ads

Tuesday, December 4, 2012

Liku-liku kehidupan



Kisah 1

"Kalau sudah diludahkan mana mungkin dijilat kembali…. "

"Kalau sudah diludahkan mana mungkin dijilat kembali…. ", kata arwah Idrus tegas bila dipujuk supaya rujuk kembali kepada isterinya. Arwah Idrus tetap dengan keputusannya walau berpisah dengan anak-anaknya seramai 7 orang. Muktamad! Tidaklah diketahui apa alasannya. Keras besi boleh dilentur tetapi keras hati Arwah Idrus seperti hati Damak dalam filem Sri Mersing lakonan Allahyarham Nordin Ahmad menolak untuk memperisterikan Sri anak Pak Malau. Hatinya cukup kering, tidak termakan dengan pujuk nasihat lagi.

Anak-anak menceritakan betapa sukar hendak membaca pemikiran ayahendanya.

Allahyarham Nordin Ahmad

Mengimbau kembali kisah perceraiannya. Idrus seorang yang tegas sesekali bertindak di luar jangkaan.  Putus asa saudara terdekat untuk memujuknya demi mengenangkan anak-anak  dalam proses membesar. Kisah itu menjadi sejarah hitam. (Arwah tidak sempat menghabiskan pengkuliahan di sekolah tinggi agama di Pekan Pahang selepas Jepun menyerah kalah. Ini kerana desakan kawan-kawan untuk menyertai pasukan polis mengawal negara).  

Arwah meninggalkan 9 ekar tanah pusaka dan kini mengeluarkan hasil tanaman getah untuk anak-anaknya. Sekurang-kurang terlangsai hutang kepada anak-anak, akui sendiri oleh anak-anaknya. Syukur...



Kisah 2

You know you are the number one for me

Kerana kasih sayang yang berpanjangan kepada isterinya, Mir mempunyai resolusi. Kesihankan isteri melayannya sepanjang masa lalu Mir meminta izin berkahwin satu lagi ketika berseloro…. Perkataan itu sering diulang-ulang membuatkan isterinya menganggap Mir berjenaka. "I sayangkan U, kesihan melihat kesibukan menguruskan rumah-tangga dan anak-anak. Mir sayangkan isterinya dan tidak sanggup melihat isteri melahirkan anak lagi.  

Bagi menyelesaikan masalah kasih sayang, dan menambahkan anak-anak I ingin berkahwin satu lagi. Biarlah isteri kedua melahirkan zuriatnya. Isterinya tidak mempunyai kata putus mungkin juga memikirkan anak lelaki seorang saja. Menidak atau meiakan…

You know you are the number one for me
- sering Mir mengucapkan kata-kata itu kepada isterinya. Lagu Maher Zain menjadi bual bicaranya. Isterinya cukup teruja dan menganggap suaminya seorang lelaki pilihan.


Seterusnya untuk mengukuhkan ikatan isterinya menbisikkan lagu Mariah Carey: Always Be My Baby –
You’ll always be a part of me
I’m part of you indefinitely
Boy don’t you know you can’t escape me
Ooh darling ’cause you’ll always be my baby




Si suami juara kareoke membalas dengan mendendangkan lagu, Whitney Houston… I WILL ALWAYS LOVE YOU...
If I should stay,
I would only be in your way.
So I’ll go, but I know
I’ll think of you ev’ry step of the way.


Dalam benak Mir, You know you are the number one for me, but I still watching nombor 2. Aku kata dia number 1, mesti ada number 2. Tunggu…. Soal kemampuan zahir serah kepada yang mama Esa... Kita cuma merancang...


Gambar sebenar.
Bersendirian berjalan terhoyong-hayang mencari plastik di tong sampah.


Kisah 3

Kerana stroke suami ditinggalkan mengutip plastik…


Di sebalik hitam ada kelabunya... Seorang jiran berbangsa Cina ditinggalkan isterinya kerana Stroke (Kelumpuhan di satu sisi tubuh). Selalunya acap kali di sebelah pagi dia melakukan senaman bersama isteri, sesekali isteri membibit tangan suaminya tanda simpati. Isterinya berusia 30an masih kelihatan bergetah tergamak bertindak begitu selang setahun kemudian. Dia bersama seorang anak meninggalkan suami di rumah ibunya.


Dia bersendirian berjalan terhoyong-hayang kerana sudah berkudrat selalunya si ibu menemankannya. Terkadang dia kelihatan membuka tong sampah mencari bekas plasik untuk di kumpulkan dan di jual. Sebelumnya si ibu melakukan kerja itu untuk kelangsungan hidup. Tanda sempati, jiran mengumpulkan plastik dan memberi kepada ibunya. Kini, ibunya sudah berbisikal mencari dan mengumpulkan plastik terpakai… tanda ada kemajuan…

 
Kisah 4

Maid dibiarkan kelaparan

Seorang jiran mengadu, sebuah keluarga berpendidikan sanggup membiarkan Maidnya kelaparan. Setiap pagi beras disukat hanya cukup-cukup pengasuh anaknya bertanak nasi, mengoreng sayur atau seekor ikan. Terkadang tiada langsung. Segala susu, milo disimpan bagi mengelakkan pengasuh anaknya minum berkhasiat. Begitulah setiap hari. Lebih parah jika pasangan itu bercuti dan meninggalkan pengasuh anaknya kesorangan kerkontang-kating.

Dia akan duduk melengu di belakang rumah mengenang untung nasib. Anaknya ditingalkan bersama suaminya di Indonesia. Dia pening, anaknya akan berkahwin tidak lama lagi dan memerlukan kewangan. Dia di sapa ketika jiran membuka pintu untuk menyidai kain. Mulanya jiran sangsi takut-takut dia berpura-pura atau berniat jahat. Dengan berat hati dia mengadu hal. "Saya lapar…."

"Nak berpekin, nak berjimat", luah pengasuh orang Meluku terhadap  perangai tuannya. Anaknya tuannya seramai 3 orang, kedua anaknya bersekolah rendah manakala yang bongsu masih kecil. Masing-masing kelulusan tinggi. Pasangan ini berkerja di jabatan kerajaan.

Sering pembantu Indonesia yang berusia 50an ini mengadu hal kepada jiranya. "Saya kelaparan, beras di simpan rapi. Mintak duit gaji tidak di hulurkan", katanya meluah rasa. 

Kes ini menjadi buah mulut jiran tetapi tidak sampai hati melapurkan ke pihak tertentu. Berpendidikan tinggi tapi tidak berpelajaran, kata jiran marah. Apabila diminta duit gajinya tuanya akan memberitahunya sudah dipos ke Indonesia sebenarnya tidak pernah berlaku.

Ada ketikanya jiran menghulurkan minyak angin kerana kesakitan akibat dikerahan bekerja seharian. Segala badan lenguh, adunya sedangkan tuannya tidak langsung prihatin. Apa nak buat... Langsung saja jiran menghulur makanan kepadanya. Nampak pasangan ini cukup baik bersopan-santun, nak ditegur tidak tergamak. Itulah dunia…. dunia… dunia…



 Gambar sebenar, dirakam Julai 2013. 
Badan agak susut tetapi masih mengekalkan tradisi 'Boleng'.


Kisah 5

'Berbolen' tak berbaju

Sekitar tahun 2005, waktu pagi aku sering bertembung dengan seorang Apek berbadan tegak sekitar Jalan Gombak/Lee Rubber, Setapak. Setiap pagi tanpa berbaju (boleng) dengan hanya memakai seluar pendek bertali berwarna biru lusuh. 

Apek ini berjalan sekitar 500 meter ke tempat kerja. Barangkali Apek ini berkerja di Kedai Hardwere. Sesuatu yang memancing pemikiran tentang tindakannya yang tidak pernah memakai baju. Sokmo tidak berbaju… "Tak masuk angin ke?… Barangkali Apek ini sudah lali dengan cuaca sejuk setiap pagi…

Aku cuba-cuba mencari susuk ini tetapi jarang ketemu lagi…. barangkali sudah pergi?.


Michael Dauglas dalam filem Falling Down
Kisah 6

Dauglas style...

Lewat tahun 2005, acap kali ketemu satu susuk berusia hampir 5 deked menunggu bas sekitar Sentol. Susuk ini berpakaian seperti Michael Dauglas dalam filem Falling Down. Aku menjadi teruja melihat gelagatnya yang berpakaian kemas putih berlengan pendek membawa briefcase. Siap dilekatkan name-tag di atas poket baju dan sejumlah pen terselit kemas. Aku sering tertanya-tanya, apa jawatannya? di jabatan mana dia bertugas?…. Barangkali di Bukit Aman?


Gambar di google, mungkinkah dia?

Selang berapa tahun aku ketemu lagi susuk ini segak menunggu bas…. Terpandang, memcebet beg type-writer.

Aku terfikir, barangkali orang ini bekerja sebagai petition writer bagi memudahkan orang awan berurusan surat rasmi dengan kerajaan atau guaman.


Gambar terkini dan sebenar, dibantu oleh seorang kanak-kanak berbangsa Cina menyusuri jalan. Kudratnya hilang dimamah usia... inilah reliti penghidupan...

