Sunday, November 8, 2009

Jiran sepakat membawa berkat

PROGRAM PONDOK KAWALAN KESELAMATAN



Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Gombak: Majlis jamuan hari raya yang dianjurkan oleh Kesatuan Penduduk Taman yang berlangsung di Ponduk Kawalan Keselamatan cukup meriah.

Majlis bermula selepas waktu maghrib dihadiri segenap lapisan masyarakat. Kira-kira 700 orang hadir. Kemeriahan terasa dengan diselangi lagu-lagu raya yang berkumandang.


Turut hadir sama Adun Gombak, YB Dato Hassan Ali, Pengerusi Surau Al-Husna, Datuk Haji Kamal Muhamad dan Sarjan Bahrum serta rakan-rakan dari Balai Polis Gombak. Penduduk Taman Selasih ramai yang hadir tidak melepaskan peluang beramah-mesra dan bertegur-sapa.

“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat”, kata Abang Nan mengalu-alukan kedatangan penduduk.

Dewasa ini kita menghadapi banyak masalah sosial, dari masaalah anak-anak, jiran tetangga dan seterusnya kes ragut, rompak, samun, pecah rumah dan sebagainya. Cara terbaik mengatasinya ialah dengan tolong-menolong. Kita bersatu semua bangsa menyelesaikannya. Dan berkerjasama mengawal taman dari dicerobohi. Jiran sepakat membawa berkat, nasihat Adun Gombak, YB Hassan Ali ketika dijemput memberi ucapan kepada penduduk.


"Kita buat pagar besi tinggi kat belakang nak mengelakkan pencuri masuk tapi kita tak ingat kalau berlaku kebakaran... macam mana nak selamatkan diri dari musibah...",
Yb Hasan Ali, Adun Gombak


"Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat... Pondok ini
diwujudkan untuk program kemasyarakatan...”,

Abang Nan


"Ini langkah terbaik yang dilakukan oleh penduduk secara sukarela, saya berharap semakin ramai menyertai demi kebaikan bersama...", Dato Haji Kamal Mohamad, Pengerusi Surau Al Husna


Kes pecah rumah menurun mendadak sejak diwujudkkan Pondok Keselamatan.
Saya berharap taman-taman perumahan lain mengikut jejak taman ini...",
Sarjan Baharum,
Balai Polis Gombak


" Dah 25 tahun saya tinggal
di taman ini, rukun tetangga tak boleh jalan, kali ini volunteer rukun tetangga baru jalan dan bergerak... Ini menceriakan taman kita...",
Pak Ungku Samad


"Alhamdullilah, kemaufakatan semakin menerlah, kita berdoa semoga ia berpanjangan...",
Ustaz Kamaruddin


Foto: Zul Utusan Malaysia

Tuesday, November 3, 2009

BELASUNGKAWA buat sepupu


Semasa saya menulis ini, perasaan masih sebak. Saya terkenang kepada sepupu yang meninggal dunia akibat leukemia. Senyumnya yang bersahaja memberi kenangan manis. Dia tidak banyak bercakap dan sentiasa mengawal tingkah laku. Lawaknya bersahaja dan banyak waktu menguncikan diri dlam bilik. Itu memberi nostalgia kepada aku. Selain itu saya pernah tinggal di rumahnya di Mentakab. Arwah ayahnya adalah abang kepada ibu yang suka berborak berbentuk motavasi.

Dalam masa setahun lebih penyakit senyap ini menyerang. Mulanya Nurzaleha binti Sheikh Abdul Kadir ini cuma pening kepala. Peningnya semakin menjadi-jadi sehinggakan membawa pitam. Kemudian bila makan sesuatu dia meloya dan muntah. Beliau di bawa membuat rawatan di hospital Mentakab, kemudian di hospital Temerloh, seterusnya di Kuantan tetapi tiada apa-apa tanda. Ttidak dapat diagnosis. Penyakitnya semakin teruk dan terus mendapat rawatan di HUKM, Kuala Lumpur.

Semasa saya melawatnya di HUKM, beliau di teman suaminya Anuar dan dua anak lelakinya yang sudah berkerja sabar menemaninya di samping. Ketika itu matanya sudah kabur akibat rawatan chemotherapy tetapi mesra menyambut saya sekeluarga. Rawatan ini teruk sekali katanya. Seluruh badan kena cucuk jarum dan dia tidak tahan lagi. Kakinya kejang dan sukar digerakkan. Suami dan anak-anaknya kuat memberi semangat.

