ads

Wednesday, July 16, 2008

Sydney kota pelancongan





... Selain pelbagai tempat menarik, peluang pelabur-pelabur
arif yang sentiasa memasang telinga!


Sydney bukanlah asing bagi masyarakat Malaysia. Jika kita menoleh ke kiri atau ke kanan, pasti dapat melihat wajah rakyat Malaysia yang melancong atau menetap di sana. Perjalanan yang mengambil masa lebih lapan jam dengan Jetstar yang dimiliki Qantas cukup mengujakan dengan kemewahan hidangan di Starclass. Di Sydney, suhu purata 18.6 darjah Celsius hingga 25.8 darjah celsius dan bulan Julai adalah bulan yang paling sejuk, cuaca pula cukup menarik untuk menikmati keindahan bandar raya Sydney!

Pulau yang di temui oleh Kapten Cook pada tahun 1770 merupakan tempat yang paling sesuai untuk membuat penempatan. Tahun 1778 Kapten Arthur Phillip tiba ke pulau itu dengan membawa 1044 rakyat termasuk 759 banduan untuk mendiami pulau berkenaan. Tahun berikutnya iaitu sekitar 1831 pihak British telah memberi penempatan kepada 70,000 rakyatnya mendarat di pulau itu dan mendiaminya. Kini Pulau itu telah mencapai jumlah penduduk hampir 5 juta orang.

Bagi para pelabur pula, persoalannya ialah: Dari mana pulangan terbaik akan muncul untuk beberapa tahun akan datang? Satu kawasan sedemikian ialah wilayah Hunter, terletak 130km di utara Sydney, dengan tumpuan ke atas Newcastle – bekas tempat bertapak BHP Steelworks. Harga rumah median di Newcastle telah melonjak 116% sejak lima tahun lalu kepada A$350,000, sementara wilayah Hunter Valley, yang terkenal dengan ladang-ladang anggurnya, telah menyaksikan kenaikan harga sebanyak 121% dalam tempoh yang sama. Kesemua jalan di antara Sydney dan Newcastle telah diperbaiki dan bilangan orang ramai yang berulang-alik daripada wilayah Hunter untuk bekerja di kedua-dua Sydney dan Central Coast telah meningkat. Masa perjalanan adalah kurang dua jam, menjadikan ini satu “syurga bagi mereka yang berulang-alik”.

Pemberian nafas baru kepada Honeysuckle, satu pembangunan 50 hektar mengadap pelabuhan yang bersebelahan dengan pusat perniagaan wilayah (CBD) Newcastle, telah menarik para pelabur dari Sydney dan tempat-tempat lain. Harga murah, digabungkan dengan ramalan harga kukuh, telah menjadi tarikan utama di bahagian ini dalam wilayah Hunter.

Lebih hampir ke Sydney, pelabur-pelabur yang arif patut menyiasat peluang-peluang yang ada di Kooindah Waters, satu estet kediaman golf yang terletak di Central Coast di Wyong. Ia menonjolkan 252 kediaman dan sebuah tempat peranginan mewah yang telah dibina sekitar satu padang golf kejuaraan 18-lubang yang telah direkabentuk oleh pemain-pemain golf Australia Craig Parry dan Ross Watson. 85 hektar dari tanah basah semulajadi tersebut telah digabungkan ke dalam rekabentuk padang golf berkenaan untuk mengekalkan ciri semulajadi belukar disekelilingnya. Hari ini, padang golf ini dianggap salah satu dari 50 yang terbaik di Australia. Harga-harga untuk kediaman-kediaman kedudukan-bebas dan rumah-rumah gaya-laman dalam dijangka berada di antara A$575,000 dan A$780,000.

