ads

Friday, March 22, 2013

Hue-hue life






 Kisah Chop hutan dara

'Kalau pergi ke Negeri Pahang
Lihat-lihat lori balak'

 - Senario di Negeri Pahang lewat 80an


Sekitar 80an, di Pekan Kuala Krau ada seorang 'budiman'. Berumur sekitar 40an. Berkulit sawo matang, berwawasan dan nak keluar dari kepompong lokal ke glokal. Berpakaian kemas, rambut disebakkan ke belakang menampakkan dahi berkilat walau terpantul cahaya dari kacamata rayban hitamnya. Setiap kali memulakan bual bicara tercermin daya intelektual dari peribadinya yang jujur serta lurus bendul. Bila berbual di Kedai Mamak Aji Kunyit, kakinya digerakkan hingga menghasilkan bunyi dari lapik sepatunya. Ini ketika sedang 'bekok' pasal pemohonan balak hutan dara yang hampir berjaya…

Chop, panggilan mesra, popular di pekan itu sering kelihatan dan pandai beretorik. Apabila bersembang di kedai kopi, Chop akan memberitahu secara jujur duduknya perkara. "Kawan sibuk ni, katanya dan sering memulakan bicara. Sekejap ke Mentakab, sekejap ke Temerloh dan sering ke Kuantan dan acapkali ke KL. "Urusan hutan dara tidak selesai, jabatan tanah di Jerantut, pegawainya cuti, plan tanah kena traces-out… macam-macam gebangnya apabila ada teman-teman nakal mencampuri urusannya. Plan tanah hutan dara sudah diserahkan kepada Menteri Besar, sedikit hari lagi luluslah… katanya, Kawan-kawanya tidak mempertikaikan kesohehan ceritanya. Benar belaka dan mereka mendoakan Chop berjaya menjadi jutawan 'segera'. Dan dapat membina banglo suatu hari nanti menandaingi banglo tiga tingkat setengah berdinding mozik dari Turki Sheikh Nordin Sheikh Ahmad (Datuk) di pinggir bukit di Kampung Batu Gading itu.



Resident Sheikh Nordin, mozik dari Turki dan
memgambil masa 10 tahun lebih untuk disiapkan.

Chop, menceritakan kepada teman-temannya ketika berjumpa Menteri Besar, "Awak boleh bercakap pelbagai masalah di komoditi tapi jangan cerita pasal balak bila berjumpa dengan saya". MB tidak mahu mendengar dan melayaninya, tapi kawan pandai swing, sambung Chop lagi… bila MB jumpa kawan segala urusan menjadi sede (mudah).

Ada teman-teman hendak mengenakan atau mempertikaikannya walau mereka mengetahui kejujuran Chop. Chop menerangkan kedudukan perkara dan mereka menjadi akur. Mereka terdiam lidah terjelir, apalagi Chop membelanja mereka minum. Ada sedikit masalah berkenaan hutan dara di kawasan Chrea dekat Kg. Datuk Sharif Ahmad. Kena pending dulu. Ramai memohon berlapis-lapis, terangnya. Ada selapis lagi permohonan hutan dara di Ulu Cheka dan dekat Felda Chomomoi, kawan tidak ralat, terangnya. Semua
orginal dokumen ada dalam envelop A3 ini. Sambil menepok envelop besar yang dikepitnya. 


Hail Amir, era 70an

Sesekali ternampak seperti Hail Amir dengan mengenakan seluar bill-bottom berkasut satu setengah inci mengitari pekan. Dan terkadang duduk di kerusi Kedai Gunting Rambut Mat Minyak Gas, melihat orang lalu lalang. Itulah Chop, mewarnai hue-hue Pekan Kuala Krau yang cool.


Pemandangan Pekan KK waktu senja. 
(Foto: Mahyuddin Yasin)

Arwah bapanya bertugas sebagai Tok Penghulu Kuala Krau. Hasil duit pencen dan tanah getah pusaka masih lunas. Chop yang masih membujang tidak risau tentang komitmen hidupnya. Menginap di rumah besar pusaka di Kampung Masjid cukup segala makan pakai. Begitulah berterusan life stylenya memakan tahun hingga beliau meninggal dunia.

