ads

Monday, July 26, 2010

Bila 'anu' dipersalahkan...



Malam itu sungguh meninggalkan kesan. Selalunya selepas sembahyang maghrib, terus pulang. Tetapi kerana jemputan kenduri doa selamat di rumah jiran, selepas insyak, ana bersembang dengan jiran setaman di surau/masjid itu.

Dari kisah bulan puasa, kesesakan surau hingga kisah sakit kencing manis dan urut-urutan. Perbualan melimpah ke dalam kain pelikat si pemakai, Haji Anapi. Tanpa berselindung Hj. Anapi menceritakan kisah 'anu'nya. "Mintak maaflah bercerita kat dalam surau..." katanya berkali-kali meluah perasaan...

Hj. Anapi, berusia 62 tahun pesara dari Petronas bersungguh-sungguh membuka mukadimah bercerita. Dari kisah kencing manisnya di tahap 15 ke kisah mengurut. Tanpa berselindung lagi Haji Anapi menceritakan tujuan sebenarnya pergi mengurut. Serata tempat di ceruk rantau, selagi ada nama Tukang Urut tersohor di jelajahinya. 

Ketika berumur 25 tahun beliau berkahwin. Sekitar 4 hingga 5 tahun perkahwinan dikurniakan 4 orang anak. Itulah saat manis perkahwinan, melihat anak terlihat isteri yang bangga mempunyai seorang suami yang 'jantan'. Hujan malam terasa indah dan dingin. Kebahagian cukup terasa ketika itu.


Bila menajak usia 30an kekuatan 'anu'nya mula menurun. Beliau tidak tahu kenapa? Memandangkan keturunannya 'Kalau kaca bisa pecah, kalau kayu bisa patah' semuanya jenis mengantung kelapa muda di 'anu'nya dan bisa bertahan...

Isterinya mula mendengus. Bertanya kenapa?. Beliau sukar menjawab langsung diajukan permasalahan ini kepada si tukang urut tersohor...



Sekiitar usia 45 tahun 'anu'nya kian longlai. Apalah nasib mendayung tidak sampai ke destinasi. Harapkan hujan di pagi hari rupanya hujan pagi sekejap-sekejap tidak membasahi rumput segar di laman istana. Kenapa dengan aku?, tanya Haji Anapi.

Haji Anapi mencari-cari kesilapan dirinya. Tak ada, aku tidak pernah melangani pelacur. Keturunan aku ok belaka, akuinya. Lalu beliau memulakan siri rawatan. Di mana ada Tukang Urut tersohor di jelajahinya. Beliau sanggup bermalam di suatu tempat jika tukang urut memerlukan rawatn susulan. Belau menghitung wang perbelanjaannya. "Sekitar 10 ribu, akuinya.

Johor, Negeri Sembilan, Selangor terus ke Perak membawa ke Terangganu dan seterusnya ke Kelantan. Ketika di Penang, menjadi kenangan mencuit hatinya seorang tukang urut berpengalaman menampal gambar-gambar 'nude' di serata ruang hinggakan di siling gambar mengugah nafsu. Ini juga tidak menaikkan syawatnya. Tukang Urut hairan, selalunya motor boleh hidup engin selepas melihat gambar dan mendapat khidmat urutan selama 3 hari. Ini tidak berlaku... Sungguh mengecewakan...


Sekitar 80an. - Tukang Urut Tenaga Batin - Ustaz Hadi sekeluarga sangat popular. Beliau menjelajahi seluruh Malaysia menawarkan perkhidmatan. Setiap bulan iklannya tersiar di dada akhbar. "Kini berada di Chow Kit Road, dijamin puas hati, wang dikembalikan.  Lalu Haji Anapi mengunjunginya dan memberi cengkeram sebanyak RM150 untuk urutan selama 3 kali berturut-turut. Selepas itu Tukang Urut bertanya ada perbezaankah? Haji Anapi cuma mengeleng-geleng kepala dan meminta wang dikembalikan. Tukang Urut tersohor hairan bangaimana boleh belaku sebegini rupa. Semua pelanggan yang mendapat rawatan akan mengangkat ibu jari, ok saja... Untuk meyakinkan tukang urut itu, Haji Anapi membawa isterinya memberi fakta sohih. "Memang 'kote' abang bermasaalah...



Setelah diteliti didapati urat besar di bawah 'anu'nya pendek. Lalu Haji Anapi menceritakan pengelamananya ketika berusia 7 tahun berkatan dengan Tok Mudin kampung. Tok Mudin ketika mengkatankan, menarik 'anu'nya panjang dan memotong lalu urat itu terpotong sekaligus. Selama tiga bulan saya terlantar sakit, 'anu' berdarah, katanya kepada Tukang Urut itu. Ini kes kronik katanya dan meminta maaf dan berkata itu saja yang termampu dirawatinya.


Bagi memastikan fakta itu ada kebenarnya beliau akan meneliti setiap kali Dr. mengkatankan kanak-kanak. Sekarang Dr. hanya memberi suntikan pelali dan akan mengunting tiga atau empat laluan lalu mengunting sekeliling kepala kote, begitu mudah dan tiada risiko, kata Haji Anapi lagi memberi penerangan.



Lalu kes ini dipanjangkan ke Dr. Ismail Thamby pakar kesuburan dan sakit tuan-puan. Dr. Ismail memberi cadangan supaya urat di bawah 'anu'nya di sambung. "Boleh berjuang kembali", kata Dr. itu selamba. Tetapi Haji ketika itu sudah berumur 60an dan mengidap kencing manis. Ini cukup mengusarkan kerana apabila berkudis sukar untuk sembuh. "Akibat terkena helaian daun lalang pun memakan masa untuk sembuh, kena berjemur", katanya hampa.


Sambil terlinang air mata Haji Anapi mengaku. Kebahagian bukanlah berpunca dari wang ringgit sebenarnya. Dia beruntung kerana dikurniakan seorang isteri yang memahami masalahnya. Tetapi seorang lelaki semakin berusia 'santan' semakin pekat. Semakin memuncak nafsu shawat, katanya mengaku. Keinginan syawatnya kian bergelora tapi apakan daya nak mendayung... walaupun 'menunggu keras' tetapi masih power berbanding 'keras menunggu... (lihat: Keras menunggu vs menunggu keras). Mendengar cerita temannya, beliau cukup tertekan. Setengah jam 'game' dan boleh sambung lagi berhenti meghisap rokok sekejap...

Satu pagi ketika sembahyang subuh di surau ini beliau menagis terisak-isak sebak mengenangkan nasibnya. Tok Iman hairan, khusuk betul bilal aku ni... Ujian yang berat dihadapinya. Kerana tidak dapat menanggung beban ujian itu lalu beliau menceritakan kepada saya dan seorang lagi kenalan bagi melepaskan gelodak masalahnya...


Beliau pesara dan pernah bekerja di Petronas. Kerana masalah 'anu' menyangkut perkerjaannya. Tiada keceriaan semasa berkerja dan memandang tugas sebagai beban. Rupa-rupanya masalah 'anu' ini menyebabkan keseluruhan kehidupan kekurangan 'aura'nya.

Health is wealth, pepatah Inggeris bermaksud kekayaan bermula daripada kesihatan yang baik. Tentu sekali ada kebenarnya. Justeru sama-samalah kita menjaga kurniaan Ilahi ini dari segenap aspek. Health is like money, we never have a true idea of its value until we lose it...