ads

Thursday, April 8, 2010

Pabila pembloger melawat Pattaya...


Thailand - Seribu cerita...


First impression bila melawat sesuatu tempat kita akan membandingkan dengan negara kita sendiri. Contoh yang 'panas hati' telah berlaku di Suvarnabhumi Airport Bangkok.

Kalau anda sendiri, juga akan mengatakan "Apa la KLIA, besor sesaja tapi kosong...". Hanya di penjuru sebelah kanan laluan 'sekangkang kera' replika seekor kerbau balau dihiasi hutan dan ada beberapa ekor burung bertenggek di dahan. Sepatutnya ada 13 ekor kerbau balau melambangkan 13 negeri dalam Malaysia yang berkerbau dan ditempatkan di tengah-tengah laluan. Dihiasi hutan atau sawah bendang dan pesawah sedang membajak. Barulah kena gaya... 1 Malaysia!.

Dan sepatutnya di kiri kanan dinding di hiasi lukisan dari pelukis tanah air yang sedang meningkat naik yang sering mempamerkan lukisan di NST. Tak kan lukisan Lat memanjang. Pelukis lain nak cari makan jugak...

Atau dipamerkan kain batik, wau, songket, mak yong atau gambar tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Gua Niah atau pantai. Senilah menjadi tarikan sesuatu tempat. Tidaklah nampak suram, mandul dan gersang saja. Fikirkan wahai pengurusan KLIA, jika tiada peruntukkan mintak TDC bantu...


Di dalam Airport Suvarnabhumi Bangkok di hiasi dengan budayanya yang pelbagai. Di dindingnya dihiasi dengan pelbagai lukisan yang mencerminkan budaya setempat yang sungguh 'wou...'.

Sekeping gambar berbingai emas Raja Siam dengan raja-raja yang masih wujud di dunia ditempatkan di satu penjuru menampakkan kelainan dan penghormatan. Manakala di tengah-tengah kedai duty-free di tempatkan replika orang Siam dengan pakaian budayanya menarik naga yang sungguh memukau pelancong@jurugambar...


4 day 3 night/Bangkok Pattaya Tour/2nd - 5 April 2010

Day 1/KL/Bangkok - Pattaya
- Assemble at (...) office for your coach transper to KLIA for your pleasant flight to Bangkok
- Warm welcome by our local representative and transfer to Pattaya
- Shopping at Pattaya Factory outlet - Shoop till u drop!

- Later Check in Hotel

- At night, visit The Walking Street
Apa yang dicari? Belaian gadis Siam yang putih gebu? Di sinilah tempatnya. Walking Street yang hampir 2 km merumahkan pelbagai adat resam nafsu shawat. Dari tarian tiang, minum-manda, pelawaan seks. urutan dan pelbagai. Para-para Mat Salleh cukup teruja dan menjadi ipodnya. Pelancong dari Russia agak ramai dan menetap di sini ketika musim sejuk di negaranya. Tak kurang juga wanita Mat Saleh 'solo' mencari resepi baru untuk dibawa pulang. "Merogol mata" (pimjaman dari kata-kata Amin) bila melalui sekitar yang beragam di Walking Street.

- Dinner @ Muslim Seafood Restaurant

Selepas dinner, sebuah buah bas dari trip ini pergi menonton 'live' Spider Show - Malam gelap dengan muzik tecno. Tiba-tiba 2 spider betina merangkak dan memanjat dinding di susuli oleh spider jantan memakai suit spider separti dalam film layaknya. Kemudian mendekati satu sama lain, memberi isyarat memikat.



Lebih memukau persembahan dari bidadari yang cantik bulan purnama penuh. Bidadari yang menampakkan susuk tubuh seksi itu datang merapati hadiran ..... Di akhir show bidadari itu membuka rahsia tembelangnya. Rupa-rupanya bidadari itu dua alam. Ehm... Rugi aku, kata 'buaya' lapar... Bayaran RM60 di kira berbaloi-baloi.



 Seorang kawan sudah pasang niat sebelum ke Pattaya lagi nak cari 'selimut tebal'tetapi membatalkan disaat akhir. 
Setiba di KLIA kami bertemu kerana di Pattaya kelibatnya sukar dicekup. 

Pemandangan Pattaya dari atas bukit.

Talian letrik berselirat di serata tempat menyemakkan mata dan merosakkan pemandangan.
Kita fikir pemerintah sengaja tidak merubah keadaan kerana tidak mahu menyusahkan rakyatnya kerana setiap perubahan meakibatkan rakyat menanggung beban membayar cukai...

Bangkok dikenali dengan nama penuhnya iaitu Krung Thep Maha Nakorn....
Design t'shirt yang menarik. Tetapi kalau anda teliti majalah, surat khabar atau buku-buku semua ditulis dalam bahasanya, Mereka cukup 'gah' mewahidkan bahasa ibundanya dan ini menyukarkan pelancong menggunakan bahasa Inggeris mencari bahan untuk rujukan dan dibawa pulang sebagai ole-ole... Itu kesilapan sebenarnya...

Day 2/Pattaya
- Breakfast at Hotel
- Morning, begin tour to Pattaya View Point

- Visit Pattaya Floating Market also knows as Four Region Floating Market
Pasar yang menjual pelbagi barangan. Dari hasil mahsul seperti buah-buahan, sayur-sayuran. kueh-mueh dan lain-lain dipamerkan dan dimuatkan dalam sampan yang diikat di pinggir laluan. Di sini juga didirikan rumah-rumah rakit dan menjual segala barangan sebagai cenderahati pelancong.

- Continue to visit Gems Gallery Factory
Bagaimana cara mendapatkan emas?
Pelancong dikehendaki menaiki keretapi mini dalam bangunan yang digelapkan cahayanya. Antara laluan dipamerkan pelombong emas memasuki berapa km ke dalam tanah dan tanah yang berpontasi mengandungi emas dinaikan melalui tali. Juga di pamerkan tanah tinggi disembur air yang sudah ditakung dan pekarja sedang mendulang emas.

- Evening. shopping at Pattaya Festival Mall

Mendiang Elvis - The King bersemadi di belakang pentas melihat gelagat makhluk.

Bersama penyanyi bersuara garau yang menghibur...

Di Hard Rock Cafe jam 11 hingga 1 pagi
Sabtu malam Ahad dan malam Isnin di Hard Rock Cafe berhadapan Pantai Pattaya. Hard Rock Cafe di taja oleh Carona Extra - minuman beribu bintang. Mendiang Elvis - The King bersemadi di belakang pentas melihat gelagat makhluk. Di luar cafe pesta mandi buih melimpah di swimming pool hingga ke kerusi tamu. Gadis Mat Saleh cukup teruja dengan pesta mandi buih dan muzik bingit. Mandi, minum dan mandi dan minum lagi...

Tidak kurang yang 'layan' penyanyi Filipinos yang boleh membawa lagi pelbagai genre itu di Hard Rock Cafe. Suara yang garau dan bersahaja begitu memukau dan menyegarkan malam hening di Pattaya.
Diselangselikan 2 penyanyi wanita menampakkan pusat bersuara lunak.


Selepas 'layan' di HRC aku dan A'bun merayau sekitar Pattaya hingga jam 2 pagi. Pulang ke Hotel Emerald, seorang gadis cantik duduk di atas sebuah motor sedang membelek hp. "Hai, alone?". Lalu aku dan A'bun balik ke bilik hotel. Besoknya A'bun memberitahu yang dia turun kerana tak boleh tidur, berjumpa kembali dengan gadis Siam itu. 



- Lunch @ local Muslim Restaurant
- Muslim Buffet Dinner

Day 3/Pattaya - Bangkok
- Breakfast at Hotel
- After breakfast leave Pattaya for Bangkok
- Shopping at Chatuchak Weekend Market
Apa lagi tujuan anda ke sini bershopping!
Kerana waktu dikhaskan cuma 2 jam setengah aku hanya bershopping di JJ Mall berhadapan Chatuchak Market. Aku memang menyukai barangan kulit lalu singgah di kedai Harley Davidson dan membeli topi baret berharga 2300 bath (RM230). (RM600 kalau di Malaysia harganya).


 Topi Kulit Harley Davidson berharga 2300 bath (RM230). RM600 kalau di Malaysia

Swadee kap (ucap selamat)
Thau roy? berapa harganya?
2000 bath (sang roi bath) +- RM200
Pheng mag-mag (sangat mahal) Hai thogh sag it (kurangkan sikit) Lok Noi - mintak kurang
Dai (boleh) medai (tak boleh)




Lipas, kala jengking, ulat, belalang dan sebagainya digoreng dan sedap dimakan rasanya rangup kata pemandu pelancong.

- Lunch @ Mak Yak Muslim Restaurant

- At night, dinner @ Cho Phraya Princess Cruise
Pengalaman baru dijelmakan bila menaiki Cruise di waktu malam yang boleh menempatkan hampir lebih 200 orang dalam satu masa. Di samping pelbagai makanan disediakan kami dihiburkan peniup saksofon bertaraf Ahmad Nawab dan penyanyi 34-24-25. Penyanyi Filipinos ini cukup lincah dan mempelbagai lagu hinggakan lagu Siti boleh didendangkan dengan baik sekali.


Peniup saksofon bertaraf Ahmad Nawab dan penyanyi 34-24-25 Filipinos ini cukup lincah.


Di luar istana Raja Mongkot yang bergemelapan cahaya emas dan bangunan bersejarah
abad ke 17 kelihatan berderetan.

Day 4/Bangkok/Kuala Lumpur
- Breakfast at Hotel
- Morning Shopping at Central World Mall
- Lunch @Al Hilal Thai Muslim Restaurant

Ahhh.... masa begitu sontok. Banyak tempat dan barangan tidak sempat diborong kata mereka... Seorang teman berkata, enjoy your self bila membuat lawatan. Keseronokan berada dalam diri. Bina kebahagian dalam diri, bukalah mata melihat keajiban dunia orang kelebihan dan kekurangan dan jangan banyak mengomel... itulah kebahagian sebenarnya...

Seorang teman telah berjanji pada dirinya sebelum pergi ke Bangkok dan Pattaya lagi. Beliau tidak berhasrat menjejakkan kaki ke 'Spider show'. booking gadis Siam atau bla... blla... Jadi beliau tetap dengan perjanjian dirinya. Tetapi terperangkap juga dengan massage@urutan minyak 250 bath 1 jam (RM25) dengan gadis comel Siam. Apa boleh buat katanya. Tapi ini untuk isteri bila pulang ke Malaysia nanti. 'Anu' keras, badan sihat, fikiran waras... katanya menutup bual blogger.

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

1 comment:

A, is for Anomaly said...

Mata kena rogol takpa bang Mus!hahaha~