ads

Monday, April 11, 2011

Kuasa dan tarikan F1


Mengimbau kenangan, ketika itu, aku bersama sepupu duduk di dahan pokok ara di tebing sungai Pahang, manakala 3 gambar sebesar poskad F1 terselit di poket. Kami sedang 'memandu' kereta F1, kerana 'kelajuan' melampau dahan pokok sekah dan kami broom... ke dalam sungai...


Sejarah F1 bermula di Eropah sekitar tahun 1947 lagi. Enjin revolution sekitar 1958. Sponsorship arrives sekitar 1968. Dan sekitar 1973, Emerson Fittipaldi dan Ronnie Peterson menunggani Lotus sering menguncang litar dan memenangi Grand Prix. Jackie Stewart dan Nikki Lauda mengekori rapat dan sering 'cheer' di podium.

Teruja kedua-duanya. F1 dan gadis litar... Sebelah kanan sekali, Sab bekas Art Director majalah motor GM - Gear Malaysia.

Istilah Formula merujuk kepada satu set peraturan yang perlu dipatuhi semua pelumba. Gelaran Formula Satu menandakan sukan berkenaan perlu dijadikan formula perlumbaan paling canggih dan kompetitif di dunia. Sebilangan pertubuhan perlumbaan Grand Prix merangka peraturan bagi satu Kejohanan Dunia sebelum perang Dunia Kedua, namun akibat penggantungan acara lumba ketika perang, Kejohanan Pelumba Dunia tidak dirasmikan sehingga 1947.Perlumbaan kejohanan dunia pertama disambung pada 1950 di litar Silverstone, United Kingdom sebelum satu kejohanan bagi pembina kereta menyusul pada 1958. Kejohanan Dunia F1 pertama dijuarai Giuseppe Farina dari Itali menerusi Alfa Romeo 159 pada 1950 selepas berjaya menewaskan rakan sepasukannya, Juan Manuel Fangio dari Argentina. Namun begitu, Fangio berjaya merangkul gelaran juara pada musim 1951, 1954, 1955, 1956 dan 1957 manakala Alberto Ascari dari pasukan Ferrari memenangi kejohanan pada 1952 dan 1953. Fangio dikenang kerana mendominasi dekad pertama F1 dan mendapat gelaran sebagai Grand Master F1.

Suasana persekitaran ke paddock.

Akhir era privateer, FIA mendapat mandat untuk memperbaiki lagi ciri-ciri keselamatan pemandu dan sebagainya. Penaja-penaja rokok silih berganti. Hingga muncul era Ayrton Senna dan Schumacher. Litar F1 kian pesat dibina bagi menjana ekonomi sesebuah negara. Dan kini seluruh dunia mempunyai 20 litar lumba.

Peningkatan kepantasan jentera F1 mula berkembang apabila Renault memperkenalkan enjin berkuasa turbo yang menghasilkan lebih 700 kuasa kuda (bhp) sebelum meningkat sehingga 1,400 bhp, menjadikan jentera F1 sebagai kenderaan beroda terbuka paling berkuasa di dunia sehingga ke hari ini.

Litar F1 Sepang direka oleh seorang pereka Jerman, Hermann Tilke Litar ini boleh memuatkan 130000 orang penonton pada satu-satu masa. Lokasi coordinate Sepang - 2 Darjah, 45 minit 38 saat Utara - 101 Darjah 44 minit 15 saat Timur, Selangor, Malaysia Zon masa GMT +8. Acara utama Formula Satu, MotoGP, A1GP, SuperGT. Jarak litar 5.543 km (3.44 mi) Selekoh 15 Number of Laps: 56, Circuit Length: 5.543 km, Race Distance: 310.408 km.
  
F1 di Malaysia telah melepasi satu dekad sejak ia di anjurkan seawal 1999.

Ketika itu aku bersama partner ditawarkan tiket berharga RM1500 untuk ujian masa hari sabtu. Setiba di paddock sekitar jam 11 pagi, hati tercuit dengan kerenah penonton luar negara. Mereka berpakaian 'wow' berkaca gelap santai berjemur macam lembu kenyang sambil minum-manda. Senario asing di bumi sendiri.
Formula 1 wajar diteruskan

Idea untuk menganjurkan F1 di Malaysia di cetus oleh mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir. Semasa di Litar Estoril, Portugal pada F1 1996 Tun telah menemui Bernie Ecclestone (pemegang hak F1) dan akhirnya bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara menganjur sukan glamor itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penganjuran perlumbaan Formula 1 di negara ini tidak terhenti setelah kontraknya tamat pada tahun 2015.
Sebaliknya, ia perlu diteruskan kerana perlumbaan itu telah memberi impak yang amat baik kepada negara terutama dalam usaha memperkenalkan Malaysia di mata dunia.
''Oleh itu Malaysia perlu meneruskan penganjuran Grand Prix Formula 1 pada masa akan datang kerana ia telah membuatkan Malaysia amat dikenali," katanya.