Selepas hari raya baru-baru ini saya melawatnya lagi. Kali ini rambutnya semakin jarang. Badannya yang lesu dan tidak berdaya untuk bergerak. "Siapa datang?', tanyanya. Matanya sudah kabur tapi memampakkan riak keseronokan. Entahlah sampai bila kawan di sini, doktor tidak memberi jaminan katanya... Anuar dan anak-anak yang taat kepada ibu bapa ada di sisi kata saya memberi jaminan. Haji Anuar, suaminya yang bertugas di Telekom cukup tabah menghadapi musibah yang menimpa. 'Berserah kepada Allah, itu ketentuanNya, menenangkan perasaan hibanya.

Semasa ditemuai, sepupu menasihatkan anak-anak saya tentang ketaatan kepada ibubapa. Itulah cara membalas jasa ibubapa, katanya. Ini terpancar melalui kedua orang anaknya yang sentiasa taat menemaninya. Anak sulungnya yang bertugas di Senawang selepas menamatkan ijazahnya di UKM sanggup menunggang motor bluesnya datang ke HUKM. Begitu juga dengan anak lelaki keduanya yang masih belajar di UKM.

Saya terkenang semasa zaman persekolahan. Beliau belajar di Sekolah Mentakab manakala aku belajar di sekolah Menengah di Temerloh. Dia berkenalan dengan suaminya sejak di bangku sekolah lagi dan menjadi bualan kawan-kawan. Aku sebagai sepupu sentiasa mengikuti perkembangannya. Nyatalah pemilihanannya tepat. Si suami yang mengerjakan haji semasa muda sangat mencintainya hingga akhir hayat. Anuar sanggup menemaninya dan tidur berkerusi kayu di hospital. Tidur dan makan tidak teratur dan waktu subuh pulang ke Mentakab untuk bekerja dan melihat anak-anaknya yang masih bersekolah seramai 5 orang. Dan pabila malam, dia datang kembali ke HUKM. Semangat sepupu aku sangat kental begitu juga suaminya.

Apalah daya kita hanya sekadar berusaha. Ketentuan di tanganNya. Kini kita semakin hilang orang-orang yang disayangi. Bulan Oktober lepas ibu saya meninggal dunia... Ayat Suci Buat Umi (http://pekenatehsecawan.blogspot.com/2009/10/ayat-suci-buat-umi.html)
Sebelum itu suami sepupu kepada isteri saya meninggal dunia akibat stoke. Begulah kehidupan seperti rambut di kepala semakin hari semakin jarang dan semakin memutih...

Alfatihah untuk kesemuanya.



Do’a untuk mu

‘Allah tiada membenani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Baginya (pahala) apa yang dia kerjakan dan dia mendapat (siksa dari kejahatan) yang dia kerjakan. (mereka memohon) ‘Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menyiksa kami jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami, jangan Engkau pikulkan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah Engkau pikulkan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami, Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir’

(Surat Al Baqarah, surat 2 – 286)






Wednesday, October 7, 2009

Beraya dan dan kisah tak balik raya..




Beraya kali ini memberi seribu makna kepada aku. Di samping kemeriahan beraya di kampung dengan lemang, dodoi dan ketupat daun palasnya... atau kuih 'tunjuk' aku sempat melawat Mak Saudara.

Raya kedua aku sekeluarga melawat Mak Saudara yang tinggal bersama anak angkatnya berusia 8 tahun. Semua anak-anaknya berjauhan demi kehidupan. Mak Saudara Siti Rubiah (lihat:
TOK WAH) sudah tidak sihat lagi kaki kirinya sakit terkadang terpaksa menginsut-ingsut untuk ke sesuatu tempat katanya.

Manakala seorang lagi mak sudara berlinang air matanya bila berjumpa dengan aku. Dalam perkataan tersekat-sekat dia mengkhabarkan anak perempuan yang seusia dengan aku masuk HUKM, kena leukemia sebelum hari raya lagi. Mula-mula dia pening kepala kemudian bila makan muntah katanya. Terpaksalah suaminya Anwar menjaganya sepanjang masa. Keturunan kita tiada kena leukemia, terangnya.

