jenis. Cubaan untuk mengklasifikasikan loghat Pahang ini kepada beberapa sub-dialek ternyata susah, namun seorang sarjana bahasa, Asmah Omar menyenaraikan terdapat 8 jenis loghat Pahang iaitu Pekan, Benta, Raub, Ulu Tembeling, Rompin, Temerloh, Kuala Lipis dan Bentong. Loghat yang dituturkan di Kuantan, Jerantut dan beberapa bahagian di Pekan juga berbeza daripada beberapa aspek.

Ada juga yang mengklasifikasikan loghat Pahang berdasarkan sungai Pahang, Mereka membahagikan loghat Pahang kepada tiga kumpulan berdasarkan Sungai Jelai, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bertemu di Kuala Tembeling membentuk Sungai Pahang yang seterusnya mengalir ke Laut China Selatan.




Cara Sebut
Dikatakan bahawa kelajuan percakapan dalam loghat Pahang ditentukan dengan kederasan air sungai Pahang. Di hulu sungai yang biasanya jeram dan airnya laju (Ulu Tembeling, Lipis dan Raub), mereka bertutur dengan laju dan pantas manakala di hilir sungai Pahang (Kuantan dan Pekan), mereka bertutur dengan kelajuan yang perlahan, seperti aliran air sungai yang tenang apabila menghampiri muara.

Cara sebutan perkataan loghat Pahang berbeza dengan bahasa Melayu standard dalam beberapa perkara antaranya cara sebutan di akhir perkataan. Seperti kebanyakan loghat-loghat lain dalam bahasa Melayu, akhiran ~r biasanya digantikan dengan sebutan vokal. 'Besar' sebagai contoh disebut ''beso' atau 'besa', dan; 'tidur' disebut 'tido'. Contoh lain sebutan seperti dalam jadual di bawah.


Aabila sesuatu perkataan berakhir dengan konsonan seperti ~n, ~t, atau ~l, konsonan itu sama ada digantikan dengan sebutan vokal seperti 'tangan' kepada 'tangae'; atau disebut dengan sebutan konsonan yang sama, tetapi lebih lembut (tanpa ditekankan) seperti 'sakit' kepada 'sakek' atau 'sake''.

Bagi perkataan yang berakhir dengan ~ng, ~m atau ~p, biasanya ~ng itu tidak disebut dan dihilangkan atau digantikan dengan ~ng yang teramat sangat lembut ala-ala keluar ikut hidung.. Sebagai contoh 'jantung' disebut 'janto' atau 'jantow' atau 'jantonc'; 'tiup' disebut 'tiyok' atau tiyo'. Hendaklah ditekankan di sini bahawa sebutan sesuatu perkataan bergantung kepada daerah dan kawasan.


Manakala perkataan yang berakhir dengan dua vokal ~ai, ~au dijadikan sebutannya kepada satu vokal. Petai disebut 'pete', pisau disebut 'piso', kerbau disebut 'kebo' atau 'keba' dan sebagainya bergantung kepada kawasan.


Loghat Pahang juga mempunyai perkataan-perkataannya yang tersendiri. Sebagai contoh di Pahang, kata ganti diri pertama (saya/aku) disebut dengan kas/keh/kweh/koi/kome/kawan dan kata ganti diri kedua (awak/anda) menggunakan aok/awok (Temerloh), om (Ulu Tembeling), demeh (K. Lipis), ka (Kuantan) dan sebagainya. Kekadang dalam satu daerah, terdapat cara ganti nama yang berbeza dan boleh bercampur aduk. Harus diingatkan bahawa banyak lagi kata ganti nama yang digunakan seperti 'di', 'mat' dan sebagainya namun tidak disebut kerana tak reti nak eja.

Sebahagian perkataan yang digunakan dalam loghat Pahang seperti ditunjukkan di bawah.

Loghat Pahang mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu biasa. Jadi, tidak hairanlah kekadang orang luar Pahang susah untuk mengetahui atau membezakan loghat Pahang melainkan jika benar-benar memerhati dan mendengar. Penutur loghat Pahang biasanya mudah untuk menukar loghat Pahang kepada dialek bahasa Melayu biasa kerana perbezaannya yang tidak ketara.

Tapi, kalo hok drulu te payoh le sikek nok nuko sebak lidoh dok kegheh. Jeneh dok drulu sumo idok mapeh nok cakak luo. Base cakak luo, ade le lekek skek loghatnye. Mengkale ogha Paha dengo, tao doh beloh mane asaenye. Mujo keh loghat bando Jantet, tokde le susoh nok nuko. Cumenye beloh hok laju cakak te mema' tokleh ngelok la. Te sebak sokmo ogha luo tok paha' keh cakak mende. Keh cakak laju walo dala' loghat standek.



