ads

Friday, January 23, 2009

Ayat-ayat cinta



'2nd Honeymoon' di mana? ...Bali? tak, di Bandung!.

Dua minggu lepas aku bersama isteri ke sana. Mula merancang nak ke Bali tetapi membatalkannya di saat akhir kerana memikirkan isteri nak bershopping. Lalu aku memberi 'muka' padanya. Betul juga dia kata nak 'honnymoon' apa dah kahwin hampir 21 tahun? Aku kata 'every night is first night' buat abang...

Apa salahnya mengembalikankan kenangan silam perhubungan kita ...bercanda dan menunggu matahari terbenam Jimbaran Bay, membeli-belah di Legian Street, membelek lukisan di Pasar Guwang atau berjalan-jalan di Ubud atau pantai Kuta!. Atau makan tengahari di Kintamani sambil menunggu terbitnya pelangi atau juga menonton tarian Barong...

Atau kalau hendak melihat isteri muka bulan purnama penuh bawalah membeli-belah dan melancong. Tempat yang paling sesuai ketika ini ialah Bandung.

Tiba di Bandung jam 1 tengahari, setelah makan, istiadat membeli-belah dimulakan secara rasmi apabila pemandu MPV parking di Heritage di Jl. Martadinata aka Jalan Riau. Apalagi, serbuan di factory outlets la sepanjang petang dan memang kitorang telah menjadi korban kerakusan bershopping segala benda tanpa prejudis. Isteri ku memborong beg Gucci, dompet kulit berjenama dan segala macam pakaian yang disukainya. Membeli kain batik, kain ela dan pelbagai jenis kain dan baju. Malamnya sudah capek dan langsung tidur saja... 'First night telah berlalu begitu sepi... Sepi sekumtum mawar merah... Teratai layu di tasik Fauziah Latif...

Hari ke dua ke Tankuban Perahu. Suhu yang mengigit sekitar 15 darjah.

...Kasihku tersenyum bagaikan bunga meisyaratkan cinta!.

Apabila isteri ku ketawa lagu Suhaimi Mior Hassan menceritakan segala-galanya.

...'Ketawanya pendek saja, bagaikan sengaja direka.

Namun penuh bermakna, lantas merubah segala luka...'.


atau poem Baha Zain ini...

After His Old Longing

Your wild breath
Suddenly subsides, gentle on my shoulders
Your tears
Drip on the soft pillow,
Each drop
Perfecting our love



Aku lantas teringat semasa di alam percintaan sekitar tahun '80an. Ketika itu isteri aku menuntut di Sekolah Tinggi Agama di Pekan, Pahang yang akan di hantar ke Universiti Al Azhar. Aku bekerja sambil belajar di MIA di Kuala Lumpur dan kami telah bersetuju untuk bertemu di Kuantan. Setelah 'Ahlan wasah lan' berbahasa arab dia sedikit terkejut. Dia tidak mengetahui bahawa aku berdarah Arab Yaman di sebelah bapa kepada ibuku. Seingat aku keluarga sebelah ibu sering berbahasa arab semasa aku kecil. Aku juga belajar sekolah Arab kat kampung dengan seorang guru bernama Syed Seman Arab yang ori arab. Dia sering dengan suara lantang menasihatkan anak muridnya dengan berkata 'Pergi kosong, balik kosong', maksudnya kita datang ke sekolah dengan dada kosong pabila balik dari sekolah juga dada kosong kerana tidak mahu belajar atau mendapat ilmu... banyak main!.

Kami menghabiskan banyak masa duduk-duduk, membentangkan kertas kerja plan masa depan dan bersiar-siar di benteng sekitar bandar Kuantan. Tak di sangka-sangka ankletnya hilang semasa berseronok-seronok itu. Itulah kenangan yang sukar dilupakan... Memori itu terkenang kembali...

Teringat semasa aku di tingkatan 5 bersekolah di ABS di Temerloh dan isteri bersekolah di Sekolah Agama Al Khariah di Temerloh juga. Dan aku tinggal di rumah bapak saudara di kuaters Klinik Mentakab (takut kena regging tinggal di hostel) manakala isteri aku tinggal di kuaters JKR, Mentakab. Maka setiap hari ke sekolah kami bertemu kerana menaiki bas yang sama. Aku sering reserve tempat duduk untuknya tetapi tak pernah berjaya...

Setelah puas bersembunyi rasa malu, aku memberanikan diri mengutus surat melalui seorang rakan yang berkebetulan tinggal di sekitar isteri ku menginap. Pengalaman paling perit yang aku lalui adalah keinginan untuk berkenalan tetapi tidak dilayan. Aku berusaha menambahkan ilmu memikat gadis melalui buku-buku, orang tua dan rakan-rakan, Akhirnya berjaya dan itulah kejayaan besar dalam sejarah hidup. Perhubungan kami lebih dari 7 tahun tetapi jarang bertemu. Suratlah menghubungkan kami. Jodoh kami panjang, kesudahannya kahwin!.

Di Tankuban Perahu, cuaca semakin sejuk dan hujan sekejap lebat sekejap kabus tebal. Kami memasuki warung Ibu Idah. Pengalaman lepak dan makan di warung atas gunung ialah pengalaman teristimewa bagi kami. Bayangkan di tengah kesejukan melampau seperti pergunungan Alps sambil menikmati teh O dan kopi O panas, semangkuk mi, singkong (ubi) rebus panas bergula... Fantasi betul. Dengan nyalaan lampu gasolin menerangi warung itu, kami berborak rancak dengan pemiliknya. Ada dekat nak sejam melepak di dalam, dan bila keadaan mengizinkan, kami pun keluar berpelukan kerana kesejukan yang amat sangat.

Menuruni gunung kami merentasi pekan Lembang dan terus ke restoran Kampung Daun. Lalu menginggatkan kembali kenangan semasa honnymoon di Cherating, Kuantan. Balik ke hotel sudah capek dan langsung tidur aja... 'Second night telah berlalu begituan... rupanya faktor usia jadi taruhan...

Di kiri kanan kedai makan Nasi Padang ada menjual jamu
untuk menguatkan tenaga. Orang Bandung
ni pandai...

Nampaknya, melancong di usia hampir setengah abad ini berbeza. Berkongsi suka-duka dan lebih kepada perhubungan mesra. Kalau nak refresh cinta, mengembalikan zaman silam bisa aja...


Kalau nak jadi 'muda' kena tanya Datuk K apa rahsianya atau banyak makan jamu... atau kahwin cewat sunda!.

........
Discover Bandung
..................................
Bandung, Cihampelas & Nia Ramadhani


Sekali lagi, untuk kali keduanya, aku menjejak di bumi Parahyangan ini. Bersama Muskamal dan isterinya, kami menyusuri kota Bandung dengan lebih bebas dan lebih adventure... kecuali aku saja yang bersendirian.


Bila tidak berteman, hati ini meronta kesunyian. Aku langsung ke Bandung juga tanpa diikuti isteri yang tidak dapat cuti kerana terlibat dengan program bersama para pelajar dari Kolej Teknikal Dongyang, Korea Selatan selama sebulan. Sorang le jawabnya.

First time ke bumi Parahyangan (kota Bandung) ni pada tahun lepas (April 2008) dalam trip syarikat. Terus aku jatuh cinta. Dengan tiada teman....

Dari blogger: http://rizaliskandar.blogspot.com

Sunday, January 11, 2009

My Real Hero!!! PAHLAWAN MAT KILAU



Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya...
.................................................................

"Sesiapa Yang Tidak Belajar Daripada Sejarah Akan Terhukum Mengulangi Kesilapan Silam"
.................................................................


Sejarah: Taburan Penduduk Mengikut Mukim.

