ads

Tuesday, May 18, 2010

Lagenda Guling Tajau dan rakan sebaya

Kampung Guling Tajau memang terkenal satu ketika dulu. Kampung itu terletak antara Kampung Kuala Tekal dan Kampung Benom. Di persimpangan Temerloh-Mentakab menghala ke Jerantut, selepas melalui Pekan Kerdau sekitar 7km. Menyusuri Kampung Kuala Tekal sekitar 10km. Di seberang sungainya terletak Kampung Kiak, Kampung Dingkir dan Kampung Tampin.

Di sungai Pahang itu terdampar sebuah lubuk misteri yang dalam. Lubuk Guling Tajau mengambil sempena 7 biji Tajau bergolek ke dalam lubuk berkenaan. Lubuk itu terdapat banyak ikan dan udang. Ini menyeronokkan kaki pemancing. Ada yang memancing, memasang jaring, mengaran, melukah dan meletakkan tajur panjang ke dalam lubuk misteri itu untuk mendapatkan ikan besar.

Sekitar 70 an, penyelam professional  pernah cuba menorkai untuk mengetahui sedalam mana lubuk berkenaan. Kononnya lubuk itu amat dalam dan ada sebuah gua menghala ke daratan. Penyelam itu membatalkan niat memasuki lubuk kerana terdapat seekor ikan besar bermata merah menunggu setia di pintu lubuk. Disurahkan lubuk itu masih menyimpan 7 takar tajau mengandungi emas tulin terbenam di dasarnya. Tiada siapa berani memecahkan 'kod rahsia' lubuk itu...

Rakan-rakan sekampung sering juga berkemah dan bermalam di batu timbul atas lubuk itu jika air surut. Terkadang memancing atau mengambil angin. Ramai juga yang seram bulu tengkok melihat Lubuk Guling Tajau. Ini kerana arusnya yang deras mengundang pelbagai bunyi. Suara budak menangis, gadis merengus, mendesah dan sebagainya.
Tajau atau tempayan yang mengandungi emas yang bergolek dari atas bukit terus ke lubuk...

Disurahkan, ada seorang tua pernah bermimpi bagaimana untuk mendapatkan tajau atau tempanyan yang mengandungi emas tertanam dibukit. Ini berlaku sebelum kejadian 7 Tajau bergolek ke lubuk itu. Di dalam mimpi, orang tua itu diarahkan pergi seorang diri ke atas bukit pada tengah malam dengan membawa pencedok tanah. Dia gagal melakukan seperti diarahkan dan menceritakan kepada nenek kawan saya, Syarifah Raudah (arwah - Al Fatihah). Tajau-tajau itu terpaksa berhijrah kerana tempat persemadiannya akan diranapkan disebabkan kerajaan akan membangunkan jalan menghubungkan kampung yang berdekatan.

Semasa Tajau itu berguling ke lubuk ada disurahkan oleh orang kampung. Waktu petang pada hari Jumaat sewaktu hujan panas. Ketika itu orang kampung sibuk metetak daun mengkuang yang banyak terdapat di pinggir bukit tepi gaung itu untuk dibuat tikar. Ketika sedang mencantas mengkuang terdengar suara "mengku... mengku... banyak kali kedengaran dari arah pokok tinggi. Orang kampung tidak ambil pot dan tiba-tiba bergolek tajau yang memancar-mancar cahaya dari lubangnya, sebiji demi sebiji. Kejadian itu berlaku sekitar 10 minit. Orang kampung hanya memerhatikan kejadian dengan mata terbeliak dan lidah terjelir.

Juga disurahan, jika orang faham maksud 'mengku' ialah mengkuang. Mereka hanya perlu memotong sehelai daun mengkuang dari batangnya dan menggunakan untuk megait tajau yang bergolek itu. Itulah serba sedikit Lagenda Guling Tajau sekitar penghujung tahun 50an.


Cahaya emas memancau-mancau... untuk mendapatka hanya perlu mengaitnya dengan mengkuang.

Sekitar 70an, orang kampung masih menggunakan air sungai. Api dan letrik masih ketinggalan. Di sebelah petang ramailah anak dara mandi di jamban (dibina dari batang kayu besar dan diikat ke batang pokok yang berhampiran sungai) atau mandi terjun ke sungai. Ini menimbulakan keseronokan, kedengaran suara riuh-pikok hingga ke seberang sungai.

