ads

Tuesday, May 18, 2010

Lagenda Guling Tajau dan rakan sebaya

Kampung Guling Tajau memang terkenal satu ketika dulu. Kampung itu terletak antara Kampung Kuala Tekal dan Kampung Benom. Di persimpangan Temerloh-Mentakab menghala ke Jerantut, selepas melalui Pekan Kerdau sekitar 7km. Menyusuri Kampung Kuala Tekal sekitar 10km. Di seberang sungainya terletak Kampung Kiak, Kampung Dingkir dan Kampung Tampin.

Di sungai Pahang itu terdampar sebuah lubuk misteri yang dalam. Lubuk Guling Tajau mengambil sempena 7 biji Tajau bergolek ke dalam lubuk berkenaan. Lubuk itu terdapat banyak ikan dan udang. Ini menyeronokkan kaki pemancing. Ada yang memancing, memasang jaring, mengaran, melukah dan meletakkan tajur panjang ke dalam lubuk misteri itu untuk mendapatkan ikan besar.

Sekitar 70 an, penyelam professional  pernah cuba menorkai untuk mengetahui sedalam mana lubuk berkenaan. Kononnya lubuk itu amat dalam dan ada sebuah gua menghala ke daratan. Penyelam itu membatalkan niat memasuki lubuk kerana terdapat seekor ikan besar bermata merah menunggu setia di pintu lubuk. Disurahkan lubuk itu masih menyimpan 7 takar tajau mengandungi emas tulin terbenam di dasarnya. Tiada siapa berani memecahkan 'kod rahsia' lubuk itu...

Rakan-rakan sekampung sering juga berkemah dan bermalam di batu timbul atas lubuk itu jika air surut. Terkadang memancing atau mengambil angin. Ramai juga yang seram bulu tengkok melihat Lubuk Guling Tajau. Ini kerana arusnya yang deras mengundang pelbagai bunyi. Suara budak menangis, gadis merengus, mendesah dan sebagainya.
Tajau atau tempayan yang mengandungi emas yang bergolek dari atas bukit terus ke lubuk...

Disurahkan, ada seorang tua pernah bermimpi bagaimana untuk mendapatkan tajau atau tempanyan yang mengandungi emas tertanam dibukit. Ini berlaku sebelum kejadian 7 Tajau bergolek ke lubuk itu. Di dalam mimpi, orang tua itu diarahkan pergi seorang diri ke atas bukit pada tengah malam dengan membawa pencedok tanah. Dia gagal melakukan seperti diarahkan dan menceritakan kepada nenek kawan saya, Syarifah Raudah (arwah - Al Fatihah). Tajau-tajau itu terpaksa berhijrah kerana tempat persemadiannya akan diranapkan disebabkan kerajaan akan membangunkan jalan menghubungkan kampung yang berdekatan.

Semasa Tajau itu berguling ke lubuk ada disurahkan oleh orang kampung. Waktu petang pada hari Jumaat sewaktu hujan panas. Ketika itu orang kampung sibuk metetak daun mengkuang yang banyak terdapat di pinggir bukit tepi gaung itu untuk dibuat tikar. Ketika sedang mencantas mengkuang terdengar suara "mengku... mengku... banyak kali kedengaran dari arah pokok tinggi. Orang kampung tidak ambil pot dan tiba-tiba bergolek tajau yang memancar-mancar cahaya dari lubangnya, sebiji demi sebiji. Kejadian itu berlaku sekitar 10 minit. Orang kampung hanya memerhatikan kejadian dengan mata terbeliak dan lidah terjelir.

Juga disurahan, jika orang faham maksud 'mengku' ialah mengkuang. Mereka hanya perlu memotong sehelai daun mengkuang dari batangnya dan menggunakan untuk megait tajau yang bergolek itu. Itulah serba sedikit Lagenda Guling Tajau sekitar penghujung tahun 50an.


Cahaya emas memancau-mancau... untuk mendapatka hanya perlu mengaitnya dengan mengkuang.

Sekitar 70an, orang kampung masih menggunakan air sungai. Api dan letrik masih ketinggalan. Di sebelah petang ramailah anak dara mandi di jamban (dibina dari batang kayu besar dan diikat ke batang pokok yang berhampiran sungai) atau mandi terjun ke sungai. Ini menimbulakan keseronokan, kedengaran suara riuh-pikok hingga ke seberang sungai.

Masih segar diingatan, Aku. Gab dan Lit duduk di sebatang pokok tumbang (banir) berdekatan Lubuk Guling Tajau bagi merangka masa depan sekitar 80an. Lit tak banyak bercakap sesekali menyampuk sinis. Sepanjang aku mengenai Lit, dia adalah seorang yang taat kepada kedua ibu-bapanya. Dia begitu jarang mengeluarkan idea spontan yang bertentangan dengan naluri. "Aku tak tau nak jadi apa bila habis SPM ni.... kata Gap. "Kau bolehlah banyak sedara kat KL, sampuk Lit. Gab terdiam. "Awak, apa kurang...", aku mengajukan persoalan kepada Gab.