Daerah Jerantut merupakan daerah terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi. (755,771.93 hektar). Ianya bersempadan dengan negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, daerah Temerloh dan Maran di Selatan, daerah Lipis dan Raub di Barat dan daerah Kuantan di Timur. Di daerah ini juga terdapat Taman Negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya.  

Bandar utama ialah bandar Jerantut. Ianya terletak 200 km dari Kuantan dan 300 km dari Kuala Lumpur. Sungai Tembeling adalah sungai utama di sini. Percantuman Sungai Tembeling dan Sungai Jelai membentuk Sungai Pahang.  

Penduduk Daerah Jerantut pada tahun 1996 berjumlah seramai 83,699 orang terdiri daripada Melayu 66,516 orang (79.47%), Cina 10,931 orang (13.06%), India 3,214 orang (3.84%), orang Asli 1809 dan bukan Warganegara 2,059 orang (2.46%). 

Sebahagian besar daripada Daerah Jerantut iaitu 74.7% adalah terdiri daripada kawasan hutan yang meliputi kawasan Hutan Simpan dan Taman Negara. Di utara negeri ini adalah negeri Terangganu.

Di hulu Terengganu telah dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama “Ling Wai-Tai Ta“ karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178. Pada masa itu daerah ini adalah sebagai bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari segenap pelusok alam Melayu, Timur Tengah dan China bagi menjalankan kegiatan ekonomi. Ahli-ahli sejarah berpendapat foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.

Hasil keluaran Negeri itu (Foloan) termasuklah “Su“ dan “Can“ (jenis-jenis kayu Gahru), kayu Laka, Gading dan lain-lain seumpamanya; dan hasil-hasil itu diperniagakan dengan bangsa asing secara tukar barang iaitu bertukar dengan emas, perak, porselin, besi, bahan-bahan membuat barnis, arak, beras, gula dan gandum. Tiap-tiap tahun Kerajaan Foloan itu menghantar ufti kepada Kerajaan “San Fo Cih“ (Seri Wijaya).

Negeri itu (Foloan) berjiran dengan “Peng-heng“ (Pahang), “Teng-ya-nu“ (Terengganu) dan “Ci-lan-tan” (Kelantan) dan negeri-negeri itu bersamaan keadaannya.

Berdasarkan keterangan itu ternyatalah Kuala Berang pernah menjadi pusat perniagaan yang utama di Asia Tenggara di samping Seri Wijaya dalam kurun masihi yang ke 12. Selain daripada itu, disinilah juga berlakunya Perlantikan Kesultanan Terengganu Pertama.

Daerah ini juga terbukti merupakan tempat terawal menerima Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu berdasarkan catitan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H) yang dijumpai di kampung Buloh, Hulu Terengganu. Di samping itu, Daerah Hulu Terengganu juga pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan-penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri di Kampong Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kampong Pauh, Makam Tok Gajah di Kampong Pasir Nering, Makam Tok Belian Mahmud di Kampong Kemat, Makam Tun Indera di Kampong Kuala Por dan Makam Sharif Mohammad al-Baghdadi di Kampong Jenagor. 

Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain lagi di awal abad ke 19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu. Antara peristiwa yang masih menjadi ingatan sehingga ke hari ini ialah Peristiwa Padang Kacong di Kuala Telemong.

Selain dari itu, terdapat juga penemuan-penemuan seperti Kapal Batu di Gerdong yang boleh dikaitkan dengan peristiwa bersejarah. Tempat ini kini dipelihara agar ianya dapat dihayati oleh generasi yang akan datang.


Dari segi sejarah, Jerantut terkenal dengan pahlawan unggul, Mat Kilau. Nama Jerantut dari cerita orang tua-tua, ada seorang tok batin orang asli yang berpengaruh bernama Tuk. Suatu hari dia menaiki rakit di sungai pahang, tak semena-mena, rakitnya telah melanggar jeram beliau telah mati di situ juga. Jadilah dinamakan tempat jeram tuk dan hasil daripada loghat pahang setempat... Sebutannya menjadi jerantek (dieja jerantut).


LATAR BELAKANG MAT KILAU

Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau. Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, berasal dari Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.


ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU

Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung, dia diserah mengaji Quran seperti beberapa kanak-kanak lain. Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu. Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud. Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud, barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai ‘Dikir Pahang’. Oleh kerana suaranya merdu, maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang ketika itu.

Ringkasnya, tetabuh, keketuk dan zikir tempurung adalah sistem perhubungan yang mudah tetapi cukup canggih pada zamannya dan diajar menggunakannya. Pahlawan sezamannya dilatih untuk mengetahui peranannya. Musuh yang tidak mengetahui fungsi ketiga-tiga alat itu akan terperangkap. Perkara ini dilakukan secara berkesan oleh semua penglima dan pejuang bangsa Melayu, sama ada menentang penjajahan atau darurat.


Antara mereka ialah Datuk Bahaman (gambar) dan rakannya seperti Mat Kilau, Tok Gajah di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Tok Ku Paloh di Terengganu, Datuk Mahajaralela di Perak, Tok Panglima Garang di Selangor dan ramai lagi di seluruh Tanah Melayu.

Selain itu, tetabuh dan keketuk juga digunakan untuk memberitahu masyarakat mengenai kemasukan waktu solat, berbuka puasa, berhari raya, kematian dan pelbagai lagi.


HOBI MAT KILAU

Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing. Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing, maka dialah yang dijadikan jurumudi, iaitu orang yang memangkah terakhir. Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.

Setelah remaja, Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras. Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat, maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.

Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila ‘peran tua’ (ketua berburu) tidak berburu. Mat Kilau dijadikan peran. Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran. Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.


PERKAHWINAN MAT KILAU

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Sejarah tidak banyak mengisahkan tentang anak-anaknya.


ILMU YANG DIPELAJARI

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.

Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.

Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang. Mat Kilau mendalami banyak ilmu daripadanya.


SIKAP PERIBADI MAT KILAU

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin, maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.

Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bula Oktober, 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau, dengan setiap lapisan masyarakat. Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.

Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani. Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.

Mat Kilau adalah seorang yang tegas maka dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong, The Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


IMPLAKASI PECAH DAN PERINTAH PENJAJAH

Perbuatan British untuk memecah dan memerintah memang ditentang oleh segelintir raja-raja Melayu. Sebagai kebiasaan, raja Melayu pun menggunakan taktik ‘War by proxy’ seperti menggunakan Dato Maharajalela untuk membunuh Birch. Begitulah juga dengan perjuangan yang dilakukan oleh Mat Kilau, Dato Mat Saman, Orang Kaya Gagap, Orang Kaya Bahaman dan sebagainya. Tetapi, taktik ini amat mudah ditumpaskan kerana inilah taktik yang dicipta oleh British di Afrika dan negara Arab. Yang amat menjadi kehairanan kita ialah bagaimanakah seorang Advisor British boleh menjadi penasihat raja-raja dan mengeluarkan segala bentuk arahan yang diikutkan sahaja oleh raja-raja itu? Kenapakah raja-raja sanggup mengikut perintah seorang ‘advisor’ dan membelakangkan risikan para pegawai istana dan rakyatnya? Apakah ugutan yang digunakan sehingga membolehkan seorang ‘advisor’ memberi ‘arahan’ kepada seorang sultan di negerinya sendiri?


Kuala Semantan, Temerloh, Pahang

Setelah keadaan di Temerloh aman, barulah British menjalankan semula pentadbiran hariannya. British telah mengadakan perubahan sedikit demi sedikit kerana ia menganggap pentadbiran dan pemerintahan tradisional tidak teratur. Pembesar daerah dianggap tidak faham dengan sistem pentadbiran dan pembolotan hasil-hasil daerah dianggap tidak menguntungkan kerajaan. Tujuan British mengambil alih pemerintahan itu bukan untuk kebajikan rakyat tetapi lebih kepada untuk mengeksploitasi ekonomi masyarakat tempatan.

Dalam usaha menjaga jajahan ini, pegawai-pegawai British telah diarah untuk mendapatkan kerjasama penghulu dan ketua kampung. Disamping itu, pegawai-pegawai British ini juga mempunyai satu badan pentadbiran yang tersendiri di jajahan masing-masing. Badan ini terdiri daripada pegawai British (bertindak sebagai penolong pengutip hasil), Ketua Kerani dan pembantu-pembantu lain yang terdiri daripada tiga bangsa utama, Melayu, Cina dan India.

Oleh kerana pegawai British ini terpaksa berbaik-baik dengan Penghulu untuk menjalankan pentadbirannya di peringkat jajahan, peranan Penghulu ketika itu menjadi penting kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah mukim bergantung kepada kebolehan penghulu masing-masing. Disamping itu, Penghulu juga mesti mempastikan dasar pemerintahannya dan arahannya diikuti tanpa bantahan, serta melaporkan pandangan anak buahnya kepada kerajaan .

Penghulu yang mentadbir mukim dibantu pula oleh Ketua Kampung-Ketua Kampung yang terdapat di dalam mukimny. Di Jajahan Temerloh, terdapat 15 buah mukim yang terdiri daripada Jenderak, Lipat Kajang, Kerdau, Sanggang, Bangau, Perak, Semantan, Mentakab, Songsang, Lebak, Triang, Bera, Kertau, Chenor dan Bukit Segumpal. Di dalam mukim-mukim ini pula terdapat lebih kurang 68 buah kampung.

Setelah wujudnya pentadbiran British di Temerloh, di dapati telah terbentuk satu sistem birokrasi yang baru. Di dalam struktur yang baru ini, Pegawai Jajahan menduduki puncak hiraki dalam masyarakat. Ia diikuti pula oleh Penghulu dan seterusnya Ketua Kampung. Manakala masyarakat petani pula berada di tahap yang paling bawah dalam sistem birokrasi ini .

Selain daripada pentadbiran kerajaan di Temerloh, terdapat juga beberapa buah parti politik yang begerak di sini seperti PAS, UMNO dan Parti Sosialis tetapi pergerakan parti-parti ini hanya lebih jelas pada tahun 1950an iaitu pada tahun-tahun akhir sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan walau pun kegiatannya amat terhad. Sebelum itu, sekitar tahun 1941, terdapat satu gerakan politik kiri yang bergiat di Temerloh. Malah Temerloh ketika itu menjadi kawasan pergerakan politik yang agak penting. Temerloh telah dijadikan markas pergerakan Parti Kesatuan Melayu Muda Pahang. Yang lebih menarik lagi ialah ketua pergerakan Parti ini ialah Ibrahim Haji Yaakob yang sekaligus ketua PKMM dan beliau dibantu oleh Ishahar, merupakan anak jati Temerloh.


KEMATIAN MISTERI MAT KILAU

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.

The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober, 1895.

The Free Press pula memberitahu bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.




Aki Pawang Nong & Aki Mat Kilau antara Pahlawan Terbilang Pahang Darul Makmur.

Melalui sungai Lebir, Mat Kilau anak Dato’ Bahaman yang merupakan diantara pahlawan Melayu yang keras menentang penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu merantau lalu membangunkan sebuah penempatan di pinggir sungai ini untuk mengelakkan diri dari ditangkap bagi meneruskan perjuangan. Di Kg. Lebir terdapat kubur dimana bersemadinya pengikut-pengikut yang bersama-sama dengan Mat Kilau dan Dato’ Bahaman dalam menentang penjajah.

Raja-raja dan penyokong-penyokongnya terperangkap dengan kelicikan British. Dasar menasihat yang tertulis dalam perjanjian itu ditafsirkan oleh British sebagai ‘mesti menerima arahannya’.

W.W. Birch residen Perak, misalnya, pertama telah menggunakan paksaan dan kekerasan untuk menghapuskan sistem hamba abdi dan mengenakan undang-undang cukai baru yang bertentangan dengan kebiasaan hidup dan sistem pentadbiran negeri Melayu. Sultan Abdullah dan pembesarnya menolak peraturan British itu kerana ia satu kawalan ke atas bidang kuasa mereka. Dengan sokongan daripada Raja Ismail dan pembesar lain, Birch telah dibunuh di Sungai Perak. Ini dibalas oleh British dengan bedil dan meriam, pembuangan Sultan Abdullah dan seluruh kaum keluarganya ke Pulau Sycillis dan penggantungan Dato’ Maharaja Lela di depan khalayak ramai.

Dengan itu penguasaan penuh British ke atas seluruh hal ehwal pentadbiran Perak dapat dilaksanakan sepenuhnya, sehingga kuasa dan kedaulatan politik pribumi dimusnahkan; Sultan Perak menjadi sebuah boneka bernyawa. Kemasukan imigran dan modal asing menjadi begitu mudah kerana eksploitasi ekonomi Perak menjadi matlamat penguasaan British; ‘lulus kelindan, luluslah jarum’.

Kelemahan pemerintah Perak itu kemudiannya menjadi alasan untuk pembesar-pembesar Melayu lain yang mementingkan faedah peribadi untuk mengundang British mencampuri urusan negeri mereka. Seperti di Negeri Sembilan, Dato’ Kelana Sg. Ujong menggunakan British untuk membantunya mengalahkan Dato’ Bandar, yang mengutip cukai bijih di Sungai Linggi. Dengan bedilan meriam dan peluru, British menguasai negeri tersebut dengan bantuan pembesar peribumi. Ini diikuti juga oleh Selangor. Soal perebutan kawasan Klang, telah menyebabkan Tengku Kudin (anak raja Kedah) menjadi perantara di antara pihak saudagar Cina dan British untuk mengalahkan penentang mereka, raja Mahadi dan anak-anak Sultan Selangor (antaranya Raja Musa) yang dianggap sebagai lanun.

Tengku Kudin pula bekerjasama rapat dengan Yap Ah Loy untuk meyakinkan British bahawa perebutan dan pemusuhan politik kerabat di raja Selangor itu tidak elok untuk pertumbuhan perusahaan bijih timah dan perniagaan di Selangor, yang menjadi pusat pelaburan saudagar Negeri Selat (jajahan takluk British dan pusat perdagangan bebas Singapura). Sultan Abdul Samad yang terlalu percaya kepada Tengku Kudin, menandatangani perjanjian untuk menerima seorang residen British.





 Salah seorang Pawang di raja yang terkenal di zaman pemerintahan Almarhom Sultan Abu Bakar ialah Pawang Nong.Dia dilahirkan sekitor tahun 1870-1875,tarikh tepat tidaklah dapat koi temui lagi.Beliau adelah pengasas dan pembuka Kg Ulu Cheka di Jerantut.Dikatakan juge Nong ini telah berguru dengan banyak guru yang terdiri dari pawang diraja sebelum beliau yang berasal dari Guai,Bera.Ade juge yang menceritakan dia menuntut dengan seorang saudagar yg bernama Bintang terus dari Indonesia,dengan Mat Kilau Pahlawan pahang dan juge dengan seorang pawang perempuan yang bernama Pawang yang di kawasan ulu cheka.Semua cerite-cerite ini adelah cerite lisan dari mulut ke mulut sahaja.Sayang sekali tidok ade pihak yang membukukan kisoh orang hebat seperti Pawang Nong ini utnutk tatapan generasi akan datang. Layari: http://koianakpahang.blogspot.com/2012/07/pawang-tersohor-di-pahangpart-3.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KoiAnakPahang+%28Koi+anak+pahang%29



Hanya Pahang sahaja yang begitu tegas mempertahankan kedudukannya. Sultan Ahmad bukan begitu mudah dipujuk oleh saudagar British, Baginda juga menaiki takhta dengan satu perebutan kuasa daripada saudaranya yang disokong oleh Johor, British dan saudagar-saudagar Singapura.