Ferrari gagal lagi juarai perlumbaan GP Malaysia selepas kali terakhir pada 2008

FERRARI yang mempunyai peminat agak ramai di negara ini, terus gagal untuk menjuarai perlumbaan GP Malaysia di Litar Sepang sejak kali terakhir pada 2008 menerusi Kimi Raikkonen, sekali gus mengiyakan kebimbangan diluahkan Fernando Alonso betapa jentera pasukan itu masih belum kompetitif.

Juara dunia 2005 dan 2006 dari Sepanyol itu, sekadar menamatkan perlumbaan 56 pusingan semalam di tempat keenam, di belakang rakan sepasukan dari Brazil, Felipe Massa, selepas dia turut didenda 20 saat kerana menyebabkan pelanggaran dengan jentera McLaren Lewis Hamilton.
Fan dari Russian yang menyokong Lotus-Renault.

Namun, hakikatnya Ferrari yang mula kehilangan taring kepada Brawn GP pada musim 2009 dan tercicir di belakang Red Bull musim lalu, turut tercicir kepada jentera Lotus-Renault yang dipandu pemenang tempat ketiga, Nick Heidfeld semalam tatkala Sebastian Vettel dan Jenson Button memastikan terus jentera Red Bull dan McLaren berada di depan pasukan jolokan "Prancing Horse" itu setakat ini.

Di litar Sepang, Massa yang menduduki tempat kelima mencatat masa sejam 38 minit 16.790 saat, atau 36.958s di belakang jentera Red Bull dipandu pemenang, Vettel.

Catatan sepusingan terpantas Ferrari yang dilakukan Alonso ketika perlumbaan iaitu 1:40.717s, juga hampir 0.20s di belakang jentera Red Bull dipandu Mark Webber (1:40.571s).

Namun Alonso tetap gembira dengan situasi perlumbaan semalam walaupun tidak dengan keputusan di tempat keenam.

"Akhirnya kami kompetitif, mampu bersaing untuk merebut tempat di podium dan ini memberi motivasi bagi perlumbaan di China selepas ini. Cuma saya kurang bernasib baik, jika sayap boleh ubah bahagian belakang berfungsi sepenuhnya, saya mungkin boleh memintas Lewis di laluan lurus.
TAHNIAH…Najib menyampaikan trofi kepada Vettel (tengah) selepas memenangi Grand Prix F1 Malaysia di Litar SIC. Tempat kedua dimenangi Button (kiri) dan ketiga Heidfeld.

"Malangnya kami berlanggar dan sayap depan saya rosak lalu terpaksa masuk ke pit untuk menukarnya, lantas terlepas peluang merebut tempat ke podium. Jentera bertindak baik dengan tayar di sini dan saya harap pakej jentera kami akan bertambah baik selepas ini," kata Alonso.

Permulaan baik dan percaturan strategi tepat memberikan juara dunia dari pasukan Red Bull Racing, Sebastian Vettel kemenangan dalam perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia-PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang semalam, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas senarai pemandu keseluruhan dengan mata maksimum 50.

Selepas mendominasi sepenuhnya perlumbaan pembuka tirai di Melbourne, pemandu Jerman yang muncul juara dunia termuda pada usia 23 tahun, itu sukar dicabar pemandu pasukan lain termasuk Jenson Button (McLaren) yang menduduki tempat kedua, diikuti pemandu Lotus-Renault, Nick Heidfeld.

Gadis-gadis litar mengayakan kebaya moden.

Signifikan F1 dengan negara

Salah satu pengaruh yang signifikan F1 berbentuk seperti yang kita kenal sekarang adalah teknologi. Kereta lebih ringan, lebih cepat dan lebih canggih. Peranan agen-agen pengiklanan sangatlah penting.

Selain penajaan pasukan Mercedes GP, Petronas sekali lagi menjadi penaja utama untuk acara itu. Pasukan Lotus Renault mendapat sokongan kumpulan Proton dan Lotus manakala pasukan Lotus mempunyai sokongan Datuk Seri Tony Fernandes dan kumpulannya, Tune Group.
Sesuatu yang menarik apabila perlumbaan F1 musim 2011 dilangsungkan di Litar Sepang dari 8 – 10 April 2011. Tiga pasukan yang membawa bendera dan jenama Malaysia akan berentap sesama sendiri, sesuatu yang tidak pernah difikirkan akan berlaku sebelum ini. Mercedes GP Petronas, Lotus-Renault GP dan Team Lotus masing-masing merupakan tiga buah pasukan F1 yang mempunyai kepentingan syarikat dari Malaysia iaitu Petronas, Proton dan Tune Group. Matlamat mereka hanya satu iaitu untuk mengharumkan nama Malaysia, sekurang-kurangnya kemenangan mana-mana pasukan itu bermakna Malaysia akan menempa nama di persada sukan permotoran paling berprestij itu.

Anda sokong pasukan F1 Malaysia yang mana satu?

Gadis LG bergaya dengan jenamanya.


Third time tengok F1... 

Suasana sungguh meriah, terdapat ramai peminat-peminat luar negara yang membanjiri litar sepang. Gelagat manusia dari pelbagai golongan. Pelbagai fesyen pakaian digayakan sambil memegang bendera pasukan dengan bangganya.

 
 Foto: Jann Jayef

Deruan enjin F1 sangat mengagumkan. Bunyinya sangat kuat, garing dan meletop. Seperti bertih digoreng tetapi sedap didengar. Ear-plug harus dipakai untuk keselamatan. Kelajuan 350 kilometer sejam (km/j) bak roket menerjah langit. Rasa kagum dengan pemandu-pemandu F1 yang dapat mengawal kereta dalam kelajuan yang amat aduhai...

Persekutuan Automobil Antarabangsa mentakrifkan Formula1 atau F1 ialah perlumbaan kereta kelas teratas bagi kereta yang mempunyai satu tempat duduk dengan tayar yang terdedah keluar dari badan kereta. Kebiasaannya jentera kereta F1 berlumba pada kelajuan tinggi sehingga melebihi 320 kilometer sejam (km/j) dan mampu menghasilkan tekanan sehingga 5G (graviti) di beberapa selekoh sepanjang perlumbaan di litar. Perlumbaan F1 sememangnya bukan sahaja melibatkan pertarungan antara pemandu paling handal tetapi juga perlumbaan teknologi antara syarikat-syarikat pengeluar kereta dalam memastikan kenderaan mereka beroperasi semaksimum mungkin untuk memenangi perlumbaan.

Prestasi jentera kereta Formula1 bergantung pada teknologi rekabentuk elektronik, aerodinamik, suspensi dan tayar. Perlumbaan yang paling mahal di dunia itu telah melalui beberapa evolusi dan perubahan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1920-an dahulu di Eropah. Eropah adalah pusat tradisi F1 apabila semua pasukan berpangkalan di benua tersebut Namun, kini Grand Prix sudah mendapat tempat di hati peminat dan diadakan di seluruh dunia.

Corat-coret F1...

Di Sepang, ada yang bersungut, makanan mahal. Set burger dan air tin = RM25.00. Set satay dan air tin = RM25.00. Air mineral/Tin/100-Plus = RM5.00. Rasa tertekan untuk beli makanan dan minumam. Cara terbaik bawa dan masukkan di dalam beg galas. Kalau tidak terbarailah kelaparan...

 
Lagi satu, punyalah mahal pakaian berjenama mc-laren, ferrari, lotos, petronas, bmw, dll.... t-shirt round-neck cikai pun paling murah RM160.... Baik beli kat bandung le sekitar RM30...

Cuaca yang mendung@jo'ong menambahkan suasana 'pancaroba' perlumbaan. Mana-mana penonton di hillstand sudah menyediakan payung besar dan bersikap 'selamba'. Mulanya menjangkakan hujan akan turun rupanya awan hitam bergerak pelahan ke tempat lain.

 
 Jadual perlumbaan di 20 buah negara tahun 2011.

Komen seseorang, sungguh dahsyat dapat tengok F1 race depan mata. Kehebatannya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Teruja dan terpegun. Kalau hendak mengetahui pergilah tahun depan... Ada berani? Tahun depan target nak pegi litar Monacco... nak join?, sapa seseorang...
 
 Fan dari UK yang mesra.

Lagi komen, tahun depan tengok F1 sekali lagi. Teringin nak tengok kat Bahrin atau Singapura. Kat Bahrin dah tentu 100% panas. Tak perlu risau kena hujan.

 Siti tak kurang begaya di litar.

Note dari peminat tegar F1: (Pelekat parking) sampai sekarang tak tanggal lagi pada kereta. Nak simpan sampai tahun depan... Manakala ticket F1 disimpan untuk cucu-cicit di kemudian hari... dan Thumb-drive F1 Ferrari 2G berharga RM30 nak tunjukkan kepada rodong...



Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

2 comments:

Jejaka Desa said...

Agok2 mane yang orang suke tengok.Kerete kat litar atau awek litar.Huhu....

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Kereta tidak dapat dipisahkan dengan wanita.Itu daya tarikan tersendiri, seperti iklan - cuba bayangkan jika wanita tidak memainkan peranannya. Mudahnya seperti lagu tanpa irama...