ads

Thursday, August 2, 2012

Catatan perjalanan Mancis ke Ukraine sempena EURO 2012


 Aksi mancis sebelum pertembungan England vs Sweeden



Setelah menempuh perjalanan selama 14 jam, rombongan kami dari media seramai 10 orang selamat tiba di Kiev selepas transit di istanbul sekitar jam 9 pagi (Malaysia 2 petang). Perasaan tidak dapat digambarkan apabila tiba di lapangan terbang antarabangsa Zhuliany. Suhu sekitar 15 darjah tidak menghalang tetapi masalah bagasi yang lambat tiba (Kesilapan ter-check-in bagasi ke Istanbul di KLIA) memberi gambaran awal akan kehangatan yang  bakal kami alami. Goool! Euro2012…


Wakil daripada hotel penginapan, Antonia menyambut dengan mesra rombongan kami. Menurutnya, beliau hanya selalu mendengar nama Malaysia melalui kaca televisyen dan ini pertama kali beliau menerima pelawat dari Malaysia. Kami diberi penerangan mengenai bandaraya Kiev dan dibawa mengelilingi sekitar bandaraya yang dihuni seramai 2.6 juta orang penduduk.

Maidan Nezalezhnosti of Kiev, Ukraine
Bessarabka Square, Kiev, Ukraine.



Ukraine merupakan sebuah negara di Eropah Timur. Ia bersempadan dengan Russia timur, Belarus ke utara, Poland, Slovakia dan Hungary ke barat, Romania dan Republic Moldova di tenggara, dan Laut Hitam dan Laut Azov di setatan. Bandar Kiev (Kyiv) merupakan ibu negara Ukraine.


Ukraine merupakan negara gabungan terdiri dari 24 oblast (jajahan), satu repbulik autonamous (Crimea), dan dua bandar dengan status khas: Kiev, ibu negaranya dan , and Sevastopol, yang menempatkan Armada Laut Hitam Russia di bawah perjanjian sewaan. Ukraine merupakan republik di bawah sistem separuh-president dengan badan legislatif, badan exekutif, dan perhakiman yang berasingan. Menjelang akhir 2004, negara ini mengalami perubahan semula perlembagaan yang besar yang menukar imbangan kuasa dikalangan parlimen, perdana menteri, kabinet, juga hubungan mereka dengan President Ukraine.

Dalam 10 orang perempuan, 9 orang memang cun! Perkahwinan campur Mat Saleh dengan Russia + Arab. Kami gigit bibir...

Ukraine antara negara tertua di Eropah menjanjikan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Sejarah peradaban Eropah lama dan kesatuan Soviet meninggalkan tinggalan sejarah yang unik. Selama 2 hari, kami dibawa mengunjungi beberapa tempat menarik di bandaraya ini antaranya Kiev Pechersk Lavra, salah satu tinggalan sejarah terbaik di sini. Kami juga dibawa mengunjungi ‘The Main Square’ berhampiran kawasan rasmi peminat bagi EURO 2012.

Harga bagi barangan cenderahati dan makanan agak sama jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Kedai yang menjual kebab dan makanan arab menjadi tumpuan kami kerana agak sukar untuk mencari sajian halal. Walau bagaimanapun, ianya berbaloi untuk mencuba benda baru di sini. Di Kiev, reka bentuk bangunan bersejarah menjadi daya penarik, malah kopi mereka juga cukup terkenal dan sudah pasti saya akan mencubanya...

Pengangkutan awam di bandaraya ini juga amat selesa dan kami mudah untuk menaiki bas dan sistem keretapi dalam bandar mereka. Dengan kos kurang dari RM1.00, anda boleh menaiki keretapi yang menghubungkan setiap tempat di dalam bandar. Sukeralawan cantik yang ditugaskan di kawasan tumpuan ramai sempena kejohanan ini juga sedia menjawab pelbagai soalan kami.

