ads

Sunday, December 27, 2009

Najat - Kehidupannya ibarat perjalanan sebuah bahtera yang tiada kemudi...


Kehidupannya ibarat perjalanan sebuah bahtera yang tiada kemudi, akibat tiada tanda penunjuk arah di lautan, bahtera menujah terus ombak ganas, ribut taupan dan batu karam...





Disurahkan, Dia berkahwin ketika berusia 12 tahun dengan seorang guru berumur 20an, di mana kawan-kawannya masih bermain tayang di bawah rumah. Takdir menentukan segalanya, keperitan hidup akibat kematian bapa semasa Jepun menjajah Tanah Melayu sekitar 1940an, membuatkan si ibunya mengambil jalan singkat. 

Perkahwinan adalah cara meringgankan beban si ibu membesarkan enam orang anak. Dan di sebuah malam tanpa bulan berlangsunglah perkahwinan serba ringkas. 

Umur 14 tahun dia melahirkan anak. Usia sementah itu dia terpaksa berpisah pula dengan anaknya ketika berumur empat tahun akibat emak mentua tidak menyukai dan menentang keras perkahwinan itu. Malah semasa anak sulungnya dilahirkan, si suami tidak pernah menjenggok dan bertanya khabarnya di kampung. Semasa anaknya berusia hampir empat tahun barulah si suami datang menjengok. Anehnya si suami yang kerkerjaya pendidik ini mengikut saja apa nasihat dan bentakkan ibunya tentang perkahwinannya itu.

Akibat pujukan dan kata-kata penuh kehalusan si anak di bawa ke Jerantut, Pahang. Kononnya melepaskan rindu dan akan dihantar kembali kepadanya. Terpisahlah ibu dengan anak... Si suami berjanji akan menghantar anaknya pulang tetapi itu semua janji kosong semata. Manis kata di bibir saja. Keikhlasan adalah sebuah cermin dan kini telah pecah berderai. Sementara si ibu tinggal di Kampung Dinggkir berdekatan dengan Kuala Krau kira-kira 30 kilometer jaraknya dengan Bandar Jerantut. Di waktu itu sekitar tahun 50an, perhubungan amat berbeza sekali dengan sekarang.

Dia bersama ibunya pergi ke Jerantut menjejaki anak sulungnya, iaitu di Kampung Mat Kilau tetapi emak mentua tidak melayan seadanya. Dia disumpah seranah dan makian berjela. Pulanglah mereka dengan rasa sayu dan hiba yang melimpah. Pernah satu ketika dia cuba menuntut anaknya tetapi emak mentuanya melarikan anak itu dalam kebun pisang. Adegan kejar-mengejar dalam kebun pisang waktu hujan panas petang cukup meninggalkan kenangan. Terguris hatinya dan pengalaman itu berjela-jela hingga membawa penyakit kronik...

Dalam usia 17 tahun dia telah menghadapi masalah hidup. Dia terus dilanda kemurungan, menangis dan menangis tanpa henti. Jauh di sudut hatinya terasa dia terlalu asing dan keliru. Dia disyaki terkena penyakit skizofrenia...

Apa itu skizofrenia? Istilah Greek bermaksud minda yang berpecah. Sejenis penyakit yang serius, sukar dicegah. Menyebabkan gangguan pada pemikiran, rasa dan tingkah laku. Doktor menyatakan ia berpunca dari perubahan biokimia dalam otak dan mengikabatkan perubahan personaliti, tingkah laku dan perpespsi. Pemumpuan pada penghidupan mula hilang dan sering mendengar suara-suara halus. Bertingkah-laku pelik dan suka menyendiri, syak wasangka yang keterlaluan. Sering bercakap dan ketawa sendirian dan sebagainya. Louis Wain pelukis terkenal abad ke-20, penghidap skizofrenia yang meminati kuching dan menterjemahkan dalam lukisan bentuk kuching yang berubah-ubah sehingga sangat menakutkan, menggambarkan tahap keterukkan penyakit yang dihidapinya.

Wanita yang mengalami psikosis sering mandakwa mendengar suara-suara halus dan melihat gambaran-gambaran menakutkan kata doktor yang merawatinya. Psikosis merupakan keadaan di mana individu terbabit 'hilang' sentuhan dengan dunia nyata. Wanita terbabit biasanya mendengar suara-suara halus, melihat 'sesuatu' yang tidak dapat dilihat orang banyak dan sering rasa bersalah atau orang lain bersalah.

Dia mungkin juga terkena penyakit meroyan sewaktu melahirkan anak sulungnya. Meroyan merupakan satu penyakit gangguan mental yang serius. Meroyan terbagi kepada dua iaitu Rasa Sugul postpartum blues PPB dan Rasa Murang postpartum depression PPD.

Rasa sugul dan murang yang dialami oleh sesetengah wanita ekoran perubahan paras hormon progesteron dan estrogen selepas melahirkan anak.



