ads

Tuesday, July 7, 2009

Candi Borobudur dari kaca-mata 'Indiana Jones' Jalan Riong...

John Roos menunjukkan keunikkan dan kehebatan senibina candi ini,
menjadikannya sebagai salah satu bangunan dalam World Wonder Heritages.

Ir Fouze berlatar-belakangkan board penerangan Tample Candi Borobudur.


Borobudur memiliki 1,460 relief dan 504 stupa Buddha di dalam kompleksnya. Bangunan Borobudur berbentuk kubah yang terdiri daripada 10 tingkat. Tingginya 42 meter sebelum direnovasi dan 34.5 meter setelah direnovasi kerana tingkat paling bawah digunakan sebagai penahan. Enam tingkat paling bawah berbentuk bujur sangkar dan tiga tingkat di atasnya berbentuk lingkaran dan satu tingkat tertinggi yang berupa stupa Buddha yang menghadap ke arah barat.

John Roos, Ir Fauze, Ezam Chelsea, Ben Den dan John Ally Todd
berlatar-belakangkan monumen bersejarah ini, sementara,
tiga tingkat di atasnya di mana Buddha diletakkan di dalam stupa yang
berlubang-lubang disebut Arupadhatu, melambangkan manusia yang telah
terbebas daripada nafsu, rupa, dan bentuk.
Bahagian paling atas yang disebut Arupa pula melambangkan
nirwana (syurga), tempat Buddha bersemayam.


Menjengah Candi Borobudur


Pernahkah anda menjejakkan kaki ke Jogjakarta, Indonesia? Destinasi percutian ini terletak di bahagian selatan Pulau Jawa dan bersempadan dengan provinsi Jawa Tengah di sebelah utara. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa istimewanya kota ini berbanding dengan Bandung, Bali atau Jakarta?

Kalau anda hendak tahu, Jogja adalah kota yang terkenal dengan sejarah dan warisan budayanya. Pada tahun 1575-1640, Jogja merupakan pusat kerajaan Mataram dan sehingga kini Kratonnya (Istana) masih berfungsi. Raja Jogja merupakan datuk bandar bagi kota ini.

Salah satu tarikan pelancong untuk ke kota ini ialah ia memiliki banyak candi berusia ribuan tahun peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu. Terdapat dua jenis candi di sini iaitu candi Hindu dan candi Buddha. Jika dihitung, terdapat beribu-ribu tinggalan candi di sini, tetapi bukan semua yang dapat dipelihara sehingga kini.
Kunjungan GUA ke Jogjakarta baru-baru ini telah membawa GUA menjenguk ke sebuah candi yang menjadi sebutan ramai dan terkenal di seluruh dunia iaitu Candi Borobudur. Apa yang GUA boleh katakan ialah, candi ini memang hebat dan mesti dilawati jika berpeluang.

Candi Warisan Dunia

Candi Borobudur adalah candi Hindu yang dibina pada abad ke-9 oleh dinasti Syailendra. Kehebatan dan keunikkan senibina yang dimiliki oleh candi ini telah menjadikannya sebagai salah satu bangunan dalam World Wonder Heritages.

Borobudur memiliki 1,460 relief dan 504 stupa Buddha di dalam kompleksnya. Bangunan Borobudur berbentuk kubah yang terdiri daripada 10 tingkat. Tingginya 42 meter sebelum direnovasi dan 34.5 meter setelah direnovasi kerana tingkat paling bawah digunakan sebagai penahan. Enam tingkat paling bawah berbentuk bujur sangkar dan tiga tingkat di atasnya berbentuk lingkaran dan satu tingkat tertinggi yang berupa stupa Buddha yang menghadap ke arah barat.

Yehhh... kami dah berjaya menakluki candi ini...
persoalannya mudah aje... anda perlu datang ke sini...
persoalan akan terungkai....

Setiap tingkat candi ini melambangkan tahap kehidupan manusia. Bahagian dasar Borobudur, disebut Kamadhatu, melambangkan manusia yang masih terikat dengan nafsu. Empat tingkat di atasnya disebut Rupadhatu, melambangkan manusia yang telah dapat membebaskan diri dari nafsu namun masih terikat dengan rupa dan bentuk. Pada tingkat tersebut, patung Buddha diletakkan terbuka.

Sementara, tiga tingkat di atasnya di mana Buddha diletakkan di dalam stupa yang berlubang-lubang disebut Arupadhatu, melambangkan manusia yang telah terbebas daripada nafsu, rupa, dan bentuk. Bahagian paling atas yang disebut Arupa pula melambangkan nirwana (syurga), tempat Buddha bersemayam.

Untuk mengekplorasi candi ini memang agak memenatkan kerana banyak anak tangga yang perlu dinaiki sebelum tiba ke tingkat teratas. Tetapi tidak mengapa, jangan terlalu tergesa-gesa. Lebih baik lakukan secara perlahan-lahan dengan berhenti di setiap tingkat dan nikmati keindahan senibina candi ini sambil merakam memori untuk dijadikan kenangan. Pada puncak candi ini anda boleh menikmati pemandangan alam yang memukau pandangan.
Ben Den meneliti peta Kota Yogyakarta. Mana lokasi candi tu....?

Bagaimana ke sini?
Borobudur terletak kira-kira 40 minit daripada Kota Jogjakarta. Sekiranya anda melancong ke Jogjakarta tanpa menggunakan khidmat agen pelancongan, cara yang paling mudah untuk ke candi ini adalah dengan menggunakan pengangkutan awam.

Tambang teksi dari pusat bandar ke Borobudur ialah Rp175,000 (kira-kira RM60). Jika ingin berjimat, anda boleh mengambil bas awam dari Terminal Bas Giwangan. Tambang yang dikenakan hanyalah Rp20,000 (kira-kira RM7) untuk perjalanan sehala.

Bagaimanapun, GUA sarankan lebih baik anda menghubungi agen pelancongan di sana untuk keselesaan percutian anda. Harganya pun lebih murah daripada yang dikenakan oleh agen di sini. Seorang hanya di antara Rp50,000 ke Rp60,000 (RM17 – RM25). Paling penting, mereka boleh menjemput dan menghantar anda ke hotel penginapan.

Sebelum bertolak pulang anda boleh mendapatkan beberapa cenderamata yang banyak dijual oleh penjaja jalanan di sekitar candi ini. Tetapi anda mesti bijak tawar-menawar. Kalau bernasib baik, anda boleh mendapat tujuh helai t-shirt pada harga Rp50,000 sahaja.
Sejarah Indonesia bermula dari perbincangan beberapa Jeneral besar ini.

Makan Angin Di Jogjakarta
Jogjakarta, destinasi percutian yang terkenal dengan warisan sejarah dan budaya ini memang berbaloi dilawati walaupun kotanya tidak sehebat Bandung yang menjanjikan nikmat membeli-belah yang tidak terkata.

Jogjakarta menjanjikan sebuah percutian yang lebih mendekatkan diri kepada warisan budaya. Walaupun Jogja merupakan daerah terkecil di Pulau Jawa, tetapi kota ini mempunyai kepadatan penduduk yang cukup tinggi. Ini kerana di sinilah terletaknya pelbagai institusi pengajian tinggi termasuklah universiti tertua Indonesia, Universiti Gadjah Mada. Sebab itulah, harga makanan dan pelbagai jenis barangan di sini dijual dengan harga murah.

Salah satu keunikan Jogjakarta ialah ia masih sangat kental dengan budaya Jawanya. Seni dan budaya merupakan bahagian yang tidak terpisah dalam kehidupan masyarakat mereka. Menurut pemandu pelancong yang membawa GUA mengelilingi kota Jogjakarta selama tiga hari, sejak kecil lagi masyarakat Jogjakarta sering menyaksikan dan mengikuti pelbagai acara kesenian dan budaya di kota ini. Patutlah di sana-sini ada sahaja acara kesenian yang dilangsungkan.

Oklah, kepada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda hendak tahu apa yang sempat GUA lakukan sepanjang empat hari berada di kota ini bukan? Kalau sebelum ini GUA ada bercerita tentang Candi Borobudur, kali ini GUA cerita pula tentang satu lagi candi yang perlu dilawati iaitu Candi Prambanan.

Berbeza dengan Candi Borobudur, Candi Prambanan ini merupakan candi tinggalan agama Hindu yang dibina pada abad ke-10 ketika pemerintahan dua raja, Rakai Pikatan dan Rakai Balitung. Bentuknya juga berbeza, ia menjulang tinggi dan memiliki tiga candi utama di halaman utama, iaitu Candi Wisnu, Brahma, dan Siwa. Ketiga-tiga candi tersebut adalah lambang Trimurti dalam kepercayaan Hindu.

Selain daripada dapat melihat tinggalan sejarah ini daripada dekat, legenda tentang candi ini juga menarik perhatian GUA. Menurut penduduk tempatan, candi Prambanan ini sebenarnya telah didirikan oleh seorang lelaki bernama Bandung Bondosowo yang mencintai Roro Jonggrang. Bagaimanapun, Jonggrang tidak mencintainya dan untuk menghalang cinta Bandung itu, Jonggrang telah meminta Bondowoso membina candi dengan 1,000 arca dalam tempoh semalam.

Kerana cinta, Bondowoso bersetuju dan dia sebenarnya hampir berjaya membina candi yang diinginkan oleh Jonggrang. Ketika dia sudah siap membina arca yang ke-999, Jonggrang telah meminta penduduk kampung menumbuk padi dan membuat api besar supaya hari kelihatan sudah pagi. Helah Jonggrang itu akhirnya diketahui oleh Bondowoso dan dia berasa amat kecewa sehingga telah menyumpah Jonggrang menjadi arca yang ke-1,000. Entah betul atau tidak legenda ini, GUA sendiri tidak boleh hendak komen.

Merakam Memori di Gunung Merapi
Selain daripada melawat candi, GUA juga sempat singgah ke kaki Gunung Merapi, gunung berapi yang telah meragut banyak nyawa pada 15 Mei 2006 lalu. Gunung berapi aktif ini memang indah untuk dilihat. Tetapi jika kunjungan anda tidak tepat pada waktunya, puncak gunung ini tidak kelihatan kerana dilindungi awan. GUA juga terpaksa menunggu kira-kira setengah jam untuk melihat puncaknya tempoh hari. Sebaik sahaja kelihatan, GUA dan rakan-rakan yang lain tidak lepaskan peluang mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

Gunung ini terletak cukup hampir dengan Kota Jogyakarta dan masih terdapat desa-desa di lerengnya hinggalah pada ketinggian 1,700 meter. Bagi masyarakat setempat, Merapi membawa rezeki kepada mereka setiap kali ia meletus. Ini kerana pasir dan batu-batuan yang ‘dimuntahkan’ boleh dijual kemudian. Kini, Merapi termasuk di dalam kawasan Taman Nasional Gunung Merapi dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
John Roos tunjuk body (mana tak, sebelum berlepas ke Yogyakarta tiap petang ge jim).
Awet 'cair' dan ingin ikut pulang ke Malaysia...
Membeli-belah di Malioboro ini memang tidak boleh
dilakukan dalam waktu yang singkat. Terlalu banyak premis
dan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan.

Cari cenderamata di Malioboro

Walau ke mana jua kita melancong, pasti kita akan mencari cenderamata untuk dibawa pulang. Sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk kenalan rapat. Lokasi membeli-belah paling popular di Jogjakarta ialah Jalan Malioboro.

Ezam Chelsea cuba 'ayat' cewet.. Lokasi membeli-belah paling popular
di Jogjakarta ialah Jalan Malioboro.

Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai barangan cenderamata, pakaian atau aksesori pada harga yang cukup murah. Lebih murah daripada Bandung dan Jakarta. Tetapi janganlah harapkan barangan berjenama. Kain batik, barangan perhiasan rumah dan aksesori wanita antara pilihan yang baik untuk dibeli di sini. Gelang tangan kayu yang anda beli di Forever 21 pada harga RM59 itu hanya berharga Rp20,000 sahaja di sini. Tidak sampai RM10 pun. Sebab itu GUA memborong aksesori tempoh hari.

Membeli-belah di Malioboro ini memang tidak boleh dilakukan dalam waktu yang singkat. Terlalu banyak premis dan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan. Kalau boleh semua tempat mahu singgah. Tetapi anda juga perlu berhati-hati kerana di sini ramai pencopet. Jangan terlalu leka, takut nanti menjadi mangsa ragut pula. Kalau hendak senang, GUA cadangkan anda ke Mirota Batik. Tempat membeli-belah ini menyediakan pelbagai jenis barangan pada harga yang berpatutan. Memanglah ia sedikit mahal kerana tidak boleh tawar-menawar seperti di gerai-gerai di tepi jalan, tetapi ia masih berbaloi jika dikira dalam matawang kita.
Perjalanan menuju ke Candi, hujan gerimis tidak mematahkan
semangat "indiana Jones' 5 jejaka dari Malaysia ini...
candi Prambanan ini sebenarnya telah didirikan oleh seorang
lelaki bernama Bandung Bondosowo
yang mencintai Roro Jonggrang. Bagaimanapun, Jonggrang
tidak mencintainya dan untuk menghalang cinta Bandung itu,
Jonggrang telah meminta Bondowoso membina candi dengan
1,000 arca dalam tempoh semalam.

"Den tak kiro, bior hujan paras keting, den totap ge ke candi...",
5 Indiana Jones dari Jalan Riong membulatkan tekad untuk
membuat penyelidikan dan menyelesaikan pelbagai
persoalan mengenai candi agong ini...


Penerbangan ke Jogjakarta:

Untuk ke Jogjakarta, anda boleh mengambil penerbangan MAS terus ke Jogjakarta dengan kos serendah RM449 untuk pergi dan balik (bergantung kepada promosi). Bagaimanapun, MAS hanya ke sana tiga kali seminggu.

Sekiranya anda ingin berjimat, GUA cadangkan anda mengambil penerbangan Air Asia yang mempunyai lebih kekerapan iaitu pada setiap hari. Tambang yang dikenakan juga bergantung kepada promosi. Jika anda menempah pada waktu promosi, tambang yang dikenakan hanya serendah RM150 untuk tambang pergi dan balik.

Gambar-gambar dari perjalanan 4 hari 3 malam ke Yogyakarta oleh John Roos,
Ezam Chelse, Ally Jean Tods, Ir Fauze dan Ben Den.


Cerita diangkat dari Gua.com.my
oleh Miss Ayu pada 27 Jun 2009

2 comments:

nin9tosix said...

aiii...nasik tambah nampak...hahaha.Pe pe pun mekasih ya Pak..kerna mencatitkan segala perjalanan gue.Gue kangen mau ke sana lagi

Jati Wijaya said...

Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain.
Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50) seats dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)

Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.

Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.

Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport

Harga bermula dari: RM 482

All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)

Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season

Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb