ads

Tuesday, December 16, 2008

TREBLE WINNER of Best Design

Annual Report 2007 dan NACRA AWARD.


NACRA 2008

LIST OF AWARD WINNERS












ANNUAL REPORT 2007, cover from 13 design's










RASIONAL COVER

JEJAK GEMILANG/PRINTS OF SUCCESS

Cap jari pada manusia merupakan satu ciri unik yang membentuk indentiti khas untuk membezakan setiap individu daripada individu lain. Begitu jugalah dengan akhbar-akhbar Kumpulan NSTP di mana setiap satu mempunyai identiti unik yang dibentuk melalui proses penjenamaan.

Penjenamaan akhbar ternyata mengukuhkan imej Syarikat dan meningkatkan kemampuan Syarikat untuk terus berdaya saing. Menerusi pelbagai pendekatan, strategi dan usaha berterusan, NSTP kini cemerlang sebagai penyebar berita dan maklumat terkini di Malaysia. Pertumbuhan pesat Syarikat dalam aspek pengiklanan, pengedaran dan pembacaan juga mengukukuhkan pengaruh akhbar kami dalam kehidupan masyarakat. Jelas ternyata, jenama kami kini tersemat kemas di hati rakyat Malaysia.


OVERALL EXCELLENCE AWARDS


RECIPIENTS OF CERTIFICATE OF MERIT

1. The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad
2. IOI Corporation Berhad
3. IOI Properties Berhad
4. Malaysia Airports Holdings Berhad
5. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
6. Petronas Gas Berhad
7. Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad
8. Tenaga Nasional Berhad
9. AMMB Holdings Berhad


MOST OUTSTANDING ANNUAL REPORT OF THE YEAR

Platinum
Public Bank Berhad

Gold
Telekom Malaysia Berhad

Silver
British American Tobacco (Malaysia) Berhad


INDUSTRY EXCELLENCE AWARDS [MAIN BOARD]

Consumer Products
British American Tobacco (Malaysia) Berhad


Industrial Products & Technology
HeiTech Padu Berhad


Trading & Services
Telekom Malaysia Berhad


Finance
Public Bank Berhad


Construction & Infrastructure Project Companies
(Joint Winners)

IJM Corporation Berhad
and
Puncak Niaga Holdings Berhad


Properties, Hotels & Trusts
Sunway City Berhad


Plantations & Mining
Kulim (Malaysia) Berhad


PRESENTATION AWARDS

Best Annual Report in Bahasa Malaysia


Platinum
Public Bank Berhad

Gold
Telekom Malaysia Berhad

Silver
Kulim (Malaysia) Berhad


Best Designed Annual Report

Platinum
Bumiputra-Commerce Holdings Berhad

Gold
Nestle (Malaysia) Berhad

Silver
Telekom Malaysia Berhad


CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY AWARDS

Best Corporate Social Responsibility Awards

Platinum

Malaysian-Resources Corporation Berhad

Gold
Nestle (Malaysia) Berhad

Silver
Telekom Malaysia Berhad


SPECIAL AWARD FOR NON-LISTED ORGANISATIONS

Best Annual Report of Non-Listed Organisations

Cagamas Berhad

.............................................................................................

ANNUAL REPORT 2006, COVER from 13 design's
.............................................

RASIONAL COVER

Tajuk akhbar, seperti muka surat hadapan, mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menarik perhatian pembaca. Daripada situlah lahirnya konsep laporan tahunan 2006 ini.

Rombakan Harian Metro amat penting dalam melonjakkan akhbar cilik ini dalam arena media percetakan. Sehingga kini, keunikannya, kandungannya yang berani dan gaya penyampaiannya yang cemerlang menjadikannya akhbar bahasa Melayu No. 1.

Apakah cara yang terbaik untuk menyatakan penghargaan kami selain daripada menghayati wajah dan semangat akhbar ini; sebagai meraikan kejayaan hasil titik peluh kami.

Yang pasti, Harian Metro adalah kebangaan NSTP.





RASIONAL COVER

MEMBENTUK PEMIKIRAN RAKYAT MALAYSIA

Sejak dulu, akhbar dalam kumpulan NSTP menjadi perakam sejarah dan pemangkin budaya. Pemikiran maklumat dan ilmu yang di paparkan setiap hari mebantu memperkembangkan minda pembaca.