Adik perempuan aku sempat melawat abang sulung dekat Kampung Mat Kilau (lihat:
My Real Hero!!! PAHLAWAN MAT KILAU) sekeluarga. Abang aku sihat tapi menantunya telah dimasukkan ke Hospital Damansara kerana kepala ditumbuhi kudis akibat kesilapan doktor membuat pembedahan. Sebelumnya di masukkan ke Hospital Tawakal akibat sakit mata melampau kerana bekerja menggunakan komputer.



Seorang lagi biras yang tidak sempat dikunjungi hanya mendengar khabar masih tidak sihat. Bekas Iman Masjid Temerloh terlantar kerana kena strok kali ke tiga dan membuat pembedahan di HKL. Semasa di HKL saya melawat dan sudah menampakkan akan pulih. Apabila dibawa pulang ke Mentakab Iman ini hanya berbaring saja tidak menampakkan tanda-tanda akan pulih. Apabila kami pulang ke KL, mendapat berita Iman ini sudah meninggal.... AlFatihah.



Nak jadi cerita pada seorang kawan...., Dah lima tahun si suami tak balik berhari raya. Setiap hari raya tiba si kawan ini terpaksa bertugas. Dia bertugas di sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di negara ini. Alasannya tiada orang nak ganti, semuanya nak beraya. Jadi dialah yang mengambil-alih tugas.

Isterinya pun faham beban si suami seorang pegawai kanan yang workaholic itu. Isteri dan anaknya saja lah balik ke rumah kedua ibubapanya di Parit Buntar, Perak. Si isteri tidaklah kisah sangat pada si suaminya yang hanya berasal dari di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Selepas tugas suaminya bolehlah balik ke ke rumah ibubapanya.

Isterinya hanya membatu dengan sikap suaminya yang kuat bekerja itu. Dia faham perangai suaminya yang tidak banyak kerenah walaupun dipaksa bertugas pada hari raya. Suaminya yang lemah lembut, romantik tegas tapi terkadang lurus bendul.

Tetapi sudah lima tahun tak balik raya, apa bendanya? menimbulkan tanda tanya?. Kenapa majikan suaminya kejam bebenor? Bagilah tugas itu pada junior pula, dengusnya panas. Beraya di kampng tidak bersama suami rasa jangal la pulak... Dah lima tahun tak pulang beraya. Pangkat besar sangat ke suaminya itu? orang kampung bertanya?.

Ibu Intan menunggu dengan wajah berkaca... "Napa. Mail tak pulang sama...?". Dia sibuk kata Intan antara dengar dengan sunyi. "Biorlah... masih muda, kerja kuat...", ujar ibunya senyum sumbing.

Pulang dari kampung, Intan, isterinya sudah merangka sesuatu. Dia faham bebenor dengan nafsu jalang suaminya. Selalunya bila seminggu terpisah, kemahuan suaminya bukan calang-calang. Mesti dibayar dengan jumlah double...

"Intan nak abang berterus-terang, apa saja Intan terima, kenapa tak nak balik beraya di rumah emak", desak Intan sambil mendedahkan peha bagi menaikkan nafsu suaminya.

Pada mulanya suaminya cuba mencari pelbagai alasan tetapi isterinya mendesak dan mendesak hingga tiada jawapan kemas. Paling mendukacitakan jika tiada jawapan yang yang tulus ikhlas tiada 'appoitment' malam itu, tegas Intan. "Kita cansel', kata isterinya bersahaja walaupun dia juga gersang haus.

Setelah dipujuk rayu, suaminya tewas juga. Begini, katanya. "U ingat tak 5 tahun lampau, malam pertama kita", tanya suaminya yang masih obses. "Ingat, katil berbunyi dan hampir patah...", kata isterinya yang mirip penyanyi Farawadina itu tanpa selindung. "Bukan itulah....

Pagi itu, selepas mandi dengan memakai towel I meluru masuk dalam bilik kita. I ingat U mengemaskan katil sambil menongetkan bontot 'Jlo' U tu kepada I dengan berkemban. I yang tak dapat mengawal nafsu 'menyontot' belakangnya. Kamipun terbaring di atas katil dipeluk dari belakang oleh I. Alangkah terperanjatnya, rupa-rupa emak U bukannya U yang I sangkakan... I rasa sungguh malu...

Sekarang ni pun I masih rasa malu... Tapi emak U buat sadin, buat selamba aja. Itulah padahnya bila emak U cutting macam pelakon Rozita Wan Cik (Lihat:
Layan Rozita Che Wan dengan Pop-corn) pandai jaga badan, makan jamu dan masih 'bergetah nangka'...

Intan melopong sambil menelan air liur. Patutlah abang aku tidak mahu pulang ke kampung. Dan dalam diam dia bersetuju emaknya masih cantik dan bergetah...

Siap malam ni aku kerjakan, dengus Intan yang sudah terbarai 'orgasme' dikerjakan...


Sunday, September 13, 2009

Saya pakai purdah BUKAN kerana alim...

SIRI MEMANTAPKAN IMAN 3


PENGASAS SENDAYU TINGGI - PUAN ROZITA IBRAHIM
 
Rozita Ibrahim ialah contoh klasik mengenai seorang yang hidup miskin dan menghadapi kesukaran demi kesukaran tetapi akhirnya mencapai kejayaan gemilang menerusi Sendayu Tinggi, syarikat yang diasaskannya sendiri. Siapa sangka, seorang ibu tunggal dan juga penoreh getah boleh merubah hidupnya dan membina empayar bernilai berjuta juta ringgit dan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang lain.

Bagi Rozita sendiri, bukanlah mudah untuk mencapai tahap yang dinikmatinya kini. Banyak liku liku kehidupan dan ranjau kehidupan yang terpaksa diharunginya sebelum menempah kejayaan bersama Sendayu Tinggi. Pada usia yang mentah iaitu 18 tahun, dia telah berkahwin dan juga terpaksa menempuhi perceraian dan dalam masa yang sama membesarkan anak anaknya. Lebih malang lagi, salah seorang daripada anaknya jatuh sakit dan meninggal dunia tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya.

Pada zaman kesukarannya, pelbagai bidang kerja yang diceburinya untuk menyara diri dan keluarganya tetapi hasilnya amatlah tidak seberapa. Akhirnya, dalam keadaan terdesak, beliau membelanjakan beberapa ratus ringgit untuk memulakan formulasi kesihatan berasaskan herba. Untuk menguji keberkesanan produknya, beliau sanggup untuk menambahkan berat diri sendiri dan mencuba produk ciptaannya yang diberi nama Sendayu Tinggi.

Kini, segalanya adalah sejarah. Pada hari ini, produk Sendayu Tinggi adalah antara produk yang sering menjadi buah mulut masyarakat tempatan di Malaysia. Malah, produk produk hasilan Sendayu Tinggi kini telah mendapat tempat di pasaran luar termasuk Brunei, Singapura dan lain lain. Pada tahun 2005 sahaja terdapat lebih 2000 pengedar sah. Beberapa pengedar Sendayu Tinggi di sekitar Kuala Lumpur juga dikatakan mencatat jualan sehingga mencecah RM1 juta sebulan.

Rozita mengakui bahawa kehidupan yang dinikmatinya sekarang adalah hasil daripada ketabahannya menghadapi segala keperitan dan rintangan hidup selama ini.


Sumber: Terjemahan dari article Rozita Ibrahim & Sendayu Tinggi di Skor Career.
Gambar: Ehsan Sendayu Tinggi website.
...........................
Jutawan Sendayu Tinggi pakai purdah

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang..

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah..

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran.. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan.

Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual. Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanakuntuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasukperasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

...............................


email dari: Ahmad Abd Aziz  

Tuesday, September 8, 2009

Rasa Berdosa

SIRI MEMANTAPKAN IMAN 2

Kastrotul masaas yufqidul ihsaas, Ini adalah pepatah Arab yang artinya adalah sesuatu kalau sering disentuh akan berkurang rasanya. Pada sentuhan pertama kita akan merasakan rasanya sangat kuat tetapi pada sentuhan kedua, ketiga, dan seterusnya, rasa itu akan terus berkurang. Pertama kali manusia menembus angkasa dan mendarat di bulan, beritanya begitu menggemparkan. Tetapi, ketika ekspedisi kedua, ketiga, dan seterusnya gaung beritanya mulai berkurang.

Begitu juga dengan diri kita terhadap dosa. Pertama kali berbuat dosa, diri yang fitri akan bergetar takut. Rasa takut ini akan berkurang apabila dosa yang sama diulang kedua kalinya. Dan, akan terus berkurang pada pengulangan ketiga, keempat, sampai akhirnya pekerjaan dosa itu menjadi biasa, menjadi adat dan kebiasaan.

Imam Hasan Al Bashri berkata, ''Yang aku takutkan adalah apabila hati kita telah terbiasa dengan dosa-dosa. Hati adalah bagian yang sangat peka dalam diri manusia, tetapi kepekaan ini akan hilang dengan dosa yang berulang-ulang.''

Dengan jelas Rasulullah saw juga telah menggambarkan hilangnya kepekaan hati. Hati itu, kata Rasulullah saw, pada awalnya ibarat kain putih tanpa noda. Bila seseorang melakukan dosa maka akan ada titik hitam pada hati itu. Jika dia bertobat, maka titik hitam itu akan dihapus dan hatinya kembali putih. Tapi, bila tidak dan dia kembali mengulang berbuat dosa maka titik hitam itu ditambah lagi sampai akhirnya hatinya menjadi hitam legam. Hati seperti ini tidak lagi peduli dengan kemungkaran dan tidak lagi mengenal kebajikan. Inilah hati yang disebut AlQuran sebagai Al Qulub al Qosiyah, yang lebih keras dari batu sekalipun.

Secara lebih jelas dapat dirinci fase-fase hati menjadi qosiyah (keras membatu) sebagaimana dijelaskan Alquran. Pertama, dimulai dengan lupa dzikir kepada Allah karena dikuasai setan: ''Setan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah,'' (QS 58:19). Kedua, karena lupa kepada Allah maka Allah lupakan mereka kepada diri mereka sendiri: ''Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri,'' (QS.59:19). Ketiga, kemudian setan akan menjadi teman paling dekatnya: ''Barang siapa yang berpaling dari dzikrullah maka akan Aku jadikan setan sebagai teman yang selalu menyertainya,'' (QS.43:36).

Keempat, setan ini akan menghiasi semua perbuatan mungkar yang dilakukan sehingga nampak baik dan benar baginya: ''... Dan setan pun menghiasi bagi mereka perbuatan-perbuatan mereka,'' (QS.29:38). Kelima, karena itu semua maka hati mereka mengeras bagai batu bahkan lebih keras daripada batu.

Tetapi yang lebih berbahaya dari hilangnya kepekaan hati terhadap dosa adalah hilangnya kepekaan atas azab Allah. Sering orang tak tahu bahwa ia sedang diazab Allah karena dosanya. Azab ini bisa berbentuk musibah, bencana, krisis, dan sebagainya, tetapi juga bisa berbentuk kenikmatan duniawi.

Ibnu Qoyim berkata, ''Ketahuilah sebesar-besar cobaan adalah kegembiraan karena berhasil berbuat dosa dan sebesar-besar azab adalah ketika manusia tidak merasa sedang diazab.''


http://www.republika.co.id/berita/65809/Rasa_Berdosa


Oleh: Ahmad Hatta/Kamis, 30 July 2009
Grafik: FLICKR.COM

Wednesday, August 26, 2009

22 Soalan Paderi Dan 1 Persoalan Pemuda Islam..

SIRI MEMANTAPKAN IMAN 1
Seorang pemuda Arab yang baru menyelesaikan kuliahnya di Amerika Syarikat telah dikurniakan nikmat oleh Allah berupa anugerah berpengetahuan mendalam tentang agama Islam. Pemuda bertakwa ini selain belajar, dia juga seorang pendakwah bebas.

Kebetulan seorang paderi yang dikurniaNya pengetahuan mendalam tentang Islam juga tetapi tidak mendapat taufik hidayahNya memeluk Islam, ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan. Tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut di tengah kelayak. Pemuda Arab itupun menerima tentangan debat tersebut dengan dada terbuka.

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dan berkata...

Satu yang tiada duanya ialah Allah s. w. t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.. w. t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s. w. t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s. w. t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang."
(Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s. w. t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka."
(Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s. w. t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."
(Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s. w. t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. . "
(At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumbadan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. "Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Yusuf: 98).

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s. w. t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s. w. t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
(Al-Anbiya': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s. w. t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."
(Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi yang serba berkebolehan itu dan para hadiran merasa takjub mendengar jawapan pemuda Arab itu. Kemudian pemuda Arab pun mula hendak pergi. Namun dia membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "


Paderi tersebut berkata, "Sesungguhaku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah".

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda.”

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah".

Orang ramai termenggu... Kebenaran terserlah kini. Sesungguhnya Allah telah meanugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa...


source: http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/
Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

Monday, August 17, 2009

Jogging till u Giggong


“Jogging” telah menjadi 'priority' untuk menyihatkan badan dan minda.

Sejak bersekolah lagi saya berjogging hingga kini!.

Banyak tempat menjadi kenangan semasa berjogging. Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Kapas, Sarawak dan Genting Highland Lihat: Layan Rozita Che Wan dengan Pop-corn Kawasan sekitar Kuala Krau, Jerantut, Temerloh, Mentakab, Kuantan Lihat: Dari Berhari Raya ke Falun Gong dan sekitar Telok Chempedak, Port Dickson, Ampang Tasik, Bukit Belacan, Lake Garden dan kini Tasik Titiwangsa dan sekitar Taman Melewar merupakan lokasi untuk “berjogging”. Ini kerana berdekatan tempat saya bermastautin.

Saya melakukan 'jogging' menggunakan gadget larian Nike+ dan sebuah Apple iPod 2GB dan sehelai T-Shirt Nike+ Powersong. Saya merasa 'teruja' dengan memakai gadjet moden dan merasa keseronokan tahap 'dewa'.

Teknologi Apple iPod dan peranti sensor Nike+ merupakan gadget larian popular pada masa kini dan sehingga kini telah membentuk hampir sejuta pelari dari komuniti-komuniti pelari baru seluruh dunia yang bersaing dalam pelbagai cabaran online atau maya.


Menggabungkan muzik dengan latihan larian dapat meningkatkan semangat dan motivasi pelari disamping mewujudkan keseronokan dalam aktiviti senaman itu sendiri.

Tidak hairanlah sejak saya mula menggunakan gadget ini pada awal Mei 2007 yang lalu, saya berjaya mengurangkan berat badan dari 72kg kepada 68kg iaitu sebanyak 4kg penurunan. Untuk sihat, saya mengadakan latihan berbentuk jogging 2 atau 3 hari seminggu dan 2 hari seminggu untuk senaman gym.



Hampir setiap petang, aktiviti “jogging” ini diamalkan untuk kesihatan diri dan keseronokkan. Antara pukul 6.30 petang hingga 7.15 petang atau 8 malam hingga 9 malam merupakan masa saya “jogging”. Ini bergantung kepada 'zon keselesaan' pulang dari berkerja. Saya perlu memikirkan keadah lain untuk mengalih masa maghrib ini!. Atau jogging selepas subuh!.

Kekurangan melakukan aktiviti fizikal boleh mudaratkant kesihatan. Jadi saya memilaih aktiviti “jogging” bagi menyihatkan tubuh badan serta meningkatkan lagi ketahanan fizikal dan mental.

Ianya mudah dilakukan secara perseorangan untuk menyihatkan tubuh badannya dan membantu mengamalkan gaya hidup sihat. “Jogging” boleh mengurangkan tekanan dari pelbagai tugasan.Kita hanya memerlukan kasut dan pakaian sukan saja, mudah dan tidak berbelanja besar!.

Aktiviti “jogging” ini dapat dilakukan dan diamalkan oleh kita semua tanpa memerlukan kos tetapi dapat menyihatkan tubuh badan dan dalam masa yang sama mengurangkan tekanan seseorang. Berbanding dengan sukan lain seperti badminton, ping pong atau takrow memerlukan pasangan. Ini menyusahkan lagipun memerlukan perbelanjaan!.

Jogging tidak memerlukan peruntukan besar bagi yang kurang berupaya... hanya sekadar berpakaian dan sepasang kasut yang sesuai, sudah memadai. Kalau berkemampuan, kasut nike, jam casio, cap dan MP3!.


Aku mula-mula berjinak dengan jogging ini sejak di bangku sekolah lagi. Seingat aku sejak top-ten dalam acara cross county sekolah, rupanya bidang sukan ini menjadi kegemaran. Make seringlah aku berjogging terkadang mengelilingi kampung, padang dan sebagainya. Melalui taman ke taman perumahan juga menyeronokan kerana dapat melihat rekabentuk rumah teres atau apartment dan sebagainya. Ini mendatangkan ilham cipta untuk aku berkarya atau berkreatif!.

1970 - 1976 - SKKT - Berlari dan terus berlari...

1977 - SMKKK - Saya mula mengenali sukan cross-country

1981 - SMKT - Di Mentakab - Saya mula mendekati sukan ini secara exstrim... Bukanlah bermakna saya seorang olahragawan tetapi aktiviti sukan bagi saya menyeronokan dan dapat menghilangkan stress. Kebetulan 'buah hati' berada sekitar 8km jaraknya dari rumah di Quartes Klinik Mentakab. Dengan melihat bumbung rumahnya sudah memadai buat aku ketika itu tetapi bila bertembung dengannya yang kebetulan berada di sisi tingkap cukup bermakna buat aku, kumbang kesunyian.

1984 - Saya bekerja sambilan di Pawagan Kepong (pelawaan seorang kawan) dan tinggal di belakang kain putih (screen) bersama seorang kawan. Di panggung ini ditayangkan kebanyakan filem-filem Cina dan Tamil.. Kebetulan aku mempunyai seorang amoi yang cantik mirip Su Qi. Aku sering mempelawanya menonton...

Sebelah petangnya bersukan dan jogginglah menjadi pilihan aku mengelilingi taman Kepung yag penuh kesunyian itu...

1986 - Taman Tasik Subang - Tinggal di Subang Jaya dan waktu petang saya sudah berjogging di sekitar tasik 8 ke 10 pusingan. Jogging di Subang menyeronokan selain angin petang yang bertiup lembut, muzik di pasang di taman permainan dan saya masih ingat lagu 'ready for love' nyanyian Smoke dan menjadi kenang-kenangan...

Di Taman ini saya berkenalan dengan seorang gadis berlesung pipit dari Bidor, Perak yang bertugas di Airport Subang. Perhubungan kami agak lama dan sering berdating di tasik itu. Dan seorang lagi gadis yang tinggal di Sungai Besi...


1987 - Ogos 1989 - BPM - Agro Bank
Semasa saya berkerja di BPM, saya berjogging di Lake Garden bersama Zambri Bahrin. Kami memulakan jogging dari tangga Bank lagi dan terus menyusur Masjid Negara merayap ke Taman Rama-Rama. Menuruni bukit si sapa monyet dan mengelilingi Tasik sebanyak 5 atau 6 kali sudah memenatkan!.

Saya suka “jogging” di taman tasik berbanding dengan “jogging” di taman perumahan. Kawasan taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok lebih menyegarkan dan suasananya lebih nyaman. Di Tasik ini ada menyediakan peralatan sukan yang lengkap. Lagi pun ramai pesaing-persaing dan gaya yang umph.. saya menjadi cukup seronok melihat pesukan ini dan menjadikan satu cabaran!.

1988 - September 11, Ahad, spot aid 88, The Race Against Time memakai nombor 2, 415, 591 anjuran RTM dengan sepupu-sepupu di waktu malam berjogging sekitar Kuala Lumpur. Ini merupakan sukan charity mencari dana anjuran RTM.


Saya tinggal lama di Ampang Tasik - Jadi seringlah saya berjogging dari Ampang Tasik ke Bukit Belacan. Kira-kira 45 minit, saya menyelami suasana hutan sambil mendengar suara burung dan terkadang terus mandi... atau berjogging ke Ampang Tambahan dan Bukit Langat yang masih berselerak dengan projek perumahan... melihat rekabentuk bangunan, rumah.... Kebetulan arwah ayah berkepandaian dalam bidang pertukangan rumah, sedikit-sebanyak menurun ke anakendanya.



Di Kangar, Perlis - Dari Hotel ke sekitar melalui bendang yang saujana mata memandang. Satu pengalaman yang menyeronokan!. Dapat merasakan perbezaan berbanding jogging di taman atau perumahan!.

Di Medan, Indonesia - Di Tasik Danau Toba saya cuba bermain wind surfing - bersama sepupu Japlus Shafie, satu pengalaman baru dijelmakan. Mengapa tak mencuba sukan air ini? "Berapa banyak air kau minum?", tanya Jax kepada aku kerana sering kali jatuh akibat tidak dapat meseimbangkan badan. Sekurang-kurangnya mencatat kenangan.



