ads

Tuesday, April 14, 2009

Layan Rozita Che Wan dengan Pop-corn


P
ada 12 april 2009 lalu, di Arena Of Stars berlangsung Anugerah Bintang Popular 2008. Di stadium yang me'kandang'kan lebih 6 ribu orang itu cukup seru dengan suara peminat. Setiap kali artist jelita menuruni tangga mengambil tempat, kedengaran jeritan peminat. Artis-artis dari pelbagai kategori dengan pakaian yang 'aaoow' cukup menguggah rasa. Semuanya bergetah nangka.



Bergaya : Rozita Che Wan

Citarasa aku lebih kepada janda-janda berhias separti Rozita Che Wan dan Nora Danish...'kita enjoy', tapi tak kurang juga aura kak Nita yang bubble-gum itu. Beliau mengerahkan 'kuda-kuda' dalam persembahan pembukaan. Tak sangka 'tenaga'nya masih jantan...


Anita Sarawak masih boleh menggunakan enjin turbo 500cc

Setelah usai Anugerah Bintang Popular kami berehat di Starbucks sambil mencuri pandang artis yang lalu lalang. Kebetulan janda berhias si Rozita Che Wan bertandang minum semeja dengan kami. Sambil 'layan' Rozita Che Wan layan pop-corn. Apa nak buat layan kosong... isteri sebelah dan anak-anak tak tau kemahuan seorang lelaki bergelar suami dan ayah!.


Nora Danish...'kita enjoy!'

Setiap tahun aku 'meluangkan masa' ke Genting sempena 'most prestigious award' itu. Aku sekeluaraga akan datang pada jam sekitar 11 pagi. Mula-mula pergi Indoor Theme Park. Main Ferris Wheel, Reindeer Cruise (macam menyusuri Sungai Venice kat Italy pulak), Monorail, Rio Float. Mini Train. Selepas itu main Adult Bumper Car. Kemudian main salji di SnowWorld. Selepas itu acara makan-makan dan round-round di Ripley's Believe It or Not dan main video Games di Video Games Park.


Kemudian pergi ke First World - Check-in. Setelah mandi-manda dan berehat sebentar kami terus ke Outdoor Theme Park. Di sini acara kemuncak bermula. Mula-mula kami sekeluarga menaiki Monerail - view seluruh Genting, kemudian naik Pirate Train dalam sebuah bangunan yang agak menyeramkan. Selepas itu naik boating, main air (di Genting Highland semua cukup, aku tak suka ke Sunway Legoon). Kemudian anak lelaki saya mencuba Grand Prix Fun Kart ... bukan main bergaya lagak F1, Jenson Button. Dan menaiki Rolling Tunder Mini Train, Flying Dragon, Cyclone dan Space Shot (hanya yang berani saja, anak aku menutup mata menyembunyikan ketakutannya). Kami kemudiannya menaiki Flying Coaster (aku tak tahan pening kepala terpaksa berehat di Visitor Lounge .. kena cappucino dan bertih jaggung ...dan bergerak-gerak melapaskan kesejukan di Merdeka Stage sambil mencuci mata (melihat jejaka Arab moden bersama girlfrind yang sudah menanggalkan purdah).


Aksi Rozita Cik Wan

Aku memang sering ke Genting sejak 80an lagi. Perubahan dirasakan begitu pesat sekali. Ramai remaja kita berkerja di sini dan tidak merasakan janggal berbanding tahun 80an.

Aku ada seorang saudara perempuan yang berkulit agak gelap berkerja di sebuah hotel di Genting. Selang 10 tahun kami berjumpa kembali tetapi aku kurang mengenalinya kerana dia (Wati namanya) sudah berubah. Kulit gelapnya telah cerah dan berwarna putih. Faktor cuaca dan kurang mendapat cahaya matahari mengubah segalanya. Mulanya aku mengagak dia makan jamu atau mandi susu...

Teringat semasa bujang trang tang tang dulu. Aku bersama sepupu-sepupu (Pak Cu Tan, Abex Cikgu, Sheikh Salleh, Sheikh Ali) acap kali berkumpul bila hujung minggu dengan jacket PVC kat Genting. Kami bermain bowling, video games dan sebagainya. Bila kelaparan kami makan di sebuah restoran Mamak di bangunan parking berhadapan hotel Genting. Tapi sekarang entah ada atau sudah berpindah. Sehari suntuk kami berada di puncak. Siapa-siapa kalah main bowling kena belanja satay 20 cucuk seorang di Kajang...

Berbalik pada kisah aku di hotel, tengah malam, sekitar jam 3 pagi, pintu bilik diketuk. Aku antara lalok dan khayal membuka pintu tanpa disedari isteri. Nah!, rupanya RCW tersongol dengan senyuman seribu bintang sambil menarik tangan aku ke satu tempat yang tidak diketahui. 

Tiba-tiba kami sudah berada di Flying Coaster berhadapan tasik di Genting. Aku lagak impak maksima vs rempit me'mentor'nya sampai kekemuncak finalis 2008 ABP BH. Aku selesa menggunakan engin V6 extra power. Kami 'tidak pandang belakang' lagi terus memperkuda waktu...

"Ah, apa ni, air?", terkejut aku. Basah kaki kerana limpahan air. Rupanya isteri telah menjirus air kerana sukar bangun sembahyang subuh. Di mana RCW?. Aku bermimpi rupanya!. "Maaf Cik RCW, salah 'mimpi', bukan salah abang nak membuat 'mimpi'...

Jom ke Genting menaiki bas dan tempah secara online:

6 comments:

9M-RSI said...

Citer tak lengkap lg ni bro. Kasi proper endinglah.

Anyway, kalo dpt Rozita Che Wan ni mmg heaven la...

nin9tosix said...

Is! u kena check spelling abg mus kita ni.Byk tul error nyer..kakaka.Anyway i salute le abg mus kita nih...Koi tumpang bangga le dgn oghang pahang sbb dapat dok semeja dgn Cik Wan come lote nih.Nasib baik anok bini kut sama..kalu dok..mmmm..paham2 je lerrr..hahahaha

nin9tosix said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Izwan said...

BAHAYA MIMPI NIH.. ;)

bahazain said...

SALAM
WOW! MENGIKUTI PAPARAN SDR SPT TERJUN KE ALAM YG PENUH TANTANGAN PERASAAN DAN FIKIRAN DENGAN REMPAH RATUS VISUAL YG MENYIHIRKAN .TAHNIAH.

D'Rimba said...

Terima kasih sudi lawat........