ads

Monday, July 26, 2010

Bila 'anu' dipersalahkan...



Malam itu sungguh meninggalkan kesan. Selalunya selepas sembahyang maghrib, terus pulang. Tetapi kerana jemputan kenduri doa selamat di rumah jiran, selepas insyak, ana bersembang dengan jiran setaman di surau/masjid itu.

Dari kisah bulan puasa, kesesakan surau hingga kisah sakit kencing manis dan urut-urutan. Perbualan melimpah ke dalam kain pelikat si pemakai, Haji Anapi. Tanpa berselindung Hj. Anapi menceritakan kisah 'anu'nya. "Mintak maaflah bercerita kat dalam surau..." katanya berkali-kali meluah perasaan...

Hj. Anapi, berusia 62 tahun pesara dari Petronas bersungguh-sungguh membuka mukadimah bercerita. Dari kisah kencing manisnya di tahap 15 ke kisah mengurut. Tanpa berselindung lagi Haji Anapi menceritakan tujuan sebenarnya pergi mengurut. Serata tempat di ceruk rantau, selagi ada nama Tukang Urut tersohor di jelajahinya. 

Ketika berumur 25 tahun beliau berkahwin. Sekitar 4 hingga 5 tahun perkahwinan dikurniakan 4 orang anak. Itulah saat manis perkahwinan, melihat anak terlihat isteri yang bangga mempunyai seorang suami yang 'jantan'. Hujan malam terasa indah dan dingin. Kebahagian cukup terasa ketika itu.


Bila menajak usia 30an kekuatan 'anu'nya mula menurun. Beliau tidak tahu kenapa? Memandangkan keturunannya 'Kalau kaca bisa pecah, kalau kayu bisa patah' semuanya jenis mengantung kelapa muda di 'anu'nya dan bisa bertahan...

Isterinya mula mendengus. Bertanya kenapa?. Beliau sukar menjawab langsung diajukan permasalahan ini kepada si tukang urut tersohor...



Sekiitar usia 45 tahun 'anu'nya kian longlai. Apalah nasib mendayung tidak sampai ke destinasi. Harapkan hujan di pagi hari rupanya hujan pagi sekejap-sekejap tidak membasahi rumput segar di laman istana. Kenapa dengan aku?, tanya Haji Anapi.

Haji Anapi mencari-cari kesilapan dirinya. Tak ada, aku tidak pernah melangani pelacur. Keturunan aku ok belaka, akuinya. Lalu beliau memulakan siri rawatan. Di mana ada Tukang Urut tersohor di jelajahinya. Beliau sanggup bermalam di suatu tempat jika tukang urut memerlukan rawatn susulan. Belau menghitung wang perbelanjaannya. "Sekitar 10 ribu, akuinya.

Johor, Negeri Sembilan, Selangor terus ke Perak membawa ke Terangganu dan seterusnya ke Kelantan. Ketika di Penang, menjadi kenangan mencuit hatinya seorang tukang urut berpengalaman menampal gambar-gambar 'nude' di serata ruang hinggakan di siling gambar mengugah nafsu. Ini juga tidak menaikkan syawatnya. Tukang Urut hairan, selalunya motor boleh hidup engin selepas melihat gambar dan mendapat khidmat urutan selama 3 hari. Ini tidak berlaku... Sungguh mengecewakan...


Sekitar 80an. - Tukang Urut Tenaga Batin - Ustaz Hadi sekeluarga sangat popular. Beliau menjelajahi seluruh Malaysia menawarkan perkhidmatan. Setiap bulan iklannya tersiar di dada akhbar. "Kini berada di Chow Kit Road, dijamin puas hati, wang dikembalikan.  Lalu Haji Anapi mengunjunginya dan memberi cengkeram sebanyak RM150 untuk urutan selama 3 kali berturut-turut. Selepas itu Tukang Urut bertanya ada perbezaankah? Haji Anapi cuma mengeleng-geleng kepala dan meminta wang dikembalikan. Tukang Urut tersohor hairan bangaimana boleh belaku sebegini rupa. Semua pelanggan yang mendapat rawatan akan mengangkat ibu jari, ok saja... Untuk meyakinkan tukang urut itu, Haji Anapi membawa isterinya memberi fakta sohih. "Memang 'kote' abang bermasaalah...



Setelah diteliti didapati urat besar di bawah 'anu'nya pendek. Lalu Haji Anapi menceritakan pengelamananya ketika berusia 7 tahun berkatan dengan Tok Mudin kampung. Tok Mudin ketika mengkatankan, menarik 'anu'nya panjang dan memotong lalu urat itu terpotong sekaligus. Selama tiga bulan saya terlantar sakit, 'anu' berdarah, katanya kepada Tukang Urut itu. Ini kes kronik katanya dan meminta maaf dan berkata itu saja yang termampu dirawatinya.


Bagi memastikan fakta itu ada kebenarnya beliau akan meneliti setiap kali Dr. mengkatankan kanak-kanak. Sekarang Dr. hanya memberi suntikan pelali dan akan mengunting tiga atau empat laluan lalu mengunting sekeliling kepala kote, begitu mudah dan tiada risiko, kata Haji Anapi lagi memberi penerangan.



Lalu kes ini dipanjangkan ke Dr. Ismail Thamby pakar kesuburan dan sakit tuan-puan. Dr. Ismail memberi cadangan supaya urat di bawah 'anu'nya di sambung. "Boleh berjuang kembali", kata Dr. itu selamba. Tetapi Haji ketika itu sudah berumur 60an dan mengidap kencing manis. Ini cukup mengusarkan kerana apabila berkudis sukar untuk sembuh. "Akibat terkena helaian daun lalang pun memakan masa untuk sembuh, kena berjemur", katanya hampa.


Sambil terlinang air mata Haji Anapi mengaku. Kebahagian bukanlah berpunca dari wang ringgit sebenarnya. Dia beruntung kerana dikurniakan seorang isteri yang memahami masalahnya. Tetapi seorang lelaki semakin berusia 'santan' semakin pekat. Semakin memuncak nafsu shawat, katanya mengaku. Keinginan syawatnya kian bergelora tapi apakan daya nak mendayung... walaupun 'menunggu keras' tetapi masih power berbanding 'keras menunggu... (lihat: Keras menunggu vs menunggu keras). Mendengar cerita temannya, beliau cukup tertekan. Setengah jam 'game' dan boleh sambung lagi berhenti meghisap rokok sekejap...

Satu pagi ketika sembahyang subuh di surau ini beliau menagis terisak-isak sebak mengenangkan nasibnya. Tok Iman hairan, khusuk betul bilal aku ni... Ujian yang berat dihadapinya. Kerana tidak dapat menanggung beban ujian itu lalu beliau menceritakan kepada saya dan seorang lagi kenalan bagi melepaskan gelodak masalahnya...


Beliau pesara dan pernah bekerja di Petronas. Kerana masalah 'anu' menyangkut perkerjaannya. Tiada keceriaan semasa berkerja dan memandang tugas sebagai beban. Rupa-rupanya masalah 'anu' ini menyebabkan keseluruhan kehidupan kekurangan 'aura'nya.

Health is wealth, pepatah Inggeris bermaksud kekayaan bermula daripada kesihatan yang baik. Tentu sekali ada kebenarnya. Justeru sama-samalah kita menjaga kurniaan Ilahi ini dari segenap aspek. Health is like money, we never have a true idea of its value until we lose it...



13 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Best hikayat bro tentang anu. Soalnya takutkah kita bicara seks secara telus? Kenape anu? Dalam BM ada banyak vocab anu : pipit, balak, pelir,batang, butuh (awas jika ada Indon) etc. Kesian Hj Anapi balaknya terkulai tapi dia tu Melayu totok ke Melayu-Arab? Jika versi Arab@ melayu Arab tentu alahai..best lagi hikayatnya..macam Tok Sheikh...hehhe

Johari Talib July 27 at 4:25pm

sheikh mustafa kamal al aziz said...

kisah benar bro.... takdir Ihahi.... kalau ada jalan bagi le, boleh diusulkan

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Johari Talib July 28 at 8:33am said -
Gambar bro kalau saye tafsir adalah gambar orang yang terbuka, bersedia dan sedang menunggu dengan confident. Saya mengaj
ar sexology bro , untuk kes tegang selamanya ubatnya ialah pemakanan seimbang, fitness, fikiran tenang, seks realistik..kekerapan seks ikut umur tak payah makn ubat spring return atau apa saja. Kalau macam bro 3-5 kali seminggu kan?kes urut boleh juga tapi yang ori macam pak Ali kat kampung raja Cameron Highland. Kes diabetic..tak semua pesakit diabetic ada masalah seks, kawal makanan, riadah supya self endurance mampu bertinfak balas kepada ubatan. Tapi bro Pak Ali enggan urut orang keturunan Arab macam bro sebab dia boleh pengsan.. terperanjat. Kes bicara seks boleh sambung..bro cari maksud rum-rum, bermukah, bersanggama,...

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Salam bro..., Johari Talib.
Masalah Hj. Anapi ni ialah urat bawah besar terus ke kepala 'kote' nya terpotong ketika berkatan dulu. Jadi urat itulah menegang dan menyanga 'kote' seseorang. Urat itulah menyalurkan dan menterjemahkan rangsangan. Rujuk kepada Dr. Ismail Thamby urat itu yang hendak disambung. Masalahnya Hj ni ada diabetic dan sangat berresiko jika diteruskan. Itulah sedikit sebanyak yang saya faham masalahnya.

miedah29 said...

Cara hidup yang sihat mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pemakanan seimbang penting..senaman rutin dan selalu bersyukur nikmat Allah supaya kita sihat ke akhir hayat...

bahazain said...

Salam Pak Sheikh,
Saya simpati betul dengan Pak Hj Anapi. Sewaktu saya 65 tahun saya masih hebat lagi. Rahmat Allah. Waktu khatan dulu ( zaman kolonial) mudin seoit hujung kulit dengan buluh, empat orang pegang kepala lutut dan badan, dlm suara selawat pisau cukur tajam ricih anu saya.Spt Hj Anapi juga lah. Tapi kalau putus urat besar bagimana ad 4 zuriat.Cuba juga bincang dengan doktor Hoemopathy untuk memulihkan diabetes dan seterusnya "jantan" itu. Kalau Tuhan izinkan semua boleh jadi.
Pak Sheikh bagaimana?

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Johari Talib July 29 at 11:10am

Salam, bro..OOO anak masalah urat penyangga kote rupenya.. yang ini memanglah serius sebab nak disambung dia ada masalah diabetik..tak bolehke tuan doktor rawat diabetik dulu lepas tu baru betulkan penyangganya..susah nak tolong bro, hanya pakar saja yang boleh buat. Tapi untuk ingatan tua-tuan dan puan-puan bila nak khtankan anak jantan berhati-hatile dengan to mudim takut terpotong urat penyangganya. Sebabnya ada orang kita percaya khatan cara moden kurang cantik ukirannya dan kurang 'power', lantas tu mereka masih prefer khatan tok mudim...sedare khatan tok mudim ke khatan tuan doktor? Apa macam ukirannya? Soal ukiran nilah menyebabkan sesetengah orang takut khatan (orang asli misalnya yang saya jumpa)i sebab tak tahan sakit kena ukir..Haji Anapi ni saya cadangkan jumpa pakar herba UKM , herba diabetik, Dr Hawiyah, profesor INDON pun kata dia rwat lebih efektif..

Thohirah Naqiyyah said...

ini kisah benar ke.....sian dia kan

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Cik Blogger Thohirah Naqiyyah,
semua dalam blogger saya adalah kisah benar untuk dijadikan tauladan.

MARSLI N.O said...

Tuan Sheikh Mustafa Kamal: Kisah ini mengilhamkan saya.

MARSLI N.O

sheikh mustafa kamal al aziz said...

bro MARSLI N.O, silakan

sheikh mustafa kamal al aziz said...

sheikh mustafa kamal al aziz said...



Salam, Dato'
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan Dato'. Ini hanya kerana tangkapan saya, jika benar?.

Dato' cukup sensitif atau peka melalui penghasilan puisi atau tukas (tulisan ringkas dalam majalah sastera). Saya bercakap tentang tulisan Dato' mengenai cerita bersangkutan 'Perempuan'.

Contohnya satu tukas yang masih diingati, tentang perempuan bercumbu dengan lelaki di biilik terang benderang dan tidak menyukai keadaan gelap. Saya hampir lupa artikal itu dan berapa rumpun puisi tentang belaian dan sentuhan perempuan.

... Rambutmu hutan-hutan hijau yang tebal
nafasmu udara deras dari gunung, telalu keras kurasa cintamu bagai gelombang di pantai
dan nafasmu bagai badai tak terkawal
sajak perempuan dalam Tiga Catatan Perjalanan buku terbitan tahun 1980

Sajak Sesudah rindu yang lama juga bercerita tentang cinta.

.... Bersuaralah, suarakanlah dendam kalbu terhadap lelaki jalang dalam Perempuan di jendela di Kota Seribu Menara dalam Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak lain terbitan 2008. Dan banyak sajak-sajak Dato' yang bercerita tentang perempuan, ketika itu umur Dato' sekitar 45 ke atas.

Soalan saya, mungkin benarlah faktor usia mengajak kita berjalan jauh dari cerita-cerita sebegitu. Atau terus meninggalkannya? atau merasa kurang enak lagi diuar-uarkan?

Saya, di usia 30an cukup bernafsu bila menulis atau bercakap bersangkutan perempuan. Di usia 45 ke bawah masih bersemangat menulis dalam blogger tentang lelaki mencari selimut tebal di Phuket, Pattanya atau Bandung.

Sekarang usia telah menajak saya sudah menyedari ketidak-seronoknya menceritakan isu itu lagi. Saya cuba-cuba memikirkan kesilapan saya dan mendelete artikal yang kurang enak mengenai perempuan dalam blogger saya. Tetapi sebenarnya bertujuan untuk pembaca menimba pengajaran.

Benarkan di usia setengah abad yang bakal dilalui atau usia Dato' perasaan 'sensitiviti' itu akan lenyap?. Saya mulai sedar tulisan Dato' tidak lagi menyentuh 'perempuan' sejak akhir-akhir ini dalam Majalah sastera. Seperti contoh tulisan Gunawan Mohamad dalam Tempo yang berperempuan. Bukanlah maksud saya menulis sembrono seperti blogger saya?. Saya terkadang terfikir, kalau tiada lagi tulisan 'kias' mengenai perempuan tiada lagi keindahan dalam creative writing. Mungkin saya silap?.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

bahazain said...

Sdr Skheik Mustafa,
Terkejut juga saya membaca komentar sdr bahawa sdr pernah mengikuti karya-karya saya yg dahulu. Tentang perempuan, dia adalah makhluk yg sangat indah diciptakan Tuhan, tetapi pertama kali lelaki (Adam) dimurkai Tuhan adalah kerana perempuan (Hawa)yang dihasut oleh Iblis.Namun Tuhan telah mengampuni mereka setelah bertaubat. Itulah pengajaran bagi kita yg sering saja tergoda oleh kecantikan wanita. Berwaspadlah, dan Tuhan Maha Pengampun. Tidak salah kalau kita meraikan kehebatan wanita di dalam tulisan2 kita yg di sana sini bernafas romantik atau erotik, asal jangan terlanjur menjadi pornografik.Namun alangkah baik dan nikmatnya apabila tentang kesaktian perempuan itu kita akhirnya meraikan kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta yang suka kepada keindahan dan kebaikan.Selalulah memohon keredaan-Nya. Teruskan menulis.

21 August 2010 08:23