"Kau boleh tinggal di KL kerana suka pakai smart", kata Gab selamba dan Lit memanggok tanda setuju. Aku memang suka berpakaian kemas sejak kecil lagi. Ini kerana arwah ayah bekas polis dan mempunyai displin tinggi tentang kebersihan. Pakaian sekolah kena berkanji dan bergosok kemas. Bagi menyambut cabaran aku bergegas ke KL. Mereka masih berteka-teki untuk meneruskan kerjaya.

Kini sahabat sekampung ku, Lit menatap di Kuantan. berdekatan surau tabligh. Beliau menjadi jemaah yang taat dan sering keluar 40 hari. Seingat aku ketika bertemu sewaktu hari raya dulu. "Banyak pancaroba sekarang... anak-anak kita bagaimana ya? Ana (aku) ingat tak mahu beli tv kerana ini merosakkan anak kita... meluah-rasa lewat pertemuan. Aku tidak tahu sama ada dia merealisasikan plannya itu atau sudah mempunyai flet-screen 42 in?.

Asan - kawan sekampung. Sikapnya penuh humur dan jujur. Bila berlawak dia akan ketawa kuat dan tinggi bagi menggalakkan orang lain ketawa akibat dekahannya. Ini menjadi cukup humur ketika itu. Aku terkenang semasa di SMKKK. Akibat lawaknya yang tidak mengenal batas santun di depan kawan-kawan dan memberi malu. Aku mencarinya untuk melangsai dendam. Ketika itu dia meniarap di atas katil. Ini peluang terbaik, bisik aku. Aku merapatinya dan bertanya kenapa dia memberi malu di depan kawan-kawan. Lalu menghadiahkan sebiji penumbuk tepat di bibirnya dan terus berdarah. Itulah kenang-kenangan yang sukar dilupakan. Kini beliau tinggal di sekitar Pinggiran Batu Cave dan berkerjaya. "Maaf San, atas tindakanku..."


Allahyarham Amran dari Kampung Chenkenik. Kawan yang bijak Math mempunyai mata yang sedikit hijau. Diriwayatkan beliau meninggal dunia akibat terkena bedilan bapaknya sendiri. Ketika itu Amran di atas sebatang pokok sedang menjaga kebun dari gangguan monyet. Bapaknya sangkakan di atas pokok itu monyet lalu mengambil senapang dan membedilnya se das. Itulah kisah yang cukup menyayat hati dan menjadi kenangan.


Baha - pandai bermain gitar dan sehabis sekolah rendah terus menyambung ke sekolah Menagah di Mentakab. Bila cuti sekolah, balik ke kampung sering membawa gitar dan memakai over-rall. Suaranya macam Ritche Blackmore kumpulan Deep Purple. Kawan sekampungku yang sukar dibaca emosinya, sering mandi-manda di Sungai Pahang . Kini usahawan sabun susu kambing dan tinggal di Melawati.

Berdiri no. 2 dari kiri, Badaruddin Mat Sam (Si DJ bersuara emas), Ahmad Ghalib (Lit) yang cool, Sabri, sportman dari Kg. Paya Luas, KK dan duduk di sebelah kanan, Mr. Blogger. Gambar ini di ambil semasa melawat kawan-kawan di Sekolah Menengah Vokasional, Sanggang sekitar tahun 1982.

Badaruddin Mat Sam dari Kg. Dingkir - Semasa di sekolah menengah kreativinya menonjol. Dia berkebolehan meniru tandatangan guru dan seringkali guru tertipu. Sangat berminat dengan bentuk tulisan aku dan sering membantunya. Kesudahan, tulisannya lebih cantik daripada tulisan aku. Dia juga berkebolehan menjadi pengulas sukan... Suaranya begitu sinonim dengan Hasbullah Awang di RTM dan boleh meniru rentaknya sebiji. Dialah menjadi penghibur ketika itu. Selesai SPM kami tidak pernah bertemu. Terkadang terdengar di radio Pantai Timur mirip suaranya... mungkinkah dia?...

Aku berbaju kuning, Gab dan Arun. Kami duduk di tangga rumah Allahyahram Arun di Kampung Telok sebelum beliau berpindah ke kampung lain yang berdekatan sekitar tahun 1983. Kami sedang merancang sesuatu sehabis SPM.

Syed Arun - pelajar genius yang nakal... Seingat aku, kami seing meminta tolong menyelesaikan subjek math dan Sains. Kawan sekampung berketurunan Syed yang peramah dan senang diajak berbincang. Semuanya beres belaka jika berunding dengan alahyahram. KetentuanNya beliau meninggal dunia sekitar 2003.