EMPOWERING MALAYSIA THOUGHT

For years, NSTP's newspapers have been the national treasure of the nation's records, history and calture; proving to be a vital tool for Malaysia's development. Akin to the human brain, our newspaper convey thoughts, knowledge and information freshly digested to pur readers daily. These are expanding greatly beyond the reach of current thoughts.

...............................................

To: Jezilee b Mohamad Ramli/FINANCE/NSTP@NSTP, Zuhaidi b Abd Lajak/FINANCIAL/FINANCE/NSTP@NSTP, Mohd Hisham b Md Shazli/CORPGOV/NSTP@NSTP, Abdul Wahab b Mohamad/HCS/NSTP@NSTP, Azhar b Sukerni/CREATIVESERVICES/ADV/NSTP@NSTP, Sayuti b Hj Chik Tajudin/CREATIVESERVICES/ADV/NSTP@NSTP, Ahmad Tarmizi b Zaid/CREATIVESERVICES/ADV/NSTP@NSTP, Abdul Hamid b Abdullah/CORPPLAN/FINANCE/NSTP@NSTP, Aida Karimah bt Hussain/HCDEVELOPMENT/HCS/NSTP@NSTP, Wan Abdillah b Wan Nawi/MARKETING/NSTP@NSTP


From: Tasneem bte Mohd Dahalan/LEGAL/NSTP
Date: 11/26/2008 09:58AM
cc: Zafrul Shastri b Hashim/LEGAL/NSTP@NSTP, Anisah bt Md. Mokhtarudin/LEGAL/NSTP, Mustapa b Hasbi/LEGAL/NSTP@NSTP

Subject: NACRA 2008 : List of Award Winners

Dear all

I am pleased to inform you that at the recent NACRA 2008 Awards, NSTP was listed as a recipient of the the Certificate of Merit in relation to its Annual Report for FYE 2007. Attached is the full list of award winners.

This is real big deal for me as NSTP has not been shortlisted for a very long time. I think they took in as a major consideration that our Annual Report is bilingual. Most PLCs just distribute a English version of their Annual Report.

Media Prima has been vying a spot in the Awards for years and have never come this far! I'm so pumped up; hope you guys are too.

Sincerely

Tasneem
..................................................................

Dari fish eye ke 'Eagle Eye'
"Menang sokmo", kata orang Pahang. Memang sukar mengekalkan kemenangan dalam pertandingan cover Annual Report yang diadakan setiap tahun kerana mereka-mereka semuanya 'power'. Designer-designer diwajibkan me'design' satu cover setiap seorang lengkap dengan resionalnya. Lagi banyak lagi bagus!. Maka bertungkus-lumuslah setiap seorang mencari idea-idea baru... Masing-masing mencari idea melalui Pak Kadok Google, buku-buku rujukan dan sebagainya yang terlintas.

Sejak tahun 2006, 2007 dan 2008 aku mengekalkan kemenangan. Pihak majikan atau bos-bos tidak mengetahui susah senang aku mencari bahan rujukan yang mereka hanya tahu memilih yang terbaik dan sesuai dengan fokus tahun itu saja.


Misalnya untuk kemenagan 2007 aku mencari idea agak lama juga. Terlintas difikiran tentang pendatang tanpa pasport memasuki negara kita untuk mencari rezeki. Ditahan dan dihantar pulang dan datang kembali. Ini semua kerana ketiadaan pengenalan diri atau pasport. Lintas terlintas, pengenalan diri melalui cop jari atau finger print sangat penting. Langsung aku terjemahkan di Annual Report 2007 bersesuaian dengan konsep atau fokus tahun itu 'Branding'.


Aku teringat semasa bekerja di Bank Pertanian sekarang Agro bank tahun March 1987 hingga August 1988. Cover design Annual Report 1987 aku terpilih. Rekabentuk cover ini sepatutnya Sketsa Advertising yang menguruskan dan mereka-bentuk kerana memenangi tander, tetapi kerana ketidakpuas hati pihak bank dirujuk kembali ke kepada aku. Grafik gambar petani memikul cangkul dengan muka tersenyum berlatar-belakang warna silver (special printing). Itu hanyalah sentuhan 'koboi' atau cin-cai saja. Pihak board dah pilih. Mereka kata bagus, ada 'konsep', aku layan ajele...


Adik aku, Sab menang kereta Naza Ria (grand Prize)!

Tahun 1999 aku menenangi sebuah kereta dalam Shell Contest. Tahun berikutnya adik aku mendapatkan Grand Prize dan memenangi kereta Naza Ria dalam Bernas Contest. Aku masih ingat kami, tiga puak anak beranak duduk dua buah meja di Marriott Hotel, Putrajaya. Ini kerana aku, isteri, adik ipar, adik yang kelima, abang, adik yang kedua dan isterinya semuanya memenangi beberapa kategori. Ada yang menang RM, menginap di Penang dan di Langkawi. Itulah saat manis. Pihak Bernas sukacita menghadiahkan sekampit beras 5 kilo dan sesiapa ingin lebih dipersilakan. Maka masing-masing 8 bulan makan nasi percuma....

Pertandingan dengan memenangi hadiah bukan tamat di situ saja. Tahun berikutnya memenangi jam tangan adidas, mikrowave, hand phone Motorola dan sebagainya.


Itulah adat atau galur bertanding. Keseronokan tidak bertahan lama. Ghairahnya sementara saja. Esoknya aku mencari projek baru pula. Aku sentiasa dengan hati 'keras' menyambut cabaran walaupun ada pihak-pihak memandang enteng. Biarkan, biarkan... yang penting hati mesti baik be...


Sbagai catatan, sebelum itu aku bekerja di Pustaka Antara di bahagian majalah (Alam Wanita) tak sampai setahun. Dan dapat tawaran bekerja di Dewan Bahasa tetapi ditawarkan oleh Baha Zain (penyair & penulis) yang berkebetulan merancang berhenti dari DBP (yang intiview aku) dan membuka publishing dan menerbitkan majalah mingguan ERA. Kemudian Baha Zain memberi aku peluang membuat pratikal di DBP.


Di sini aku mengenali Imuda, Sabri Yunus, Mazlan Noor (Along) dan beberapa orang yang dah telah lupa nama yang banyak membantu. Dan selapas itu Baha Zain menghantar bekerja di advertising (nak bagi expose) di Ros & Rem Advertising selama hampir 5 bulan. Sekitar pertengahan tahun 1985 hingga 1987. Ramai kenalan ku jumpai. Roosfa Hashim kenalan rapat kini jadi penerbit buku ilmiah di UIA. Marzuki Ibrahim, selain menpunyai syarikat sendiri juga ketua penerangan UMNO Kepala Batas (arwah). Amran pensyarah di UIA dan lain-lain.

Yang seronoknya bekerja di publising ini dapat berjumpa pelbagai orang. Dari Pak Menteri hinggalah ke artis popular. Ada kalanya aku menjadi repoter celup, mengarahkan fotografi untuk fesyen dan cover majalah dan etc...



Dan kini aku jumpa mereka kembali tetapi sudah banyak berubah. Aku berjumpa Salbiah Ani (Berita Harian), Hamidah Atan (NST), Zulkefli Zainuddin (BH), dan berapa kenalan lain. Rupanya dunia ini kecil saja, kita bergerak dalam lingkungan yang sama. Ada yang sudah memeta uban dan ada yang kahwin dua... Misalnya Adam Salleh (Harian Metro) ... berkahwin baru..?. Doakan moga semua selamat!. Ins ya Allah.




Kes 'Padan Muka' melarat ke Tulah!

Soal mencari idea kreatif ini terkadang tidak disenangi atau disalah taksir oleh setengah pihak. Ini berlaku sekitar tahun 2002 (tak silap) di mana aku menghadiri AdBall Night di Shangri La Hotel. Ad Ball Night ini diadakan sebagai menghargai individu-individu yang bergiat dalam industri pengiklanan dan media (Media Players), sekitar September atau November setiap tahun (bergantung keadaan ekonomi).

Aku akan menghadirkan diri pada setiap tahun walau pun tidak mendapat kad jemputan. Ini kerana aku menganggap majlis ini penting bagi orang kreatif untuk mengasah kreativitinya atau mencari idea-idea baru, nak exposed... Salah ke?.




1997 - Thema : South Pacific


1999 - Thema : Wild, Wild, West.