Masih segar diingatan, Aku. Gab dan Lit duduk di sebatang pokok tumbang (banir) berdekatan Lubuk Guling Tajau bagi merangka masa depan sekitar 80an. Lit tak banyak bercakap sesekali menyampuk sinis. Sepanjang aku mengenai Lit, dia adalah seorang yang taat kepada kedua ibu-bapanya. Dia begitu jarang mengeluarkan idea spontan yang bertentangan dengan naluri. "Aku tak tau nak jadi apa bila habis SPM ni.... kata Gap. "Kau bolehlah banyak sedara kat KL, sampuk Lit. Gab terdiam. "Awak, apa kurang...", aku mengajukan persoalan kepada Gab.

"Kau boleh tinggal di KL kerana suka pakai smart", kata Gab selamba dan Lit memanggok tanda setuju. Aku memang suka berpakaian kemas sejak kecil lagi. Ini kerana arwah ayah bekas polis dan mempunyai displin tinggi tentang kebersihan. Pakaian sekolah kena berkanji dan bergosok kemas. Bagi menyambut cabaran aku bergegas ke KL. Mereka masih berteka-teki untuk meneruskan kerjaya.

Kini sahabat sekampung ku, Lit menatap di Kuantan. berdekatan surau tabligh. Beliau menjadi jemaah yang taat dan sering keluar 40 hari. Seingat aku ketika bertemu sewaktu hari raya dulu. "Banyak pancaroba sekarang... anak-anak kita bagaimana ya? Ana (aku) ingat tak mahu beli tv kerana ini merosakkan anak kita... meluah-rasa lewat pertemuan. Aku tidak tahu sama ada dia merealisasikan plannya itu atau sudah mempunyai flet-screen 42 in?.

Asan - kawan sekampung. Sikapnya penuh humur dan jujur. Bila berlawak dia akan ketawa kuat dan tinggi bagi menggalakkan orang lain ketawa akibat dekahannya. Ini menjadi cukup humur ketika itu. Aku terkenang semasa di SMKKK. Akibat lawaknya yang tidak mengenal batas santun di depan kawan-kawan dan memberi malu. Aku mencarinya untuk melangsai dendam. Ketika itu dia meniarap di atas katil. Ini peluang terbaik, bisik aku. Aku merapatinya dan bertanya kenapa dia memberi malu di depan kawan-kawan. Lalu menghadiahkan sebiji penumbuk tepat di bibirnya dan terus berdarah. Itulah kenang-kenangan yang sukar dilupakan. Kini beliau tinggal di sekitar Pinggiran Batu Cave dan berkerjaya. "Maaf San, atas tindakanku..."


Allahyarham Amran dari Kampung Chenkenik. Kawan yang bijak Math mempunyai mata yang sedikit hijau. Diriwayatkan beliau meninggal dunia akibat terkena bedilan bapaknya sendiri. Ketika itu Amran di atas sebatang pokok sedang menjaga kebun dari gangguan monyet. Bapaknya sangkakan di atas pokok itu monyet lalu mengambil senapang dan membedilnya se das. Itulah kisah yang cukup menyayat hati dan menjadi kenangan.


Baha - pandai bermain gitar dan sehabis sekolah rendah terus menyambung ke sekolah Menagah di Mentakab. Bila cuti sekolah, balik ke kampung sering membawa gitar dan memakai over-rall. Suaranya macam Ritche Blackmore kumpulan Deep Purple. Kawan sekampungku yang sukar dibaca emosinya, sering mandi-manda di Sungai Pahang . Kini usahawan sabun susu kambing dan tinggal di Melawati.

Berdiri no. 2 dari kiri, Badaruddin Mat Sam (Si DJ bersuara emas), Ahmad Ghalib (Lit) yang cool, Sabri, sportman dari Kg. Paya Luas, KK dan duduk di sebelah kanan, Mr. Blogger. Gambar ini di ambil semasa melawat kawan-kawan di Sekolah Menengah Vokasional, Sanggang sekitar tahun 1982.