Sebuah lagi kawasan untuk dipertimbangkan ialah di bahagian tengah barat Sydney, yang akan menikmati faedah terbesar daripada pembukaan “Terowong Lintasan Bandar (Cross City Tunnel)”. Ia akan menghubungkan timur ke barat, memintas 18 set lampu isyarat dan mengurangkan masa perjalanan sehingga 20 minit. Adalah berkemungkinan yang kawasan-kawasan pinggir bandar seperti Annandale, Stanmore, Camperdown, Newtown, Petersham, Lilyfield, Haberfield, Balmain dan Five Dock akan mendapat faedah daripada hubungan ini. Mereka hampir ke CBD dan universiti-universiti utama di Sydney, seperti Universiti Teknologi, Sydney.

Kesimpulannya, satu perkara yang pasti: kepelbagaian pasaran Australia akan sentiasa menjamin yang peluang-peluang terus tersedia untuk pelabur-pelabur arif yang sentiasa memasang telinga. Ini adalah satu peluang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan di sana! 'The Harbour City" inilah merupakan pusat kewangan terbesar di Australia sekaligus mengetui sektor termasuk hartanah, perkhidmatan perniagaan, pembinaan, pelancongan, media, kesihatan dan khidmat komuditi.

Apa istimewanya Sydney? Kota metropolitan itu sebenarnya menawarkan pelbagai distinasi menarik untuk pelancong!. Antaranya Opera House, Sydney Harbour Bridge, Akuarium Sydney, Pantai Bondi, Masjid Gallipoli, The Rock Market, Paddy's Market, The Australia Reptile Park, Taman Marks dan pelbagai lagi.


Sydney Opera House atau Rumah Opera Sydney mempunyai rekabentuk bangunan abad ke-20 yang unik dan terkenal. Pembinaan Sydney Opera House dimulakan pada 1959 membabitkan 10,000 kontraktor dengan perbelanjaan sebanyak A$102 juta. Rumah opera ini yang juga terletak berdekatan dengan Sydney Harbour Bridge di Darling Harbour yang disiapkan tahun 1932 menjadikan kedua-duanya sebagai mercu tanda Australia. Seramai 2,500 hingga 4,000 pekerja terbabit dengan pembinaan Sydney Harbour Bridge sepanjang tempoh sembilan tahun (1923-1932). Sebanyak 52,800 tan besi digunakan untuk membina jambatan berkenaan, termasuk 39,000 tan besi hanya untuk gerbangnya sepanjang 503 meter.



Rumah opera ini pula memiliki daya tarikan dengan rekabentuk bersumberkan cengkerang laut. Sydney Opera berusia lebih 34 tahun di buka secara rasmi Ratu Elizabeth pada 20 Oktober 1973. Selain daripada objek pelancongan, rumah opera ini juga menjadi tempat untuk pelbagai pertunjukan teater muzikal, opera, ballet dan lain-lain seni teater. Rekabentuknya berdasarkan kerja Jorn Utzon, seorang akitek dari Demmark pada tahun 1957.

Mula dibina pada 1973 dan siap empat tahun kemudiannya, Sydney Opera House adalah antara mercu tanda teristimewa kota raya Sydney. Bangunan yang dibina daripada bongkah konkrit tanpa tiang ini adalah antara bangunan yang paling banyak dirakamkan gambarnya di dunia dan menerima kunjungan kira-kira dua juta pelawat setiap tahun. Bentuk bumbung yang melengkung dan mempunyai tiga lapisan dianggap sebagai antara satu keajaiban dunia dalam seni bina yang sehingga kini tidak boleh ditandingi.

Satu lagi mercu tanda Sydney ialah Sydney Tower setinggi 300 meter dibuka kepada pengunjung dengan bayaran sebanyak RM50 untuk melihat keseluruhan bandar Sydney hinggalah ke gunung yang terletak di sebelah barat bandaraya itu. Sebagai pelancong, pemandangan ini cukup mengujakan!

Ramai berkata, tidak lengkap kunjungan ke bandar raya Sydney, Australia jika tidak mendaki Sydney Harbour Bridge. Jambatan berusia 75 tahun, yang menjadi antara lambang utama ibu negeri New South Wales. Jambatan yang dikenali sebagai Penggantung Baju Gergasi ini (kerana reka bentuk strukturnya). Berdasarkan rekod, puncak jambatan ini terletak 134 meter dari paras laut!!