Ketika berusia lapan belas tahun sekitar tahun 60an, dia berkahwin pula dengan jejaka kampung. Hasil perkahwinan ini dikurniakan tujuh orang anak. Kenangan pahit waktu silam membibitkan tanda-tanda pembiakan penyakit. Dia diganggu penyakit risau dan murung yang berpanjangan mengakibatkan si suami tidak sehaluan lagi. Salah sangka mula bersarang. Sering-kali si suami diasak dengan banyak pertanyaan-pertanyaan yang mengelirukan. Berpisahlah mereka sekitar tahun 1973. Dia kini seakan-akan hidup terapung-apung seperti gabus botol di lautan luas...
Perceraian ini membarahkan penyakit. Akibatnnya anak-anak teranaya. Sering dia termenung dan melayan perasaan ketika belum berpisah dengan suaminya kata anak sulungnya. Membenci dan menuduh jiran-jiran dengan perkara-perkara yang tidak munasabah ciptaan sendiri. Dalam waktu perpisahan itu penyakitnya kian kronik. Sering menuduh orang sekeliling berniat jahat kepadanya. Anak-anak menjadi mangsa hinggakan untuk pergi ke sekolahpun dilarang dan dibantahnya kerana konon ada orang hendak membunuh anak-anaknya. Kehidupannya ibarat perjalanan sebuah bahtera yang tiada kemudi, akibat tiada tanda penunjuk arah di lautan, bahtera menujah terus ombak ganas, ribut taupan dan batu karam...

Sesuatu yang mengesankan kata anak sulung mengenai ibunya ialah sikap tidak putus asa. Percikan kenangan, ketika anaknya itu berumur sepuluh tahun disuruh memanjat pokok kelapa tinggi sedangkan anaknya tidak pernah pandai memanjat dan sangat gayat. "mengeletar lutut aku dan hampir terkencing dalam seluar...", katanya ketika mengenang kembali kisah silam itu. Ibunya siap memegang ranting kayu dan mengarahkan dan menunjukkan cara memanjat pokok kelapa itu hinggakan si anak berani dan berjaya menjatuhkan buah kelapa sebanyak mungkin. Kerana dia masih kecil lagi si ibu mengarahkan dia duduk atas dahan kelapa itu dan mudahlah dia menjatuhkan buah-buah kelapa itu. Motivasi separuh sedar ibunya ini bagus juga kata anaknya dan sambil menunjukkan parut bekas luka di peha dan dadanya akibat memanjat pokok itu. Kita jadi yakin kita boleh lakukan!



Di usia senja lewat 60an kini, dia banyak bergantung kepada ubat hospital seperti Chlorpromazine Largatil 100mg dan Benzhexol 2 mg kerana cara ubatan tradisional atau cara lain tidak lagi mujarab. Dia pernah menemui Pak Dukun dan Pak Dukun mengambil kain basahannya bersama jampi serapah dan menghanyutkan di sungai kerana konon penyakit sial itu akan hilang bersama kain mengikut arus sungai itu. Bomoh lain mengatakan dia dikhianati kerana kecantikkannya. Bekas suami pertama yang mendengkinya kata bomoh yang lain pula. Terkena sampok penunggu ketika berpindah ke rumah barunya kata bomoh yang lain-lain pula...

Salah satu cara rawatan Islam ditemui mengatakan makhluk halus sudah menghuni dan bersarang di tujuh tempat dalam badannya dan sukar dihapuskan kerana sudah terlalu lama makhluk itu mendiami tempat berkenaan. Satu-satunya cara menghapuskan ialah dengan cara berzikir yang berterusan. Pasakkan roh zikir itu ke tempat-tempat berkenaan nasihat perawat itu.

Pelbagai usaha dilakukan akhirnya menemui Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur dan diberi ubat-ubatan. Dia dinasihati agar memakan ubat-ubatan mengikut jadual yang ditetapkan. Penyakitnya tidaklah sembuh sepenuhnya tetapi dapat dikawal. Setiap sebulan ibunya digilirkan tinggal di rumah anak-anak seramai tujuh orang itu, mengikut rundingan yang telah dipersetujui bersama. Itulah ikhtiar anak-anaknya sebagai menghargai ibu kandungnya.

Ujian Tuhan, melalui derita kita jadi dewasa... doakan Siti Najat selamat...



Al Fatihah buat Umi!




Sunday, November 29, 2009

Iran - Di sebalik wanita berchador hitam



YB Ramlan dari
Malaysia dihantar ke Iran untuk mewakili
Internasional
Festival & Fairs of Press and News Agency ke 16.
Beliau seronok kerana sering dipelawa diambil gambar bersama
gadis-gadis cun Iran. Orang Malaysia baik-baik belaka berbanding orang Eropah kata
gadis-gadis itu kepada YB Ramlan. "Aku nak bawak sorang balik Malaysia... boleh?
Messi, kata Ramlan menggunakan bahasa Farsi bermakna terima kasih... tapi sistem Intenet yang teruk merencatkan hala-tuju hubungan dengan gadis-gadis itu. Bayangkanlah nak mengases masej, jpg @ etc... memakan masa berjam-jam... boardband tak lepas semua kena blok oleh penguasa... keluh YB Ramlan dan penganjur Festival...


Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran atau Parsi. Mereka semua beragama Islam  aliran Syiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni.

Ahmadinejad mewakili golongan bawahan  kaum tani di kampung-kampung dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini dimanifestasikan melalui organisasi Basij.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau soldadu Penjaga Revolusi. Ia adalah pasukan tentera yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini untuk memantapkan revolusi.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin men-tua-kan naluri muda mereka. Di tahap sejarah pada Jun 2009 ini, anak-anak muda ini sedang berpayung bawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan olehnya.