'kupu-kupu' Kiev

Гарячий - Sexy - Naked
Orlea EURO

Kami kebetulan tidak begitu letih dan berkesempatan untuk merayau-rayau menyaksikan kehidupan 'kupu-kupu' Kiev di waktu malam. Kami diberitahu, harus berhati-hati kerana setengah-tengah pusat hiburan mengenakan caj sangat mahal dan tidak berbaloi. Gadis-gadis manis sangat profesional 'mengikis' wang dan sangat pandai memujuk untuk membeli minuman atau melakukan 'extra'. Gadis tempatan dilatih melayan tetamu untuk mendapatkan tips dan mereka mahu kita kekal di Club itu selama mungkin. Sesetengah  gadis yang bekerja di Go-Go Club (tarian erotik) turut menawarkan khidmat 'teman hiburan' pada satu-satu masa selepas tugas usai. Umpanan khidmat gadis pengiring berharga RM139 hingga mencecah RM927. 




Lukisan di Badan - Body Art Painting Fesyen Festival Kiev Ukraine

Lukisan Seni Fesyen Festival 2008 Kiev Ukraine diadakan pada Februari, tiga tahun dulu. Pameran Kejohanan Terbuka InterCHARM IV "KyivExpoPlaza" Ukraine sempena Fesyen Bogy-Fair mendapat sambutan hangat. Tema utama pesta ini ialah "Keamanan, cinta dan keindahan". Setiap peserta peraduan untuk Seni badan telah diberikan enam jam untuk membuat karya seni di badan model yang disediakan. Kami diberitahu oleh Antonia, ramai gadis-gadis jelita merelakan tubuh mereka dilukis dan disediakan ganjaran lumayan.

Wags jadi tumpuan lensa

WAGS EURO 2000
WAGS, menjadi berita sensasi, topik yang paling hot di kalangan pencinta bolasepak dan para WAGS (wives and girlfriends of high-profile footballers) inipun tidak luput dari para perhatian media. Para WAGS masih menjadi sorotan di EURO 2012 ini.



Hampir kebanyakan para pemain yang tampil di EURO 2012 ini memiliki pacar atau isteri yang cantik dan juga popular. Oleh itu kru Sundul.com memilih para WAGS dengan format 4-4-2 dan dipilih karena kecantikannya dan tingkat popularitasnya di EURO 2012. Berikut adalah 11 WAGS pilihan Sundul.com.
Baca selengkapnya: http://www.sundul.com/screenshot/starting-eleven-wags-euro-2012/#ixzz22AT4WMIp


Menyaksikan perlawanan England vs Sweeden

Pada sebelah malam yang lainya, kami menghabiskan masa di kawasan rasmi peminat dan mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan penganjur. Suasana kemeriahan jelas terasa dengan pelbagai ragam peminat terutamanya dari England dan Sweeden. Kemesraan jelas terasa apabila mereka selalu menegur dan bertanya mengenai Malaysia.

Kami begitu teruja untuk menyaksikan perlawanan pada hari ketiga antara England dengan Sweeden. Pada sebelah siang, kami sempat untuk membeli-belah barangan cenderahati sementara menunggu perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam. Pada jam 7 petang, kami berjalan menuju ke Stadium Olimpik Kiev. Stadium ini yang turut menjadi gelanggang perlawanan akhir hanya sejauh 2km dari hotel penginapan.


Setibanya di stadium, kawalan ketat dikenakan kepada pengunjung. Pos pengawal disediakan kira-kira 100 meter dari stadium. Hanya pengunjung bertiket dibenarkan menghampiri stadium. Kawalan di pintu masuk juga agak ketat. Sepanduk dan bendera diperiksa bagi memastikan tiada unsur-unsur perkauman dibawa masuk.
 