Baginda yang juga memerintah sebuah negeri yang pernah menjadi naungan Melaka, tidak disukai oleh British; bagaimanapun Pahang yang begitu luas dipercayai mempunyai banyak potensi ekonomi. Pahang juga berdepan dengan Laut Cina Selatan boleh mengundang kuasa lain untuk menyokongnya. Ini membimbangkan British; maka dengan menggunakan pembunuhan seoarang Cina rakyat Singapura yang terbunuh di Kuantan, British telah memulas tangan Sultan Ahmad untuk menanda-tangani perjanjian menerima seorang residen British.

Tentangan Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau, cukup hebat sebagai satu tindakan terakhir rakyat peribumi menentang penguasaan British. Pemerintahan tempatan yang bersatu boleh melambatkan penaklukan itu. Kesemua peristiwa ini memperlihatkan bagaimana masalah politik dalaman telah digunakan dengan begitu cekap dan penuh muslihat oleh pihak luar untuk menjajah atau menguasai negeri-negeri tersebut.

Tentunya sebagai rakyat, pemerintah dan pemimpin sebuah negara yang telah merdeka dan telah melalui perit getir hidup dan penghinaan di bawah penjajah barat, kita cukup matang dan bijak mengendalikan masalah dalaman kita. Kita harus meletakkan kepentingan negara dan rakyat terbanyak lebih utama daripada kepentingan peribadi kita sebagai seorang pemimpin. Kita harus merasa tersinggung dengan sebuah penghinaan ke atas negara dan bangsa dan diri kita, kerana itulah tanggungjawab kita sebagai seorang warga negara. Apakah kita harus membuka ‘pekong di dada’ atau ‘meludah ke langit’ dan ‘menepuk dulang di air’, semata-mata kerana kita bertengkar dan bergaduh sesama sendiri?

Haruskah cerita rumah tangga kita diceritakan kepada orang luar, yang hanya mentertawakan kita kerana kelemahan kita dan mengambil kesempatan daripada kebingungan kita sendiri?

Di manakah maruah dan janji kita sebagai seorang rakyat yang bersumpah taat setia kepada Malaysia?



KEMUNCULAN MAT KILAU DAN HAYATNYA

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Atas daya usaha anaknya, Omar bin Mat Kilau seperti didedahkan dalam akhbar Berita Harian sekitar 1970-an, maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid Pulau Tawar.

Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah menbaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemu-ramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970. Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.


Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lebih lanjut.

Sampailah masanya kerajaan memikirkan kembali akan perit-maung pejuang-pejuang negara dan memberi penghormatan tertinggi kepada pahlawan ini sama ada dalam bentuk kewangan kepada kaum kerabatnya atau darjah kebesaran kepada arwah Mat Kilau. Tidak salah rasanya kalau sultan Pahang memberi darjah kebesaran kepadanya dalam bentuk pangkat seperti Tan Seri walaupun beliau sudah lama mangkat demi mengenangkkan jasa perjuangannya membebaskan negara dari penjajah. Elok rasanya kalau kerajaan membangunkan tempat lahirnya pahlawan ini dan dijadikan tempat bersejarah seperti di Perak, di mana tempat Pahlawan maharaja Lela berjuang mempertahankan negeri itu dari penjajah.




Makam Mat Kilau

Kita boleh katakan bahawa perjuangan mereka adalah untuk kemerdekaan, dengan erti kata mempertahankan kebebasan, telah bermula di sekitar tahun 1511. Ketika itu, pembesar (Bendahara Paduka Raja) bersama rakyat Melaka berjuang menentang pencerobohan Portugis untuk menaklukinya. Dalam akhir abad ke-19 membawa kepada permulaan abad ke-20 pula, pembesar-pembesar Melayu seperti Maharaja Lela di Perak, Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu telah memimpin pengikut-pengikut mereka menentang penjajah Inggeris yang cuba hendak bertapak di Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua perjuangan ini tewas...

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Wajah Tunku menurunkan Union Jack berbaur dengan lirikan Tun Razak. Dua tokoh yang banyak jasa kepada warganya. Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan Maharajalela. Wajah-wajah yang teguh pada akalnya. Kita kagum kepada mereka. Merekalah pejuang sebenar. Pahlawan yang tidak berani membelakangi rakyat. Merekalah pejuang reformasi sebenarnya. Merekalah yang berjuang untuk rakyat, bukan menggunakan rakyat untuk kekuatan peribadi. Merekalah yang membebaskan tanah air ini. Merekalah pejuang sejati dan layak digelar tokoh reformasi. Reformasi bukan bermakna rusuhan jalanan. Reformasi yang sebenarnya adalah menggerakkan minda rakyat untuk kedamaian sejagat.

Walaupun lumpuh semasa dijajah oleh kuasa-kuasa Barat dan adakalanya diserang dan ditakluk oleh bangsa jiran yang berbudaya dan beragama lain, Bangsa Melayu dapat mengekalkan identiti tamadunnya. Malangnya selepas kejatuhan Melaka, bangsa  elayu tidak lagi menjadi satu bangsa dengan wilayah tertentu. Seperti bangsa-bangsa Eropah dahulu, orang Melayu terbahagi kepada wilayah-wilayah kecil yang masing-masing diperintah oleh raja-raja...

Penyatuan sebagai satu bangsa tidak berlaku terutama kerana dasar “divide and rule” yang diamalkan oleh British. Identiti negeri-negeri diperkuatkan oleh British walaupun seluruh Semenanjung diletak di bawah kuasa mereka.

Akibatnya tidak ada usaha secara serentak dan bersama untuk menebus balik kebebasan bangsa Melayu. Jika ada pun penentangan terhadap penjajahan, ia berlaku secara kecil-kecilan dan berasingan dan ditumpas dengan mudahnya  leh penjajah. Demikian pemberontakan oleh Tok Gajah, Mat Kilau, Dato Sagor, Tok Janggut dan lain-lain. Tidak ada sokongan daripada orang Melayu kepada mereka. Penjajahan diteruskan dan orang Melayu kembali tenang dan bersedia untuk berada di bawah pemerintahan British.

Bibit-bibit nasionalisme bermula apabila calon-calon untuk latihan perguruan ditempatkan di Maktab Perguruan di Tanjung Malim. Buat kali pertama orang Melayu dari negeri-negeri yang berlainan mengenali diri mereka sebagai orang sebangsa dan seagama, yang menduduki negara yang sama. Dengan itu mereka merancang untuk menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Pendapat yang sama terdapat juga di wilayah etnik Melayu yang dijajah oleh Belanda, iaitu Gugusan Pulau-Pulau Melayu yang kemudian dikenali oleh nasionalis sebagai Indonesia.

Perpaduan Melayu di Semenanjung hanya berlaku apabila pihak British merancang untuk menidakkan hak Melayu di Semenanjung  engan menggabungkan negeri-negeri melayu dan Negeri Selat dalam satu persatuan yang dinamakan `Malayan Union’. Berhadapan dengankemungkinan hilangnya tanah Melayu dan dengan itu bangsa Melayu, kemungkinan orang Melayu menjadi satu kaum dan bukan satu bangsa, maka barulah tumbuh kesedaran yang menggerakkan orang Melayu untuk bersatupadu dan bertindak bersama menebus bangsa dan tamadun Melayu.

Hari ini bangsa Melayu hidup semula sebagai satu bangsa. Berkat perpaduan, mereka berjaya membebaskan diri dan mendapat peluang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan menghidup semula budaya dan tamadun Melayu. Kebolehan orang Melayu tidak perlu dipersoal. Mereka memang boleh mendirikan tamadun Melayu moden yang sama seperti tamadun bangsa-bangsa maju di dunia.

Soalnya ialah apakah kita benar-benar ingin menebus kebesaran tamadun Melayu? Kita tidak perlu mengkhayalkan diri kita dengan cerita-cerita lama berkenaan keagungan Melaka atau Sri Wijaya atau lain- lain. Lebih-lebih lagi jangan kita tokok tambah kepada  ebenaran seperti yang sering dibuat oleh ahli sejarah bangsa-bangsa lain. Kita perlu pegang kepada kenyataan dan menjadikan segala kesalahan lama kita yang menyebabkan kita dijajah selama 450 tahun sebagai pengajaran. Ingatlah mereka yang lupa akan sejarah (yang sebenar) akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali. Jika tidak hendak dijajah sekali lagi, dan ini memang mungkin berlaku dengan rancangan globalisasi, maka janganlah kita ulangi kesalahan kita dalam sejarah. Tidak ada kuasa sakti, tidak ada Sang Sapurba Trimurti Tribuana, tidak ada Demang Lebar Daun dan tidak ada todak yang akan menyelamat kita, kita orang Melayu, kita orang Islam dengan agama dan tamadun kita.

Realiti hari ini ialah orang Melayu sebagai orang Islam sedang diserang dan ditindas bukan kerana kita bersalah tetapi kerana kita lemah. Dalam dunia “Mightis Right” kekuatan menghalalkan segala-galanya. Kita tidak boleh berharap kepada keadilan atau kepada belas kasihan orang. Tamadun Islam dan tamadun Melayu memang gemilang tetapi kegemilangan yang dahulu hanya mencerminkan ketidak gemilangnya zaman ini.



Pantun Melayu berbunyi:          
“Pulau Pinang negerinya baru
    
Capitan Light menjadi Raja
    
Bila terkenang zaman dahulu
    
Duduk mengalir air mata”



Air mata kita tidak mengalir sekarang. Kita etnik Melayu sudah bebas. Tamadun kita sudah hidup semula. Tetapi memandang akan kecapaian etnik Melayu/Islam semasa, bukanlah sesuatu yang mustahil kita akan mengalir air mata sekali lagi, mengenang zaman ini.

Kita boleh berbangga umat Islam berjumlah 1.3 bilion dan etnik Melayu 300 juta tetapi jumlah yang besar tidak menjamin kebebasan ummah dan amadun. Orang Cina juga 1.3 bilion dan perpaduan serta kekuatan mereka berkali ganda lebih daripada umat Islam.

Kita boleh salahkan orang tetapi idak mungkin kita menyuruh mereka betulkan diri mereka supaya kita akan dapat manfaat daripadanya. Sebaliknya kita berkuasa ke atas diri kita. Jika pembetulan hendak dibuat untuk kebaikan kita, kita sendirilah yang perlu mengusahakannya.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



Berikut adalah antara amalan-amalan yang pernah beliau miliki:

Amalan 1:
Untuk Kebal (Aman dari Senjata Musuh)
Bismillah Lam Zat Kam sifat Lam Ghat rohku jaga-jaga Ya Hu Ujud Allah Ya Hu Rahimallah Ya Hu sifat Allah Ya Hu Ya Allah hai Jibril Israfil Izrail Mikail adangkan aku selitkan nyawa di dalam kandang Laila Hail LaAllah binasa Allah binasa aku tiada binasa Allah tiada binasa Aku menyelamatkan aku Allah Muhammad bersertaku dengan berkat Laila Hail LaAllah Ahlikum Nabaz si berkat besi sampai semua yang bernyawa tidak dapat menentang mataku aku berdiri di dalam kandang Laila Hail LaAllah dengan berkat guru-guruku Laila Hail LaAllah

Amalan 2:
Ilmu Limunan (Menghilangkan Diri dari Penglihatan Musuh)
Wa Atbaaka Palaka Kun suaraku Kairun rahsiaku hai alam akulah yang bernama Nakad yang tiada berlawan Satakun AH AH AH Sumun Bukmum Bania Bikum (3 kali) Ah lenyap aku di dalam zat Allah Ah hilang aku di dalam zat Allah Ah senang aku di dalam zat Allah Ah ghaib aku di dalam badan Zat Allah yang tiada bersifat AH AH AH HU

Amalan 3:
Untuk Kuat dan Gagah
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah
(Catatan : ibu jari pegang buah pinggang, urut ke depan tiga kali)

Amalan 4:
Pendinding Diri dan Meringankan Badan
Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa
Laila Hail LaAllah

...............................




 

Masjid berkenaan yang merakamkan detik sejarah penuh suka dan duka masih wujud hingga ke hari ini di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Usianya hampir 200 tahun. Terletak kira-kira 30 minit dari bandar Jerantut. Suasana kehidupan tradisional masyarakat Melayu yang bermastautin di pesisiran Sungai Pahang masih tebal. Malah degup sejarah serta nostalgia abad ke-18 dan 19 seolah-olah baru sahaja berlalu. Masjid lama itu terletak berdekatan tebing Sungai Pahang yang jernih airnya.

Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan Melayu Tok Gajah, Mat Kilau, dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajah Inggeris di Pahang. Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an. Perkembangan institusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu. Di situlah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim, Imam Daud dan Imam Yahya. Masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah. Malahan banyak pelajar dari seluruh Jerantut, Kelantan dan Terengganu datang belajar di situ pada kurun ke-18. Menurut keterangan orang-orang tua, tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an. Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.


Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang. Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau. Yang lebih unik, sehingga ke hari ini, sebatang tongkat yang dibuat daripada kayu teras berusia hampir sama dengan pembinaan masjid asal masih tersimpan rapi dan digunakan oleh khatib sewaktu membaca khutbah. Sebuah beduk kayu yang juga berusia hampir dua abad hilang dari masjid berkenaan dipercayai dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab beberapa tahun lepas.

Di masjid lama Pulau Tawar itulah berlaku sejarah pengistiharan diri Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau pada 26 Disember 1969 setelah menghilangkan diri buat sekian lama. Sebelum mengisytiharkan dirinya pada hari Jumaat, Mat Kilau pernah beberapa kali singgah di masjid itu menyamar sebagai peniaga dan orang luar. Sehingga pertengahan tahun 1995 tinggallah masjid lama tersebut digigit sepi malah diselimuti dengan semak samun setelah penduduk di situ menggunakan masjid baru. Namun masjid lama itu sering didatangi oleh ahli sejarawan tempatan, siswa universiti, pelajar sekolah serta orang perseorangan untuk merakamkan sejarah dan melihat seni bina di luar dan dalamnya. 
.....................................................
  
Mat Kilau dalam perjuangan Melayu

Mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa, negara serta agama adalah merupakan jihad pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam. Mereka berjuang dengan gagah berani dan rela mati untuk memerdekakan negara kita dari cengkaman penjajah selama beratus-ratus tahun. Salah seorang pejuang ini ialah Mat Kilau. Pahlawan terbilang ini masih mempunyai zuriat keturunan pada hari ini. Kepada zuriat keturunan beliau, kami merakamkan rasa hormat dan kagum atas perjuangan dan jasa besar Mat Kilau dalam perjuangan Melayu menentang penjajah.

Kami memaparkan kisah beliau di sini untuk memberi kesedaran pada kita semua agar sentiasa waspada dan bersedia untuk menghadapi segala macam bentuk ancaman musuh. Nusantara telah dijajah selama beratus tahun dan kemudian dipecah dan dipisah-pisahkan menjadi beberapa negara yang berasingan dengan tujuan untuk melemahkan orang-orang Melayu. Mereka menyusun strategi untuk melemahkan Melayu kerana mereka dapat tahu (dari teks-teks silam) bahawa orang-orang Malai ini akan sekali lagi menjadi pemimpin atau peneraju dunia di akhir zaman.