Untuk sementara waktu, Ahmadinejad adalah presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat bawah Barack Obama  untuk kepentingan berjangka panjang  tidak akan menggugat Iran.

Apa sebenarnya terjadi di Iran?

Hishamuddin Rais | 25 Jun, 09 2:01pm

.............................................


Maintaining Stability Iranian Style
......................................

Aqil Fithri, adalah aktivis media alternatif, merangkap editor ummahonline.com, sebuah majalah internet yang menganjurkan wacana jamak perspektif. Beliau boleh dihubungi menerusiaqil@ummahonline.com. Artikal berkenaan perjalanannya di Iran dilampirkan untuk tatapan....

Setelah empat tahun bergumul dengan ujikaji ¨pokok gelam,¨ akhirnya teman semakmal telah pulang ke republiknya dengan ijazah kedoktoran. Terpancar riak kepuasan dalam wajah pekat Farsinya. Kali ini, sudah tentu mereka seisi keluarga bakal menyambut Nouruz dengan penuh ria, berhias tanah kandungnya, dan tanpa lagi duka kerinduan. Kami bertukar hadiah. Sebagai tanda kenang-kenangan, saya hadiahkan kain songket Terengganu.

Sebenarnya, mereka ternyata senang sekali di sini. Rakyat Malaysia, bagi mereka, sangat beruntung. Di sini, bukannya seperti Iran, yang memerlukan pakaian yang berbeza setiap kali berdaur musim. Selama empat tahun juga, anak-anak kecilnya sudah mula berbicara dalam Bahasa Melayu. Kelak barangkali, bila dimamah ruang, tentu kepetahan lidah Martha dan Pouya akan surut. Yang tinggal mungkin hanya perkataan, ¨makan¨ atau “pakcik” saja. Nanti, ruang akan menguji mereka, betapa tebalnya Farsi mereka–setebal nama-namanya, yang jelas mengusung identiti asli Shiraz mereka, jantungnya bumi Cyrus itu.
Saya dikira agak bertuah. Darinya, saya maklum beberapa hal tersorok tentang republik ini.

Selain itu, menerusi buku-buku cadangannya, saya diceritakan yang negara tersebut cukuplah meriah, serta penuh dengan alunan tradisi, bagaikan cerita-cerita kayangan dari sang fereshteh (malaikat). Tapi, haktula (stereotype) setiap cerita tentu ada kesah indah berbaur suram. Cerita tentang Republik Islam Iran juga sama sekali tak terpisah dengan haktula tersebut. Ketika Terence Ward dan keluarganya mencari kembali Hassan, Fatimeh, dan anak-anaknya, maka segala denyut yang dirasainya tentang republik ini diluahkan dengan anggun sekali dalam Searching for Hassan: A Journey to the Heart of Iran.


Bagi saya, catatan kembara ini betul-betul mengesankan, dan juga mengesahkan terhadap segala maklumat-hidup yang diterima sebelum ini. Memang benar, kisah yang indah memang mudah saja berbaur dengan yang suram. Sampai-sampai saja, natijah dari lembar-lembar terakhir buku ini telah mendorong saya merumuskan, ¨…adalah tak mungkin hampir seluruh Farsi menjadi muslim, sekiranya Ahuramazda, Ahriman, tidak ditandingi oleh sosok-sosok dalam Islam. Bahkan, takkan mungkin Avesta disisihkan mereka, jika tanpa adanya al-Qur´an dan Nahjul Balaghah.¨



Gadis comel Iran bergaya bersama bendera negaranya.


Iran, saya kian pasti, adalah sebuah negara yang sangat rumit. Meskipun budaya-bangsanya persis seragam, tapi etniknya sangat berbilang. Ini merangkumi antara Yahudi, Turkis, Arab, Gilani, Uzbek, Armenian, dll. Bertembung dengan sejagatisme, Iran cuba menyesuaikan diri antara tradisi dengan kemodenan. Kemudian sejarahnya antara Islam dan Zoroastrian turut mengendong kelelahan zaman. Ini tidak termasuk lagi dikotomi antara Sunni dan Shi´ah, serta pertarungan identiti mereka antara Timur dan Barat, yang masing-masing memantulkan rencamnya yang tersendiri.


Memang rumit. Lihat sajalah bagimana mutakhir ini kekuatan reformisme di Iran beradu dengan kekuasaan fundamentalisme. Jelas, kalangan mullah tampak tidak senang dengan kalangan intelektual yang mahukan lebih keterbukaan. Kritik pada konsep Velayat ul-Faqeh sering saja membuak kontroversi serta emosi. Tradisi pula sering dianggap belakangan, manakala kemodenan cuba ditawarkan sebagai alternatif. Saya fikir, tanpa pergelutan seni ini, takkan mungkin ada idea-idea menarik yang terbit dari Mehdi Bazargan, Ali Shariati, Jalal-e Ahmad, Ahmad Kasrawi, Abdolkarim Soroush, dll.



Gadis Moden Iran yang sering diketemui memakai chador membeli-belah.


Di samping itu, Iran juga tersimpang antara Islam dan Zoroastrian. Pengalaman bangsa ini yang sarat sejarah Zoroastrian-nya sukar untuk dilenyapkan. Sebaleknya, saya sendiri amat tidak selesa dengan sebarang cubaan ke arah menyingkirkan segala yang berbau Zoroastrian dari lubok Farsi ini. Islam, seperti yang diajar Nabi pada kita, hadhir bukan untuk menghapuskan sejarah lepas, tapi untuk membentuk sejarah masa depan. Inilah yang diterjemahkan Islam menerusi “revolusi keruhanian” yang ketara terzahir dari pengislaman hajj. Maknanya, ilmu akan terus lestari, ibarat selestarinya kuil api di Pasargadae.

Buat saya, itulah makna terbaik dari Islam: meleburkan segala sempadan fizikal.
Sebab itu, Islam di dataran Fars ini amat berlainan. Islam di sini memuatkan kebitaraan berbanding negara-negara muslim yang lain. Iran adalah tanah Shi´ah—wilayah yang tegas mendukung keluarga Nabi. Ini jelas terpapar sewaktu ketibaan Muharram, bagaimana mereka memerahkan tanah buat keluarga adiulung ini. Tapi, sayang lagi, kekeliruan ada di mana-mana. Khalayak Iran, meskipun mereka mempunyai Ruhollah, tetapi tetap saja keliru. Sama seperti sebahagian kita, yang menganggap kononnya chador adalah pakaian Shi’ah. Tapi hakikatnya itu adalah budaya abadi mereka semenjak Sassania lagi. Sebab itu, Islam yang meriah harusnya difahami dengan qalb, bukannya dengan ta’asub dan jahil!



Duit Iran Riyal atau Toman.
Nilai Rials 50,000 - RM18.00


Kemudian, tatkala Barat bertandang di ranah Elburz ini, terutamanya bermula dari Revolusi Perlembagaan 1905, Nyah-revolusi Mossadeq 1953, dan Revolusi Islam Iran 1979, lalu Iran menjadi sorotan perdana atas pertarungan kental antara Timur dan Barat. Dalam faham kolonialisme, Barat datang dengan agenda. Anglo-Iranian Oil Company, pada Shahanshah, harus diserahkan pada perusahaan Barat.

Tapi, kehendak rakyat berbeza–mahu dimilik-negarakan, bukannya dicekik oleh penjajah! 1979, akhirnya Barat kecundang jua atas nama revolusi. Meskipun Iran itu sendiri bukanlah sepenuhnya boleh dianggap bangsa Asia–lebih-lebih lagi mereka berselisih pula dengan Irish–itu semua tidaklah menjamin simpati Iran buat Barat.


Itulah tegarnya Iran yang kita kenal dewasa ini. Sebuah permaidani buat ruang, bukan buat waktu. Negara yang dianggap Donna, ibu Terence Ward itu, sebagai telah melampaui segala kewujudan agama-agama. Mereka akhirnya menemui mojezeh menerusi kembara mustahilnya dalam mencari kembali keluarga Hassan–keluarga gajian mereka yang telah lama terputus berita. Larut dalam sejarah panjang pergunungan Zargos ini, perasaan Donna tersusun dalam ungkapan: jika ditanya apa agamaku, akan kujawab agama Hafez.

Pujangga besar kesayangan bangsa Arya ini telah pun lama pergi. Tapi, suaranya sentiasa berpuisi dalam sanubari hati-hati mereka yang cintakan “kerumitan yang tersembunyi.”



Ramona Rina, model Iran dari Worldwide Wednesday: The 9 Hottest Iranian Women.

Kini, tanah di mana terletaknya Persepolis, bukti awal tamadun dunia, sedang bersiap meraikan 30 tahun revolusi Islam mereka. Di sana, 11 Februari setiap tahun, di Medan Azadi, akan dikenang sebagai hari hebat buat sejarah moden mereka. Di sini, saya juga tidak ketinggalan merayakannya. Tapi–dengan segala ceruk pengetahuan Iran yang dikenal hari ini–maka sambutan kali ini akan saya raikan dengan sebuah pertanyaan lengai, ¨apakah mungkin Tuhan telah tersalah menurunkan Revolusi Islam Iran 1979?¨

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.



Aqil Fithri, adalah aktivis media alternatif, merangkap editor ummahonline.com, sebuah majalah internet yang menganjurkan wacana jamak perspektif. Beliau boleh dihubungi menerusiaqil@ummahonline.com.

Jan 30th, 2009




Sunday, November 8, 2009

Jiran sepakat membawa berkat

PROGRAM PONDOK KAWALAN KESELAMATAN


Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Gombak: Majlis jamuan hari raya yang dianjurkan oleh Kesatuan Penduduk Taman yang berlangsung di Ponduk Kawalan Keselamatan cukup meriah.

Majlis bermula selepas waktu maghrib dihadiri segenap lapisan masyarakat. Kira-kira 700 orang hadir. Kemeriahan terasa dengan diselangi lagu-lagu raya yang berkumandang.


Turut hadir sama Adun Gombak, YB Dato Hassan Ali, Pengerusi Surau Al-Husna, Datuk Haji Kamal Muhamad dan Sarjan Bahrum serta rakan-rakan dari Balai Polis Gombak. Penduduk Taman Selasih ramai yang hadir tidak melepaskan peluang beramah-mesra dan bertegur-sapa.

“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat”, kata Abang Nan mengalu-alukan kedatangan penduduk.

Dewasa ini kita menghadapi banyak masalah sosial, dari masaalah anak-anak, jiran tetangga dan seterusnya kes ragut, rompak, samun, pecah rumah dan sebagainya. Cara terbaik mengatasinya ialah dengan tolong-menolong. Kita bersatu semua bangsa menyelesaikannya. Dan berkerjasama mengawal taman dari dicerobohi. Jiran sepakat membawa berkat, nasihat Adun Gombak, YB Hassan Ali ketika dijemput memberi ucapan kepada penduduk.

"Kita buat pagar besi tinggi kat belakang nak mengelakkan pencuri masuk tapi kita tak ingat kalau berlaku kebakaran... macam mana nak selamatkan diri dari musibah...",
Yb Hasan Ali, Adun Gombak

"Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat... Pondok ini
diwujudkan untuk program kemasyarakatan...”,
Abang Nan

"Ini langkah terbaik yang dilakukan oleh penduduk secara sukarela, saya berharap semakin ramai menyertai demi kebaikan bersama...", Dato Haji Kamal Mohamad, Pengerusi Surau Al Husna

Kes pecah rumah menurun mendadak sejak diwujudkkan Pondok Keselamatan.
Saya berharap taman-taman perumahan lain mengikut jejak taman ini...",
Sarjan Baharum,
Balai Polis Gombak


" Dah 25 tahun saya tinggal
di taman ini, rukun tetangga tak boleh jalan, kali ini volunteer rukun tetangga baru jalan dan bergerak... Ini menceriakan taman kita...",
Pak Ungku Samad

"Alhamdullilah, kemaufakatan semakin menerlah, kita berdoa semoga ia berpanjangan...",
Ustaz Kamaruddin

Foto: Zul Utusan Malaysia

Tuesday, November 3, 2009

BELASUNGKAWA buat sepupu


Semasa saya menulis ini, perasaan masih sebak. Saya terkenang kepada sepupu yang meninggal dunia akibat leukemia. Senyumnya yang bersahaja memberi kenangan manis. Dia tidak banyak bercakap dan sentiasa mengawal tingkah laku. Lawaknya bersahaja dan banyak waktu menguncikan diri dlam bilik. Itu memberi nostalgia kepada aku. Selain itu saya pernah tinggal di rumahnya di Mentakab. Arwah ayahnya adalah abang kepada ibu yang suka berborak berbentuk motavasi.

Dalam masa setahun lebih penyakit senyap ini menyerang. Mulanya Nurzaleha binti Sheikh Abdul Kadir ini cuma pening kepala. Peningnya semakin menjadi-jadi sehinggakan membawa pitam. Kemudian bila makan sesuatu dia meloya dan muntah. Beliau di bawa membuat rawatan di hospital Mentakab, kemudian di hospital Temerloh, seterusnya di Kuantan tetapi tiada apa-apa tanda. Ttidak dapat diagnosis. Penyakitnya semakin teruk dan terus mendapat rawatan di HUKM, Kuala Lumpur.

Semasa saya melawatnya di HUKM, beliau di teman suaminya Anuar dan dua anak lelakinya yang sudah berkerja sabar menemaninya di samping. Ketika itu matanya sudah kabur akibat rawatan chemotherapy tetapi mesra menyambut saya sekeluarga. Rawatan ini teruk sekali katanya. Seluruh badan kena cucuk jarum dan dia tidak tahan lagi. Kakinya kejang dan sukar digerakkan. Suami dan anak-anaknya kuat memberi semangat.

Selepas hari raya baru-baru ini saya melawatnya lagi. Kali ini rambutnya semakin jarang. Badannya yang lesu dan tidak berdaya untuk bergerak. "Siapa datang?', tanyanya. Matanya sudah kabur tapi memampakkan riak keseronokan. Entahlah sampai bila kawan di sini, doktor tidak memberi jaminan katanya... Anuar dan anak-anak yang taat kepada ibu bapa ada di sisi kata saya memberi jaminan. Haji Anuar, suaminya yang bertugas di Telekom cukup tabah menghadapi musibah yang menimpa. 'Berserah kepada Allah, itu ketentuanNya, menenangkan perasaan hibanya.

Semasa ditemuai, sepupu menasihatkan anak-anak saya tentang ketaatan kepada ibubapa. Itulah cara membalas jasa ibubapa, katanya. Ini terpancar melalui kedua orang anaknya yang sentiasa taat menemaninya. Anak sulungnya yang bertugas di Senawang selepas menamatkan ijazahnya di UKM sanggup menunggang motor bluesnya datang ke HUKM. Begitu juga dengan anak lelaki keduanya yang masih belajar di UKM.

Saya terkenang semasa zaman persekolahan. Beliau belajar di Sekolah Mentakab manakala aku belajar di sekolah Menengah di Temerloh. Dia berkenalan dengan suaminya sejak di bangku sekolah lagi dan menjadi bualan kawan-kawan. Aku sebagai sepupu sentiasa mengikuti perkembangannya. Nyatalah pemilihanannya tepat. Si suami yang mengerjakan haji semasa muda sangat mencintainya hingga akhir hayat. Anuar sanggup menemaninya dan tidur berkerusi kayu di hospital. Tidur dan makan tidak teratur dan waktu subuh pulang ke Mentakab untuk bekerja dan melihat anak-anaknya yang masih bersekolah seramai 5 orang. Dan pabila malam, dia datang kembali ke HUKM. Semangat sepupu aku sangat kental begitu juga suaminya.

Apalah daya kita hanya sekadar berusaha. Ketentuan di tanganNya. Kini kita semakin hilang orang-orang yang disayangi. Bulan Oktober lepas ibu saya meninggal dunia... Ayat Suci Buat Umi (http://pekenatehsecawan.blogspot.com/2009/10/ayat-suci-buat-umi.html)
Sebelum itu suami sepupu kepada isteri saya meninggal dunia akibat stoke. Begulah kehidupan seperti rambut di kepala semakin hari semakin jarang dan semakin memutih...

Alfatihah untuk kesemuanya.



Do’a untuk mu

‘Allah tiada membenani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Baginya (pahala) apa yang dia kerjakan dan dia mendapat (siksa dari kejahatan) yang dia kerjakan. (mereka memohon) ‘Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menyiksa kami jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami, jangan Engkau pikulkan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah Engkau pikulkan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami, Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir’

(Surat Al Baqarah, surat 2 – 286)






Wednesday, October 7, 2009

Beraya dan melawat mak saudara...


Beraya kali ini memberi seribu makna kepada aku. Di samping kemeriahan beraya di kampung dengan lemang, dodoi dan ketupat daun palasnya... atau kuih 'tunjuk' aku sempat melawat Mak Saudara.

Raya kedua aku sekeluarga melawat Mak Saudara yang tinggal bersama anak angkatnya berusia 8 tahun. Semua anak-anaknya berjauhan demi kehidupan. Mak Saudara Siti Rubiah (lihat:
TOK WAH) sudah tidak sihat lagi kaki kirinya sakit terkadang terpaksa menginsut-ingsut untuk ke sesuatu tempat katanya.

Manakala seorang lagi mak sudara berlinang air matanya bila berjumpa dengan aku. Dalam perkataan tersekat-sekat dia mengkhabarkan anak perempuan yang seusia dengan aku masuk HUKM, kena leukemia sebelum hari raya lagi. Mula-mula dia pening kepala kemudian bila makan muntah katanya. Terpaksalah suaminya Anwar menjaganya sepanjang masa. Keturunan kita tiada kena leukemia, terangnya.

Adik perempuan aku sempat melawat abang sulung dekat Kampung Mat Kilau (lihat:
My Real Hero!!! PAHLAWAN MAT KILAU) sekeluarga. Abang aku sihat tapi menantunya telah dimasukkan ke Hospital Damansara kerana kepala ditumbuhi kudis akibat kesilapan doktor membuat pembedahan. Sebelumnya di masukkan ke Hospital Tawakal akibat sakit mata melampau kerana bekerja menggunakan komputer.


Seorang lagi biras yang tidak sempat dikunjungi hanya mendengar khabar masih tidak sihat. Bekas Iman Masjid Temerloh terlantar kerana kena strok kali ke tiga dan membuat pembedahan di HKL. Semasa di HKL saya melawat dan sudah menampakkan akan pulih. Apabila dibawa pulang ke Mentakab Iman ini hanya berbaring saja tidak menampakkan tanda-tanda akan pulih. Apabila kami pulang ke KL, mendapat berita Iman ini sudah meninggal.... AlFatihah.

.................................................


Sunday, September 13, 2009

Saya pakai purdah BUKAN kerana alim...

SIRI MEMANTAPKAN IMAN 3


PENGASAS SENDAYU TINGGI - PUAN ROZITA IBRAHIM
 
Rozita Ibrahim ialah contoh klasik mengenai seorang yang hidup miskin dan menghadapi kesukaran demi kesukaran tetapi akhirnya mencapai kejayaan gemilang menerusi Sendayu Tinggi, syarikat yang diasaskannya sendiri. Siapa sangka, seorang ibu tunggal dan juga penoreh getah boleh merubah hidupnya dan membina empayar bernilai berjuta juta ringgit dan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang lain.

Bagi Rozita sendiri, bukanlah mudah untuk mencapai tahap yang dinikmatinya kini. Banyak liku liku kehidupan dan ranjau kehidupan yang terpaksa diharunginya sebelum menempah kejayaan bersama Sendayu Tinggi. Pada usia yang mentah iaitu 18 tahun, dia telah berkahwin dan juga terpaksa menempuhi perceraian dan dalam masa yang sama membesarkan anak anaknya. Lebih malang lagi, salah seorang daripada anaknya jatuh sakit dan meninggal dunia tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya.

Pada zaman kesukarannya, pelbagai bidang kerja yang diceburinya untuk menyara diri dan keluarganya tetapi hasilnya amatlah tidak seberapa. Akhirnya, dalam keadaan terdesak, beliau membelanjakan beberapa ratus ringgit untuk memulakan formulasi kesihatan berasaskan herba. Untuk menguji keberkesanan produknya, beliau sanggup untuk menambahkan berat diri sendiri dan mencuba produk ciptaannya yang diberi nama Sendayu Tinggi.

Kini, segalanya adalah sejarah. Pada hari ini, produk Sendayu Tinggi adalah antara produk yang sering menjadi buah mulut masyarakat tempatan di Malaysia. Malah, produk produk hasilan Sendayu Tinggi kini telah mendapat tempat di pasaran luar termasuk Brunei, Singapura dan lain lain. Pada tahun 2005 sahaja terdapat lebih 2000 pengedar sah. Beberapa pengedar Sendayu Tinggi di sekitar Kuala Lumpur juga dikatakan mencatat jualan sehingga mencecah RM1 juta sebulan.

Rozita mengakui bahawa kehidupan yang dinikmatinya sekarang adalah hasil daripada ketabahannya menghadapi segala keperitan dan rintangan hidup selama ini.


Sumber: Terjemahan dari article Rozita Ibrahim & Sendayu Tinggi di Skor Career.
Gambar: Ehsan Sendayu Tinggi website.
...........................
Jutawan Sendayu Tinggi pakai purdah

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang..

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah..

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran.. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan.

Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual. Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanakuntuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasukperasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
...............................


email dari: Ahmad Abd Aziz  

Tuesday, September 8, 2009

Pesan iman alghazali


Jika ingin selamat di akhirat





DUNIA ini penuh dengan tipu daya. Ia memancarkan segala keindahannya sehingga kita terkadang lupa akan hari akhir yang kekal itu. Dunia selalu menggoda manusia agar melupakan tujuan sebenar kehidupan. Padahal, dunia hanya alat atau ladang untuk mengeruk sebanyak-banyaknya amal kebaikan sehingga bisa dibawa sebagai bekal nanti.

Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.

Barangsiapa yang memilih harta dan anak-anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, niscaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar. Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini akan membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal.

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya...

1) Soalan yang pertama, 
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". 

Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah *"MATI"*. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185).

2) Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua..
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". 

Murid-muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu
adalah benar. Tapi yang paling benar adalah *"MASA LALU"*. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3) Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.. 
"Apa yang paling besar di dunia ini?". 

Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah *"NAFSU"* (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4) Pertanyaan keempat adalah, 
"Apa yang paling berat di dunia ini?". 

Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah *"MEMEGANG AMANAH"* (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

5) Pertanyaan yang kelima adalah, 
"Apa yang paling ringan di dunia ini?" 

Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah *"MENINGGALKAN SOLAT"*. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

6) Dan pertanyaan keenam adalah, 
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?" 

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah *"LIDAH MANUSIA"* Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

*Rujukan Kuliah Subuh Hari Ini* *-Dr.Yusof Mohamd*
*6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya..*



..........................................................


SIRI MEMANTAPKAN IMAN!

"Sesuatu kalau sering disentuh akan berkurang rasanya"


Kastrotul masaas yufqidul ihsaas, Ini adalah pepatah Arab yang artinya adalah sesuatu kalau sering disentuh akan berkurang rasanya. Pada sentuhan pertama kita akan merasakan rasanya sangat kuat tetapi pada sentuhan kedua, ketiga, dan seterusnya, rasa itu akan terus berkurang. Pertama kali manusia menembus angkasa dan mendarat di bulan, beritanya begitu menggemparkan. Tetapi, ketika ekspedisi kedua, ketiga, dan seterusnya gaung beritanya mulai berkurang.

Begitu juga dengan diri kita terhadap dosa. Pertama kali berbuat dosa, diri yang fitri akan bergetar takut. Rasa takut ini akan berkurang apabila dosa yang sama diulang kedua kalinya. Dan, akan terus berkurang pada pengulangan ketiga, keempat, sampai akhirnya pekerjaan dosa itu menjadi biasa, menjadi adat dan kebiasaan.

Imam Hasan Al Bashri berkata, ''Yang aku takutkan adalah apabila hati kita telah terbiasa dengan dosa-dosa. Hati adalah bagian yang sangat peka dalam diri manusia, tetapi kepekaan ini akan hilang dengan dosa yang berulang-ulang.''

Dengan jelas Rasulullah saw juga telah menggambarkan hilangnya kepekaan hati. Hati itu, kata Rasulullah saw, pada awalnya ibarat kain putih tanpa noda. Bila seseorang melakukan dosa maka akan ada titik hitam pada hati itu. Jika dia bertobat, maka titik hitam itu akan dihapus dan hatinya kembali putih. Tapi, bila tidak dan dia kembali mengulang berbuat dosa maka titik hitam itu ditambah lagi sampai akhirnya hatinya menjadi hitam legam. Hati seperti ini tidak lagi peduli dengan kemungkaran dan tidak lagi mengenal kebajikan. Inilah hati yang disebut AlQuran sebagai Al Qulub al Qosiyah, yang lebih keras dari batu sekalipun.

Secara lebih jelas dapat dirinci fase-fase hati menjadi qosiyah (keras membatu) sebagaimana dijelaskan Alquran. Pertama, dimulai dengan lupa dzikir kepada Allah karena dikuasai setan: ''Setan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah,'' (QS 58:19). Kedua, karena lupa kepada Allah maka Allah lupakan mereka kepada diri mereka sendiri: ''Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri,'' (QS.59:19). Ketiga, kemudian setan akan menjadi teman paling dekatnya: ''Barang siapa yang berpaling dari dzikrullah maka akan Aku jadikan setan sebagai teman yang selalu menyertainya,'' (QS.43:36).

Keempat, setan ini akan menghiasi semua perbuatan mungkar yang dilakukan sehingga nampak baik dan benar baginya: ''... Dan setan pun menghiasi bagi mereka perbuatan-perbuatan mereka,'' (QS.29:38). Kelima, karena itu semua maka hati mereka mengeras bagai batu bahkan lebih keras daripada batu.

Tetapi yang lebih berbahaya dari hilangnya kepekaan hati terhadap dosa adalah hilangnya kepekaan atas azab Allah. Sering orang tak tahu bahwa ia sedang diazab Allah karena dosanya. Azab ini bisa berbentuk musibah, bencana, krisis, dan sebagainya, tetapi juga bisa berbentuk kenikmatan duniawi.

Ibnu Qoyim berkata, ''Ketahuilah sebesar-besar cobaan adalah kegembiraan karena berhasil berbuat dosa dan sebesar-besar azab adalah ketika manusia tidak merasa sedang diazab.''


http://www.republika.co.id/berita/65809/Rasa_Berdosa


Oleh: Ahmad Hatta/Kamis, 30 July 2009
Grafik: FLICKR.COM

Wednesday, August 26, 2009

22 Soalan Paderi Dan 1 Persoalan Pemuda Islam..

SIRI MEMANTAPKAN IMAN 1

Seorang pemuda Arab yang baru menyelesaikan kuliahnya di Amerika Syarikat telah dikurniakan nikmat oleh Allah berupa anugerah berpengetahuan mendalam tentang agama Islam. Pemuda bertakwa ini selain belajar, dia juga seorang pendakwah bebas.

Kebetulan seorang paderi yang dikurniaNya pengetahuan mendalam tentang Islam juga tetapi tidak mendapat taufik hidayahNya memeluk Islam, ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan. Tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut di tengah kelayak. Pemuda Arab itupun menerima tentangan debat tersebut dengan dada terbuka.

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dan berkata...

Satu yang tiada duanya ialah Allah s. w. t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.. w. t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s. w. t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s. w. t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang."
(Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s. w. t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka."
(Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

 

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s. w. t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."
(Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s. w. t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. . "
(At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumbadan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. "Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Yusuf: 98).

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s. w. t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s. w. t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
(Al-Anbiya': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s. w. t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."
(Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi yang serba berkebolehan itu dan para hadiran merasa takjub mendengar jawapan pemuda Arab itu. Kemudian pemuda Arab pun mula hendak pergi. Namun dia membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "


Paderi tersebut berkata, "Sesungguhaku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah".

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda.”

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah".

Orang ramai termenggu... Kebenaran terserlah kini. Sesungguhnya Allah telah meanugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa...


.......................................................


Kisah Imam Abu Yazid al Bustami dan Paderi Sama'an
Dialog ketua paderi dengan Abu Yazid Al-Bustami seperti tertera...

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 soalan bertanya satu soalan
Ketua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, "baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."

Pertanyaan Ketua PaderiJawapan Abu Yazid Al-Bustami

1.Yang satu tidak ada duanya
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

2.Yang dua tiada tiganya
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3.Yang tiga tiada empatnya
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

4.Yang empat tiada limanya
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5.Yang lima tiada enamnya
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6.Yang enam tiada tujuhnya
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7.Yang tujuh tiada lapannya
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8.Yang lapan tiada sembilannya
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9.Yang sembilan tiada sepuluh
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10.Sepuluh yang sempurna
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11.Yang sebelas
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

12.Yang dua belas
Bilangan bulan dalam setahun.

13.Yang tiga belas
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.Jumlahnya tiga belas.

14.Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15.Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata

Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16.Tempat roh dalam badan manusia
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17.Al Zariyati Zarwa
Nama empat macam angin.

18.Al Hamilati Wakra
Awan gemawan di dada langit.

19.Al Jariyati Yusra
Perahu-perahu yang belayar di laut.

20.Al Mukassimati Amra
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21.Yang empat belas
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat."

22.Kubur yang berjalan dengan penghuninya
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23.Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

24.Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25.Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

26.Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

27.Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28.Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29.Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30.Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31.Gunung yang paling utama
Gunung Tursina

32.Binatang yang paling utama.
Kuda.

33.Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.

34.Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

35.Tentang Atta’mah
Hari Kiamat.

36.Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

37.Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38.Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39.Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40.Sabid dan Labad
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41.Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42.Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43.Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44.Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45.Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46.Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47.Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48.Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.

49.Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih...

50.Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas itu Abu Yazid menjawabnya dengan tepat. Kata Abu Yazid, "saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"

Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi,"


Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, "bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju."

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.

bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH." Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, "memang benar kata ketua kamu ini."

Semua paderi memeluk Islam Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

"Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu."

"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi.

"Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.

"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu.

"Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!"

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!.



http://s10.invisionfree.com/Hikmah/index.php?showtopic=171
Layari: http://s10.invisionfree.com/Hikmah/ar/t171.htm 




.................................

source: http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/
Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.