Syed Gab - penuh realistik dan berterus-terang. Kawan seusia yang baik hati dan memahami erti persahabatan dan penghidupan. Semasa di darjah 5 beliau bertukar ke sekolah di Cheras dan tinggal bersama bapa saudaranya hingga ke peringkat tinggi. Bila cuti sekolah beliau balik kampung dan kami bersama. Kami mencari ikan, mandi sungai, masuk hutan, memanjat pokok jambu di tepi jalan dan beraktiviti. Aku sering bermalam di rumah neneknya yang peramah dan pandai bercerita itu dan terkenang kata-kata neneknya berkenaan persahabatan.

Kini beliau sekeluarga tinggal di Terangganu. Bertugas sebagai polis dan sering out-station. Minatnya yang mendalam sebagai anggota polis terpamer ketika di alam remaja lagi. Bentuk badannya yang tegap (sebab itu dipanggil Gab) tetap  maintain hingga kini.

Kami bertemu kembali di Kedai Makan 'Ikan Pedas Melaka' berdekatan Ampang Galaxy dan berbual panjang. Hampir 2 jam dengannya yang berkebetulan ditugaskan di IPD Ampang Jaya selama sebulan. Ditanya kenapa balik ke Terangganu ketika bertugas di Ampang. Beliau selamba berkata 'Antar air'. Aku kurang faham 'Air apa?'... Terangganu kekurangan air ke terpaksa polis campur-tangan? Air sampai ke kepala dah..., katanya. "Ooooo...., aku mulai faham gelagat selambanya....

Ambil kertas ambil pensel,
Sambil menulis makan manggis;
Terkenang-kenang semasa kecil,
Rasa sedih hendak menangis.

Tanam pisang tanam ubi,
Ubi ditanam buatkan batas;
Banyak orang bertanam budi,
Dalam ingatan hendak dibalas.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidakkan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Pantun di bawah ini yang sering diuarkan oleh ayahenda ketika kami masih kecil yang masih diingati. Sila anda hayati...

Rumah besar tiang seribu,
Rumah kecil tiang sebatang;
Dari kecil ditimbang ibu,
Sudah besar ditimbang gelombang.


Thursday, May 6, 2010

BELASUNGKAWA buat sepupu ku...

Tinggal kenangan. Majlis Persandingan yang meriah. Sesi fotography yang dihadiri oleh adik-beradik dan kaum keluarganya.

Bergambar bersama sepupu ku yang terakhir berkahwin.


“Saya sedih kerana hajat membawa anak, Boestanual Hisham Sheikh Othman, 35, menunaikan umrah sempena musim cuti sekolah 23 Mei ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan,” kata ibu mangsa, Wan Hasmah Wan Awang, 67. Mangsa mati di tempat kejadian di Kilometer 4, Jalan Sungai Choh ke Bukit Beruntung, selepas kereta Satria Neo yang dipandunya bertembung sebuah Proton Waja, kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Katanya, ketika kejadian, anaknya yang baru genap sebulan mendirikan rumah tangga dengan seorang kerani restoran di Kelab Golf Bukit Beruntung, Nor Hasima Ismail, 22, dalam perjalanan pulang selepas mengambil kad pengenalan barunya di Pejabat Pendaftaran Negara di Rawang.

Suratan takdir. Beberapa tahun lalu beliau pernah jatuh dari tingkat 3, apartmentnya tetapi selamat cuma patah kaki dan tulang punggung retak. Diberitahu beliau merangkak menggunakan siku beberapa meter untuk mendapatkan bantuan kerana kedua kaki tidak lagi berfungsi.  Ini disebabkan kebanyakkan orang sudah pergi kerja. Kejadian itu pada waktu pagi. Dan di masukkan di HUKM hampir sebulan.
“Ketika itu hujan lebat, arwah gagal mengawal kenderaannya di selekoh tajam sebelum melanggar kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu. Ketika itu saya berada di rumah anak di Ampang. Anak saya meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit di tempat duduk hadapan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Wan Hasmah berkata, anaknya yang juga pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, di sini, sempat menghubunginya untuk bertanya khabar sehari sebelum kejadian.

Katanya, arwah seorang anak yang baik dan cukup menghormati keluarga.
“Saya terkilan namun pasrah kepada Tuhan atas ujian yang cukup menyayat hati ini. Tidak sangka harapan anak mengambil kad pengenalan sebelum memohon pasport antarabangsa untuk menunaikan umrah, tidak kesampaian.
“Ketika kejadian menantu saya berada di tempat kerjanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

“Beberapa mangsa daripada sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu masih belum dapat dikenal pasti kerana dibawa orang awam ke klinik berdekatan untuk rawatan. Dilaporkan semua mereka hanya cedera ringan.
“Polis masih menyiasat kejadian ini. Mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Jenazah dimandikan dan dikafankan di Surau Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, kira-kira jam 8.30 malam tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, sejam kemudian.

Alfatihah 


Baru nikah mati berdarah
Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my
2010/05/05
BUKIT BERUNTUNG