Mereka jajah kita dan telah berjaya melaksanakan apa yang mereka harapkan. Kini, walaupun banyak negara yang terjajah ini sudah merdeka, rakyatnya masih berada dalam keadaan yang mundur dan minda mereka terus dijajah. Kami mahu kisah kepahlawanan Mat Kilau ini menjadi input yang dapat menyedarkan kita betapa perlunya kita sentiasa peka dan sentiasa bersedia untuk menangkis ancaman-ancaman yang datang dengan menggunakan berbagai bentuk kebijaksanaan atau hikmah.

Kami paparkan juga amalan-amalan Mat Kilau bagi memberi kesedaran kepada kita semua bahawa kita perlu kembali kepada ajaran Islam dan jangan leka dibuai oleh segala macam godaan yang sengaja disebarkan secara meluas oleh Barat agar kita terus lemah dan mengagungkan mereka.

Amalan Mat Kilau yang dicatat di atas itu termasuk dalam ‘ilmu perang’ orang-orang Melayu zaman dahulu. Ia dicatat untuk menambah pengetahuan saja. Sekiranya anda mahu menuntut ilmu kepahlawanan, carilah guru-guru yang berkelayakan. Di Nusantara ini terdapat semakin ramai pahlawan Melayu yang tinggi ilmunya, dan pada pendapat kami, ciri kepahlawanan ini akan terus wujud dan subur di kalangan bangsa Melayu, selagi Melayu bernama Melayu.

Bagi anak-anak muda Melayu, eloklah ambil tahu mengenai sejarah pahlawan Melayu. Sebagai salah satu contoh, Panglima Salleh (Kiyai Salleh) di Batu Pahat, Johor adalah merupakan seorang pahlawan Melayu yang tidak patut dilupakan begitu saja. Mudah-mudahan artikel ini dapat membangkitkan kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya kita berada dalam keadaan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tuntutlah ilmu pengetahuan di berbagai bidang (bukan ilmu kepahlawanan saja) untuk membolehkan bangsa Melayu sentiasa berada di depan dan disegani.

...................................................................




Inilah wajah Pahlawan Mat Kilau yang diambil pada tahun 1970

Untuk renungan bersama, eloklah saya catat satu bidalan Melayu yang berbunyi:
‘Silap fikir jadi hamba orang’.

Wassalam.
4 Responses to “Rahsia - Mentera dan amalan Mat Kilau (Pahlawan Pahang)”

1. UmatMelayu Says:
May 5th, 2008 at 8:24 pm

Mmm..inilah pahlawan sejati yang berjuang menentang anasir jahat. Nama mereka sepatutnya disebut sebagai tokoj pejuang kemerdekaan, bukan nama T**** Ab* R***** yang hanya tahu berunding…(kalau berdunding mestilah ada syarat2nye..bukan senang2 british yg cerdik tu nak lepaskan malaya macam tu je..). Tak lupa jua kepada Datuk Onn Jaafar kerana sanggup keluar UMNO utk terus memperjuangkan melayu kerana tidak sanggup menggadaikan tanah aoir kepada bangsa asing. Dek sikap untuk cepat pppular beberapa orang pemimpin dahulu, kini lihatlah nasib orang melayu di bumi sendiri..

2. cam Says:
May 18th, 2008 at 12:19 am

Menarik. yg koi tahu, mat kilau ni dicap penderhaka oleh Sultan Ahmad (bukan yg skrg ni) kerana Sultan Ahmad memerlukan british bg mengelakan negeri pahang diserang oleh negeri yg lain. British pun apa lagi, yahoo la. Yg anggap mat kilau ni penderhaka ialah Sultan sendiri. Mat kilau kalah sebab bendahara Tengku Ali (agak koi le. dah lupa sbb research buat masa muda dulu) ni tahu kelemahan mat kilau. Biasa la, melayu rosak sbb melayu.

3. Tan Mei Ling Says:
May 29th, 2008 at 11:43 pm

Assalamu’alaikum wrbkth..
Sebagai ‘orang saudari baharu dalam Islam - mualaf’ saya difahamkan bahawa ‘menduakan Allah SWT’ adalah syirik.. Na’uzubillah..!!

Apa yang saya pelajari sedangkan Baginda Rasullullah pun tidak KEBAL dan tidak GHAIB..!!! samada dalam peperangan atau penhijrahan..!!!..

Pelik jugak ada jampi serapah yang entah mana gurunya…

Maafkan saya sekiranya saya keterlaluan.

Ikhlas dari saya
Mei Ling TAN ABDULLAH
4. PakarHowTo Says:
May 30th, 2008 at 9:36 am

waalaikumussalam warahmatullahi wabarokaatuh…

pertamanya, tahniah diucapkan atas KEMBALI nya saudari ke dalam agama yang haq…ISLAM.
syukur pada ALLAH atas hidayahNYA buat saudari.

dan terima kasih juga atas pendapat dan peringatan yang diberikan.
memang benar apa yang saudari katakan.

namun, dalam konteks amalan matkilau ini,
saya melihat ianya hanya sekadar ‘ilmu kepahlawanan melayu’ yang tidak bercanggah dengan batasan syariat.
mentera yang dibacakan mungkin berbunyi agak pelik,
tetapi hakikatnya, kita mengakui bahawa SEMUA MANFAAT dan MUDARAT adalah SEMUANYA HANYA DENGAN KEIZINAN DARIPAD ALLAH TAA’LA.

Semasa peristiwa komplot pembunuhan Nabi SAW oleh kaum musyrikin, Nabi SAW sendiri membaca permulaan surah Yaasin bagi ‘menutup mata’ musuh semasa keluar dari rumah baginda yang dikepung oleh musuh. (baginda SAW berjaya keluar dengan selamat tanpa disedari oleh musuh walaupun rumah itu telah dikepung oleh ramai musuh2 baginda).

wallahu’alam.


...................................................................


Source:

Pamflet Darul Makmur - puisi Arisel Ba

Haji Buyong Adil - Sejarah Pahang cetakkan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1984.

Sejarah Malaysia: Pentafsiran dan Penulisan - Zainal Abidin bin Abdul Wahid

Jerantut Health Department, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur, MALAYSIA. Tel: 6 09 2661905, Fax: 6 09 2665430. All that have been mentioned are based on my personal experience in Jerantut. Should you have any comment or suggestion, please email me at drj@pd.jaring.my or visit me at www.mohtrg.gov.my (Terengganu State Health Department Homepage).

©2001 Pejabat Daerah & Tanah Hulu Terengganu

Rencana Am: ntara gema tetabuh, keketuk dan zikir tempurung - Maarop Md Noh

MERDEKA UNTUK APA DAN UNTUK SIAPA? - Oleh Dr Syed Husin Ali.

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM KETIGA -
DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Buku Sejarah Negeri Pahang -Tokoh yang terkenal di Pahang Haji Zakaria Hitam atau Pak Zek


*** Dari penceritaan Abang Kandung Penulis: Mohamad Jasni bin Yaakob - dari Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Al Fatihah untuk Allahyakham Datuk Mat Kilau (dari cucu cicit piut) semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada.


.................................................................



