ads

Wednesday, July 23, 2008

...Isteri kedua, di Pattani!



Bagi sebagian kita, Patani mungkin hanya sebuah nostalgia negeri Melayu. Orang yang memperhatikan peta Asia Tenggara sekarang akan mengetahui bahwa sebuah negeri Islam yang dulu berjaya kini telah hilang dan tinggal kenangan.

Berbeda dengan nasib negeri lainnya seperti Bosnia, Kashmir, Chechnya atau Palestina yang tidak pernah sepi dari pemberitaan. Patani ditakdirkan telah menjadi sebuah negeri yang dilupakan orang, sepi dan tidak naik panggung.

Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung Melayu seperti Malaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka, sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahwa Langkasuka itu terletak di Patani. Kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, mulai dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah.


Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

Selatan Thailand dan bahagian utara Semenanjung Malaysia, boleh berpadu tenaga untuk mewujudkan persekitaran perniagaan halal antarabangsa yang berdaya maju dalam situasi yang memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak.

Selatan Thailand boleh menjadi sumber bahan asas mentah, manakala negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia boleh menyediakan kemampuan dan kepakaran dalam sektor pembuatan, satu gabungan yang boleh merangsang asas perindustrian yang kukuh untuk produk dan perkhidmatan halal.

Ini dilihat dalam konteks Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang lebih besar, yang boleh bertindak sebagai pemacu dan pengguna sektor perniagaan halal, disebabkan oleh gabungan besar penduduknya yang beragama Islam.

Dalam konteks ini, pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Malaysia, yang terdiri daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak utara, boleh menjadi jentera pertumbuhan untuk sektor halal IMT-GT, memandangkan Perlis diperuntukkan sebagai pusat logistik halal dalam NCER.

Ini merupakan gambaran yang diperoleh oleh delegasi Malaysia susulan lawatan muhibah ke Bangkok bagi mengukuhkan kerjasama dua hala dalam sektor halal.

Dengan membawa pembangunan ekonomi ke kawasan selatan Thailand yang majoriti penduduknya beragama Islam merupakan antara cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa lawatannya ke Thailand sebagai satu daripada cara meningkatkan aktiviti ekonomi di wilayah berkenaan dan dapat mengurangkan ketegangan keselamatan di kawasan berkenaan.

IMT-GT, diwujudkan sebagai rangkaian ekonomi, mengandungi Sumatera Utara dan Acheh di Indonesia; Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak di Malaysia; serta Satun, Narathiwat, Yala, Songkhla dan Pattani di Thailand, dengan jumlah penduduk kira-kira 20.5 juta orang.

Malaysia kini secara agresif mempromosikan dirinya sebagai hab halal dunia, manakala Thailand berminat untuk menjadi hab bagi industri halal daripada segi perkhidmatan seperti hospital, restoran dan pelancongan.


Distinasi bercuti

Kita boleh memecut di jalanraya di Thailand, asalkan tidak membabitkan kemalangan. Semua kenderaan menderum laju, selaju-lajunya... Di sini bebas, tiada banyak papan tanda. Kenderaan pickup disel pelbagai guna sangat popular disebabkan cukai jalan yang murah. Harga petrol disel setiap stesyen berbeza-beza kerana tiada kawalan harga oleh kerajaan. Ini menggalakkan persaingan sihat pengusaha-pengusaha minyak setempat.

Kalau kita memandu dengan kenderaan sendiri jangan lupa membawa salinan kad pendaftaran kenderaan. Beli dahulu insuran 3rd party di Rantau Panjang dengan harga lebih kurang RM30 untuk 9 hari perjalanan di Thailand. Untuk memudahkan kita, dapatkan peta negara Thailand secara percuma di pejabat penerangan pelancung di sempadan. Ini dapat membantu bila memandu nanti.

Yala, Pattani dan Nara adalah destinasi yang sesuai untuk bercuti. Selain melawat saudara-mara, membeli-belah atau bernafsu berkahwin lagi, banyak tempat menarik di sini. Air terjun di hutan belukar dan pantai yang indah bersih. Penginapan calet dan hotel tiga bintang juga disediakan. Penduduknya yang ramah-tamah dan sangat menghormati tetamu.

Di bandar Yala dan Pattani, orang melayu berloghat Kelantan, ramai lelaki berkopiah dan wanitanya bertudung dan berpurdah. Cantik dan bersopan santun kelihatannya bila berbual-bual bersama temannya. Tersentuh perasaaan lelaki bila bertembung dengan gadis-gadis melayu di sini. Comel-comel belaka!. Wanita-wanitanya berkulit halus pauh dilayang, manis dan putih gebu kerana mereka memakan pulut berbanding beras biasa. Itu istimewanya orang di sini.

Dikatakan di Pattani saja terdapat 623 buah masjid. Di Yala dan Narathiwat bilangan masjidnya lebih 500 buah, di wilayah Saturn 350 buah dan di Songkhla terdapat 250 buah masjid. Bermakna lima wilayah Selatan Thai memiliki masjid lebih daripada 2,000 buah.

Bilangan pelajar agama di masjid-masjid seluruh Selatan Thai lebih dari 40,000 pelajar yang dibimbing oleh ribuan sukarelawan. Guru-guru sukarela itu diajar menguasai tulisan rumi untuk kemudiannya mengajar tulisan dan sebutan yang betul dalam bahasa melayu mengikut sebutan di Malaysia. Beruntung sungguh warga Pattani kerana memiliki ribuan sukarelawan dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan Agama Islam di Selatan Thai. Pada pemerhatian saya, di Pattani tidak terdapat remaja yang lepak melepak dan berpakaian tidak senonoh jika dibandingkan di tempat kita.

Masjid-masjid sentiasa meriah kerana dikunjungi para-para pendahwah, ulama dan Tok Guru Pondok. Ramai pelajar dari Malaysia mencanai hati dengan ilmu dan belajar dalam jangka masa lima hingga sepuluh tahun. Kos sara hidup sekitar RM70 sebulan memadai untuk setiap pelajar Malaysia mendalami bidang agama di sini.


 Gambar hiasan

Gadis Pattani comel

Saya ada seorang teman yang berkahwin dengan gadis Pattani yang cantik menawan. Setiap dua atau tiga bulan beliau ke Pattani menghantar wang perbelanjaan dan nafkah batin. Isteri keduanya ini tinggal bersama keluarga yang hidup sederhana di Pattani tidak mempersoalkan tindakan suaminya yang jarang pulang kepangkuannya. "Yang penting saraan hidup", kata teman saya selamba. Hidup mereka agak susah dan mahukan perlindungan dan pembelaan. Mencari bakal suami yang dapat meringgankan beban, pilihannya ialah rakyat Malaysia. Jika sekiranya tidak pulang ke Pattani, beliau hanya menghantar wangnya melalui poslaju.

"Menghantar air, untuk bekalan", singkahnya bila memberi komen tentang pemergiannya ke Pattani. Sambungnya nafkah batin perlu diberi selari dengan nafkah zahir dan itu tuntutan agama bila teman-teman mempersendakan tentang lawak sinisnya itu. "Isteri comel, mesti dijenggok, nanti dikebas orang", ujarnya selamba.

Beliau berkata belanja sebanyak RM200 sudah cukup untuk di hantar sebagai perbelanjaan isterinya setiap bulan di Pattani. Kos sara hidup di sana murah dan isterinya tinggal bersama keluarga, jadi beliau tidak risau tentang kehidupan sosialnya.


 Raja- Raja Perempuan Pattani yang digambarkan dalam Filem, ‘Queen Of Langkasuka’.
Filem Queen Of Langkasuka dan kaitannya dengan 4 Orang Raja Perempuan Pattani.


Teman saya ini berkahwin dua dan isteri keduanya tinggal dengan keluarganya di Pattani. Di Pattani, keluargannya mempunyai sawah bendang dan sedikit kebun buah-buahan cukup sekadar menampung hidup secara sederhana. Menceritakan tentang perkahwinannya dengan gadis Pattani beliau berkata rezaki yang telah dianugerahkan Tuhan. "Melalui kenalan, belanja hangus sekadar RM1000 saja", terangrnya.

Bila cuti terkadang beliau membawa isteri keduanya ke tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dan menginap di hotel lima bintang. Isterinya dengan wajah bulan penuh, cukup seronok melancong ke Kuala Lumpur. Beliau berkata, tidak sampai hati meninggalkan isterinya yang comel lote, harus dikepit selalu. Isteri pertamanya tidak mengetahui akan perangai suaminya berkahwin dua, jadi segala agendanya tidak dipandang serong. "Selimut tebal kena tukar juga, sekali-sekala...", katanya berjenaka. Dia yang berkerja sebagai wartawan ini sering ke luar negeri dan sentiasa sibuk membuatkan isteri pertamanya tidak menyesaki apa-apa.

Sepupu saya orang Kelantan, seorang Tablih bertugas sebagai guru di Kuala Lumpur juga berkahwin dengan saudaranya di Pattani dan sudah mempunyai seorang anak. Isterinya dibawa menetap di sini dan setiap beberapa bulan pasportnya dicop untuk mengesahkan kerakyatan asingnya. Sepupu saya ini sukar mendapatkan isteri kerana beliau sering keluar mengikut jemaah Tablih ke merata tempat bila musim cuti persekolahan. Ibunya mengambil keputusan mengahwinkan dengan sanak saudaranya di Pattani yang cantik menawan itu. Ini kerana kebanyakkan gadis, tidak begitu enak akan perangai suami yang sering meninggalkan rumah bila cuti persekolahan mengikut ahli tablih berusrah.

Jalan termudah, ibunya berkata eloklah berkahwin dengan orang Pattani yang merelakan suami berpergian untuk jangka masa panjang!. Tetapi yang anehnya bila sudah berkahwin dengan gadis Pattani, anaknya yang masih berpakaian cara Tablih dan berjanggut kambing ini mulai jarang mengikut jemaah Tablih pergi berusrah. Mungkin tidak mahu berpisah dengan isterinya yang cantik, kaki bunting padi itu, selamba ibunya beritahu kepada saya.



"Kalau nak kahwin, bolehlah Mek dapatkan pasangan, kita ke Pattani!", nasihat Mak Saudara, orang Pasir Mas Kelantan yang pernah menjadi Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun 1967 itu menawarkan peluang pernikahan serba ringkas dengan sanak saudaranya di Pattani. Ramai gadis-gadis camel di sana, raih saja katanya. Soal belanja hangus tidaklah hangus habis ujarnya berlawak. Urusannya senang dan murah sambungnya lagi. Kalau kita tidak mampu melawatnya setiap bulan cukup sekadar tiga atau empat bulan sekali, nasihat emak saudara saya menawarkan pakej pernikahan istimewa, di sana!.



Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.


Disoksekkan oleh Mohd. Sabri email: sabsabsoi@hotmail.com

7 comments:

IZWAN said...

Wahh.. Saya ada pengalaman sekali pada ketika saya berusia 16 tahun, bercuti ke Kelantan tapi melalui lebuhraya di Pattani.. Berbeza skali dengan di Malaysia.. Semua di sana bersederhana.. Tentang teman cik yang berkahwin dua itu, sudah menjadi lumrah hati kalbu untuk menambah isteri lagi satu.. hehehe.. Entahlah, saya harap saya tidak macam itu.. :)

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Ya.... Saya harap anda begitu di masa lain nanti...tambah selimut!

Rizan said...

blog ni aktif lg ke..camna ek ngn pakej kahwin gadis patani atau yala ni..mcm sy org bujang msti lg senang kan

FlyCam Studio said...

wah menarik ni....bernikah sambil membantu saudara se-Islam yang susah. Dah lah kos murah, comel-comel pulak tu.Rezeki betul. Gadis Mesia, dah kaya-kaya...ego nak mampus. Nak macam2. nak kenduri menikah pun habis 20K.

haziqhaikal said...

Assalamualaikum.. saya tertarik dengan coretan saudara tentang isteri kedua di Pattani.. bolehkan saudara bagi maklumat lanjut tentang bagaimana ingin mengahwini gadis pattani ni. Saya amat berminat....

Nazri Edie said...

Assalamualaikum, saya pun teringin nak nikah orang pattani ni ni, cam mana caranya ye?

Musthafa Kamis said...

assalamualaikum. encik kalau betul seperti yang encik tulis.
tolong pm details ke pablack92@yahoo.com