Badaruddin Mat Sam dari Kg. Dingkir - Semasa di sekolah menengah kreativinya menonjol. Dia berkebolehan meniru tandatangan guru dan seringkali guru tertipu. Sangat berminat dengan bentuk tulisan aku dan sering membantunya. Kesudahan, tulisannya lebih cantik daripada tulisan aku. Dia juga berkebolehan menjadi pengulas sukan... Suaranya begitu sinonim dengan Hasbullah Awang di RTM dan boleh meniru rentaknya sebiji. Dialah menjadi penghibur ketika itu. Selesai SPM kami tidak pernah bertemu. Terkadang terdengar di radio Pantai Timur mirip suaranya... mungkinkah dia?...

Aku berbaju kuning, Gab dan Arun. Kami duduk di tangga rumah Allahyahram Arun di Kampung Telok sebelum beliau berpindah ke kampung lain yang berdekatan sekitar tahun 1983. Kami sedang merancang sesuatu sehabis SPM.

Syed Arun - pelajar genius yang nakal... Seingat aku, kami seing meminta tolong menyelesaikan subjek math dan Sains. Kawan sekampung berketurunan Syed yang peramah dan senang diajak berbincang. Semuanya beres belaka jika berunding dengan alahyahram. KetentuanNya beliau meninggal dunia sekitar 2003.

Syed Gab - penuh realistik dan berterus-terang. Kawan seusia yang baik hati dan memahami erti persahabatan dan penghidupan. Semasa di darjah 5 beliau bertukar ke sekolah di Cheras dan tinggal bersama bapa saudaranya hingga ke peringkat tinggi. Bila cuti sekolah beliau balik kampung dan kami bersama. Kami mencari ikan, mandi sungai, masuk hutan, memanjat pokok jambu di tepi jalan dan beraktiviti. Aku sering bermalam di rumah neneknya yang peramah dan pandai bercerita itu dan terkenang kata-kata neneknya berkenaan persahabatan.

Kini beliau sekeluarga tinggal di Terangganu. Bertugas sebagai polis dan sering out-station. Minatnya yang mendalam sebagai anggota polis terpamer ketika di alam remaja lagi. Bentuk badannya yang tegap (sebab itu dipanggil Gab) tetap  maintain hingga kini.

Kami bertemu kembali di Kedai Makan 'Ikan Pedas Melaka' berdekatan Ampang Galaxy dan berbual panjang. Hampir 2 jam dengannya yang berkebetulan ditugaskan di IPD Ampang Jaya selama sebulan. Ditanya kenapa balik ke Terangganu ketika bertugas di Ampang. Beliau selamba berkata 'Antar air'. Aku kurang faham 'Air apa?'... Terangganu kekurangan air ke terpaksa polis campur-tangan? Air sampai ke kepala dah..., katanya. "Ooooo...., aku mulai faham gelagat selambanya....

Ambil kertas ambil pensel,
Sambil menulis makan manggis;
Terkenang-kenang semasa kecil,
Rasa sedih hendak menangis.

Tanam pisang tanam ubi,
Ubi ditanam buatkan batas;
Banyak orang bertanam budi,
Dalam ingatan hendak dibalas.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidakkan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Pantun di bawah ini yang sering diuarkan oleh ayahenda ketika kami masih kecil yang masih diingati. Sila anda hayati...

Rumah besar tiang seribu,
Rumah kecil tiang sebatang;
Dari kecil ditimbang ibu,
Sudah besar ditimbang gelombang.


19 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

SALAM MUS

BEBERAPA ORG DALAM GAMBAR TU MASIH DIINGATI

YESS…YESSS… SABRI YG COOL AND KUAT BERSUKAN

LIT YANG PENDIAM DAN HITAM MANIS

BADARUDIN YG AKU PALING TAK SUKA SEBAB RAMBUT DIA TERPACAKKKKK ZAMAN TU MANA ADA ORG RAMBUT TERPACAK TU KIKIKIKIK

BAHA YG KURUS TINGGIII….

HEHEHEHE NOSTALGIA BELAKAAAAAAAA MUSSSS

ZAMAN PERSEKOLAHAN YG PENUH KENANGANNNNN

- Sharifah Jamilah

sheikh mustafa kamal al aziz said...
This comment has been removed by the author.
sheikh mustafa kamal al aziz said...