Puisi Arisel Ba


Pamflet Darul Makmur

Di era zamin eran dan inderapura
laut cina selatan mengasuh gelora
pulau tioman mengukir lagenda
tasik cini dan tasik bera destinasi wisata
sungai pahang, jelai, tembeling deras arusnya
pantai cerating, teluk cempedak indah pantainya
gunung tahan, gunung benom berdegap gagah
gua kota gelanggi, gunung senyum misteri berkisah
kuala lipis, cenor, pekan menitip sejarah berdarah

pahlawan pahang sejarahnya menggegar
bahaman, tok gajah, mat kilau, panglima muda jempol tersohor
di era british dituduh penjajah sebagai penentang
ibrahim yaakub, ishak haji muhammad terbilang
pemikir dan pujangga pra-merdeka gemilang
tun abdul razak, abdul rahman talib putera kemajuan
pejuang patriotik akitek pendidikan berwawasan
s.romainor, sarimah, sudirman, siti nurhaliza
bintang seniman tersohor menjadi idola
ahmad kotot, keris mas, ibrahim omar berjasa
sasterawan terkenal berani jana budaya bangsa

teguklah, mandilah air sungai pahang hulunya
jelai, tembeling, lipis, semantan berlondar naga
menjenguk tragis lubuk terua, pulau tawar, gunung lintang
bernostalgia di bukit gebuk, lubuk pelang, lubuk mentenang
menjengah bukit betong, bukit jong, pahang tua, gancong
menjelau sejarah jeram ampai, jeram koi, dusun pinang
bukit segumpal, lubuk paku, lamir dan langgar bercerita
mandilah air dingin tasik cini dan tasik bera
mendaki ke gunung benom dan gunung tahan dengan gapa
di gunung senyum dan gua kota gelanggi merenung makrifat
di guai, lubuk kawah dan berhala gantang berguru hakikat

mari limaukan keris lembing tirkah, kemenyan seruan
demi islam, roh melayu tanah darul makmur yang hana
menentang penjajah era globalisasi tanpa sempadan
setiap hari memancar khabar warga di cakrawala
tujuh taufan dari tujuh lautan, empat penjuru angin
darul makmur berdegap gagah di persada buana
darul makmur dalam sejarah ternama



8 September 2001 – 1 Februari 2004,
Kuantan, Pahang

...................................................................


Post a Comment On: nota global
"My Real Hero!!! PAHLAWAN MAT KILAU"
2 Comments - Show Original Post Collapse comments

Blogger IZWAN said...

Assalamualaikum..

Semalam, usai saya membaca tentang Sultan Abdullah dan kronologi perpecahan kesultanan di Perak dan signifikannya dengan sifat tamak dan ego sang penguasa yang akhirnya menyebabkan rakyat dibawah merana.. Saya tidak menidakkan kejaguhan mereka dan keris, saya tidak menidakkan mereka sebagai pahlawan bangsa cuma saya disini harap kita tidak lewa dan alpa kerna terlalu mengagungkan..

Kejatuhan kota Melaka dan pemerintahan lain pada zaman tanah Melayu dulu kita jadikan tauladan, dek kerna keangkuhan mereka yang bergelar dengan berbagai gelaran lalu rakyat di bawah sama sekali dipinggirkan. Alahai ceteknya mereka yang bergelaran dan pangkat, sangat dangkal dengan bermacam kepolitikkan..

Mat Kilau dan para pahlawan yang lain berjuang kerna apa?

Mereka berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan.. Tapi adakah kesaksamaan itu untuk rakyat atau untuk mereka di atas?
Adakah wajar rakyat dibiar melarat tapi yang diatas berlagu diatas kerusi bergelak tawa semacam tokeh tua..

Saya cuba mempersoalkan kerna saya masih belum jelas.. Saya percaya yang satu, yang kuasa itu hanya Allah yang satu tiada tandingan hanya Dia yang satu..

July 28, 2008 2:42 AM
Blogger bahazain said...

Assalamualaikum


Sejarah memberi pedoman untuk kita berfikir lebih bijaksana dan bertindak lebih baik.Sejarah tempatan dan kepahlawanan memberi akar kepada kehidupan sesuatu bangsa untuk yakin dan bangga akan kewujudannya. Kenapa tidak sdr bukukan kisah Mat Kilau yang sangat menarik sdr kisahkan.Tahniah.Artikel saya dlm D.Sastera? Kadang-kadang menulis ringkas dan padat agak rumit juga.
Blog sdr sangat entertaining. Seronok ikuti

July 30, 2008 7:49 AM

sila layari: http://koianakpahang.blogspot.com/2012/07/pawang-tersohor-di-pahangpart-3.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KoiAnakPahang+%28Koi+anak+pahang%29


.......................

Dari: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121110/re_06/Jejak-pahlawan-Mat-Kilau 

Jejak pahlawan Mat Kilau


USUK tubuh Mat Kilau tidak lama selepas mendedahkan identitinya pada 26 Disember 1969.



DALAM usaha mempertahankan agama dan tanah air, bukan sedikit pengorbanan dituntut. Usahkan keringat, malah rembesan darah juga ada kalanya seakan-akan lumrah bagi mereka yang sanggup mati demi kedaulatan bumi tercinta.

Semua itu dibuktikan oleh sejarah. Nama-nama seperti Penghulu Dol Said di Naning, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Maharajalela di Perak serta Tunku Muhammad Saad di Kedah seolah-olah tidak pernah gentar dengan maut dalam mendepani asakan penjajah.

Begitu juga di Pahang. Orang Kaya Setia Perkasa Semantan, Datuk Bahaman bersama Orang Kaya Indera Gajah Pahang, Tok Gajah sanggup mengetepikan kesenangan hidup hanya kerana tidak mahu tunduk kepada Inggeris meskipun ditekan habis-habisan agar menyerah kalah.

Sewajarnya, semangat perjuangan wira-wira berkenaan perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda hari ini. Tidaklah nanti ada antara mereka yang terlupa tentang jerih perih kehidupan sekiranya maruah bangsa tergadai.

Berbicara tentang pejuang-pejuang negara, tentunya nama yang tidak terlepas daripada menjadi sebutan adalah Mat Kilau.


Kemunculan semula legenda itu pada 26 Disember 1969 menggemparkan tanah air setelah beberapa kali dikatakan meninggal dunia ketika menentang penjajah.

Bermula dari situ, timbul satu persatu rahsia yang tersembunyi. Kisah-kisah lama mula terungkai sehingga mendatangkan rasa takjub orang ramai pada waktu itu.

Bagi merungkai semula cerita-cerita itu, wartawan S2, MOHD. RAFIE AZIMI bersama jurugambar, AMIN FARIJ HASAN menjelajah ke bumi Pahang bagi menjejak kisah pahlawan Melayu, Mat Kilau atau nama sebenarnya, Muhamad. Beliau adalah anak kepada Rasu Abdul Salam (Tok Gajah).




Tok Guru Peramu adalah Datuk Bahaman?

SETELAH Mat Kilau mendedahkan identitinya, seorang lagi pahlawan, Mat Saman Sulaiman yang menggunakan nama samaran Mat Kelantan turut melakukan perkara sama.

Namun, masyarakat masih tertanya-tanya mengenai identiti sebenar seorang lagi individu yang terkenal di Kuantan dan berilmu tinggi iaitu Tok Guru Peramu.

Ada yang beranggapan, Tok Guru Peramu merupakan Datuk Bahaman atau nama sebenarnya, Tengku Abdul Rahman Tuanku Imam Nuh.

Walau bagaimanapun Tok Guru Peramu tidak pernah mengakui hakikat tersebut sehingga beliau meninggal dunia pada 23 Julai 1977.

Jika ada yang bertanya, maka akan diherdiknya orang itu meskipun beliau sering bercerita mengenai Tok Gajah, Mat Kilau dan para pejuang lain.

Namun beberapa individu ditemui S2 yakin bahawa Tok Guru Peramu adalah Datuk Bahaman. Salah seorang daripada mereka adalah Guru Tua Silat Terlak, Abdul Rahman Jaafar, 75.

Menurut Abdul Rahman, keyakinannya itu bersandarkan kepada satu peristiwa yang dialami sekitar 1970-an yang mana beliau bertemu dengan Tok Guru Peramu.

"Nenek saya bernama Hawa ada memberitahu bahawa Datuk Bahaman masih hidup. Beliau turut menyerahkan badik yang didakwa pemberian Datuk Bahaman kepadanya.

"Kata nenek, kalau benar orang yang kamu temui itu Bahaman, dia akan tahu nama badik ini iaitu, Khairulzaman," katanya.

Abdul Rahman menambah, apabila kecoh orang mengatakan Tok Guru Peramu itu Datuk Bahaman, beliau membawa badik itu untuk bertemu tok guru tersebut. Ketika itu neneknya sudah meninggal dunia.