2000 - Thema : Space Invasion


2001 - Thema : Planet Bollywood


2002 - Thema : Shanghai Beach


1995 - Thema : Masked Mayhem


1996 - Thema : Malayarama


1997 - Thema : South Pacific


2004 - Thema : Night of Legends



Sekitar Adball, menjadi kenang-kenangan...


Misalnya pada tahun 2007 konsep Masquerade!. Maka setiap jemputan dikehendaki memakai topeng dan seangkatan dengannya. Maka berbondong-bondonglah para jemputan dengan mask dan fancy attire dengan pelbagai kreativiti. Ada stail vampire, Harry Potter, hantu jembalang dan Italy sekitar abad ke 18. Masquerade, every face a different shade. Look around you... there's another mask behind you!... Tahun sebelumnya konsep rock... sebelumnya konsep Bollywood dan sebelumnya Shang Hai Noon!.

Tahun 2002, AdBall Night yang meninggalkan kesan mendalam buat aku. Ini kerana GM bahagian Bahasa, ZJ telah cuba memberi 'padan muka' pada aku di tengah khalayak semasa mengambil door-gift. Dia dengan lagak angkoh tetapi bodoh cuba mendesak aku memberitahu 'siapa' yang menggantikan, aku datang ke majlis ini sedangkan kad jemputan terhad. Para jemputan berbaris ramai ketika itu memandang kepada aku tetapi kerana aku dah biasa datang ke majlis sebegini dengan selamba dan tersenyum ala James Bond (Kebetulan malam itu aku memakai lather jacket berharga Rp1500 juta dibeli di Bandung). GM yang tinggi ego ini (cuma berpakaian office) mendesak, "Replace siapa?..., aku sambil senyum aksi CEO, "Ada le... bro".

Nak jadi cerita, semasa menghantar door-gift ke dalam kereta aku bertembung lagi dengan Mamat GM budak keramat ini. (Sebelum jadi GM dia ni marketing atau sales biasa saja mencari iklan untuk akhbar dan aku kenal agak mesra tetapi bila jadi GM dia menunjukkan 'taring' kerana memang giginya berlapis).

Dia mendesak aku supaya memberitahu r
eplace siapa atau datang cara mana?. "Aku tak replace sesiapa, aku datang sendiri, salah ke!?", kata aku selamba menutup ketegangan petang itu. GM ni mengeleng-geleng kepala macam Bush menidakkan tindakan membunuh Saddam Hussin sebagai kejam.

Panas hati punya penangan, besok pagi setelah berjumpa Senior Manager dan menerangkannya kedudukan perkara. "Ah, sepatutnya dia seronok tengok orang kreatif datang", ujar Senior Manager department aku.

Aku ke bilik GM menanyakan dan mempersoalkan kenapa dia begitu marah dan bengang terhadap tindakan menghadirikan diri itu. "Aku saja aja, kau bukan tak kenal aku", katanya bersahaja sambil menonton/mendengar ceramah haji dari Hj. Daud Cik Ngah dalam komputer. Dan aku menerangkan duduknya perkara dan tujuan ke sana. Sebagai designer harus mencari idea baru dan peka terhadap kreativiti. Aku memberitahu, kemenangan kereta dulu pun hasil penyelidikan di sebuah kedai buku di Bangsar (aku mengoyakkan bahagian penting itu). Dia termengu "Oooo" dan baru dia tersedar kesilapananya, mukanya macam burung belatuk tersalah ketuk kayu lempung. Kayu lempung itu merosakkan memek mukanya.



Kancil Awards


Selang setahun atau dua tahun GM ni ambil VSS (Skim Berhenti Kerja) kerana tekanan atau seangkatan dengannya. Dia dikhabarkan membuka agency advertising dan disonglap rakan kongsi. Juga dikhabarkan GM ni pandai bercakap atau beresolusi saja tetapi kurang cekap menghalusi kerja. (Jadi GM dulu boleh le, kalau buka agency kena turun padang kadang-kadang kita jadi office boy). Sok-sek mengatakan clientnya dikebas rakan lama. Seterusnya dikhabarkan dia telah menyertai syarikat penerbitan pesaing kami.

Aku mendengar cerita itu lalu memberi 'padan muka' kepadanya. Kini GM ini terkena badi... TULAH la tu agaknya!...




***TULAH ertinya Kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan (melakukan sesuatu yang kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kepada raja, dan lain-lain). Tindakan yang mendatangkan kesengsaraan atau musibah.