ads

Monday, May 19, 2014

‪Izin Kahwin…‬, tapi…


Balasan surat dari isteri tentang permohonan berkahwin 2...




Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.‬

"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." ‬ (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)‬




‪2. Untuk makluman pihak Tuan, ini bukan BRIM atau kuota bumiputera yang wajib diterima peluang ini atau dipenuhi serta merta. Tambahan kuota ini pastinya menyusahkan pihak Tuan di kemudian hari.‬

‪3. Pihak saya juga berminat untuk mengenali perempuan (janda?) tidak sedar diri itu, macam sudah tidak ada lelaki lain di dalam dunia ini. Saya juga bersedia untuk 'mencili-cilikan' perempuan itu dengan pihak tuan sekali pada bila2 masa.‬

‪3. Pihak Tuan selalu kata tiada duit nak beli itu ini. Tapi hendak kahwin punya fasal semua duit simpanan pihak tuan sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB itu untuk masa depan, pergi haji, rupanya untuk berbini muda.‬

‪4. Pihak Tuan cakap, kata untung dua-dua pihak? Cantik muka... ingat niaga emas ke! Sebenarnya pihak Tuanlah yang mengaut keuntungan 100% hasil penambahan kuota itu, sedangkan saya mendapat dedak. Oleh itu, saya tidak dapat menerima permohonan yang menguntungkan sebelah pihak ini.‬ Ada keuntungan!, barulah dikategori perniagaan.

‪6. Kongsi? Tuan ingat ini kereta sapu ke? Sedangkan tidak berkongsi pun tuan jarang-jarang 'memberi nafkah', inikan pula berkongsi.‬

7. Kerja syif? Saya ingin menegaskan ini bukan kerja kilang. Tambahan pula dengan 'prestasi kerja' Tuan yang kian merosot, saya yakin Tuan tidak mampu menjalankan 'tanggung-jawab' sebagai 'supervisor' dengan berkesan. Saya selaku orang yang diselia oleh pihak Tuan amat arif tentang 'prestasi' Tuan yang tidak seberapa, action ge lebih…‬

8. ‪Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan 'payung emas' di syurga.‬ 





  
Amat berat untuk saya menerima hakikat suami saya telah berkahwin lagi. Jika sebelum ini saya selalu mendengar suami saya berkata, "Hanya awak di hati saya”, kata-kata manis itu tidak mungkin lagi dapat saya dengar dari mulutnya kerana saya dan Tuan tahu, ianya tidak lagi benar. Saya rasakan sebahagian dari nikmat bersuami sudah hilang. Setiap sentuhan suami tidak lagi eksklusif kerana Tuan juga menyentuh perempuan lain. Saya tidak bermaksud untuk melawan takdir, tapi kekecewaan dan kesedihan sukar digambarkan. Hidup bermadu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yg amat tinggi. Tapi jika saya tidak mampu untuk menangani perasaan cemburu, saya khuatir hati saya akan amat tersiksa.‬

‪Kita selalu mendengar bahawa wanita bermadu akan memperoleh payung emas kelak pada hari akhirat. Ayat ini selalu menjadi modal kepada suami apabila memujuk isterinya untuk kahwin lagi kononya ini adalah hadis nabi tentang fadhilat yang diberikan oleh Allah kepada isteri yang bermadu.‬
‪Tidak ramai di kalangan kita samada lelaki(suami) mahupun perempuan(isteri) yang mahu menyelidiki kebenaran “hadis” tersebut. Saya sendiri setakat yang saya pelajari tentang nikah kahwin, bab berpoligami ataupun yang berkaitan, belum saya belajar tentang payung emas ini. Cuma memang saya pernah mendengar (bukan belajar) kata orang bahawa wanita bermadu dapat payung emas pada hari akhirat.‬

‪Jadi dari mana punca kata-kata ini? Saya tak tahu, Wallahu a’lam. Mungkin hadis yang saya belum jumpa, mungkin kata-kata sahabat, mungkin kata-kata tabiin, mungkin kata-kata ahli tarikat dan tasawwuf atau mungkin juga kata-kata ini hanya berlegar di kalangan kita orang-orang Melayu di Nusantara. Wallahu a’lam.‬

‪Allah mengingatkan betapa sukarnya berlaku adil. Firman Allah bermaksud: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri (mu) walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian.” (Surah an-Nisa, ayat 129).‬





 
Suami berpoligami perlu jujur menunaikan hak setiap isterinya mengikut kemampuan. Suami bertanggungjawab di hadapan Allah di atas amanah dan tanggung-jawabnya. Setiap isteri berhak mendapat pembiayaan daripada suami, walaupun dia mempunyai sumber kewangan sendiri yang cukup.‬

‪Islam mengharuskan berpoligami bertujuan kebaikan. Suami ditegah berpoligami jika dirasakan akan mendatangkan keburukan, terutamanya menyebabkan berlaku zalim terhadap isteri.‬

‪Oleh yang demikian, permohonan Tuan ditolak 100%.‬


Terima kasih,‬


 

Wa'alaikumussalam...‬

No comments: