ads

Wednesday, July 16, 2008

Sri Lanka, di manakah perginya wanita bersari...?



"Ayubowan", ucapan selamat datang dengan merapatkan tangan ke dada, tunduk sedikit dan berkata "Ayubowan". Gadis-gadis cantik, berkulit cerah memakai sari, tersenyum sambil mengalungkan bunga ke leher pelancong. 

"Kohan mather?, tanyanya dan menjawab, "hondai..." bermakna khabar baik. Hati berbisik, tentu ramai gadis-gadis cantik - lasana keller,di Sri Lanka ketemukan nanti...


Sri Lanka bersuhu 27 darjah selsius itu bermakna tanah gemilang atau resplendent land. 1000 rufee bersamaan Rm294.00 dan 100 rufee bersamaan RM4.20. Di utara, ia itu di Jafna, keadaan agak tegang kerana Tamil Eelam menuntut hak kerajaan sendiri.


"I'm not fat but I fit...", luahan selamba pemandu pelancung bila dikatakan ia agak gemuk. Perbualan kami berkisar tentang penduduk Sri Langka yang rata-rata tidak gemuk gedempul. Ini disebabkan paras kolostrol tidak maksimum tinggi kebanyakan penduduknya.

Walaupun Sri Lanka pengeluar kelapa terbesar dunia tetapi rakyatnya kurang menggunakan lemak kelapa dalam makanan, lebih kepada export. Rata-rata rakyatnya kelihatan tampan dan tidak gedempol gemok. Kulit mereka agak cerah berbanding penduduk di India.
Perdana Menteri sekarang, Chandrika Bandaranayake Kumaratunga adalah anak bekas Perdana Menteri terdahulu.



Kita boleh menghubungi dengan 
e-mail: dtp@kandyan.net untuk mengetahui secara
mendalam akan jenis herba-herba untuk perawatan. 




Kerajaannya memberi pelajaran secara percuma kepada rakyatnya. Semuanya ditanggung oleh kerajaan dari segi makanan, pakaian dan sebagainya. Penduduknya berbahasa Sinhala 74%, Tamil 20%, English, Belanda, Portugis dan lain-lain. Anggaran peduduknya sekitar 2.2 million orang. Rakyatnya berugama Buddha 69%, Hindu 16%, Kristian 8% dan muslim 7%. Sejarahnya negara ini bertali dengan penjajahan, Portugis, pada tahun 1505 kemudian Belanda dan Bristish tahun 1796 hingga 1815. Sri Lanka merdeka pada 4 Febuari 1948.
Perdana Menteri pertamanya ialah Bandaranaike sekitar tahun 1956.
Rata-rata diketemui, penduduknya tidak merokok. Ini mungkin di sebabkan harganya mahal, RM9 atau lebih kurang 250.00 rufee. Jika berkenderaan dari Negombo ke Kandy atau ke Colombo, kita akan bertembung dengan iklan-iklan makanan segera maggie, pelbagai bentuk dan saiz. Billboard besar ini mengiklankan keenakan maggie, sama ada di jalan raya, kampung atau di sawah bendangnya.

Mungkin penduduknya lebih menyukai makanan ringkas ini berbanding asap rokok...
Sepanjang jalan, mudah diketemukan pos-pos kawalan yang dikendalikan oleh tentera, bersiap sedia sepanjang masa. Ini disebabkan pemberontak Tamil Eelam sering mencari peluang membuat kacau! Negombo, 5 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo, adalah pekan kecil nelayan sejak 1796 lagi.


Ladang Tea menghijau di pinggir bukit


Tut-tut atau traveler, sentiasa bersiap sedia di tepi-tepi jalan.

Penduduknya ramah dan sering melemparkan senyum kepada pelancung. Di tepi-tepi jalan banyak kedai menjual pelbagai barangan untuk pelancung seperti batu permata, barangan kulit, kraftangan dan lain-lain. Tut-tut atau traveler, sentiasa bersiap sedia di tepi-tepi jalan. Kenderaan beroda tiga ini popular di Sri Lanka. Kita boleh saja kemana-mana, melihat Sri Lanka dari dekat dengan tambang yang murah. Kesan tapak kaki nabi Adam dikatakan berada di gunung Eden.

Pada 2500 tahun lalu mereka mendakwa tempat di mana Nabi Adam turun dari surga. The Adam Peak ini terletak kira-kira 7359 kaki tinggi dari paras laut. Penganut Hindu juga mendakwa terdapat kesan tapak kaki Buddha di situ. Anuradhapura terletak di bahagian tengah utara negara itu. Kira-kira 8 jam perjalanan dengan bas dari Colombo.
Bagi peminat sukan windsurfing, Negombo adalah tempat yang sesuai. Ini kerana kedudukan pulau yang terbuka dari arah angin dan angin Teluk Benggala yang kencang. Sejak tahun 1980-an lagi Sri Lanka telah menjadi host International Windsurfing Champioships.



Kriket, sukan no.1. Di mana-mana baik di hotel menayangkan sukan ini.

Ramai pelancong dari Holland, British dan Jerman datang ke sini bermain windsurfing dan sukan air lainya. Kita boleh saja membuka laman webnya: www.isr-srilanka.com untuk mengetahui aktivi-aktiviti program di sana. Kriket adalah sukan popular meraka. Murid-murid sekolah dilatih sejak kecil dengan sukan ini. Tidak janggal pada mereka bermain di waktu tengah hari sekitar jam 12 tengah hari.

Kalau kita berjalan di sekitar kota ini banyak padang-padang kriket kelihatan.
Anehnya di sini, anak-anak muda tiada kelihatan melepak di tepian jalan membuang masa. Kalau adapun mereka kelihatan kemas berpakaian kasual sambil menunggu bas. Pelacuran satu kesalahan di sisi undang-undang negaranya, jika terlibat boleh didakwa atau penjara. Kalau bersiar-siar di kotanya tiada satupun penunjuk atau iklan pelacuran.

Taraf penghidupan rakyatnya agak rendah. Rumah-rumah, sistem perparitan, longkang, jalanraya adalah senario 60-an di Malaysia. Tiada apartmant atau rumah pangsa di sini. Pertanian diamalkan cara tradisonal tanpa menggunakan jentera moden di merata sawah bendang. Masih ramai menggunakan sungai untuk mandi-manda, basuh membasuh. Sumber air sungai masih digunakan untuk penghidupan.



Miss Sri Lanka berkulit cerah

Di sepanjalan jalan banyak diketemukan ladang-ladang kelapa tetapi anehnya tidak kelihatan ladang-ladang teh... Sri Lanka adalah pusat batu-batu permata. Kita boleh saja memborong pelbagai batu untuk hiasan dengan harga yang menarik. Gemstones dan semiprecious stone seperti sapphire, ruby berly, topez, spinel, moon stone, graphite adalah jenis batu yang sangat terkenal, 'Ceylon Sapphires" yang bersinar gemalapan.


Pelbagai jenis batu terdapat di sini dan sangat terkenal di dunia. Ramai pelancong-pelancong barat memborongnya!
Bagi perawatan herbal untuk perubatan atau kesihatan pusatnya terdapat di Kandy. Perjalanan dengan bas hampir selama lima jam. Kandy, sebuah pekan berhampiran tasik yang luas, adalah tempat penganut Buddha dan tempat raja Sinhala tinggal di masa lampau. Patung Buddha masih terpacak kukuh, 3000 kaki di atas bukit.



Pemandangan Colombo yang pesat membangun


Bagi perawatan kulit muka, minyak Jojoba dan aloe tulin dapat menghilangkan kekedutan dan jeragat dalam jangka masa singkat kata jurucakapnya. Minyak hijau dan herba balm pula sangat sesuai bagi pengidap penyakit migraine, hanya cuma menyapukan minyak itu di kepala. Bagi yang keguguran rambut, minyak kelapa king (dari kelapa pokok tinggi) sangat sesuai kerana ianya bukan saja melebatkan rambut tetapi menghilangkan kelemumur. Arista tanpa alcoholic dari ramuan 74 jenis herba adalah perubatan bagi penyakit asthma. Pelbagai jenis herba terdapat di sini.


Pemandangan di Kandy

Kita boleh menghubungi dengan e-mail: dtp@kandyan.net untuk mengetahui secara mendalam akan jenis herba-herba untuk perawatan.
Colombo adalah pusat pentakbirannya. Banyak monumen-monumen sejarah, hotel-hotel lima bintang dan bangunan-bangunan tinggi terdapat di sini. Kalau ingin membeli cenderahati, The Sea Street iaitu Chow Kit Road Sri Lanka, barangan dari A hingga Z terlonggok dan menanti pelancung. Istimewanya kain batik dan pelikat, barangan kulit, tea Ceylon, batu permata atau kayu kriket, cenderahati kepada tersayang. Penjual cenderahati berebut pelancung sambil menawarkan harga menarik tetapi tidak seperti di Indonesia, penjualnya memaksa pelancung membeli barangan mereka walau apa cara sekalipun, ini membuatkan pelancung kurang selesa dan tidak tenteram.

Sri Lanka, Sebuah cerita yang menepuk hati. Sukar diketemukan senyuman gadis di jantung kotanya. Rupa-rupa pramugari Sri Lanka Air dan petugas di lapangan terbangnya saja kelihatan gadis-gadis comel bersari, perut terdedah dan berpinggul lebar seperti burung merak menguruskan pelancong, bila mendekati jantung kotanya hanya ditemui lelaki atau penjual tua semata...

Kita menjadi semakin hairan... di manakah perginya laksana keller, wanita bersari...?



Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

1 comment:

R. S. Iskandar said...

sebuah entry yang mana naratifnya seakan rencana pasca-perang. terserlah garapan generasi tahun 60an yang lebih menumpukan terhadap isu-isu budaya dan masyarakat.

write more, i love reading them. keep on writing.