Sheikh mus...

Saya ada dengar cerita tu dpd nenek dan umi saya tapi nak percaya tak percaya?????!!!!!!!

Hehehehe no komennnnn tu zaman dahulu kalaaaaaaa lipan jengkingggggggggggg

- Sharifah Jamilah

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Kampung Kiak yang masih diingati...
Kampung peninggalan datuk-nenek aku sebelah ibu. Kampung yang sungguh indah sekitar 50an dan 60an. Padi huma menguning dan sayur-sayuran menghijau. Dan dimusimnya ramai jiran datang (dari Pulau Pasir Mandi) untuk bersama-sama mengemping, memotong padi dan memgambil buah-buahan yang begitu menjadi-jadi. Datuk aku, Sheikh Hassan yang dikenang... alfatihah.

ISLAMIAH said...

seronok jg dpt tngok gmbr tu, adalh yg aq kenal terutamanya si Lit tu. Klu ada lg gmbr lame tu bolehlh share, dpt jg ingat kisah dolu2..

Ali Alwi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ali Alwi said...

Mus, keluarkan semua gambar2 retro. pada 29/5/10 saya keluar minum petang dgn dr mahyuddin,fauzi,abu bakar dan ismail di tg kubu kuala krau.kami bincang utk buat reunion dikuala krau.tolong dapatkan kawan2 SMKKK 77-79.Tq

miedah29 said...

Kat mana tempat ni...??? menarik untuk mengetahuinya...

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Hamidah Md Zin July 29 at 10:48am

Mus, midah pernah mengajar (Guru Sandarn) di SMKKK tahun 1984-86, tapi tak pasti kt mana Kg Guling Tajau yang dimaksudkan kt blog u tu...sbb 2 tahun lebih naik turun bas pg sekolah...

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Syed Ismail said...

syed harun meninggal 3 thn yg lalu,s akit angin pasang....
sharifah rogayah adik dia ada kat pandamaran port klang...

August 1 at 7:20am ·

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Ketika Syed Hamzah/Gab bertandang ke rumah saya baru-baru ini beliau membetulkan fakta mengikut cerita neneknya.

Lagenda Guling Tajau ini berlaku sekitar tahun 1940an dan 7 biji Tajau itu bergolek sekaligus. Emas tulin berbentuk tajau itu kosong tidak mempunyai apa-apa di dalamnya. Kejadian itu berlaku sangat pantas dan memakan masa 2, 3 minit saja. Kesimpulannya orang kampung tidak boleh membuat apa-apa persediaan hanya mengigit bibir semata...

Nur Misnan said...

salam
nice story.. keep it up brother
suka baca guna bahasa novel..

syed borhanuddin said...

Baguslah kau orang dah pandai tak lupa pada tempat kelAHIRAN.GULING TAJAU JATI. MAT.

syed borhanuddin said...

ok

syed borhanuddin said...

ok

syed borhanuddin said...

oklah tu dah pandai nanti bukukan baru bertambah mantap.

HIKMAH ARIF said...

Cerita pasal tajau ni..memang ada kebenarannnya. nenek sy ada menyimpan tajau misteri yg diperolehi dari moyangnya di kampar sumatera . Tajau yg ada dalam simpanannya sudah mati. Tajau tersebut memang menaikkan bulu roma bila melihatnya . dikatakan tajau tersebut mempunyai rakan-rakan yg lain yg saling berantai ..terdapat emas di dalamnya .

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Sdr HIKMAH ARIF,
Ini cerita menarik dan ada hubung kait dengan Guling Tajau yang diceritakan lewat blog saya. Sila emailkan cerita itu dalam: mustafakamalalaziz@gmail.com. boleh juga berkongsi kebesaran Illahi.

Terima Kasih

kekanda nazri FJU said...

Tkasih tuan mus!koi suka gaya penulisan yg santai~,mudah difahami.
Ya cerita tajau tu koi pernah dengar dari atuk..tkasih ingatkan kenangan lama dan kg tekal..penuh sejarah semasa kecil.
Ayah koi asal kg seberang dengkil tu!!.salam kasih sayang pada sahabat2 diSMKK
dari nazri pilus.