Baru-baru ini aku ketemu Michael Dauglas lagi. Tetapi sudah keuzuran. Tangan kanan membawa briefcase manakala di tangan kiri membawa tongkat. Berhati-hati dan cukup pelahan mengerahkan kudrat berjalan. Masih bekerja mencari rezeki… Ini menyedarkan, satu ketika nanti aku juga menjadi sepertinya kalau dipanjangNya umur…



Kisah 7

'Keluarga 69'


Berkahwin sepupu menjadi kebiasaan bagi orang kita. Seseuatu yang dianggap 'taboo' dan terjadi kepada keluarga aku. Sesetengah keluarga terdekat memangil 'Cinta Keluarga 69'. Ada pihak berbelah-bagi meletakkan hukum perkahwinan ini kerana tidak mengetahui susur-galur perhubungan. 


Kes ini terjadi kepada Sudin anak kepada Tok Tik memperisterikan Nani cucu Tok Tik sendiri. Anak perempuan Tok Tik bernama Rahmah kakak Sudin berkahwin dengan Jamil. Jamil juga merupakan abang ipar Sudin. Rahmah adalah isteri ke tiga Jamil manakala isteri pertama dan kedua sudah diceraikan. Rahmah mempunyai anak tiri bernama Nani. Nani adalah anak suaminya (Jamil) hasil perkahwian terdahulunya.

Dipendekkan cerita, perhubungan cinta ini terjadi di tahun 80an ketika mereka menetap di Kuala Lumpur. Mereka jatuh cinta dan merahsiakan. Kuching manja pun tidak mengetahui hubungan itu. Hubungan kekeluargaan memang erat maklumlah perantau. Suami Ramlah ketika itu bertugas di MAS.

Semua keluarga tidak tercium hubungan itu sehingga mengemparkan berita mereka hendak bertunang. Sesuatu yang melucukan apabila diajukan dan mensyorkan mereka berkahwin, masing-masing menolak konon… Nani sombonglah, tembamlah le… Sudin nakallah… dan macam-macam hal… Cerita menjadi 'taboo'…. Mana mungkin perkahwinan anak saudara?…. Alih-alih mereka mahu bertunang… "Sah, batal air sembahyang, kata Sudin.

Selain suami isteri, apa hubungan persaudaraan mereka?. Kini pasangan ini menetap di Mentakab, Pahang dan mempunyai berapa orang anak. Ketika baru kawin, Sudin terkelu memanggil abang iparnya 'Abah'… Kalau bertembung seboleh-boleh nak dielakkan...

Manakala, nenek aku bernama Tok Wah kakak tiri Tok Tik. Apa hubungan persaudaraan aku dengan Sudin?


Kisah 8

Bulan jatuh ke riba, Lan…

Lan, sepupu aku cukup bertuah, kelulusan hanya setakat LCE… Jejaka hitam manis berambut ketak dengan penampilan sederhana sudah achievement. Dulu, ramai memandangnya sebelah mata. Tidak mempunyai kerja tetap dan hanya menghabiskan beras tinggal bersama emak angkatnya di kampung. Banyak tahun juga Lan menetap di Singapura. Sekejab berada di KL sekejab di kampung… Sering beramok dengan jiran yang merupakan puak gerabaknya kami juga. Bab pagarlah… bab tanahlah… bab menyombonglah…. Ada saja yang tidak kena. Apa nak buat cucu Tok Woh…

Tetapi kalau bab berdebat atau berforum, Lanlah orangnya, ramai ternganga terkuntang dan tidak menyangka pengetahuan glokalnya… Tetapi ada juga tidak mengambil pot segala bual bicaranya.


Lan, sepupu aku cukup bertuah… tiga tahun lepas Lan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berkerjaya dari JB. Melihat melalui fb adiknya, majlisnya cukup exclusive. Rumah besar, makan besar dan pelaman pengantin cukup wow… Tidak menyangka seorang penganggur dapat berkahwin dengan seorang berpangkat tinggi di Telekom. Ini atas daya usaha saudara mara juga.

Mendengar cerita dari sepupu lain, bapak gadis itu mencari seorang yang boleh menjaga anaknya perempuannya di KL, dia risau dengan segala macam gejala melanda dewasa ini. Bapaknya tidak kisah sama ada jejaka itu berkerjaya atau menganggur. Ini kerana anaknya boleh menampung makan pakai si suami. Penting sekali bapaknya berkenaan begitu juga anak gadisnya.


Gambar hiasan


Rumahnya besar tersergam indah di Sungai Long. Kerana nak nampak setaraf, emak angkatnya, menghadiahkan down-payment sebuah kereta Toyota Vios. Selebihnya, isteri tercinta melangsaikanya. Tugas Lan hanya menghantar isteri ke tempat kerja dan menjemputnya. Menghantarnya meeting atau out-station...

Baru-baru ini pecah berita, isterinya yang berusia 4 deked itu muntah-muntah. Ini petanda baik… serilah rumah besarnya di Sungai Long...


Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.