Dari: http://betheredz.blogspot.my/2014/11/mari-belajar-asas-loghat-pahang-ii.html


A

Ace - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ace cuba dulu/sama dgn ce
Aok - awak
Aokme/Awokme - kalian, anda semua
Ampuh - tenggelam

Berambi - berhati-hati, berwaspada
"Awok tolong berambi masuk rumah besar ni, pintunya pun tinggi..."

B
Babir - degil
Baler - gila, bala?
Beter - betul (Lipis/Raub)
Berderau - gotong royong
Bederun - pergi beramai-ramai
Bejehek - macam tak habis, tak selesai
Bejejet - peluh yang mencurah-curah
Bahan - pukul (Contoh: bahan kuat sket..bior mampuih.)
Berlengging - tak pakai baju, pakai seluar sahaja
Berlemin - berminyak
Berlimbor - berjalan bergandingan, berdua-duaan, jalan bersebelahan
Biroh - gatal, miang, gedik
Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Bobok - tipu, bohong (pedo'oh)
Bopeng - pokai, tak ada duit
Boleng/bole/boleir - telanjang bulat
Berte’eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa (Contoh: mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya)
Bela - repair (Contoh: Bila aok nok bela TV tu?)
Berjelobei - koyak rabak, serabai
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org…kekkeke…disebut)
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut
Bercemperidei - berlari dengan cepat, berterabur
Bersempudei - berserabai, terbarai, bertepek dgn kotoran
Bekeroh - berdengkur

Cuok (cuak) - takut
"Koi cuok tengok dara comel ni..."

C
Ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
Caiyor - melilau, tercari-cari
Cegeng - capang (telinga)
Cemuih - bosan
Cenekang - cekam, cagu
Cekut - cakap/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
Cengkelik - hampir-hampir lemas, tersedak, tak boleh bernafas
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cipot (mencipot) - lari lintang-pukang (Cth : mencipot lari kejor de anjing)
Cokei - cukai
Cokeng - tegak
Congkeh - cungkil (Cth : Habat het aok ni.. congkeh gigi ngan jari...)
Cuok (cuak) - takut
Cakner (cakna) -tak amek peduli, tak kisah. (Contoh: sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung)
Copeir - hampir-hampir jatuh
Condeir - duduk di hujung birai (hampir sama dgn copeir)

Dema - awak,biasanya utk ramai (Contoh: dema ni takde keja lain ke)
"Dema dah hantor poskad ni, ya tak ya kita kena ge jugak..."

D
Dan - sempat (Contoh: la napenye tok makan lagi? Tok dan ker?)
Di - Awak (Kata gantinama kedua) biasa digunakan di Pulau Tawar, Jerantut.
Doh - sudah (Contoh : awok doh makan ker?)
Dema - awak,biasanya utk ramai (Contoh: dema ni takde keja lain ke)
Dimeh - sama macam Dema - biasa digunakan di belah Raub.
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Dedor - suam-suam kuku
Dedeh - hiris, potong


G
Gon - awak semua (Cth : Mana gon nok pegi ni?) (biasa diguna di Ulu Tembeling)
Gohek - kayuh
Goner - macamana, bagaimana, guane(Kltn/Trg)
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Genyot - lembek (Cth : Aok rebus ubi tu sampei genyot)
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Garaih/garas - gosok dengan kasar, cuci dengan berus
Gampang - kata cacian, makian (nada gurauan)
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
Ghober - terlalu teruk

Hampuras - paling tak berguna, teruk, hampeh (maki hamun)
"Awok me hampuras, tak boleh harap lalu, orang baik macam koi pun dikata jahat!".

H
Habat/habad - pengotor
Hamlor/Hamlau - riang
Halkoh - kain baju, pakaian, barang2 peribadi
Hantoi - lembap,slow pergerakan
Hampuras - paling tak berguna, teruk, hampeh (maki hamun)
Hamun - bosan, benci

J
Jabir - beg plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas (Contoh: ntoh ler..jenuh dah koi nunggu)
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai
Julat - tolak
Juring - potong, hiris (Cth : Aok mkn buoh mangga ke ter? Bok keh sejuring...)
Jelun/Jelong - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun kepala



 Kisok - kelam-kabut
"Kisok betuk awok sejak berganding dengan gadis comel ni, setahu koi program ni lambat lagi..."



K
Kwei(Kawan) - saya, aku (biasa digunakan di Pekan)
Kaih/Kah/Kash/Kaweh - saya, aku (biasa digunakan di Jerantut)
Keh -saya,aku (biasa digunakan di Lipis/Raub)
Koi - saya,aku (biasa d [truncated by WhatsApp]
Kwei(Kawan) - saya, aku (biasa digunakan di Pekan)
Kaih/Kah/Kash/Kaweh - saya, aku (biasa digunakan di Jerantut)
Keh -saya,aku (biasa digunakan di Lipis/Raub)
Koi - saya,aku (biasa digunakan di Temerloh)
Kantup - tutup
Kancut - pakaian
Karok - jamung, obor yg dibuat drp pelepah kelapa kering
Kair - ke air (maksudnya - pergi ke sungai; mengail, menjala dsb)
Kabir - panggil, lambai, juga salah satu cara untuk mendayung perahu
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjing
Kupi - Tin
Kohoit - letih, lenguh, sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati, ketawa hingga tak boleh bernafas
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling/gembira tak terperi
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah (Contoh: Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek)
Kecah - Lecak, becak
Karang - nanti,sebentar lagi (Contoh: karang lah mok koi kupas nyour tu)
Kelat - tipu bukan kelat buah (Contoh: tak aci sungguh main kelat) bunyi 'e' spt cerek
Kememe - sama cam tembe gak
Kekalu - emping dibuat dari padi pulut
Komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol. (Contoh: Jgn le komoih budak tu nak tido weh)
Kobek/kerobek - membelek-belek, menyiasat
Kepok - tempat simpan padi
Kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
Kodi/kudi? - ketinggalan zaman
Kode - kacau (air)
Kipong/kepong - Makan buah spt jambu, mempelam tanpa menghiris, kekah
Keknya - tetapi
Ketnyer - walaubagaimanapun
Kipai - letih /lenguh tangan
Kisok - kelam-kabut
Kenit - kecil
Kederat - upaya
Kerayan - takut, cemas, bimbang (biasa digunakan di Jerantut)
Kanyo/konyo - riak wajah, bera, muka tebal


L
Lat - tenggang/jarak masa
Latur - pijak, lanyak, kerap dilalui (Cth : Habih belubang jalan ni latur de lori...)
Lagung - langgar, hantuk kepala ke dinding
Lantak - suka hati awak
Lambo - beranda rumah
Lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
Lehet - dipakai bagi bagi buah labu, melekit
Lece - Tilam
Lengit - kalah teruk
Linyo - licin, bersih (Cth : Weh, pasei linyo je muke aok? Pakei susuk ke botox?)
Ledot/ledoit - pekat
Lede - cuai/tidak berhati-hati/sambil lewa
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
Lecoh - becak
Leweh - lemah longlai (cakap atau utk perbuatan)
Lawas - lapang, kawasan yang luas
Lembang (berlembang) - sepah, berterabur
Loghat (lorat) - kalut, nak cepat
Lodek - lumpur
Lopok - bekas untuk menyimpan sesuatu (Cth : lopok pensel)
Lempoy (belempoy) - perihal kain yang bergumpal, berperenyuk
Lempat - perihal kain yang terbiar di atas lantai, biasanya kain basahan

Moh - jom, mari - Contoh: Moh kita solat berjemaah

M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Muyaih - kotor, serabut
Mengelice - mengelupur
Mantul - pening-pening
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Meling - lalai, cuai
Mereloh - tidur (Temerloh, Jerantut, Raub, Lipis)
Meghetoh - tidur - sda-
Mengedam - tido (Pekan)
Meronoh - buang air besar
Meghuoh (meruah) - kentut dengan aroma paling hampuras sekali
Membeser - buang air kecil
Membute - tido
Mencayak - laju sangat (biasanya merempit)
Mengelentat - mengada2 seksi
Mengelatat - mengelicai
Memetat - terkena kpd diri sendiri
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening - benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala, merepek, melalut
Menginding - mengecek makanan, kita dekati pihak lain secara diam-diam, juga bermaksud berdampingan
Mengkelan - tercekik (berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - aktiviti berkatan menangkap ikan
Menggeledeng - perihal pergerakan badan.(Cth : Bakper menggeledeng ngat ni?)
Menglekek - ketawa beria-ia, terkekeh-kekeh
Masam menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tangan tak dok diam
Melukah - kain yang dipakai terbuka
Menganjing - mengada
Motong - menoreh getah
Mamai - mimpi di siang hari, fikiran tidak stabil
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam0 gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail, untuk pemberatnya diikat batu atau botol.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepang - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Megok-megok - tiba-tiba, sekonyong-konyong
Malaih - malas
Mombong - penuh
Meningkoh/tingkoh - membalas percakapan, menjawab, berdebat
Mengkane - telekung sembahyang
Mentekedaghoh (mentekedarah) - mentadarah, makan
Melantok - makan juga
Merungkeh/merungkaih - memanjat (terkial-kial)
Merukeh/merukaih - tercari-cari, mengagau
Molor - bekas, balang (biasanya diisi tempoyak/bekas gula2 di kedai runcit)


N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngercuk - ramai sangat (orang), penuh sesak
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyeraya - suruh
Nyonyeh - basah lejut

Ogek - bergoyang, tidak kuat (Cth : Pasei kaki kerusi ni ogek? Taket keh nok duduk)
"Rumah kawe dah agek lalu, bila-bila boleh runtuh."

O
Oteing - pening lalat
Ong - awak (biasa digunakan di jaluran Sungai Tembeling)
Ogek - bergoyang, tidak kuat (Cth : Pasei kaki kerusi ni ogek? Taket keh nok duduk)

P
Pedo'oh - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir (air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
Pepalih - terlebih, over (Cth : Pepalih awok ngape buat gitu..)
Podot/podok - sumbat (Cth: Usin, kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni)
Perintan/perentan - keadaan, masa (Pktn asal Ing - 'Prime Time')
Pelangkor - petir, guruh, kilat
Polok - gelojoh
Palor - Biar
Pungkor - Bohong, tipu, pedo'oh
Pepoh - pukul, hentam
Pesuk - bocor, tembus

Rodong/ghodong - kengkawan, member, sahabat

R
Rodong/ghodong - kengkawan, member, sahabat
Racik - jerat ayam hutan
Rhebas - hujan dah mula turun renyai2..
Ralit - kusyuk, leka
Rege - harga
Reba - semak samun
Rompong - kemek, berlubang (Cth : Rompong kete tu kang aok lagung ke tiang)
Rengcek (ghengchek) - perihal bersembang, bising, hiruk pikuk
Rengkok (ghengkok) - perihal ketawa beramai-ramai, riuh rendah

Sokmo - selalu (Cth:Sokmo nye aku yang kena buat..aok bila?) 
Sebagai orang Ialam solat kena buat sokmo, 5 waktu jangan tinggal!

S
Sapan/sapai - habih sut/habih reng/selesai
Sepan - tak berguna (macam hampuras)
Sede - mudah, senang (Cth : Sede sgt soalan aok ni.. bagi la yg payoh sikik...)
Sesemut - kebas kaki
Sebobot - serabut
Senyour - kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
Setotok - sama, sejenis (biasa digunakan di Daerah Pekan)
Sangei - tudung saji
Sengkelen - duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se’eh - Kenyang yg teramat sgt. (Cth : Se’ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!)
Sokmo - selalu (Cth:Sokmo nye aku yang kena buat..aok bila?)
Setoho - di sana, situ ha..
Seman - terkena badi/kenan (huruf 'e' disebut spt cerek)
Sepolit - tinggal sedikit, secubit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sokmo - selalu
Sakat - kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir, juga bermaksud mengacau, menganggu, mengusik..
Sontok - habis had, suntuk
Sigung - menyiku, belasah


T
Tatin - angkat jemuran
Taki/bertaki - gaduh, berkelahi
Timbuk - kacau (gulai)
Taruk - letak
Tutuh - mencantas dahan
Tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek (Contoh: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie)
Tertomos/tetomoih - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tok - tidak (Contoh: tok makan lagi la..kawan lapo nie)
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)

W
Waber/baler/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.
Wokme - kalian, anda semua (aokme)
Woreh - waris, kaum kerabat


Z
Zaman Tori - zaman dulu kala/ disebut zaman Tuk Adam


Dari Whatsapps Group Rodong 7779SMR3K



.......................................................................



TAU DOK AOK ME? 
Daileg Pahang Darul Makmur.

1. Sebenarnya tidak ramai orang dari pantai barat yang tahu bagaimanakah bunyinya dialek atau loghat Pahang. Ini dibuktikan dengan pengalaman saya sendiri menanya rakan-rakan se universiti yang bukan dari pantai timur. Hampir 70% daripada mereka tidak tahu bagaimana bunyinya longhat Pahang malah ada yang menganggap yang orang Pahang tiada dialek atau hanya bercakap seperti orang Johor, Terengganu atau Kelantan.

2. Dialek pahang berbeza-beza dan diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Pahang Hilir yang meliputi kawasan Pekan dan Rompin. Pahang Tengah meliputi kawasan Maran, Bera, Temerloh dan Chenor. Serta Pahang Hulu iaitu Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Cameron Highland.

3. Berbanding dengan orang Terengganu dan Kelantan, orang Pahang yang berada di luar Pahang samaada menetap, bekerja atau belajar sangat jarang menggunakan dialek mereka kerana khuatir tidak difahami oleh orang luar atau disebabkan inferiority complex. Malah ada di antara mereka seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan dialek tersebut dan matlamat mereka selalunya berjaya kerana tiada siapa yang tahu dialek sebenar mereka. Namun mereka akan terkantoi jika ada diantara orang luar tersebut adalah juga orang Pahang! pendek kata biasanya hanya orang Pahang yang dapat kesan bahawa seseorang itu orang Pahang atau tidak melalui cara percakapan mereka. selain itu, jika anda orang Kelantan dan Terengganu, dan anda ingin menyembunyikan dialek anda, anda biasanya kurang berjaya sebab bunyi dan lenggoknya tetap tertonjol. Hal ini berbeza dgn orang Pahang yang lebih mudah menyembunyikan dialek mereka.

4. Dialek Pahang juga sering disalah ertikan sama dengan dialek perak! Walaupun ada diantara intonasinya yang seakan-akan sama namun ia tidak serupa. Sebab itu banyak para pelakon yang berasal dari Pahang kadang-kadang diambil berlakon watak sebagai orang Perak. Tidak seperti dialek-dialek lain contohnya Kedah, Perak, dan sekarang Terengganu dan Kelantan, dialek Pahang amat jarang digunakan dalam filem-filem mahupun drama. Kalau adapun biasanya tidak tepat dan menyerupai dialek Perak.

5. Dialek Pahang juga mengikut pergerakan arus sungai Pahang. Hulu sungai biasanya air deras atau laju maka penduduk hulu Pahang banyak bercakap dalam dialek yang agak laju dan deras. Manakala di Pahang tengah aliran sungainya semakin sederhana jadi begitulah juga dialek yang dituturkan. Di hilir pula dialeknya menjadi lebih perlahan atau dalam bahasa Pahang dipanggil leweh maka begitulah juga dialek mereka.( mengikut kajian seseorang).

6. Dibawah saya lampirkan sebahagian daripada loghat atau dialek Pahang secara umum untuk pengetahuan kawan-kawan yang tidak tahu atau bukan orang Pahang. Ada diantara perkataan di bawah sama penggunaannya di negeri pantai timur lain seperti di Kelantan dan Terengganu namun cara sebutannya adalah berbeza:

Bahasa Melayu Piawai / Bahasa Melayu Pahang:


saya- kawan (kawan), koi, kas, keh, kaweh, kome
awak- awok (awak), aok, ork, ka
mereka- demeh
yang itu- hok tu
yang ini -hok ni
beritahu -royek, kabo (khabar)
rambutan -muktan
keluar -keluor (keluar)
orang -ora (orang)
tidur- reloh
buang air besar- ronoh, perot (perut)
kenapa ngaper -(mengapa), matnyer
plastik- jabir
bekas plastik -molor
selimut -gebor
selalu -senalo, sokmo
jenis- jenih (jenis)
malas -maleh (malas)
letih- kehut, kohot, tok rot
gelojoh- polok
baiki- bele
tilam -lece
penuh- mombong
di sana -setoho
suruh- nyeraya
kebas kaki- sesemut, senyor
budu- pede
tercekik -mengkelan
selirat- sengkelik
leka -ralik
tangis -rahang, lalok
pening- oteng
bengkak- merenin
telekung- mahane

Kata Penguat Maksud:
manis meletiang- sangat manis
pahit lepang- sangat pahit
tawor heber -sangat tawar
itang legang -sangat hitam
lawo mat -sangat cantik
busuk melantong- sangat busuk
ngerlang- sangat cerah
wangi merohong- sangat wangi
tebal bakut -sangat tebal
masang menaung -sangat masam

- Al Semantani-




Kisah bersedekah dalam kasut




Seorang pengguna via NetizenBuzz menulis dan menjadi virally alam maya dan keinginan kita pun sama untuk mengimpak. Ganjaran besar di akhirat nantinya bagi sesiapa berlapang dada menyedekahkan harta. 

Kisah seorang guru berusia pra-emas berjalan-jalan bersama seorang remaja, murid tentunya. Mereka berjalan sambil bercerita, seorang guru menurunkan ilmu dengan perbuatannya. Di taman terbentang luas di kala cuaca yang menarik dan bunga-bungaan berkembang.

Terdengar rekahan ketawa remaja tersebut. Mereka kelihatan sebagai kawan yang akrab walaupun perbezaan usia yang sangat zahir. Inilah keistimewaan seorang murabbi yang ikhlas dan beribawa.

Sedang mereka berjalan sambil bercerita, terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun. Terletak kemas di bawah sebatang pokok rimbun di tepi pintu pagar.

Remaja itu memandang gurunya sambil mengusul nakal, "Bagaimana kalau kita 'pekena' tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun itu?. Dia datang memgambil kasut, pasti terkejut. Jom kita tengok bagaimana reaksi cemasnya!. Gelak remaja itu mengusulkan.

Guru yang insaniah dan bijak itu menjawab, "Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamukan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu?. Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?", nasihat guru itu.

Remaja itu terpegun dengan usulan gurunya, dia bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon bunga.

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan pra-emas juga. Bajunya kuyup dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat kasutnya dan barangan yang tinggalkan. Kepenatan terpapar di riak wajahnya.

Si Tukang kebun memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba mengeluarkan, bila dilihatnya segumpal  wang kertas bergulung, mukanya berubah dan terpegun. Ada beberapa keping dalam gulungan itu. 

Dia memeriksa sebelah kasut lagi, mukanya hampir-hampir pucat lesi melihat wang yang lebih banyak. Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya. Dia memandang ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang di sekitarnya, mungkin untuk bertanyakan prihalnya..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan di tengah rimba bunga-bungaan di bawah teduhan sebatang pokok tinggi. Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki). 

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku. 

"Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-spa pun hari ini. Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri, Ya Allah".

Dia menangis sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah. 

Remaja tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Tidak semena-mena air matanya membasahi pipi tanpa dapat dibendung lagi. Guru yang bistari terus bersuara: “Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?”.

Remaja itu mengesat air mata dan segera menjawab, “Hari ini saya mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin lupakan seumur hidupku. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup: 

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan bual bicara, "Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam",

- Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

- Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

- Berusaha unuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

- Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

- Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. 
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai saudaraku!

Nasihat guru kepada anak muridnya sambil menyusuri taman yang indah itu.



Tazkirah - Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah 
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man










Wednesday, September 23, 2015

Berkawan dengan musibah...


"Dalam musibah itu terdapat empat seni, mencari pahala dari Allah, berkawan dengan kesabaran, berzikir dan menunggu kelembutan dari Allah s.w.t - Al Qurni.



IRONI DAN REALITI DI ZAMAN KITA!

Banyak rumah besar --- keluarganya makin kecil

Gelaran makin tinggi --- akal sihat makin rendah

Perubatan makin canggih --- kesihatan makin buruk

Travelling keliling dunia --- tak kenal dengan tetangga

Penghasilan bertambah --- tak ada ketenteraman jiwa

Kualiti ilmu tinggi --- kualiti emosi rendah

Manusia makin banyak --- rasa kemanusiaan makin menipis

Pengetahuan makin bagus --- kearifan makin berkurang

Pengkhianatan makin marak --- kesetiaan hampir punah

Banyak teman di dunia maya
--- tak punya sahabat sejati

Minuman keras makin banyak --- air bersih makin berkurang

Pakai jam tangan mahal --- selalu kekurangan waktu

Ilmu semakin tersebar --- adab dan akhlak makin lenyap

Al Qur’an banyak dihafal --- sedikit sekali yang mengamalkan

Belajar semakin mudah --- guru makin tak berharga

Teknologi informasi kian canggih --- fitnah dan aib makin banyak berleluasa.




اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ . .

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari keburukan fitnah Al Masih Ad Dajjal” (HR. Muslim no. 588)
 

Monday, August 24, 2015

PANTUN MAKRIFAT WALI SONGO




KISAH WALI SONGO

Walisongo atau Walisanga dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke 14. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, yaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat.

Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Budha - Hindu dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Tentu banyak tokoh lain yang juga berperan. Namun peranan mereka yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat para Walisongo ini lebih banyak disebut dibanding yang lain.

Kisah Walisongo – Jika kita mempelajari sejarah penyebaran kebudayaan islam di nusantara khususnya pulau jawa, maka tidak lepas dari kisah-kisah para sembilan walisongo. Karena Walisongo merupakan simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Pada era tersebut, merupakan masa/era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya nusantara yang kemudian digantikan dengan kebudayaan islam. Pelopor atau Tokoh pendahulu walisongo yaitu Syekh Jumadil Qubro yang merupakan anak dari seorang Putri Kelantan Tua/Putri Saadong II yaitu Puteri Selindung Bulan.

Selain walisongo, sebenarnya banyak tokoh-tokoh yang ikut berperan aktif dalam penyebaran islam di nusantara, namun peranan walisongo sangat begitu besar dibanding tokoh-tokoh yang lain, sehingga membuat para walisongo memiliki nilai plus dan lebih banyak disebut namanya dalam sejarah penyebaran islam di Jawa.

Dalam kisah-kisah walisongo, disebutkan bahwa para sembilan wali tidak hidup pada saat yang persis bersamaan. Namun satu sama lain mempunyai keterkaitan erat, bila tidak dalam ikatan darah juga dalam hubungan guru- murid. Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peran yang unik dalam penyebaran Islam. Mulai dari Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai ” tabib” bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang disebut para kolonialis sebagai “paus dari Timur” hingga Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan nuansa yang dapat dipahami masyarakat Jawa – yakni nuansa Hindu dan Budha.

Untuk mempelajari secara lengkap tentang sejarah walisongo serta kisah-kisah para sembilan walisanga, sengaja duniabaca.com kutip langsung dari wikipedia dan berbagai sumber lain, sebagai penambah ilmu pengetahuan kita tentang dunia sejarah.



ARTI / PENGERTIAN WALISONGO

Ada beberapa pendapat mengenai arti Walisongo. Pertama adalah wali yang sembilan, yang menandakan jumlah wali yang ada sembilan, atau sanga dalam bahasa Jawa. Pendapat lain menyebutkan bahwa kata songo/sanga berasal dari kata tsana yang dalam bahasa Arab berarti mulia. Pendapat lainnya lagi menyebut kata sana berasal dari bahasa Jawa, yang berarti tempat.

Pendapat lain yang mengatakan bahwa Walisongo adalah sebuah majelis dakwah yang pertama kali didirikan oleh Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim) pada tahun 1404 Masehi (808 Hijriah). Saat itu, majelis dakwah Walisongo beranggotakan Maulana Malik Ibrahim sendiri, Maulana Ishaq (Sunan Wali Lanang), Maulana Ahmad Jumadil Kubro (Sunan Kubrawi); Maulana Muhammad Al-Maghrabi (Sunan Maghribi); Maulana Malik Isra’il (dari Champa), Maulana Muhammad Ali Akbar, Maulana Hasanuddin, Maulana ‘Aliyuddin, dan Syekh Subakir.

Dari nama para Walisongo tersebut, pada umumnya terdapat sembilan nama yang dikenal sebagai anggota Walisongo yang paling terkenal.




PANTUN MAKRIFAT WALI SONGO

Sama-samalah kita berfikir akan maksud tersurat dan tersirat yang terkandung di sebalik pantun-pantun ini. Sesungguhnya, pantun ini memberikan kata pembayang dan dan kata penyudah yang amat bernilai jika kita benar-benar memikirkannya!.

Awal Bismillah mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mengikut,
Dunia akhirat nyatalah luput,
Jalan hakikat pula diturut.

Alhamdulillah pujinya insan,
Rabbil Alamin sifatnya Tuhan,
Selawat Nabi akhirnya zaman,
Muhammad Amin Abi Burrahman.

Jalan takzim pula dikata,
Atas Nabi junjungan kita,
Sahabat yang empat nyatalah serta,
Tiada berhenti sekejap masa.

Jalan hakikat sangat terbilang,
Tiada binasa urat dan tulang,
Daging dan darah tiada hilang,
Kerna sifat dibawa pulang.

Jika sifat sudah binasa,
Kepada Nabi tiada berjumpa,
Segala amalan tiada tiba,
Tiada dapat syurga yang baqa.

Jangan binasa sifatmu tuan,
Tiada berjumpa hamba dan Tuhan,
Hakikat kita tinggal di jalan,
Segala amalan menjadi haiwan

Jika kita tidak mengkaji,
Kepada Nabi mendapat keji,
Malaikat tiada membawa wahi,
Allah tiada mungkirkan janji

Mengenal Tuhan tak boleh nyata,
Kerna tak boleh dipandang mata,
Hingga diri jua dicita,
Kenal olehmu sifatnya kita.

Tatkala Adam dengannya Hawa,
Dendam berahi antara berdua,
Nafi dan isbat itulah dia,
Kepada kita menjadi rahsia

Cari guru mengenal diri,
Yang diamanat olehlah Nabi,
Jangan takut penat dan rugi,
Asalkan dapat ilmu sejati.

Guru mursyid harus dicari,
Itulah ulama pewarisi Nabi,
Jika di situ dia mengajari,
Di situlah tuan menyerah diri.

Wahai sekelian saudaraku,
Mengenal waktu biarlah tentu,
Kalau tak kenal waktu itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

Waktu kita di alam roh,
Berkata Allah kepada nyawa,
Bukankah Aku Tuhanmu segala?
Betullah Engkau Tuhan katanya nyawa

Jadi olehmu mursyid utama,
Sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dengannya nyawa,
Dunia akhirat bersama-sama.

Hakikat makrifat menyucikan badan,
Air maal hayat yang menjalankan,
Zikrullah yang diasyikkan,
Kurangkan tidur ataupun makan.

Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir dan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yang Empunya pandang.

Wahai saudaraku dengarlah tuan,
Sebenar hidup katakan Tuhan,
Kuntum yang tujuh di situ tersimpan,
Itulah pakaian Wali Sembilan.

Kuatnya tubuh itulah nyawa,
Sekalian yang zahir takluk padanya,
Syurga yang tujuh Dia yang punya,
Kepada kita menjadi rahsia

Jalan hakikat sangat terpilih,
Hendaklah tahu asalnya benih,
Nafi di dalam hati yang putih,
Makrifat kita barulah jernih.

Sifat makni tidak bersekutu,
Sifat Allah namanya itu,
Tiada boleh bandingkan sesuatu,
Wujud Allah namanya itu

Tuntutlah ilmu walau di mana,
Amal dan ilmu tiada terhingga,
Amal tanpa ilmu diazab kita,
Di akhirat tiada berguna.

Kejadiannya kita dari air lazat,
Cahayanya seperti kilat,
Tatkala asyik tiada ingat,
Barulah ada junub dan janabat.

Di wadi mani manikam,
Asalnya ia daripada kalam,
Dengan kudrat Tuhan Khaliqul Alam,
Yang menjadikan tubuh anak Adam.

Kalau kita tidak mengkaji,
Kepada Tuhan mendapat keji,
Malaikat tiada membawa wahi,
Allah tiada mungkirkan janji.

Jika tariqat hendak dibawa,
Carikan guru akan petua,
Supaya jangan bertuhankan nyawa,
Hakikat kita tiada derhaka

Syarat rukunnya sudah ketahui,
Sah batalnya demikian lagi,
Amal diterima Tuhan Ilahi,
Syarat rukunnya sudah ketahui.

Siapa beramal dengan jahalnya,
Tiada tahu sah batalnya,
Amal tiada diterima Tuhannya,
Di dalam neraka kekallah ia

Wahai sekelian saudaraku,
Mengenal Ka'abah biarlah tentu,
Jika tak kenal Ka'abah itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

Wahai saudara tua dan muda,
Fikirkan olehmu senantiasa,
Janganlah seperti orang yang buta,
Tinggal ilmu mencari harta.

Hidup tiada ingat akan mati,
Bersukaria sepanjang hari,
Hanya harta dapatkan diri,
Tiga lapis kain kafan saja Ia beri.

Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Jikalau hati syak dan waham,
Cahaya yang terang menjadi kelam.

Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Jalan hakikat demikianlah itu,
Jikalau boleh pintalah selalu,
Jangan binasa sifatmu itu.

Hati yang mukmin suci dan ikhlas,
Laksana air di dalam gelas,
Cuci hatimu seperti kapas,
Makrifah kita barulah jelas.

Syariat itu martabatnya tinggi,
Yang dipakai oleh Sayyidina Ali,
Barangsiapa dapat asalnya jadi,
Yang bergantung tiada bertali.

Syariat tariqat terlalu mulia,
Itulah pakaian Wali Ambiyya,
Barangsiapa dapat asalnya,
Bolehlah membawa badan dan nyawa.

Berhati hati tatkala berjalan,
Takut kaki terpijak duri,
Belajar baik baik jalan Ketuhanan,
Jangan sampai bertuhankan diri.

Baik baik menebang buluh,
Buluh ditebang dikerat kerat,
Hati hati mengenal tubuh,
Didalam tubuh adanya sifat.


Dari Wattsapps: Yang Arif Yusuf Din