Pulau Pangkor, Mei 1996 - Menginap di Sri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, aku tidak melepaskan peluang berjogging dari resort ke Pekan @ Jeti Pangkor dan melilau ke bekas kota peninggalan Belanda (Duch Fort) tahun 1641 dekat Telok Gedung. Inilah cara sentimental untuk memahatkan kenangan di sesuatu tempat.


1997 - Di Sydney - Dari Hotel sekitarnya dan terus ke Pearl Harblur bersama kekawan berlari-lari untuk menghilangkan kesejukan - suhu sekitar 22 djh celsius. Jogging sekadar memahatkan kenangan setelah menjejakkan kaki ke negara kanggaroo ini!. Lihat: Sydney kota pelancongan


Di Penang - Menginap di Hotel Mutiara Beach di Tanjung Bungah - di Pantai Frenggi aku berjogging mengitari pantai yang landai itu. "Aku sudah menodai pantai ini!". Lihat: Keras menunggu vs menunggu keras

2004 - Di Ngombo, Colombo, Sri Lanka - Dari The Swiss Residence Hotel, Kandy. Puncak bukit, cuma berlari anak menuruninya untuk makan malam bersama rakan. Pemandangan cantik dan kelihatan di atas bukit terduduk patung Buddha. Ini pun untuk memahatkan kenangan!. lihat: Kisah tapak kaki Nabi Adam, perawatan herba dan ombak besar

2004 - Di Bali kebetulan menginap di Hotel yang mengadap ke pantai - pagi itu aku berjogging mengelilingi pantai yang bersih - bertembung dengan para penjual cenderahati yang ramah tamah sambil menunggu-nunggu matahari terbit. Aku seronok kerana sudah meninggalkan kenangan pantai di Bali!. lihat: BALI Selepas Sabtu Kelabu...


2008 - Jogging di pertengahan jalan menuju ke Tankuban Perahu - menikmati suasaa hutan simpan yang cantik, ini menjernihkan minda!. Suhu agak dingin. Ini pun untuk catatan kenangan. Lihat: Ayat-ayat cinta


2008 - April - Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, berjogging di Pantai Patong sambil melihat matahari terbit. Dan ini sekurang-kurangnya mencatat kenangan mengingatkan aku pernah menjejakkan kaki ke Pulau pelarian keluarga Mashuri ini!. Lihat: Good guy goes to heaven, bad guy goes to Patong

'Selain itu saya akan berlari dan naik turun bukit di belakang rumah saya . Apabila saya menaiki bukit, saya membina ketahanaan diri manakala jika saya berlari ke bawah, ia bermakna saya membina kelajuan", kata Tamin Marican 71 tahun berasal dari Penang yang menjadi sumber inspirasi saya dalam sukan ini.

Sejak kecil mengidap penyakit lelah. Olahraga adalah ubat terbaik bagi menangani penyakit yang dihadapinya. Beliau mengambil inspirasi daripada atlit Amerika, Thane Baker 70 tahun yang pernah merangkul pingat perak olimpik.

"Saya meminati olaharaga kerana ia memberi kepuasan yang lebih baik buat saya. Olaharaga adalah sukan yang boleh dilakukan secara bersendirian. Saya tidak perlu bergantug kepada orang lain", cerita Mohamad Tamin Marican lagi dalam EPG, Berita Harian keluaran 30 Desimber 2004.



Susuk yang menjadi sumber insperasi dan semangat untuk berjogging ialah Prof. Ungku Aziz. Aku mengaguminya hingga kini... lihat: Siri Hero 1 - UNGKU AZIZ - Sebutir Permata Di Menara


Petua Penjagaan Kesihatan bagi saya.. Kesihatan badan, perasaan dan mental, penjagaan makanan dan senaman yang berpadanan adalah penting untuk penjagaan tubuh badan di samping pemeriksaan berkala perubatan!.

Jogging till u Giggong (giggong - tidak membawa apa-apa makna) da... Pulser dalam bahasa French dan pareggiare dalam bahasa Italian bermakna jogging. Ayuh! mulai sekarang kita berjogging!. Inilah sedikit sebanyak hikayat 'jogging' untuk catatan Nota Global!.

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.