Sebaik sahaja melihat badik itu katanya, Tok Guru Peramu mencabutnya dari sarung lalu mencium sebanyak dua atau tiga kali. Diletakkan di bawah pahanya lalu ditanya dari mana Abdul Rahman mendapat badik itu.

"Saya terangkan daripada nenek. Lalu saya tanyakan namanya. Tok Guru Peramu mengajak saya makan dan minum dahulu. Hanya selepas itu baru diberitahu bahawa nama badik itu adalah Khairulzaman seperti diberitahu nenek.

"Pahlawan itu juga mengakui bahawa badik tersebut diberikannya kepada nenek yang menggunakan nama Yang Esah sewaktu awal perkenalan mereka dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Guru Tua Seni Silat Cekak Menanti, Mat Salleh Tahar, 76, turut mendakwa bahawa Tok Guru Peramu pernah mengaku padanya bahawa dirinya adalah Datuk Bahaman.

Ditanya bagaimana perkara itu boleh berlaku, beliau menjelaskan Tok Guru Peramu mulanya menyatakan bahawa terpulang kepadanya untuk mempercayai apa yang hendak diberitahu.
Tok Guru Peramu pada mulanya berkata "Akulah Raja Sulaiman," sebelum berhenti seketika dan menyambung "Akulah Datuk Bahaman,".

Dalam pada itu, cucu Mat Kilau, Mohd. Alhamadi Abu Bakar, 46, menceritakan bahawa bapanya, Abu Bakar Awang pernah diarahkan Mat Kilau agar bertemu Tok Guru Peramu ketika pahlawan itu semakin hampir untuk membuat pendedahan mengenai identitinya yang sebenar.

"Apabila tiba di rumah Tok Guru Peramu, ayah yang sememangnya diketahui sebagai menantu Mat Siam memberitahu tok guru mengenai niat Mat Siam untuk 'keluar'.

"Tidak semena-mena, Tok Guru Peramu seakan-akan naik angin dan mengatakan bahawa 'orang di hulu dah nak mati' kepada ayah. Mungkin perkara itu ada kaitan dengan sumpah mereka untuk tidak mendedahkan identiti masing-masing suatu ketika dahulu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121110/re_09/Tok-Guru-Peramu-adalah-Datuk-Bahaman?#ixzz2C9qzZ3Ul
© Utusan Melayu (M) Bhd

.......................................................


Pandangan Mat kilau terhadap Orang Melayu
.....................................

"Orang Melayu ini seperti Buah Manggis"

         - Kata Pahlawan Mat Kilau 1969


Jika dilihat Sejarah Kerajaan Islam Melayu dari Zaman Kesultanan Kedah Tua, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Acheh, Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang atau Kerajaan Mataram di Jawa sekalipun Kerajaan tersebut tumbang bukanlah disebabkan Kekuatan Armada Tentera Penjajah.

Kerajaan tersebut tumbang kerana "Senjata Makan Tuan" iaitu Budaya Menikam dari Belakang yang masih diamalkan orang Melayu hingga kini.

Budaya "Api dalam Sekam" yang menular dalam Pemerintahan akhirnya menjadi "Musuh Dalam Selimut" yang masih sukar dibendung.


Lihat sahaja kekalahan Dol Said di Naning pada tahun 1831.

-Rujuk Kisah Perang Naning 1 dan 2.

(Dol Said Dikhianati Oleh Pengikutnya Yang Berpaling Tadah Kepada Penjajah Setelah Diberi Ganjaran Beberapa Keping Wang Emas)

Dol Said bukanlah calang-calang Orangnya bukan sahaja hebat dari segi Kepahlawanannya bertarung dengan Musuh tetapi ketinggian Ilmu Kerohanian Agamanya.

Beliau tewas bukanlah disebabkan Penjajah atau Musuh itu lebih hebat ketika berperang tetapi tewas disebabkan wujudnya orang-orang yang seBangsa dan seAgama yang menjadi "Talam Dua Muka" dan sanggup berpaling tadah terhadap perjuangan mereka sendiri.

Demikian juga masalah yang dihadapi oleh Dato Bahaman Orang Kaya Semantan, Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu yang pernah di serang Penjajah di Tembeling hingga dikatakan terpaksa berundur di sempadan Siam. Mereka berundur bukan kerana takut pada Penjajah tetapi berundur kerana tidak mahu lebih ramai rakan-rakan yang menjadi Korban akibat pengkhianatan Orang Melayu itu sendiri.

(Mat Kilau dikhianati segelintir Orang Melayu yang memberitahu Penjajah pegerakkan dan persembunyian Mat Kilau di Tembeling, Jerantut dan persembunyiannya beberapa Kubu penting hingga beliau terpaksa berlindung dengan Tok Ku Paloh Terengganu).

Semasa kemunculan Mat Kilau pada tahun 1969, beliau pernah ditanya oleh beberapa kenalan termasuk dari Guru Silat saya sendiri yang pernah berjumpa dan berhadapan dengannya.

Antara Soalan yang ditanya pada Mat Kilau adalah tentang Perjuangan Melayu menentang Penjajah.

Mat Kilau menjawab,

"Orang Melayu ini seperti Buah Manggis,
Di luarnya Hitam, Dalamnya Putih..."

Bermaksud:

"Orang Melayu ini semangatnya hanya meluap-luap semangatnya pada Zahirnya sahaja.
Sedangkan Batinnya masih Lembut".

Katanya lagi,

"Buah Manggis juga bergetah,
Sama seperti Buah Bacang,
Sayangnya Buah Manggis tidak BerBisa seperti Buah Bacang yang kalau ia disentuh boleh menyebabkan Kulit menjadi Kudis".

Ia bermaksud luahan hati Mat Kilau ketika itu yang kecewa dengan Bangsa Melayu di zamannya yang mudah ditakutkan atau tidak berani melawan apabila terancam hanya segelintir dari mereka sahaja yang sanggup berjuang hingga sanggup meninggalkan keluarga, harta benda, pangkat kekayaan dan gelaran serta kampung halaman untuk berjuang menentang Penjajah..

Mat Kilau juga menjawab Orang Melayu juga ibarat "Buntut Buah Manggis ",

"Kalau Buah Bunganya Kembang Lima,
Maka Isinya juga Lima,
Kalau Bunganya Kembang Enam,
Isinya juga Enam..."

Maksudnya:

Orang Melayu di zamanya tidak dapat Menahan dan Menyimpan Rahsia-rahsia penting mengenai Strategi Perjuangan Sulit mereka.

Inilah sebabnya Bangsa Melayu di zamannya Gagal Menentang Penjajah.

Kesimpulannya,

Jatuhnya Kerajaan Islam Melayu itu sendiri atas Faktor:

- Kezaliman Diri Mereka Sendiri

- Budaya Rasuah (Dapat Ganjaran Wang Emas, Pangkat dan Harta dan Gelaran Dari Penjajah)

- Fitnah(Budaya Dengki Sesama Sendiri)

- Pengkhianatan (Tikam Belakang, Rebut Jawatan Pembesar)

Kesemuanya itu disebabkan Lemahnya Akidah mereka untuk memperjuangkan Pengorbanan Harta Benda, Nyawa dan Negara.

Bukan sahaja di Tanah Melayu sendiri tetapi juga di Era atau Zaman Khulafa Al Rasyidin, Umaiyah, Abbasiyah hingga Uthmaniah juga terkena Penyakit yang sama.

Persoalannya Wujudkah lagi "Budaya Talam Dua Muka" oleh Bangsa Melayu di zaman Moden ini ???

Ia masih tetap wujud !

"Islam Melayu, Melayu Islam"

"JihadulBilNafsi JihadulBimal"



Hari-hari terakhir seorang Pahlawan



Walahualam..