Peminat mula membanjiri stadium pada jam 8 malam. Peminat rata-ratanya dikuasai oleh penyokong berbaju kuning dari Sweeden. Penyokong England juga tidak henti-henti dengan nyanyian keras semangat mereka yang mampu menaikkan bulu roma sesiapa sahaja. Suasana ini sangat berlainan jika dibandingkan dengan stadium di Malaysia yang lebih bingit dengan bunyi hon udara.

Suasana di dalam stadium sangat meriah dengan pelbagai gelagat peminat.  Jangan terkejut apabila ada peminat yang hanya berseluar dalam. Selama setengah jam sebelum sepak mula, perbagai persembahan diadakan. Kami sempat untuk alas perut sementara menunggu perlawanan dimulakan.

Perlawanan dimulakan dengan kiraan beramai-ramai daripana penonton sebelum pangadil meniup wisel. Stadium bergema dengan suara penyokong kedua-dua pasukan. England yang awalnya mendahului dengan 1-0 tersentak dengan asakan bertubi-tubi Sweeden yang menyaksikan Sweeden mengatasi dengan jaringan 2-1 satu masa. Sorakan tidak putus-putus penyokong dan semangat juang yang tinggi, akhirnya England memenangi perlawanan dengan jaringan 3 berbalas 2.

Perlawanan ini sangat menarik apabila dapat menyaksikan 5 jaringan dari kedua-dua pasukan. Kami sempat bergambar dengan peminat kedua-dua pasukan sebagai tanda kenangan dan pulang ke hotel penginapan sejam kemudian.

Walaupun dihantui dengan isu perkauman selepas sepak mula kejohanan Eropah (EURO 2012) minggu lepas, Ukraine yang menjadi tempat tinggal bagi lebih dari 100 bangsa dari pelbagai negara tetap meriah dan dikunjungi ribuan peminat bola sepak dari seluruh dunia. Aura kemeriahan bukan sahaja dapat dirasai di stadium, malah seluruh penjuru bandaraya, penganjur berpesta meraikan kejohanan Eropah terbesar ini. Latar belakang budaya dan agama yang berlainan juga tidak menjadi penghalang bagi peminat untuk sama-sama meraikan kejohanan yang pertama kali dianjurkan di kedua-dua negara.

Negara bekas empayar Russia ini bersedia untuk menganjurkan kejohanan dengan menambah baik prasarana bola sepak termasuklah mengubahsuai stadium dan membina stadium-stadium baru sempena temasya kali ke-14 ini. Sistem pengangkutan di Ukraine turut menjalani pengubah-suaian besar-besaran bagi menampung kedatangan peminat bola sepak yang ramai.


Protess - Kumpulan wanita hak asasi memboikot Euro di stadium.

Perasaan bercampur-baur ketika berjalan pulang kerana rombongan kami akan meninggalkan Ukraine pada keesokan paginya. Pengalaman selama 7 hari di sana akan meninggalkan seribu kenangan yang akan kami ceritakan kepada rakan-rakan di tanah air. Vallas!.

Protess - Kumpulan wanita hak asasi memboikot Euro di bandar Kiev.

Beberapa perkara mengenai Ukraine yang anda perlu tahu:
1. Susah nak tengok orang pakai Smartphone; Blackberry / iPhone. Semua menggunakan hp jenis Nokia.
2. Susah nak jumpa motosikal. Sehari mungkin sekali dua sahaja.
3. Masa menunggu bas / tren hanyalah 1-2 minit.
4. Fridge magnet beharga RM10-RM20 sebijik.
5. Dalam 10 orang perempuan, 9 orang memang cun! Perkahwinan campur Mat Saleh dengan Russia + Arab. Kami gigit bibir...
6. Bangunan paling tinggi di ibunegara Kiev, hanyalah setinggi 10 tingkat.


email: mancismasscomm@yahoo.com

1 comment:

latifah suleiman said...

Thanks for Sharing.

Keinginan utk ingin tahu mengenai negara Ukraine selepas tragedi MH17 membawa saya ke sini.

Innalillahi wainna Ilaihi rojiun