Chop Balak dikhabarkan masih tidak berjaya dengan usaha untuk mendapatkan tanah balak hutan dara… Cita-cita besar golongan marhean tidak kesampaian. Akhir kata dan pendek kata kerana Chop mengikut prosedur biasa.  Inilah halangan dan punca yang dikenal pasti... 


Al Fatihah buat Chop@Yusuf. Amin.

* Kisah Sh. Nordin akan menyusul nanti. Tunggu...


Former Judge juling

Sekitar jam 7 petang, acap kali kelihatan susuk tiga suku abad ini berjalan membawa sebatang tongkat kayu mengelilingi taman perumahan. Tongkat dipegang sesekali disentuh ke tanah. Masih berkudrat mungkin sering berexercise. Berpakaian sukan kemas lengkap, lagaknya aristocrat tanpa 'mengembalakan' orang lalu lalang. Kerana sering melintas di sekitar taman ada cuba menyapa. Dia membalas sapaan dengan hanya secebis senyuman sumbing. Kerana sering kelihatan berexercise bersendirian tanpa mengindahkan orang lalu lalang, menimbulkan persoalan? Siapa?

Setelah disiasat, susuk ini adalah seorang Bekas Hakim Besar: Former Judge (FJ). FJ akan melintasi taman waktu maghrib. Manakala orang bersiap-sediia ke surau atau bersembahyang di rumah, FJ bersendirian berexercise . FJ berterusan berjalan hingga waktu maghrib menyunsung lalu. Seolah-olah tiada apa yang menjentik sanubarinya.

FJ bersikap tidak menyantuni, sedangkan usia semakin lanjut… Barangkali, FJ telah diasuh oleh carrernya tidak mencampuri orang awam atau bermasyarakat. Takut 'bias'  menjatuhkan hukuman barangkali…


Bekas hakim bunuh diri

Teringat kisah trajis, seorang bekas hakim membunuh diri beberapa deked lalu. Disurahkan beliau membunuh diri kerana kesunyian melampau. Isteri yang sangat dikasihi meninggal dunia akibat barah. Bekas Hakim Besar: Former Judge (FJ) ini menembak diri sedas di kepala di rumah besar di pingggir bukit di utara tanah air. Ini menjadi berita taboo...

Persoalannya, FL ini tinggal terasing dari lingkungan sosial. Tidak mencampuri masyarakat dan memandang diri mempunyai kedudukkan tinggi. Sudah memakan tahun memenggirkan diri dan kekok mencampuri masyakat. Dan lingkaran kerjayannya juga tidak mengalakkan mencampuri masyarakat dikuatari sesuatu kes mahkamah bias. Darjat yang diciptanya memakan diri seperti anai-anai memamah tiang rumah.


Disurahkan FJ menulis puisi sebagai tanda sangat menyaintai isterinya dan diterbitkan dalam akhbar sehingga kematiannya. Daripada sumber-sumber, FJ berkata bahawa pada setiap ulangtahun kematiannya, FJ ini telah mengambil iklan halaman penuh, dan berdedikasi cintanya kepada isteri dalam puisi ditulis dalam bahasa Latin, bersama-sama dengan terjemahan Bahasa Inggeris.

Sejak kematiannya isterinya, FJ ini sangat tertekan. Memandang sekeliling sebagai tembok besi yang semakin merapatinya. Ujian besar ini tidak sanggup dihadapinya berbanding tugas besar yang dipikulnya ketika mengendalikan kes-kes profile tinggi. Ujian Illahi tidak dipandangnya sebagai dugaan hidup yang patut ditempuhinya dan memandangnya sebagai 'pencerahan' dan akhirnya mati di hujung pistol miliknya. Tinggallah legasi seorang bekas Hakim Kanan negara menembak diri akibat kematian isteri…



* FJ adalah salah satu 5 hakim kanan yang telah digantung dalam krisis kehakiman 1988, krisis yang dieja sebagai tanda buruk kematian kebebasan kehakiman Malaysia.


No comments: