ads

Friday, January 23, 2009

Ayat-ayat cinta



'2nd Honeymoon' di mana? ...Bali? tak, di Bandung!.

Dua minggu lepas aku bersama isteri ke sana. Mula merancang nak ke Bali tetapi membatalkannya di saat akhir kerana memikirkan isteri nak bershopping. Lalu aku memberi 'muka' padanya. Betul juga dia kata nak 'honnymoon' apa dah kahwin hampir 21 tahun? Aku kata 'every night is first night' buat abang...

Apa salahnya mengembalikankan kenangan silam perhubungan kita ...bercanda dan menunggu matahari terbenam Jimbaran Bay, membeli-belah di Legian Street, membelek lukisan di Pasar Guwang atau berjalan-jalan di Ubud atau pantai Kuta!. Atau makan tengahari di Kintamani sambil menunggu terbitnya pelangi atau juga menonton tarian Barong...

Atau kalau hendak melihat isteri muka bulan purnama penuh bawalah membeli-belah dan melancong. Tempat yang paling sesuai ketika ini ialah Bandung.

Tiba di Bandung jam 1 tengahari, setelah makan, istiadat membeli-belah dimulakan secara rasmi apabila pemandu MPV parking di Heritage di Jl. Martadinata aka Jalan Riau. Apalagi, serbuan di factory outlets la sepanjang petang dan memang kitorang telah menjadi korban kerakusan bershopping segala benda tanpa prejudis. Isteri ku memborong beg Gucci, dompet kulit berjenama dan segala macam pakaian yang disukainya. Membeli kain batik, kain ela dan pelbagai jenis kain dan baju. Malamnya sudah capek dan langsung tidur saja... 'First night telah berlalu begitu sepi... Sepi sekumtum mawar merah... Teratai layu di tasik Fauziah Latif...

Hari ke dua ke Tankuban Perahu. Suhu yang mengigit sekitar 15 darjah.

...Kasihku tersenyum bagaikan bunga meisyaratkan cinta!.

Apabila isteri ku ketawa lagu Suhaimi Mior Hassan menceritakan segala-galanya.

...'Ketawanya pendek saja, bagaikan sengaja direka.

Namun penuh bermakna, lantas merubah segala luka...'.


atau poem Baha Zain ini...

After His Old Longing

Your wild breath
Suddenly subsides, gentle on my shoulders
Your tears
Drip on the soft pillow,
Each drop
Perfecting our love



Aku lantas teringat semasa di alam percintaan sekitar tahun '80an. Ketika itu isteri aku menuntut di Sekolah Tinggi Agama di Pekan, Pahang yang akan di hantar ke Universiti Al Azhar. Aku bekerja sambil belajar di MIA di Kuala Lumpur dan kami telah bersetuju untuk bertemu di Kuantan. Setelah 'Ahlan wasah lan' berbahasa arab dia sedikit terkejut. Dia tidak mengetahui bahawa aku berdarah Arab Yaman di sebelah bapa kepada ibuku. Seingat aku keluarga sebelah ibu sering berbahasa arab semasa aku kecil. Aku juga belajar sekolah Arab kat kampung dengan seorang guru bernama Syed Seman Arab yang ori arab. Dia sering dengan suara lantang menasihatkan anak muridnya dengan berkata 'Pergi kosong, balik kosong', maksudnya kita datang ke sekolah dengan dada kosong pabila balik dari sekolah juga dada kosong kerana tidak mahu belajar atau mendapat ilmu... banyak main!.

Kami menghabiskan banyak masa duduk-duduk, membentangkan kertas kerja plan masa depan dan bersiar-siar di benteng sekitar bandar Kuantan. Tak di sangka-sangka ankletnya hilang semasa berseronok-seronok itu. Itulah kenangan yang sukar dilupakan... Memori itu terkenang kembali...

Teringat semasa aku di tingkatan 5 bersekolah di ABS di Temerloh dan isteri bersekolah di Sekolah Agama Al Khariah di Temerloh juga. Dan aku tinggal di rumah bapak saudara di kuaters Klinik Mentakab (takut kena regging tinggal di hostel) manakala isteri aku tinggal di kuaters JKR, Mentakab. Maka setiap hari ke sekolah kami bertemu kerana menaiki bas yang sama. Aku sering reserve tempat duduk untuknya tetapi tak pernah berjaya...

