ads

Thursday, July 31, 2014

BerReunion: Beraya di rumah Dok, di kampung Masjid...



Zaidah, sebak dipangkuan Simah.


Alhamdulillah, syukur adanya... berjumpa kembali...
 
Jamie jas air mata, menahan sebak...
 
Senyuman usia pra emas... Simah, Jah dan Jamie
 


Steady... Ali, Dok, blogger, Po, Zaaba, Fauzi dan Ghani.

 

Masih manis, Jamie dan Cikgu Intan.
 
Cikgu Razak dan Zaaba

 Kenangan indah bersama rodongan.

 
 Fauzi, seorang yang natural senang diajak berbincang.
Datang sorang... dan mempunyai keluarga besar.

Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sebatang

Dari kecil ditimang ibu
Sudah besar ditimang gelombang



Dua minggu sebelum raya, Dok menelefon, menjemput ke Majlis Gilang-gemilang Aidil Fitri 'Reunion SMKK 2014' di rumah adiknya di KK. Ini bertepatan kerana 'masing-masing' sudah barang tentu balik kampung. Dan menjemput 'selagi dapat' kekawan 1977 - 1979 menghadirinya. 'Tidak boleh tidok'.

Saya seterusnya menghubungi Ali (sepupu) supaya memanjangkan jemputan Dok kepada kenkawan lain yang seangkatan, jauh dan dekat, 'menkalau boleh'. Di kampung, di pekan, di baruh atau di mana-mana.

Seterusnya saya berjumpa Mustafar Sintol (bertugas di UIA) dan sembahyang Tarawih bersamanya. Selesai 8 rakaat kami 'mengeteh' dan memberitahu hajat murni Dok, rodong kita yang 'cekna' itu.

Por sungguh teruja dan saya dapat merasainya. "Mohlah kita..., gamang kas..." Apa perasaan meke...?

Saat ditunggu sudah tiba
Raya kedua menogoi kita...

Tarik matahari mencuri di celahan daun
Fenomena al nino tidak terasa

Mahligai di pinggir jalan pembuka cerita
Dok, bersongkok tinggi sudah bersedia...

... Anak lelakinya menjadi cemeramen
Yang lainnya bahagian penangah
Pendek cerita... semuanya 'nomoro ono'


Begitu sampai, kenkawan sedang menikmati hidangan. Fauzi (Orang kuat Kuala Lipis) berselero, berpeloh dahi menikmati gulai tempoyak ikan patin. Por dan Gani 2 x 5. "Awok tak meneral?"... Tunggu, kawan nak ambil angin dulu...

Dok berpesan... awok me kena makan ni, banyak tu.. hidangan istimewa ni, ala kampong. 'Eat till u drop...". 

Gulai daging masak kawah dan patin sebelanga tersedia...


Pelbagai juadah disediakan. Satay, kueh mueh, kek, mee kari, laksa, gulai ikan patin tempoyak, gulai umbut kelapa dan air panas dan sejuk serta tembikai madu.

Kami rancak berborak dan diselangi gelak ketawa sementara menunggu barisan kaum wanita.

Diumumkan pasangan keluarga Masitah Ahmad datang... kemudian Jamie berpasangan bersama tiga anaknya disusuli Jah sekeluarga dengan senyum melimpah.

Berselang, Norizam Razali, Pairus Mohamad, Zaidah dari Jerantut Feri, Cikgu Miah @ Intan bersama 2 anak gadisnya (ngapa tak bawok suami?) dari Sanggang menetap di Johor muncul. "Koi kenal.... ni... ni...".

Rosnah Ramli, Nor Hashimah Abu Hani dan keluarga. Rozaidah dan keluarga dari Gunung Senyum menyusul tiba dengan tersenyum juga. Rasidah Said dari Jenderak dan menginap di Shah Alam pun tidak ketinggalan.

Maka 'bekok'lah suasana dengan kedatangan kaum wanita. Perpisahan 30 tahun lebih, memungkinkan pelbagai nostalgia dan momento. "Ya... do'ooh le... bukan koi...". Ada yang sudah menjadi ibu tunggal, berkahwin dara sunti, menyambut menantu dan menjadi nenek.  
Selebihnya lipat dan simpan kemas-kemas di sudut hati kita.

Sambil berborak sambil bergambo
Isteri melior mencuri pandang
Suami ber'sirap' berdiam memerhati...
Palor je le... Lantok awok me la...

Mentari beringsot, sorang-sorang meninggalkan tetamu
Wajah puas tak dapat digambo'
Demikianlah 'Reunion 1977 - 1979 meninggalkan 'ceritara'.



Feeling so blessed. Alhamdulillah...

Start each day with a grateful heart...



"Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi..."


**Ada yang tertinggal dalam catatan ini mohon maaf ...

*ceritara - riwayat, kisah atau berita.

Tidak hadir: Jefri Derani, Sedee, Saidi....dan lain-lain.



Entry berkaitan, Layari: 

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2010/04/jumpa-teman-lama-selepas-30-tahun.html

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2012/08/reunion-ll-selepas-30-tahun-di-rumah.html

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2010/05/lagenda-guling-tajau-dan-rakan-sebaya.html

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/nostalgia-guruku-kisah-guru-kencing.html


Friday, July 11, 2014

Kahwin satu lagi… Rezeki...




"Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih dan sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih dan sayang), maka ALLAH SWT akan memandang keduanya dengan pandangan kasih dan sayang. Dan apabila seorang suami memegang jemari isterinya (dengan kasih dan sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari jemari keduanya." (HR. Abu Sa'id)



Pada suatu hari yang cerah, Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin dan tergambar dari pakaiannya. Dan ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan yang menjerut dirinya.‬

‪Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.‬

‪Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya. “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih lagi miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.‬

‪Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia terasa malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus ku lakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.‬

‪Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa kebahagiaan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.‬

‪Sabda Rasulullah bermaksud:‬
“Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)‬

Firman Allah Taala bermaksud:‬
“Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(surah an-Nur :32)‬

Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.‬

‪Berani cuba? Janji Allah Benar! Maka jika yakin dengan janji-janji Allah, bersabarlah dan taati perintahNYA dan RasulNYA.‬



- Dari WattsApp Rodong