ads

Thursday, January 7, 2010

Alahai ET...




Setelah melewati usia 55 tahun, badan dah 'oge', 27 tahun berkhidmat sampai sontok, rambut yang putih menjadi hitam, kini tibalah masanya brabus...!

Tiada apa yang menarik nak dicatatkan tentang ET. Semasa mencatat ini banyak sumpah seranah dari pujian ikhlas. Aku pun tak tahu nak memulakan bual bicara.

Hanya satu malam sekitar 2006, Mil dan Bobon ketika sedang minum di restaurant berdekatan office. ET datang dan minum bersama kerana memantau staff stay-back. Setelah melabuhkan bontotnya, ET yang lebih banyak bercerita tentang kerjayanya semasa di agency advertising. Pengembaran di Sabah, masuk hutan buat photography, menunggu cuaca baik, dateline dan segala macam yang hebat-hebat tentang tugasnya. Kami pun dari agency advertising, hebat juga tetapi malas nak cerita besar begitu!.

Mereka bercadang nak pekena ET tetapi di restaurant itu kehabisan makanan lalu melepaslah RMnya... Kali kedua sekitar Sept 09.... tidak dapat juga kerana warung tu sudah kehabisan makanan lalu ET hanya membayar teh tarik saja....

Menjadi nostalgia bersama ET yang diingati... 2 gelas teh-tarik dalam pentakbirannya 27 tahun sebagai Senior Manager. Sedikit habuk McD atau KFC haram belanja. Difahamkan ET mendapat kemudahan elaun kereta dan elaun keraian lebih RM1500.00 sebulan?.

Cerita 'Mandela kecil' cukup mencuit hati sekitar 90-an. Kisahnya begini... Seorang teman, Bo Ray tidak berpuas hati tentang keseluruhan kenaikan gaji di jabatannya. Lalu merujuk ke HRD, mengapa jadi begitu rendah peratusnya kenaikan gaji tahun itu sedangkan jabatan lain cukup mencelanak hingga 75%.

HRD berkata cukup simple, semuanya bergantung kepada Senior Manager... Lalu Bo Ray merujuk ke ET ... Apalagi sumpah seranah dan segala macam habuan - mencabar tugasnya, cuba tikam belakang, main kayu tiga...oppp... hinggalah lekat nama Mandela Kecil kerana ingin membela kawan-kawan yang dirasakan cukup teranaya... Berguni-guni sumpah seranah terludah ke ET...

Isu Ballack, Drues dan Ben Den lagi terkucil. Mereka-mereka ini diminta menjaga rumahnya sementelahan ET tiada. Apa lagi Ballack dan Ben Den dengan rela hati menyiram bunga, bagi makan kucing, cuci longkang, sapu katil, cuci kereta dan segala macam tugas. Bila bunganya mati (mana aku tau ada pokok bunga kat atas rumah) sebakul maki herdik diterima. Ada antara mereka tidak bertegur-sapa hingga ET bersara... Sabar Tuhan maha tahu, kata mereka-mereka ini...

Isu Eropah lagi songsang... ET sekeluarga manakala Bon dan Beraun join sama. Di sana mereka memisahkan diri kerana pasti terjerat. Takut diminta itu dan ini dan segala macam hal. Masa pulang dan sampai di airport, Drues dan Ben Deen kena paksa datang menolong mengangkat beg besar-besar... Ada ka?.

ET ni pantang dengar orang pergi over-sea. Mulalah nak kirim rokok, seluar raplah dan segala macam. "Jangan lupa souvenir, nanti black-list, kata kawan-kawan..." Satu ketika Mil nak ke Bali. ET sibuk berulang-kali sebut kedai yang ada jual rokok Jepunnya. Lalu Mil mengerahkan tourist guard mencari, tetapi semua kedai tiada menjual rokok bodoh itu... Towkey rokok mati kata meraka. Lalu membeli rokok lain sebagai ganti... apa lagi dengan muka tak sudah dia membebel berjela-jela. Bersyukur dan berterima kasih sajalah sebagai tanda ingat..

Cerita Uncle Som yang sudah bersara dan mendapat tawaran menyambung tugasnya semula lagi melucukan. (ET diberitahu tidak mendapat tawaran menyambung tugas) "Aku tak mahu menjadi pencacai ET... itu celaannya. ET duduk dalam bilik, aku teruk kena belasah jabatan lain, kata Uncle Som marah menyumpah...

Mil join, 15 Ogos dan ET interviewnya kat HRD. Ketika itu Mil bekerja di Bank sekembali dari interview di Fajar Bakti oleh FJ (kenalan semasa di publising dulu) dan telah diterima. "Bila nak join?", tanyanya...

Pulang dari Fajar Bakti di PJ lalu singgah di pejabat penerbitan terbesar ini kerana sudah membawa folio lengkap dan terus ke HRD. ET memuji Mil kerana berani dengan merendah saja tanpa temu janji... Dalam hati Mil berkata, ini perkara biasa kerana Mil pernah kerja di publishing dan berjumpa banyak orang... 6 bulan under probation tetapi ada staff sampai setahun probation...

Tetapi di zaman 90an sungguh menyeksakan. Segala kemudahan komputer masih nemuro uno dan membosankan. Ketika di bank kemudahan komputer lengkap. Mil jadi pusing ketika mula bekerja secara menual. Dengan segala dateline... dan ET memberi amaran, tak mahu kerja berhentilahlah katanya semacam syarikat ini syarikat puak gerabaknya. (semasa interview Et kata sukar mencari pekerja yang berkualiti - tahun 2004 Mil ambil VSS, ET tak approach).

Ika Blues marah berapi kepada ET. Apa dia buat? Menampal di mejanya segala macam jenis santau untuk memberitahu ET tentang tindakan jika terdesak.


Cerita James Deen dan Sagen lagi haru. Ini berlaku tahun 90an di mana ET kena serang nyamuk denggi berminggu-minggu di hospital. Aleh-aleh ET memerlukan darah. James Deen dan Sagen bersifat kemanusiaan terus menyalurkan darah merahnya. Tetapi pabila sembuh ET menyombong bukan main tidak langsung mengenang jasa insan ini. Sanggup ET mengatakan James Deen sakit dan sebagainya bila terjadi suatu kes. Akibat terlalu berdendam dengan ET, James Deen tidak menghalalkan darahnya dunia akhirat. Siapa nak jawab kes ini...?

Terkini setahun sebelum bersara, ET menendang pintu bilik dan menyumpah seranah John Bert aka photograper depan orang banyak. Masalah simple saja berkenaan lukisan exhibition, hanya terlewat mengambil gambar mengakibatkan ET mengamuk dan meninggikan suara. ET menuduhnya malas, melekehkan kerja dan dot dot. John Bert melengahtkan kerja itu kerana menganggap kerja lain banyak lagi dan lebih penting didahulukan. Nasib baik John Bert ada manusiawi, orang tua nak pencen katanya kalau tidak aku terus ajukan isu ini ke HRD!. "Kalau aku ada senapang gajah dah shoot kepalanya, kata John Bert. Sebakul sumpah seranah lagi...

Terakhir baktinya kepada syarikat yang menjadi kenang-kenangan mengermesik, ET memotong 3 - 5 % kenaikan appraisal tahun ini. Ini kerana katanya syarikat kekurangan kemasukan kerja akibat kesan krisis kewangan global. Menjadi persoalan kenapa ET memotong % kenaikan?. ET berkuasa lebih dari HRD...? Staff bekerja seperti biasa, kemasukan kerja atau tugas bergantung kepada pihak lain. Tugas ET menjaga staff berproduktiviti saja... Dan terpulanglah kepada budi-bicara HRD menaik atau menurunkan graf kenaikan gaji!. Se Burj Khalifa celaan terkena ke ET!.

Ia hanya memberi 3% saja purata semua staff berbanding jabatan lain 4% atau 5%. Dan bila kenaikan gaji, staff gigit jari kerana perbuatannya sedangkan jabatan lain mencelanak naik... Salah ET, kami tidak boleh buat apa-apa kata orang HRD.... Ini kononnya menunjukkan ET bertugas baik, menjaga periuk nasinya adalah... Tak tau management atau bodoh sombong?.

Mood kurang baik sebab itu aku bagi apprisal rendah katanya kepada manager-managernya. Agaknya projek Annual Report terlepas ke tangan agency. Berkenaan Annual Report ni, Mil telah menang 3 kali designed covernya, lepas tu terlepas le.. Kira berbalaiolah bakti Mil di sini!. Annual report tahun lepas ding dong cover design makan minggu ke minggu... Alih-alih project itu terlepas.., kos filem dan kos printing, besar tu kata macai-macai ... Sebab itu mood tak baik, sahut kawan-kawan lain... itulah ET!.

ET dikhabarkan habis tempoh luput pada November tetapi majikan memberi talian hayat hingga Disember. Ada di jabatan lain khidmat seseorang yang nak bersara disambung, setahun ke setahun. Dengar rumor ET ingin memberi khidmatnya lagi tetapi tak diperlukan... Hubungi orang itu, orang ini, tapi tak boleh push... kesian!. Satu kapal sudah tau...

Barang-barangnya di ofis belum dipindahkan, macam nak terus berkhidmat. Ketika barang-barangnya nak dipindahkan, secretary baru jadi macainya. Hingga cuti umumnya hangus begitu saja akibat didesak untuk menolongnya. Secretary lama berubah angin, dah tak sanggup stay kat ofis itu, bukan saja melayan kerenahnya tapi seluruh keluarganya, katanya. Staff-staff lain menghilang diri macam tikus nampak Terminator. Patut ke?... TV 12 in diangkut sama... nasib baik fridge tinggallah mungkin tak boleh pungah... itu barang supplier hadiahkan untuk jabatan bukan untuk ET!. Haru-haru... Kassim Baba!.

Isu baru menjadi percakaran tentang majlis perpisahannya. Mula-mula berbincang dah setuju untuk menderma RM20 sorang buat jamuan. Tetapi semua staff menolak dan menjadi batal. "Apa sebab aku nak menyumbang, LU FIKIRLAH....", kata kawan-kawan. Baru-baru ni isu menderma timbul kembali dan compulsory kena RM20 tetapi sonyap ajo... Ok sain tapi masuk envelop RM1, boleh...!? kata kawan-kawan tergelak sambil terkentut-kentut... Dip dop dip dop cerita majlis lesap, ET kata tak perlu, aku masih ada... ada ke patut?... Duit collection hanya boleh makan noodle semangkok... nasib badan!.

Dah bersara dah? siapa pandang lu? tongeng bontot je... semua buat sendiri... What goes around come around. Kalau baik, orang akan terkenang jasa. Terasa pemergiannya... tetapi apa dah jadi... tak boleh jadi da...

Lalu kita teringat istilah Hukum Karma. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini.

"Apabila saya bincang, setahun yang lepas (sebelum anugerah kontroversi itu), mereka setuju. Ada cadangan memberi (anugerah) selipar, gantung selipar di leher. Ada pula yang mencadangkan, suruh kita pakaikan baju koyak dan ada mencadangkan beri penyapu," katanya.

"Cuma mungkin kesilapan (saya, menganugerahkan) penyapu (yang) tidak dibalut. Itu sebab yang siapkan (anugerah) itu bukan saya. Pegawai kerajaan yang siapkan semua (acara) ini. Dan sudah dipersetujui sebelum itu," kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Ada cakap-cakap nak menghadiahkan penyapu kepada ET sempena majlis perpisahannya itu, nasib baik majlis tak jadi... Aku kurang setuju kalau nak hadiahkan penyapu...
........................................

What you give, you will get back. Kalau baik yang berikan pada manusia, maka yang baik-baik sajalah yang akan Tuhan pulangkan. Andai sebaliknya, terima saja padahnya nanti sama ada di dunia atau di akhirat... Terkadang di dunia Tuhan dah jatuhkan!.

Demikianlah sahibul-hikayat ET menjaga profile di syarikat. Kebajikan kakitangannya jatuh nemuro uno... Apa dah jadi.... pasti terjadi... Suhu kemarahan staff seramai hampir 50 orang cukup meninggi hampir meletup... Carilah seseorang antara mereka mengatakan ET prihatin pasti ngak jumpa... Trylah sok sek...



Gambar/ilustrasi sekadar hiasan. Cerita merapu terkadang ada intinya. Photo/illustration for display purposes.
..............................................


Hukum Karma
Artist: Wings


Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila

Buat baik berpada-pada
Kata orang tua
Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga
Dosa 'kan sensgara
Ini hukum karma
.....................

3 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Aku cukup geram dengan seorang kawan yang kononnya bakal mengantikan ET. Teman itu telah menabur khabar angin mengatakan cukup mudah mengantikan ET. Ramai ternganga mendengarnya. Ada yang terkentut dan ada yang terlopong mulut hinggakan haiwan-haiwan yang terbang nyaris terperangkap... Bukan saja sekitar tempat teman itu berkhidmat tetapi hinggakan ke alam Avatar tahu menahu ceritaranya. Aku pun terus turn AirPort - On. "Tak susah, cuma pakai seluar tinggi atas pusat saja...", kata teman itu menutup mulut dan berlalu... "porrahh..."

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Ada tiga empat orang boleh tidur lena la ni. Apa tak? ET dah retirement. Dulu semasa ET masih dalam khidmat, mereka-meraka ini kena buat kerja assignment anaknya. Soreng Burn, Apat'terment dan Gurbon. Masing-masing menyumpah dalam terpaksa... Aku boleh buat kerja tu tapi anak ET yang menerima akibat jangka panjang, tak tau nak bekerja bila keluar nanti kerana tugasan diserahkan kepada orang lain berpanjangan. Blur lah budak itu nanti... Nasib badan.... kata mereka sambil tersenyum sumbing.

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.