Setelah puas bersembunyi rasa malu, aku memberanikan diri mengutus surat melalui seorang rakan yang berkebetulan tinggal di sekitar isteri ku menginap. Pengalaman paling perit yang aku lalui adalah keinginan untuk berkenalan tetapi tidak dilayan. Aku berusaha menambahkan ilmu memikat gadis melalui buku-buku, orang tua dan rakan-rakan, Akhirnya berjaya dan itulah kejayaan besar dalam sejarah hidup. Perhubungan kami lebih dari 7 tahun tetapi jarang bertemu. Suratlah menghubungkan kami. Jodoh kami panjang, kesudahannya kahwin!.

Di Tankuban Perahu, cuaca semakin sejuk dan hujan sekejap lebat sekejap kabus tebal. Kami memasuki warung Ibu Idah. Pengalaman lepak dan makan di warung atas gunung ialah pengalaman teristimewa bagi kami. Bayangkan di tengah kesejukan melampau seperti pergunungan Alps sambil menikmati teh O dan kopi O panas, semangkuk mi, singkong (ubi) rebus panas bergula... Fantasi betul. Dengan nyalaan lampu gasolin menerangi warung itu, kami berborak rancak dengan pemiliknya. Ada dekat nak sejam melepak di dalam, dan bila keadaan mengizinkan, kami pun keluar berpelukan kerana kesejukan yang amat sangat.

Menuruni gunung kami merentasi pekan Lembang dan terus ke restoran Kampung Daun. Lalu menginggatkan kembali kenangan semasa honnymoon di Cherating, Kuantan. Balik ke hotel sudah capek dan langsung tidur aja... 'Second night telah berlalu begituan... rupanya faktor usia jadi taruhan...

Di kiri kanan kedai makan Nasi Padang ada menjual jamu
untuk menguatkan tenaga. Orang Bandung
ni pandai...

Nampaknya, melancong di usia hampir setengah abad ini berbeza. Berkongsi suka-duka dan lebih kepada perhubungan mesra. Kalau nak refresh cinta, mengembalikan zaman silam bisa aja...


Kalau nak jadi 'muda' kena tanya Datuk K apa rahsianya atau banyak makan jamu... atau kahwin cewat sunda!.

........
Discover Bandung
..................................
Bandung, Cihampelas & Nia Ramadhani


Sekali lagi, untuk kali keduanya, aku menjejak di bumi Parahyangan ini. Bersama Muskamal dan isterinya, kami menyusuri kota Bandung dengan lebih bebas dan lebih adventure... kecuali aku saja yang bersendirian.


Bila tidak berteman, hati ini meronta kesunyian. Aku langsung ke Bandung juga tanpa diikuti isteri yang tidak dapat cuti kerana terlibat dengan program bersama para pelajar dari Kolej Teknikal Dongyang, Korea Selatan selama sebulan. Sorang le jawabnya.

First time ke bumi Parahyangan (kota Bandung) ni pada tahun lepas (April 2008) dalam trip syarikat. Terus aku jatuh cinta. Dengan tiada teman....

Dari blogger: http://rizaliskandar.blogspot.com

4 comments:

Unrestmind said...

salam bro mus...kirim slm kt kak mun n anak2...bye

Izwan said...

Steady laa bro..

;P

Moga sampai ke cucu.. ;)

bahazain said...

SALAM SDR BERDUA
SAYA IRI HATI MEMBACA KESERONOKAN DI TANAH SUNDA; DAN MENGIMBAU RINDU PULA KEPADA PENGALAMAN LAMA SEWAKTU BERCINTA DENGAN ISTERI SAYA 45 TAHUN YG LALU. PERJALANAN DAN KENANGAN MENGAKRABKAN KASIH SAYANG ANTARA KEKASIH. MEREMAJA DAN MELESTARIKAN EMOSI PERCINTAAN . INSYALLAH TAHUN DEPAN SAYA AKAN KE BANDUNG . TAHNIAH

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Hamidah Md Zin August 6 at 11:39am

Salam, dah baca menarik..seronok kalau pergi bandung...syabas Mus! tapi Midah yg dah tinggal 3 tahun kt Bandung lg banyak kenangan ....memang boleh 'berkali kali' honeymoon kt sana...kul 12 pun masih pakai jaket, udara nyaman pak...tapi cewek tetap pakai skirt singkat..tu yg pergi bandung kena bawa isteri..