Akuarium Sydney yang memelihara lebih 11,000 hidupan laut termasuk jerung dan anjing laut pastinya sesuai untuk kunjungan keluarga terutama kanak-kanak. Mereka pastinya seronok melihat kenakalan anjing laut ketika diberi makanan oleh pelatihnya. Kedudukannya hanya beberapa meter dari Sydney Opera House sekaligus memudahkan anda singgah sebentar di akuarium itu.

Selepas seronok melihat pelbagai jenis ikan, mungkin anda boleh membawa keluara bermandi-manda di Pantai Bondi. Diiktiraf sebagai antara pantai terindah di Sydney. Pemandangan yang cukup menarik kerana pantai ini disempadani bangunan batu dan lereng bukit yang terhakis sejak ribuan tahun dulu. Namun, hati-hati...pantai ini juga menawarkan pemandangan yang dikelaskan sebagai 18SG!!! Juga terkenal sebagai "The Rat-race... Sydney style di Pantai Bondi ini.

Mereka berjemuran kerana dahagakan cahaya matahari yang lambat menerjah ke kulit disebabkan suhu yang sejuk, lansung mereka bebogel dada!. Selain pandangan cantik dan pasir memutih, anda berpeluang bermain papan luncur air yang sungguh menyeronokan. Memang mengujakan tetapi cukup 'menakutkan' lebih-lebih lagi apabila melihat ombak besar memutih `memukul’ peluncur dan mereka yang bermandi-manda di situ.

Jangan lepaskan peluang mencuba Jet Blast, bot laju yang bukan saja membawa penumpang menikmati keindahan pelabuhan Sydney, malah melalui pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan apabila pemandu bot membuat pusingan 270 darjah sebelum berhenti mengejut ketika meluncur laju. Cara ini dapat mengenali Sydney lebih dekat dengan menyusuri beberapa buah teluk yang mengelilingi kota raya itu.

Anda boleh membeli-belah di The Rock Market dan Paddy's Market yang menyediakan pelbagai kraftangan dan pakaian dengan harga yang berpatutan. Paddy's Market dibina lebih 150 tahun dan peniaga kebanyakannya membabitkan orang Asia. Bagi pencinta seni, kraftangan, fesyen dan aksesori, Paddington Market adalah lokasi paling tepat untuk menikmati dan memiliki keunikan seni Australia. Dari barang sekecil-kecil hinggalah barang terbesar terdapat di sini untuk cenderahati. Jika dibandingkan dengan Central Market di Malaysia, Paddy's Market lebih besar dan menyediakan pelbagai barangan!.


Kebetulan, aku menginap di Hyatt Kingsgate Hotel di Jalan King Cross yang menyajikan pelbagai hiburan. Dari pagi hingga ke senja bolong anda dihidangkan keghairahan dan kehairanan. Pasangan berpelukan dan adegan ghairah bertali arus di depan mata. Golongan gay berkeliran dengan pasangannya juga tidak kurang dengan adegen menjentik hati. Kita jadi kehairanan kerana mereka kelihatan lelaki sejati tetapi nafsu kejulingan. Tempat ini sangat popular kepada pelancong. Naluri kejantanan kita berfoya-foya di sini.

Banyak tempat esotika disajikan tanpa mengira waktu beroperasi kerana bila saja kita masuk ke tempat itu persekitarannya malap dan gelap membuat kita terlalai hingga ke subuh. Dan, kita boleh saja melihat striptease dengan sedikit bayaran! Wanita 20-an berkulit cerah atau gelap mempersembahkan kebolehannya kepada pelancong yang ingin tahu... Duit yang diberikan akan diselitkan di seluar kecilnya.

Jika ingin meneruskan agenda nafsu boleh saja mendayung @ ronggi ponggi!.



Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

No comments: